Friday 27 September 2019

POKOK LEMAK KETAM @ TEBENGAU

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t

Semalam..

Balik kerja lihat langit agak kelam. Bapak offday semalam dan maklumkan di Puncak Jalil hujan dah berhenti. Jadi, bapak akan jemput Si Kacak dari rumah Ibu. Lemau lah hadap jammed petang-petang macam gini kan... Bila dah masuk jalan Klang Lama, Oked beritahu Cik Bunga kita beli makan di Awan Besar lah. Sana ada Sup Ani Utara. Mula-mula ingat nak tapau je bawa balik tapi bila bapak kata dia tak mahu apa-apa kami decide untuk makan saja di situ.

Usai je sampai di Perhentian Awan Besar, hujan turun selebat-lebatnya. Sebenarnya dah 2 minggu terasa di tekak ni nak makan Sup Ani Utara tu. Yang jadi masalah bila masuk je kawasan gerai tu terpandang pulak Gerai Sajian Aliaa
Herm............. inilah hasil... 





Cik Bunga makan fav beliau, Oked pi gatai tukar. Nak hilang kempunan, kita pun hiruplah kuah dari mangkuk Cik Bunga ni hingga titisan terakhir. Lepas kami dah kenyang, ambil tapau sate ayam 10 sate daging 10 untuk bapak, Cik Bunga pulak pi tapau Roti Boy sampai 5 biji. Nafsu... nafsu...



oh ya pagi ini pula, Oked sarapan bihun Abang Ajak yang ohsem ini dengan nasi lemak yang Cik Azurah belanja. Kalau ada kawan-kawan yang datang ke PPUM ni carilah cafe kecil di Bangunan Psikiatrik di tingkat 3. Nasi lemak comel dengan bihun dia memang sedap. Satu bungkus tak cukup tau!



POKOK LEMAK KETAM @ TEBENGAU


Minggu lepas nak kemas sikit kotak-kotak ni, nak repotting ke bekas lain dan ubah pokok. Pokok ni memang cepat membesar. Baru pangkas dahan besar tak dan 2 bulan dia naik tinggi semula. Kena rajin pangkas untuk kawal tumbesaran. Kategori pokok balak kot dia ni. Tinggi Ada dah dekat 3 meter rasanya


AKAR MENCEROBOH KE KOTAK LAIN

Bukan main lagi dia punya perangai belanda kan. Habis dia jelajah bawah kotak-kotak lain. Susah Oked nak alih kotak-kotak yang akar dia dah cereboh tu. Kena potong dengan pisau.



IBU KUNYIT KE?


Ini rinzom yang Oked rasa ada dah 3 tahun cycle dia. Masa nak alih anak pokok dari rinzom ni patah. Alahai.... kita benam semula dalam pasu lain lah. Yang anak tadi kita semai sebelah dia. Kalau orang yang buat ladang kunyit, memang depa akan semai dari ibu kunyit untuk dapat hasil yang baik dan lumayan. 


Esok dan Ahad dah plan macam-macam untuk pokok-pokok kat kebun tu.. kita tengoklah.. jadi ke idak..


LoVE, 

OKeD!


Thursday 26 September 2019

TERTUNAI NASI LEMAK KERANG

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t

Hari ni macam-macam mana pun nak kena beli juga nasi lemak kerang pakcik yang jual dekat Kolej Ibu Sina tu. Nasi setimbun kerang 2 ceduk.. 






HARGA RM6.00



Zoom sikit gambar kerang, sambil makan sambil dok fikir, isi kerang macam ni punya kecik, besar mana cengkerang dia? betul ke kerang ni? kecik macam isi lala pun ada. Saiz dia besar putik kapas yang kita dok korek telinga tu.. percayalah!




Ada rezeki lebih hari ni, lunch orang belanja. Terima kasih pada yang bersedekah. Semoga Allah melimpah ruahkan rezeki tuan badan dan kita semua.. Aaminnn...


Malam makan APA?


LoVE, 

OKeD!



NASI GORENG DAUN SUP

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t



Hari ni teringin nak makan nasi lemak kerang. Sampai di parkir jam 7.45 pagi seperti selalu. Rehat sebentar, tunggu pukul 7.05 pagi baru keluar berjalan menuju ke Menara Timur. Tiba di simpang menara Timur, kaki tak meneruskan langkah.

Terus menuju ke Menara Utama. Tekan lift ke tingkat 1, menuju ke Klinik Ortopedik dan beli nasi lemak daun pisang 3 bungkus dan nasi goreng 1 bungkus. Buat bayaran.


Abang Jamil kata, " semua 6.50 "
Oked balas, "oh saya ambil kuih satu, cukupkan 7 ringgit".

Berjalan menuju ke lift tengah, tekan G. Keluar lift menuju lift utama, tekan yang pertama, bukan lift yang menuju ke tingkat 14, begitu juga nasib 3 tekan yang lain. Hanya tekan yang ke 4 baru menyala lampu lift yang menuju ke tingkat 14.

Punch masuk 7.17 pagi. Sampai di meja, makan ubat perindopril. Perindopril kena ambil sebelum makan. Tik tok tik tok.. Leka.. Mula makan sarapan jam 8.45 pagi. Buka bungkusan, wah menyelerakan, ada telur dadar. Suapan yang pertama oked terbatu.. Nasi goreng daun sup...

Oked tanya Kak Aishah kat sebelah ni, "nasi goreng dengan daun sup?"

Laju Kak Aishah kata.. "Eeeiii sedaplah nasi goreng daun sup, akak suka sangat"

Oked balas.. "Oh ok..."

Mujur ada sambal cik nor ni, bolehlah cover sikit rasa kuat daun sup tu. Sebenarnya Oked biasa je makan nasi goreng yang di tabur daun sup.. Tapi nasi yang di goreng sekali dengan daun sup, inilah pertama kali oked rasa.

Walaupun tak kena sikit di tekak oked ni.. JUJUR Oked habaq.. Nasi habis licin.. Hahhahahaha. Nasi lemak kerang kita postpone esok lah ya.



Ok bye!

OKeD

Tuesday 24 September 2019

MENGALIH BAYAM @ AMARANTH HALF RED

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t


Oked mula belajar makan bayam dalam 3 tahun lepas. Tambahan pula, bapak tak gemar sayur bayam. Bau pada kuah tu buat dia rasa kembang tekak, semacam hanyir sikit. Dalam rumah ni ada Cik Bunga adalah penggemar bayam, tambah-tambah bayam separuh merah ni. So kalau masak memang untuk portion dia sorang je.

Mula-mula oked pun tak gemar juga, tiap kali masak ambillah sesudu buat rasa. Lama-lama lidah dah biasa rasa sedap pulak beliau ni. Pernah beli benih dengan Kak Ainon, 2 tahun sudah rasanya. Disebabkan bekas tanaman terhad. Oked campak-campak je dalam pasu dan bekas polyestrine yang ada. Masa tu niat takdelah nak bela elok-elok sebab cuba nasib je.

Masa mula naik anak tu, bukan main lagi micro kejadiannya. tapi kami dalam rumah buat tak peduli sangat. sampai ada yang terbantut dan hasilkan biji benih. Ada la yang naik besar 3,4 pokok. Yang hairan tu takde langsung teringin nak petik. biar je sampai keluar benih. Kalau Cik Bunga nak makan, kita beli yang kat kedai.. ahahahahah.. apeda!

Selepas 2 tahun, tanpa Oked menyemai, benih-benih ni tetap berusaha menyedarkan Oked.

"Hey kamu, kami ni benih yang bernas."


Anak-anak ni tumbuh tanpa oked semai. Mungkin dari benih yang jatuh dari induk yang terbiar tu. Kenmain lagi depa ni berlumba nak hidup. Rasa depa ni tumbuh dari tanah yang Oked repotting dari bekas lain.  Ini dalam pasu pokok Cabai dan Keratan bayam brazil.



Pasu kecil ni Oked cuba biakkan ginseng jawa @ akar som dengan recycle tanah dari bekas lain. Alhamdulillah percubaan berjaya. siap keluar bunga dan bawa benih bayam ni sekali.



Alhamdulillah, dari 5 keratan 3 keratan berjaya hidup setakat ni. 3 keratan yang berjaya ni Oked semai dari pucuk. 2 yang tak berjaya tu dari keratan yang matang sikit. Masa menyemai, tanah tak boleh lembab sentiasa dan tak boleh juga kering kontang. Siraman pula jangan direct ke batangnya, nanti batang akan membusuk.



Atas kesedaran, maka Oked pun sediakan lah satu bekas khas untuk meraka ni. Oked alihkan anak pokok yang dah keluar 4  helai daun. Moga kalian hidup molek dalam ini tanpa gangguan siput kecik-kecik tu. 


Bagi Oked lah kan, sayur jenis begini kita tanam sekali je, lepas tu tuai berkali-kali. tak perlu semai teruk-teruk dah bila biji benih yang gugur sendiri dari induk yang matang akan menghasilkan anak-anak yang baru. Untung kan? Rajin dengan tidak je... herm!



LoVE, 

OkED!

Sunday 22 September 2019

TERAPI MATA DENGAN HIJAU

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t



Simpan sini gambar untuk kenangan sendiri


KACANG ITIK


MULBERI


CILI BESAR


CILI BESAR


ASPARAGUS BIASA DAN UNGU


PISANG TOMAN


BAYAM BRAZIL


KETUMBAR JAWA


SIREH


HALIA


CAK! MAKCIK LEMBERT 


POKOK LADA HITAM


BUAH LADA HITAM SULUNG


SIREH ATAS TADI DAH MATI.. HAHAHAHA


ZUCCHINI


ZUCCHINI


ZUCCHINI


TENGGEK BURUNG @ CABANG TIGA



BANGUN-BANGUN @ CUBAN OREGANO


KADUK


BAYAM BRAZIL


AKAR SOM @ GINSENG JAWA


PEGAGA GAJAH


LIMAU PURUT


BUNGA KUCAI


BELALAI GAJAH


POKOK SALAM


POKOK ASAM GELUGUR @ ASAM KEPING


POKOK LEMAK KETAM


PUDING BELACAN


TENGGEK BURUNG @ CABANG TIGA


KEMANGI / LEMON BASIL


CHARLIE DENGAN UNKNOWN


ASAL TAK TAHU.. 


SAMBUNG NYAWA UNGU


HALIA BARA


BUNGA LENGKUAS KECIL


LOvE, 

OKeD!