Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum w.b.t.
Ini adalah schedule post.. hehehee alaaaa aci laaa.. Masa posting ni publish mungkin Oked dan keluarga dalam perjalanan menuju je Kuala Kangsar.. InshaAllah kenduri sepupu Oked sebelah Abah.
Ada peminat petai? Oked tak makan petai. Oked cuma suka bau saja.. Kalau masak, kuahnya makan.. isi dia Oked kelas beri pada Brader Leb.. bekerjasama gittew ha..
BAHAN TUMIS
- 2 Ulas Bawang Putih - Mayang nipis
- 2 Ulas Bawang Merah - Mayang nipis
- 1 @ 2 sb Cili Kering kisar
- Petai ikut
kemampuancita rasa sendiri nak banyak mana - Hiris ( petai mahei ) - Isi Ikan Sardin dalam tin - Ambil isi sahaja, kuah buang semua.. kalau sayang kuah tu, boleh simpan dan buat inti karipap.. ngeeee
Mula-mula goreng sekejap petai. Tapi dalam kes gambar di atas Oked pi tumis bawang dan cili dulu, baru teringat petai tak goreng awal-awal.. Tepuk dahi tap! tap! sambil ketepikan bahan tumis ke tepi dan gorenglah petai tadi..Mujur pakai kuali besor, muat la kaih depa ke tepian.. Tumis sampai pecah minyak tau..
PESANAN :
Kalau buat nasi goreng Oked memang akan guna sikit je minyak masak. Style Arwah Tok Baayah punya nasi goreng. Orang dulu-dulu pakai dapur kayu kan? Nasi goreng nya kering dan peroi.. Allahu.. rindunyta kat Tok!
Bahan tumis dah masak elok, masukkan isi sardin dan hancur kasar guna sudip. Sorry kuali gambar tak bagus. Kalut laaaaa haih..
Masukkan nasi sejuk kita.. gaul sebati hingga nasi sedikit kering. Dah boleh makan.. Portion ni untuk 3, 4 orang makan...
PESANAN LAGI : Kat rumah Oked guna beras basmathi. Kalau buat nasi goreng menang cantik je butir nasi dan tak serap minyak. Alaaa beras basmathi murah-murah je.. selalu beli hat promo bawah RM30 untuk 5kg. Basmathi brand giant pun kualiti tau. Cantik elok nasi kita.
Asik-asik giant je kan.. Sebabnya dia je yang dekat dengan rumah kita..
keh ! keh! keh!
ok guys, doakan perjalanan kami selamat pergi sampai balik ya.. Terima kasih.
Love,
OKED!
Fiza pulak hantu petai. Lepas tu sedapnya nasi goreng sikit minyak. My mom suka buat gitu... Minum pulak teh o kosong. Pergh! Nikmatnye.
ReplyDeleteHati² di jalan raya. Semoga segala urusan oked dan family dipermudahkan.
Kan, memang kena depa dua ni.
DeleteTerima kasih..
satu resepi baharu ni. x pernah tahu boleh masuk petai ke dlm nasi grg. kena try la nanti..
ReplyDeleteZaman la ni Abam Kie, semua pun boleh dengan petai.. hahaha. Jangan boh dalam kari atau sup sudah.. pelik sangat pun..
Deletewaalaikumussalam. sedapnya niii. pergh meleleh ayaq liur. hehehehe
ReplyDeleteHat kita masak kali ni sedap.. jarang-jarang jadi sedap tau.. haha
Deleteselamat bercuti OP, sama lah guna berasmathi yang murah sbb korong nak low carbo, maklumlah pencinta nasi sangat2 kami nie.
ReplyDeleteBetul, konon nak low carbo... tapi makan bertambah juga kami ni.. haha
DeleteNasi goreng sardin memang sedap. Selalu buat.
ReplyDeleteDulu saya letak kuah sikit, suami tak suka dia kata hanyir.. lepas pada tu buat tanpa kuah.. baru ok...
DeleteSedapnya petai. cuma makan petai kalau buat sambal udang petai atau sambal petai je. petai mentah atau nasi goreng petai tak makan pulak. :(
ReplyDeleteSaya tak makan.. tapi suka masakan yang ada petai.. gigih tu asing kalau termasuk dalam pinggan makan..
Deletememang gigih tu asingkan petai. kira okaylah boleh makan lagi.ada orang tak makan petai lansung tak nak ada rasa petai.
DeleteLamanya tak buat nasi goreng sardine..dulu rajin..eh kena buat la and bawak bekal esok..lama tak bawak bekal ni...
ReplyDeleteDulu-dulu pelik juga nasi goreng sardin, bila dah rasa eh sedap pulak.. dah jadi menu keluarga..
Deletemeleleh air liur baca entry ni. Aduh
ReplyDeleteKena buat la macam gitu.. Hehe
Delete