Friday 13 November 2020

BELI POKOK LAGI - POKOK KAYU MANIS, ROLINIA, LIMAU KERAT LINTANG DAN PUTAT NASI

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.

Parcel sampai 28 Oktober 2020. Haaaa beli apa lagi tu. Geleng kepala Brader Leb kita.


YEAY!! PARCEL YANG DITERIMA 

Packaging memang paling terbaik dari Tuan Nazmi Mihan ni. Kemas dan pokok memang selamat. takde patah riuk ke, melengkung-lengkung. Dah banyak kali repeat order dengan cikgu ni. 



BERBARIS MENUNGGU GILIRAN MASUK PASU


POKOK LIMAU KERAT LINTANG [ KAWIN ] - RM18

Keras sikit harga pokok limau jenis ni sebab pokok ni rare. Limau orang lama, dikatakan lagi mercik dari limau kasturi dan limau nipis. Sebagai koleksi tak apalah keluar lebih sikit.. kheeeennn??? hahaha


POKOK CINNAMON - RM25

Tujuan beli sebenarnya bukan lah untuk kulit pokok ni.. Beli sebab pucuk dia boleh buat ulams... hehehe pantang kan mende boleh buat ulam ni.. Sanggup sangat membeli. Ok jadi pokok kesayangan lah cerita dia ni.


POKOK PUTAT NASI - RM12 

Lama jugak nak tunggu tuan Nazmi dapatkan pokok ni.. Pernah order dengan Kak Normala Khamis tapi akhirnya pokok mati. Tanah tak sesuai barang kali. Dah alang-alang nak order banyak dengan tuan Nazmi ni Oked request la sekali. Alhamdulillah dapat juga dia mencarikan stok. Terima kasih kerana usaha dapatkan pokok ni untuk saya ya tuan.



POKOK ROLINIA - RM 15 ( PROMO)

Masa booking tuan Nazmi tawar promosi.. so cepat-cepat booking. Buah dia rasa kacukan durian belanda dengan nona katanya. Oked tak pernah rasa, tapi Oked memang suka dua-dua buah tu. Sebab tulah kena beli pokok dia kan? nak rasa buah punya pasal.. hahahaa motif sangat...



BUAH GAC - PERCUMA

Tuan nazmi ada tanya nak rasa tak buah ni? Wow, pucuk dicita ulam yang datang. Mestilah mahu. Dia kata nak bagi free je nih. Memang rezeki sangat. BIasa baca je orang jual pokok dan buah ni. Mahal tau, ada nilai perubatan tinggi. Tuan Nazmi pesan tengok youtube cara nak buat jus. Erm... Alahai Oked lupa la pasal buah ni.. Dok dalam peti ais lagi, masa sampai tu esoknya kami ada kenduri di Labis. Terus lupa ada buah ni simpan. BIla belek gambar baru teringat. OK... minggu ni kita buat lah.. 

Jumlah yang dibelanjakan : RM88

Pokok Limau Kerat Lintang RM18
Pokok Kayu Manis RM25
Pokok Putat Nasi RM12
Pokok Rolinia RM15
Kos Penghantaran RM18


Love, 

OkeD!



3 comments:

  1. seronoknya macam-macam di beli, dana ni kalua ada tanah teringiin jugak tanam macam-macam pokok gini... limau tu kawan-kawan kelantan kata memang sedap kalau msk dalam masakan atau apa2 jelah...
    limau krak lenteng sebutannya heheheh

    ReplyDelete
  2. unik plak tgok buah tu..utk buat jus ye..bukan makan begitu sahaja....jap nak google la...heheheh

    ReplyDelete
  3. murah murah juga harga pokok tu kak. berbaloi lah untuk menanam dan dapat hasilnya. baru tahu pokok kulit kayu manis tu pucuk dia boleh dibuat ulam. kalau ada tanah luas memang syoklah tanam macam macam pokok.

    ReplyDelete