Sunday, 8 December 2019

SUSU UHT ANLENE

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.


OKed bukan peminat susu UHT, kalau guna untuk masak atau makan dengan cereal ok boleh telan. Itu pun dengan syarat susu mesti sejuk dan baru keluar dari peti ais. Minum dia saja tak mungkin guys, tak mungkin.. 



Saja nak bagi tahu, sedap rupanya susu UHT Anlene ni.. Selama ni tak pernah cuba sebab erghhhhh memang tak mahu. Teringin pun tidak. Ada cerita  so call kejam pasal susu anlene ni.. hahahaha. Di rumah susu UHT memang menjadi kegemaran Barder Leb, Tuah dan Kacak. Ada masa memang oked beli value pack untuk mereka. 

Masa pergi giant tempohari, susu UHT Dutch Lady dan Nestle tengah tak promo. Nampak la beliau ini promo RM4.90 per pack. Sauk jelah sebab bukan me yang minum nanti kan. hahahaha. Beli 1 je sebab nak try. Depa yang suka susu UHT pun bedal tanpa banyak cakap.. eh... OKed tunggu jugakkan kot kot ada yang nak complaint pasal tukar jenama susu.. senyap je depa semua. Atas dasar curious yang tinggi, OKed pun rasa la seteguk! 

Ya Allah... rugi 20 tahun tau tak rasa dulu susu ni.. Sedap sangat! Semacam ada flavor  vanila pun iya dan Oked syak ada additional gula tambahan.. ah tak kisahlah.. yang penting dia memang sedap.. Wallahi... 



LOve, 


OKED!

Saturday, 7 December 2019

NASI GORENG SARDIN PETAI

Bismillahirrahmanirrahim..


Assalammualaikum w.b.t.


Ini adalah schedule post.. hehehee alaaaa aci laaa.. Masa posting ni publish mungkin Oked dan keluarga dalam perjalanan menuju je Kuala Kangsar.. InshaAllah kenduri sepupu Oked sebelah Abah. 

Ada peminat petai? Oked tak makan petai. Oked cuma suka bau saja.. Kalau masak, kuahnya makan.. isi dia Oked kelas beri pada Brader Leb.. bekerjasama gittew ha..


BAHAN TUMIS
  • 2 Ulas Bawang Putih - Mayang nipis
  • 2 Ulas Bawang Merah - Mayang nipis
  • 1 @ 2 sb Cili Kering kisar
  • Petai ikut kemampuan cita rasa sendiri nak banyak mana - Hiris ( petai mahei )
  • Isi Ikan Sardin dalam tin - Ambil isi sahaja, kuah buang semua.. kalau sayang kuah tu, boleh simpan dan buat inti karipap.. ngeeee



Mula-mula goreng sekejap petai. Tapi dalam kes gambar di atas Oked pi tumis bawang dan cili dulu, baru teringat petai tak goreng awal-awal.. Tepuk dahi tap! tap! sambil ketepikan bahan tumis ke tepi dan gorenglah petai tadi..Mujur pakai kuali besor, muat la kaih depa ke tepian.. Tumis sampai pecah minyak tau.. 

PESANAN : 
Kalau buat nasi goreng Oked memang akan guna sikit je minyak masak. Style Arwah Tok Baayah punya nasi goreng. Orang dulu-dulu pakai dapur kayu kan? Nasi goreng nya kering dan peroi.. Allahu.. rindunyta kat Tok!



Bahan tumis dah masak elok, masukkan isi sardin dan hancur kasar guna sudip. Sorry kuali gambar tak bagus. Kalut laaaaa haih..



Masukkan nasi sejuk kita.. gaul sebati hingga nasi sedikit kering. Dah boleh makan.. Portion ni untuk 3, 4 orang makan...

PESANAN LAGI : Kat rumah Oked guna beras basmathi. Kalau buat nasi goreng menang cantik je butir nasi dan tak serap minyak. Alaaa beras basmathi murah-murah je.. selalu beli hat promo bawah RM30 untuk 5kg. Basmathi brand giant pun kualiti tau. Cantik elok nasi kita.

Asik-asik giant je kan.. Sebabnya dia je yang dekat dengan rumah kita..  

keh ! keh! keh!

ok guys, doakan perjalanan kami selamat pergi sampai balik ya.. Terima kasih.


Love, 

OKED!

Friday, 6 December 2019

AKTIVITI AHAD LEPAS


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.



Simpan sini sebagai kenangan Kebun OKed di Puncak Jalil.


Jangan salah lagi ya.. ini cecumar.. antara ulam yang famous di belah utara. Rasa dia pahit lemak. Ada juga yang panggil kari hutan. Dikatakan cemumaq ni ada dua jenis, pucuk hijau dan pucuk merah. Oked ada jenis pucuk hijau saja. 


Alhamdulillah bernas semua 7 biji benih anak pokok peria besar. Beli benih MR DIY je. Tunggu putik benih tu gugur dulu baru kita ubah masuk kotak putih. Para dia kita dah siapkan..


Sejenis pokok limau cuma tak tahu jenis limau nipis ke limau kasturi. Rasanya benih ni dari tanah pegaga yang Mak Tok bawak dari Pasir Gudang tempoh hari. Sesat mai tumbuh tang ni. Kita alih dalam pasu kecil supaya senang jaga.

Ok, dah siap bagi rumah sorang satu.



Kali ni musim hujan bunga tak berapa nak menjadi.. Ada la hat 3 biji ni je. Pokok Kebun belakang.

Dari banyak-banyak tabur benih ini saja yang selamat dari dikerjakan oleh sang siput. Kita bagi rumah sorang satu. 



Lambat betul tumbesaran dia ni. Ada dah dekat setahun lebih. Besar gitu je, daun pun kuning.. macam gaya nak ganti baru je ni ha. Seller sila munculkan diri.. hahahaha


Alhamdulillah.. Bertahan juga dia ni. Maklumlah kenmahin lama terperuk dalam J&T express.


Anak baru.. hehehehe



Tinggi batang dia.



Tunggu Mak Tok sampai KL, kita buat ulam..


Dah selamat buat pagar untuk Asparagus ni. takdelah semak patah dahan mereka semua. Yang gambar atas tu pokok binahong batang merah.. banyak khasiat katenye.. tapi Oked tak consume pun. Sekadar cuma suka tanam. Sehat kenmain kongsi dengan kotak asparagus..


Waktu pucuk merah dia keluar cantik sangat tau.. tapi dia cepat jadi daun matang warna hijau.


Puding yang cantik sentiasa.

Re-potting bagi rumah sorang satu. Batang-batang dalam pasu pertama tu akar binahong batang merah. Akar pun sebenarnya warna merah, cantik!


Masih bertahan daun sup ni walaupun semai guna akar lebihan sisa dapur. Tak kena cara tanam tak menjadi tau. Kalau guna biji benih berjanggut nak tunggu besor gini.


Cak! Merah mak ngah betul...


Ada dua jenis dalam koleksi.. nak cuba buat Air Aloe Vera proses sendiri nanti bila dah matang.


CEKUR MANIS @ ASING-ASING

Eh, shantik pulak gambar ni.. hahaha


Harapnya kali ni menjadi lah pokok betik kita.. batch pertama 3 pokok mati akar reput.


PISANG TOMAN

Semalam jenguk dah ada sisir yang masak. Oked biarkan saja jadi rezeki burung dan tupai... seronok tengok depa ghalit makan pisang ni.. Sebenarnya malas nak tumbangkan pokok dia. Banyak kerja nanti hahahaha. so kita tunggu Mak Tok sampai Sabtu ni ya...keh keh keh berat oihhh nak kerjakan sensorang.


HALIA BERTUNAS

Kalau jumpa entiti macam ni kat dapur tu tandanya apa? 
Tanda laaaaaaaamaaaaaa tak masakkkkk!

Kita benam saja dalam tanah iye.. hahaha



Love,

OKED!

Thursday, 5 December 2019

BUANG POKOK UBI KAYU ISI PUTIH

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.



Projek Ahad lepas.



Buka je pintu belakang nampak ini. Dah 3 minggu sebenornye dok simpan hasrat nak kemas kebun belakang ni. Ada saja aral melintang. Minggu lepas baru berkesempatan turun berpeluh-peluh. Dah nekad nak cabut buang pokok ubi kayu isi putih ni. Jarang tuai pucuk dia untuk makan sendiri. Selalu beri pada kawan-kawan pejabat atau jiran sahaja. Rasanya baru 2 kali tuai makan sendiri. Bukan tak suka, tapi tulah, sebab ada depan mata memang selalunya tak mandang, cuba orang punya atau jual, bukan main dia punya terliur kan?




Lepas dah tebas dahan. Oked cuba nak cabut, Ya Allah... tak kederat oih nak cabut.. so tinggal jelah tunggul begitu. Bermakna panjang lagilah rezeki beliau di kebun Oked kan. 




Hasil tebasan kita ikat elok-elok letak kat depan rumah. Selang 2 hari akan ada lori roro datang kutip sampah pukal. Bagus juga kontraktor sampah pukal di kawaan Puncak Jalil ni. Setakat ni letak apa saja kat luar tu mesti depa kutip licin. Perabot yang oked dis-mental pun depa hangkut semua.  



Hahahaha, bukan takat pokok ubi je kena tebas. Pokok Pelam Telur ni pun jadi mangsa parang Oked. Geram pulak tengok tinggi menjulang. Sampai kena ikat tali takut patah kena bedal dengan angin. Hari tu dah pangkas atas. Ni kita pangkas lagi bagi rendah. Jangan mati ye... jangan merajuk tau. Nak elak tumbang je.. 


Esok Kita kongsi gambar pokok lain ya.. 


Love, 


OKED!


Wednesday, 4 December 2019

AYAM MASAK PEDAS

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.


Walaupun resepi biasa-biasa oked tetap nak kongsi dengan sahabat-sahabat semua.. 



Bahan-bahan

Isi ayam - potong dadu
1 batang serai - hiris serong
3 ulas bawang putih - mayang nipis
3 tangkai daun limau purut - buang tulang daun
2 batang lobak merah - hiris panjang
1 ulas bawang besar - mayang bulat
10 biji cili padi

Bahan Kisar kasar
10 tangkai Cili besar
5@10 tangkai cili padi
1 ulas bawang besar


Cara-cara
  • Ayam lumur kunyit dan garam, goreng hingga ayam masak, tos dan ketepikan. Ayam tidak perlu goreng sampai garing.
  • Panaskan minyak, goreng hirisan bawang putih dan serai hingga sedikit perang. Kemudian masukkan bahan yang dikisar kasar dan tumis hingga agak garing. 
  • Masukkan hirisan lobak merah dan ayam. Letak sedikit sahaja air supaya lobak cepat empuk. 
  • Masukkan hirisan bawang bulat dan cili padi sebagai bahan tambahan. 
  • Bila bawang dan cili dah agak layu, tutup api
  • Sedia untuk dinikmati

Ini lauk memang mengundang geram Brader Leb. Sebab masakan ini banyak sampah dia kata.. tapi tak pernah gagal tambah nasi walaupun dia geram.. hahahaha. Siap makan penuh segala bawang, cili, serai keliling pinggan dia.


Love, 

OKED!

Tuesday, 3 December 2019

BISKUT OREO RED VELVET, OVALTINE DAN CREAM-O

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.


Minggu lepas membeli barang di Giant Kinrara. Lama dah tak masuk lorong biskut. Tetibur kan craving biskut pulak. Memang nampak kat leaflet giant tentang promo biskut OREO RED VELVET yang baru. Macam biasalah kan, kita ni jenis suka mencuba.



PROMOSI GIANT SAMPAI 11 DEC 2019 - RM1.99


Oreo biasa pun dah sedap. Yang ini dua kali sedap.. betul! Ada cara makan dia ni.. Untuk biskut OREO memang oked makan biskut sahaja. Dia punya inti oked akan buang sebab manis melampau-lampau. Boleh pening makan.. hahaha ok tipu! tak pening pun makan inti dia, cuma tak suka.




BISKUT OVALTINE

Fuh, ini memang fav Oked. Sedap dan kenyang. Jatuh cinta kat dia dari kali pertama cuba dulu. Sambil kemas rumah, ngap satu. Sambil mop lantai, ngap satu.. sambil goreng ayam ngap satu. Style OKed makan biskut memang macam tu. Buat kunyah-kunyah je.. Tak makan sekali hadap.


CREAM-O TART BLUEBERRY

Biskut ni fav Brader Leb dan Si Kacak. Lama dah tak beli. Ekceli dia ada 2 perisa, blueberry dan strawberry. Masa pergi ni perisa strawberry out of stock. Maka beli perisa ini saja untuk kudap-kudap. Awas, manis juga biskut ni tau.. tapi ok, sedap!


Love, 

OKED!




Tuesday, 26 November 2019

ROTI GOLOK DAN SZECHUAN PEPPERCORN

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.




Semalam ada beli roti golok kirim dengan teman pejabat lama. Roti import khas dengan bas dari kelantan. Selalu dengar orang cerita je keenakan roti golok ni..


Beli dengan Kak Ida Bilik Jahit.

1 pcs RM3.50
3 pcs RM10.00



SEDAP GEBU DAN PUAS HATI MAKAN
Rasa macam bun manis biasa kita beli tu..


Pagi ni terjaga awal. Bangun la godek apa ada dalam peti ais. Kelmarin ada beli sayur di Giant. 3 Bundle RM5. Letak lama-lama dalam peti ais tu, habis rosak nanti. So sempat la tung tang kejap kat dapur sementara nak tunggu masuk waktu Subuh. Tumis bodo je... bawang merah, bawang putih, udang kering, fishcake dan letak secubit szechuan peppercorn. Secubit je tau.



SZECHUAN PEPPERCORN 

TAHAP KEPEDASAN : 3.5/5

AROMA : Tak sama langsung dengan lada hitam. Dia ni antara bau cengkih dan bunga lawang gitu. Oked suka aroma dia bila masuk dalam kuah. Lepas tu kan nak cerita ni, pedas lada hitam kan ada pedih-pedih di lidah bila kita kunyah, dia ni pedas lebih sikit lagi. Yih, susah juga nak discribe rasa dia tu macam mana but Oked suka!

Tak sabar nak tunggu anak pokok dia sampai! hehehehe jangan tak tahu Oked dah order anak pokok dia tau! 



Sambil menumis, dok perisi biji Peria katak. Dapat free masa beli daging dekat Kedai BOSSku. Ada masa nanti kita semai ya. 

TEnkiu BOSS!



CILI SAMBAL KELANTAN

Masa beli sarapan tadi, tapau sambal yang sedap ni. Buat pelengkap untuk lunch. Tengahari turun bawah, beli nasi putih. Kebetulan Kak Aishah bawa pulak ikan selayang goreng, huh memang kena sangatlah ni. Gabungan tumis air, ikan goreng dan sambal ni memang walahhhhh hei sedap!

Siapa ada resepi cili sambal kelantan ni boleh kongsi? Versi kelantan memang tak letak belacan kan?



________________________________________________________________________________

Haih! ni awat pulak gambaq jadi panjang lagu nih.. halah halah serabut betul bila tukaq henpon. Semua benda nak kena belajar.. malang betul jadi orang hampir buta teknologi macam Oked ni.. hahahahaha 

YA AMPUN!



LovE, 


OKED!