Friday 20 November 2020

KENDURI PKP DI LABIS, JOHOR

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.

Cuti Maulidur Rasul lepas, kami dapat pelepasan merentas negeri. Masa submit tu tak yakin pun lulus. Garang bukan main cip yang kat pondok depan tu ha.. keh keh keh

Sepupu Brader Leb akan menikah pada hari Jumaat Jam 10 pagi. Kami bertolak hari khamis jam 1 petang. betul-betul ikut macam dalam permohonan. MAsuk ikut tol Kajang, tapi polis tak tahan pun, maybe sebab nampak kami berdua je dalam kereta dari jauh. Dia lambai suruh teruskan perjalanan.

3 jam perjalanan kami pun sampai dekat segamat. Sebahagian keluarga dah pun sampai awal dan tunggu kami di Kedai makan Nasi Ayam Mustafa Segamat. Boleh tahan terkenal juga kedai ni. Masih ramai yang tengah makan walaupun jam dah pukul 3 lebih.


RATING OKED : 4/5

Akibat kelaparan, macam biasalah kami mesti order ayam extra. Sekali sampai..hah kau. Bukan main besar portion ayam nye pun. Brader kate tak apa ambil je. Adik tu dah ready nak cancel order. Pergh, bau dia jangan cerita la.. memang best!


RATING PEDAS : 3/5

Sambal dia sedap! Sup dia padu! Portion besar jadi mestilah harga dia agak mahal berbanding yang di Kuala Lumpur..OKed tak ingat harga dia berapa.. mungkin dalam RM6.50 @ RM7 sepinggan.

Lepas dah kenyang kami pun dibawa pulang ke sarang untuk bermalam. Wow! yaaaa besar yakmat rumah ni. Rumah end lot type. Risik-risik, rupanya tuan rumah adalah founder seraimas. Bakal isteri pengantin kami staf kepada founder. Dapatlah rate harga murah sikit. RM500/night. Harga sebenar Oked tak tahu..

Meh kita melawat sikit dekorasi rumah ni..


VERANDA ATAS

Sebelah tu memang hutan sawit. Damainya tengok hijau!


LAMAN BAWAH DARI ATAS


HALL TINGKAT 2

Seluruh rumah pakai centralised air conditioning


DARI DALAM RUMAH MENUJU JENDELA... ceyywah!


BILIK NO 4. 

Ini bilik kami. Dalam rumah ni ada 5 bilik. Satu di tingkat bawah kat atas ada 4 bilik dan 1 bilik khas untuk surau dan bilik baju [ dalam 1 bilik ] . Semua bilik sangat luas dan selesa. 



RUANG TANGGA SHANTIK SANGAT!


TINGKAP DALAM BILIK

Mengadap hutan belukar.. okey OKed tutup penuh biadai dia... hahaha! Seram weh malam-malam


BILIK AIR.

Setiap bilik ada bilik air. Siap pancuran air panas yang boleh laras dekat kepala paip je.. haissshhh berapalah kos renovation rumah ni kan? Ruang tandas dan ruang mandi asing.


RUANG TANDAS


RUANG MANDI


ALMARI BAJU DAN MEJA SOLEK

Design yang ringkas tapi besar yakmat. Oked suka ni jenis macam ni. Simple! Dah tentu boleh sumbat segala mak nenek dalam tu. 

Ruang tamu dan dapur di bawah terlupa nak ambil gambar. Ada sofa jenis separuh bulatan dan TV yang boleh muat 4 orang dalam dia... punyalah besar! Decokasi dia cantik dengan wall paper. Less perabot..


Ya Allah. sedap betul pencicah dia ni!

Malam kami makan kat luar ramai-ramai. Main terjah je. Asalnya nak bungkus makan kat rumah. Atas permintaan pengantin akhirnya kami makan kat luar. Tak ingat nak snap gambar kedai. Semua masakan dia sangat sedap [ kedai siam ] dan sampai ke hari ni... Oked masih teringat-ingat kerang bakar dengan sos ni.. Paling sedap ever i pernah makan!



Batal wudhuk selepas acara angkat nikah. Tahniah kepada mempelai. Mr Ameer dan Sis Tehah..



Mempelai dua-dua sepadan. Maaflah kualiti gambar kurang memuaskkan. Ambil dari wasap group famili. 

Kami bertolak dari Labis jam 4 petang dan sampai di Puncak Jalil jam 7.30 malam. Belum pun buka pintu kereta dah kena jawab macam-macam dengan si Kacak.. Aduhaiiiii letih tak hilang dibuatnya. Oh ya Kacak kena tinggal sebab risau pasal covid ni.. 


LUve, 

OKeD!



2 comments:

  1. rumah tu duduk ber2 je atau ada family lain lagi'? besar betul dan memang dia buat gaya hotel semua bilik ada bilik air memang selesa lah sangatnya...
    berpadanan lah harga sewa tu dengna rumah itu dan segala fasilitinya..
    tahniah buat pengantin

    ReplyDelete
  2. Besar betul rumah. Selesa untuk penginapan.

    ReplyDelete