Monday 30 April 2018

TANAMAN DI LAMAN - KEKACANG

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t



Jenuh dok mencari idea nak buat para sangkut pokok-pokok kacang ni. Segala macam gambar dok simpan dalam telefon konon nak buat contoh. Penyudah, Oked beli je Rak sangkut baju 2 tiang ni. Berkongsilah korang 2 beradik sebelah-sebelah. Kacang Botor tu macam berjaya je membesar. Kacang buncis tu memang rendah harapan. Oh tidak apa-apa, kalau tak jadi kita benam saja benih baru terus dalam kotak tu nanti. Benih ada lagi berbaki dalam simpanan. Benih dari Kak Ainon FB Benih Tangan Hijau.



Kacang Idaman. Bagaikan disua bantal bila ada teman FB dari Group Kebun Bandar, Encik Asrulmulah from Kuala Lipis, Pahang sudi berkongsi benih ini. Nanti kita update perkembangan mereka berlima ni ya!



Love, 

OKed!



TANAMAN DI LAMAN - SAJA SUKA-SUKA

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t



Ambil benih di Kampung Abah Teh. Dulu masa kecik-kecik suka selit dalam AL-QURAN. Bukan main gembira bila mula keluar akar di celah-celah lekuk daun dia tu.. sampai naik anak la dok dalam tu leper-leper.. sapa biasa buat, baik mengaku!



Benih pemberian Prof Si Lay. Saja buat tambah koleksi. Kalau dah banyak esok kita cuba buat minuman ber Aloe vera ya.. bila tu... Entah lah...



Ini pun sejenis yang tak ada tujuan tanam. Ahahahhaa.. Dulu di rumah lama beli 2 anak pokok dan juga benih dari Kak Diana Kebun Bahagia Bersama. Masa pindah ke sini tak bawa la pokok yang ada tu sebab dah tinggi sangat. Tak sempat pun nak merasa tengok berbunga. Masa dok belek-belek benih lama jumpa benih tu, saja cuba tanam dan tumbuh dengan bahagia sekali. Jadi letaklah di sudut tepi pagar, semata-mata nak tengok bunga kapas je.. iya sungguh ni tak tipu...! 


Love, 

OKed!



TANAMAN DI LAMAN - HERBA MASAKAN HARIAN

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t



Kunyit kalau dengan Oked memang tak serasi. Payah sungguh dia nak berubi meriah. Asik beli ubi, semai, jemu buang. Sebab sakit hati tak menjadi macam kawan-kawan dok post di Group FB tu... kalau naik pon macam itulah, sepokok dua...Geram Ja!



Halia pon macam tu. Kenapa musuh benar kau ni sayam! sebab geram sangat.. nah! berbekas-bekas Oked semai. Asal beli halia mesti ambil sedikit kat yang bertunas tu pasak dalam bekas pasu.. hahaha Aci tak?!



Ini pun mula-mula dulu musuh juga. Tanam dalam pasu. Pokok bantut dan daun Ya Rabbi, punya la keras. Dah macam kertas manila pon ada. Sekarang dia sangat subur. Pernah kena serang dengan ulat yang makan pucuk tu. Lepas tu berak bersepah. Oked cantas buang semua togel! Bila naik semua elok begini, memang sentiasa belek supaya tak kena lagi macam sebelum ni.



Hidup segan mati juga kamu tak mahu. Asal ada saja dia ni.. hahahahaha buat syarat!



Ini kotak serba campur, OKed memang akan maintain sepokok saja pandan dalam bekas ni. Tak suka semak-semak. Lagi pun jarang-jarang guna. Sekali guna pon 2,3 helai saja kan?



Sejenis Kesayangan dan Kecintaan! hahahaa



Dulu ada 2 perdu merimbun di kebun belakang ni. Gatai tangan pi clear satu perdu konon semak mata memandang dan nak maintain 1 perdu saja. Penyudahnya tetiba perdu yang tinggal mula sakit dan mati.. Arghhhhhh semai semula dalam pasu ni. LAmbatnyaaaaaa!



Asal beliau di atas tanah. Bila mula membiak.. Ya Tuhan episod cungkil mengcungkil yang sangat rumit happen again. Oked memang trauma nak korek lengkuas ni. So, masa kunjungan Mak Tok ke sini, Kebetulan nak buat serunding ikan bilis, maka kami anak beranak telah bertungkus-lumus menarik semua perdu dan Oked semai semula dalam tong toyogo ni. Isi tanah Bakar sahaja. Moga akan datang tidak perlu bertonggeng bergolek nak cungkil ubinya. Mana datang idea? entah... mungkin dari langit.. ahhahahah!


Suka masak makan, 

OKed Lah!



Sunday 29 April 2018

TANAMAN DI LAMAN - HERBA

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t



Baru sebulan jadi warga kebun depan ni. Beli di Lot 43, Herbal Garden, Jalan Subang- Sungai Buloh. Yang dah siap berbuah harga RM35.00, errrrr kita ambil yang kecik jelah.. RM15.00.. hehehee



Beli sama dengan pokok di atas. Harga RM8, masa beli merimbun dan tidak terurus. Banyak daun-daun kering. Bila dah pruning sikit, alahaai macam copak-capik pulak pokok ni... hehee. Pedas sungguh daun dia. Pagi-pagi suka petik sehelai kunyah! Kalau hari tu tidak berpuasa lah...  



Semaian dari benih yang dibeli dari Kak Ainon, FB Benih Tangan Hijau. Cepat bercambah, tapi tulah, lambat pulak tumbesaran beliau. Herm.....



Dah lama simpan beliau ni. Dari rimbun sampai dah tinggal sebatang saja yang masih survive. Tak tahulah macammana nak biakkan beliau ni. Dah cuba semua cara seperti yang dibincangkan di Group Fb tetap la tak menjadi. Takpalah cik Dina, asalkan awak masih mampu hidup. Sekarang Oked dok cubit pucuk je bagi bercabang banyak. Suka masukkan daun pudina ni dalam air fanta laici... wah! marbeles... Oh ya beli ni di Bukit Jalil Nursery, harga 1 pasu kecil RM8.00


Benih ni dapat percuma dari Mr Lee, Bukit Jalil Nursery. Ambil benih di pokok yang dia nak buang di tempat longgokan pokok. Heeeeee.




Ini pun lambat juga nak cambah.. bercinta sungguh nak nampak bayang mereka.  Harap-harap naik elok ya anak-anak. Benih beli dengan Kak Ainon FB Benih Tangan Hijau.



Love much,

OKed!



Saturday 28 April 2018

BUAH BEKO @ BEKA

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t


Tak pernah tahu atau tengok pon buah beko ni. Buah ni bermusim katanya dan jenis pokok saka. Susah nak dapat dah buah ni. Dengar-dengar di sebelah Gerik, Perak sana masih ada lagi. Nak tanam di taman perumahan memang lah tak patut.

Berjanggutlah nak tunggu boleh berbuah. Kalau-kalau ada pengusaha yang buat tut ke boleh la cuba, mana tahu rezeki berbuah renek kan? pucuk dia pun boleh dibuat ulam katanya. Tapi kalau dah pokok tinggi membalak macam mana pulak nak dapat pucuknya kan?

Satu hari Prof Si Lay bawa balik dari Myanmar. Semua teman pejabat tak mahu ambil. Oked? alahai.. nak buat macam mana ni. Dah la tak pernah tahu bende buah ni. Dah google untuk resepi. Kena bakar bagai..aduih!

Dengan jiwa kental kita paksa bagi buah ni ke jiran kebun depan.. Kakak S pun tak pernah tahu pasal buah beko ni. Tapi beliau rela je untuk setelkan pemberian Prof Si Lay ini.. ahahaha... Mekacih kak ya! Ya Ampun, sedap amat! Rasanya lemak-lemak gitu dan wangi.

Ini kan bila kali kedua Prof Si Lay bagi takkan nak minta jiran buat lagi kan.. Malulah kan? hahaha
Percubaan pertama.. gagah ni.. gagah!


Dapat 3 biji



Bakar atas dapur gas je.. potong 2 supaya senang sikit nak kikis nanti


 Bau dia wangi je masa bakar tu. Dah sejuk sikit kena kikis buang yang hitam-hitam tu kemudian hiris. Seterusnya buatlah ikut rencah kerabu yang anda suka. Masa ni Oked buat versi bersantan. Isi dalam dia bila kita dah hiris bentuk macam kuih tiram pun ada.. hehehe


Bawang merah, isi ikan [ rebus] dan lada hitam. Garam gula jangan lupa ya.
Akhirnya.. nyaman!


Sebijik yang terakhir tu Oked buat versi kelapa parut yang di sangai kering dan campurkan dengan daun selom dari kebun sendiri.. Maka Oked lebih jatuh cinta dengan versi kepala parut ni. BUat pula rencah dengan isi kerang.. perghhh TERANGKAT! Pedas berdesing dengan cili padi.. Alahai.. 

Bila-bila Prof Si Lay balik sana memang akan kirim dengan beliau!

Suka makan,

OKed!!



HARI TERAKHIR DI JABATAN OBYGYN

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t

Sebak.

2 tahun 6 bulan bersama dengan teman-teman di sini. Banyak kenangan dan pengalaman indah.

Di dobi dulu oked banyak belajar tentang pengurusan dobi. Rakan sekerja kebanyakannya sudah berumur. Cara pergaulan lain sikit. Namun kami semua dah macam satu keluarga yang besar yang HARMONI

Bos pula sangat sporting dan supportive. Sebulan jugak la Oked tak boleh lena malam sebab risau suasana di tempat baru. Yelah 9 tahun di Unit Dobi tu, dah rasa macam tetap dan berpencen kat situ ja.
  
Perancangan Allah itu lebih baik.
  
Bulan 10 tahun 2015, OKed bertukar ke Jabatan OBYGYN. Alhamdulillah kedatangan di sambut baik oleh teman-teman baru. Rasa macam mula-mula dapat kerja je. Rasa fresh je tiap pagi bila masuk office. Tempat baru kan? mestilah kena jaga reputasi dan prestasi.. hahahahaha 

Kali ni aturan Allah itu lebih baik lagi. Terima surat pertukaran ke HR pula. Hanya 2 tahun 6 bulan jodoh kami.

Kali ni lebih sedih lagi. Kat Office ni kami semua 7 orang. Dah macam adik-beradik.


Kak S, Kak N, Kak F, Saudari H dan Abang D. Cinta saya buat kalian amat besar! Terima kasih banyak-banyak atas kenangan indah, suka dan duka kita selama saya di sini. Segala budi, jasa dan tunjuk ajar kalian moga menjadi pahala perpanjangan.








Pertukaran ini memang tidak diheboh-heboh kan. Seganlah kitakan. Last minute bocor juga.. hahahaa 

Dapatlah hadiah dari doktor-doktor yang baik hati ni. Doktor-doktor ni adalah doktor sarjana sambung belajar untuk dapat title specialist. 

hadoi! hujan lagi.


















Terima kasih kalian!








SELAMAT TINGGAL


Berat sungguh rasa hati nak tinggalkan meja ini. 


Perpisahan yang pasti, 

OKed!


KACANG ITIK

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t

Oked kalau mula scroll Group FB kebun, kebun kampung ka, kebun bandar ka, alahai ekonomi ka, SGTC [saya gagal tanam cili] memang lupa kat dunia nyata. Syok layan gambar-gambar tanaman yang teman-teman kongsi di situ. Selalu jugak la kene tereban bantai kecik dengan bapak sebab tak dengar dia panggil.. hahahahaha.. Ampun Darl..

28 March 2018  hari tu oked terima benih KACANG ITIK dari teman FB dari Group Kebun Bandar. Encik Asrulmulah from Kuala Lipis, Pahang.. Terima kasih encik.







             INI BENIH NYA

              Dapat 5 biji benih


          



Semai 25/04/2018 malam semalam nampak ada keluar tunas.. Happy nya! 2 bekas belum nampak tanda lagi















          Close Up sikit!












Dok baca cerita teman-teman yang tanam pokok ni, perlu para yang kuat. Bila mula matang pokok sangat rimbun dan berat. Alahai.. itu pikir kemudian lah ya.. Yang penting semai dulu.



Tak Sabar, 

Oked!

Friday 27 April 2018

LAKSA MYANMAR

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t

Terharunya oked, bila teman-teman pejabat meraikan kita.. Meraikan ker? hehhee

Tengahari tadi ada sorang Prof di Jabatan ni sponsor dan masakkan menu Laksa Myanmar untuk farewell oked. Prof ni suka dipanggil Dr Bunga. Sentiasa ada bunga yang diselit di celah rambut beliau. Bunga-bunga tu pulak fresh dari laman rumahnya. Prof Si Lay Khaing ni berasal dari Myanmar. Dah menetap dekat sini sejak dari beliau MO lagi. Tapi belum layak untuk mengundi di Malaysia kita... hehehee

Nak share resepi memang tak dapatlah. Prof bawa paste yang dah siap packing dan memang HALAL, dibuat oleh Muslim Myamar. Mari kita kongsi gambar








Ini Paste yang dibawa oleh Prof Si Lay.





                   Bihun yang jenis urat besar di celur. 
                   Laksa halus pun iya juga ni....





            Ini pulak awas-awasnya.

           Bawang putih Goreng + Minyak 

           Bawang goreng





                                  Telur rebus





         

               Limau nipis dan hirisan daun ketumbar



                         Chili Flakes



                  Sos Ikan [ Nampla ]






Lebih kurang macam inilah kejadiannya lepas dah satukan semuanya.














Ini rupa kuahnye. Yang bulat-bulat tu bukan fish ball ye tawan-tawan, itu Shallot sebutir-sebutir dalam ni.. hahaha dengan hirisan umbut pisang. 













Komen : Bagi Oked Laksa Myanmar ni tasted more like ermmmmm macam ape ya.. ha macam mee celup thai tu. Cuma dia ada sari ikan. Oh ya kuah ni guna ikan sembilang.. bukan keli tau! Jauh sekali rasa dengan laksa kita baik laksa utara, laksa lemak apatah lagi laksam!. hahahahaha

Ditekak Oked masih boleh terima.. Kena letak chili flakes and limau lebih sikit baru ngam!


Much Love,
OKed!



KEREPEK PISANG TOMAN BERSAMA BAWANG PUTIH

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t


Resepi ni Oked dapat dari Group MAHN.

Kita share dekat sini juga ya.








½ labu bawang putih dihiris
[ jangan tebal atau nipis sangat ya].

Sediakan juga sedikit bancuhan air garam. Sukatan yang Oked buat  5 sudu besar + setengah cawan air panas. Larutkan.















Tentulah watak utamanya.

PISANG MUDA!

Boleh guna pisang apa-apa yang sesuai untuk dibuat kerepek. Contohnya pisang tanduk, pisang abu etc....





Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak dah panas masukkan secawan margerin. Biar margerin cair sepenuhnya.

Sagat pisang muda  terus ke dalam kuali. Jangan risau tak percik pun minyak ke tangan. Rendahkan saja masa sagat tu.

Tapi mesti extra careful ya.. takut tercelup tangan pulak!


Bila dah penuh kuali masukkan 1 sudu air garam. Agak-agak tau, jangan terlajak masin. Pandai-pandai la adjust yer.

Pastikan gaul selalu supaya masak sekata.
Bila hirisan dah agak keras, masukkan sedikit hirisan bawang putih ke dalam kuali. Orchid masukkan dalam 5 hiris sahaja. Jangan banyak sangat. Nanti kerepek jadi pedar. Awas!

Tujuan masukkan bila dah keras supaya bawang putih tu tidak hangit dan garing elok masa angkat sekali nanti.

Bila kerepek dah rangup sepenuhnya. Boleh la angkat semua sekali dan tos minyak.


Sejukkan sebentar dan ubah ke dalam balang.

Dah siap kerepek kita.

Its so tasty!!

Cubalah!












Love, 
Oked!

Thursday 26 April 2018

TESCO ONLINE

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t

Lagi 2 hari saja oked kat jabatan ni. Mulai 2 Mei akan bertugas di jabatan baru. Jabatan baru ni kalau dipanggil naik erghhhh memang semua akan scary. Entah kenapa macam berhantu-hantu pulak. Masa mula-mula lapor diri di Institusi ni, inilah penempatan pertama Oked. 

JABATAN SUMBER MANUSIA.

Eh kita nak cerita tentang Tesco Online kan? Sempat pulak meluah rasa. Hahahaa...
Beberapa bulan lepas Oked dok berkira-kira nak ikut jejak jiran kebun di depan tu. Setiap bulan akan ada lori Tesco hantar barang ke rumah Kakak S. Dek sifat kepoci yang tinggi, Oked pun risik-risiklah kat dia. Macam mana nak mula? Senang je, daftar kat Tesco Online, so and so and so. 

Maka terjebak la Oked buat kali pertama.. Huuuu untuk permulaan kita online dalam RM61.00 saja. Charge penghantaran ikut masa penghantaran. Ada RM8, RM5 dan RM3. Kita boleh pilih tarikh dan masa penghantaran di buat. Senang dan menarik. Rasanya macam tiada had min order.

Oked memang akan selalu jenguk applikasi Smart Shopper untuk beli keperluan barang di rumah. Kita boleh bandingkan harga kebanyakan pasar raya besar yang menawarkan promosi secara bulanan atau mingguan. Yang paling seronok bila terasa sangat BIJAK BERBELANJA dengan kaedah ini... hahahaha. Walaupun selalu kena sangkal dengan bapak beli kat mana pon sama je, setakat beza seringgit dua siap senget-senget mulut beliau mengejek bini. Tapi dengan fakta yang ada beliau selalu kalah... satu barang beza 3 ringgit, kita beli lebih 20 barang... BIJAK kan? heheheheh

Kalau dah ke pasaraya besar macam tu, mata memang jahat kan? pantang... diulang PANTANG nampak, semua nak disauk. Tambah-tambah la dengan anak-anak kecil. Selalunya barang yang dirancang tak beli pun, yang tidak-tidak tu lah yang penuh troli. 

Oked dah booked slot penghantaran jam 7 sampai 9 malam. Tup-tup Abam driver call pukul 6 dah sampai. 10 kali mintak maaf sebab awal dan sanggup tunggu kita sampai ke rumah. Minta dia tunggu dalam 10 ke 15 minit sebab masih dalam perjalanan pulang kerja. Maka teruslah lajak ke rumah tanpa pick up si Kacak dulu dari rumah Ibu.



Inilah dia pemudah cara. 

Barang kering, barang basah boleh order semua. Dalam lori ni ada 2 seksyen penyimpanan. Wah! kagum. ahahahaha...

Abam lori akan serah resit dan kita kena check satu-satu barang yang dihantar. Bila dah confirm kita sign dekat resit dia dan proceed untuk bayar. 

Masa place order, kita boleh bayar terus atau bayar masa barang dihantar nanti. Cashless tau. Boleh bayar guna kad kredit atau Debit ya puan-puan.

Dah beres. Kita keluar pulak ambik Si Kacak kat rumah Ibu. 

Babai Lorry!


TEMPAT BARU

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t

Holla!

Awal-awal pindah ke sini, oked hanya bawak pokok-pokok kesayangan saja. Nampak tak banyak. Tapi penuh juga sebijik lori khas untuk angkut pasu-pasu sahaja. Mood nak menanam memang membeku. Dalam hati dah tekad, tak mahu beli atau bela pokok baru. Nak asuh saja pokok yang ada. 


Antara pokok yang bawak masa tu








Pisang Toman

Gambar asal takde. Kita pinjam gambar anak yang oked gali untuk beri pada kawan-kawan dan bawak balik kampung.




















Pokok Limau Purut


Sanggup cabut walaupun pokok dah meninggi. Cantas ranting sependek yang boleh. 


Malas nak korek tanah batu kat sini. Jadi oked tebuk bontot pasu ni dan letak terus atas tanah. Jadi akar dia akan cari sendiri la ruang dalam tanah tersebut. Hihhi.. 
















Pokok Gincu

Mak Tok hadiah pada oked. Masa mula-muka beli tu ada 2 batang saja. Sekarang dah rimbun. Selalu juga kasi togel pasu bila time jemu sampai.













Kembang Cina

Oked bukanlah penggemar pokok bunga. Kalau ada pon hanya bunga-bunga putih sahaja.

Ada juga bawak bunga jarum dan bunga melur tapi dah let go pada jiran kebun depan itu.. hehehehe










Lengkuas

Mahal harga lengkuas di pasaran. Oked syak lengkuas ni mahal hanya sebab nak boleh dapat kat dia ni aduhaiiiii boleh sakit-sakit badan tau! Segala parang cangkul jebak kita guna.

Selain lengkuas, bawa juga pokok kari, serai, kunyit dan keratan ubi kayu untuk di semai kat sini.











Kebun Belakang

Beginilah rupa kebun belakang oked masa mula-mula pindah ke sini. Belum sampai mood nak berkebun. Sekadar ada pokok-pokok untuk masakan harian kita je.

Tapi sekarang belakang ni... semak samun dengan macam-macam benda.




Hahahaha... nanti cerita lain yer.


tata titi tutu.

Love,

OKed!