Assalammualaikum w.b.t.
Walaupun resepi biasa-biasa oked tetap nak kongsi dengan sahabat-sahabat semua..
Bahan-bahan
Isi ayam - potong dadu
1 batang serai - hiris serong
3 ulas bawang putih - mayang nipis
3 tangkai daun limau purut - buang tulang daun
2 batang lobak merah - hiris panjang
1 ulas bawang besar - mayang bulat
10 biji cili padi
Bahan Kisar kasar
10 tangkai Cili besar
5@10 tangkai cili padi
1 ulas bawang besar
Cara-cara
- Ayam lumur kunyit dan garam, goreng hingga ayam masak, tos dan ketepikan. Ayam tidak perlu goreng sampai garing.
- Panaskan minyak, goreng hirisan bawang putih dan serai hingga sedikit perang. Kemudian masukkan bahan yang dikisar kasar dan tumis hingga agak garing.
- Masukkan hirisan lobak merah dan ayam. Letak sedikit sahaja air supaya lobak cepat empuk.
- Masukkan hirisan bawang bulat dan cili padi sebagai bahan tambahan.
- Bila bawang dan cili dah agak layu, tutup api
- Sedia untuk dinikmati
Ini lauk memang mengundang geram Brader Leb. Sebab masakan ini banyak sampah dia kata.. tapi tak pernah gagal tambah nasi walaupun dia geram.. hahahaha. Siap makan penuh segala bawang, cili, serai keliling pinggan dia.
Love,
OKED!
peminat pedas mesti suka lauk ini.... mesti semerbak harum sebab ada daun limau purut tu
ReplyDeleteKalau kat rumah ni memang semua hantu pedas, saya je kurang dah sikit.. perut dah tua kak.. haha
DeleteSiap letak daun limau purut. Mesti sedap.
ReplyDeleteLebih kurang masak paprik saja, cuma ini tak letak sos cili dan tiram. Versi tak cukup bahan sebenarnya.. haha
DeleteSimple jer kan..boleh cuba nanti ni...
ReplyDeleteYa.. lauk kecemasan pun iya juga..
Deletenampak sedap tu OP :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, selera biasa-biasa macam ni kadang lebih-lebih pulak bertambah.
DeleteSedap nampak menu ayam masak pedas Puan Orched.
ReplyDeleteAlhamdulillah menu biasa dalam keluarga kami..
DeleteUish..kalau saya kena potong portion cili tu. Tak tahan pedas. Eh..'sampah' tu sedap sebenarnya
ReplyDeleteBuat hiasan je tu bagi nampak cantik.. Sapa tahan, patah-patahkan sebelum suap dengan nasi..
Delete