Tuesday 30 October 2018

MENGEMAS KEBUN DEPAN DAN BELAKANG

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t


21hb lepas kan dah ambil stok tanah. So Sabtu lepas Oked pun mulakan lah operasi mengubah, mengalih, re-potting pokok-pokok yang ada. Kotak-kotak polyestrine memang dah stanby lama. Kotak-kotak ni Oked ambil di Pasaraya Hero. Memang depa buang je kotak-kotak ini. Oked pilih yang cantik saja dan sesuaikan dengan pokok-pokok yang bakal di tanam. Kebanyakan nya pun memang kotak-kotak ini elok dan bersih. Tak macam yang datang dari pasar borong. 

Selalunya kami anak beranak akan pergi ambil lepas pukul 11 malam. Sebab? Maluuuuuu  baq hang...keh keh keh... sengan kot orang dok tengok ape la anak beranak ni dok kutip kotak kat situ. Lepas pukul 11 malam, kawasan situ dah sunyi. Jadi senang dan bahagia kami memilih kotak. OPsss, kami pastikan kekemasan semula bila memilih kotak kat situ tau. Tak sepah-sepah kan. Jangan buat orang marah... gittew

Kebun belakang rumah sebelah kanan

Memang huduh la kejadian kebun belakang Oked. Sebelum ni Oked susun kotak atas tanah supaya tak naik rumput rampai. Belakang ni asalnya banyak naik  bayam pasir tu. Asik kena upah potong rumput. Yang geramnya, dengan pokok-pokok kita sekali dia balun, habis luka-luka. walaupun dah kepung dengan botol plastik DIY. Itupun sekejap je dah naik semak. So kita tutup dengan kotak-kotak air mineral yang memang kami dok beli tiap-tiap minggu tu. Lagi pun tanah belakang ni memang tak sihat langsung. Jenuh dengan batunya, semut merah besar pun sama jugak galak dok buat sarang. Ada sebahagian pokok dah pun pindah dalam kotak-kotak polyestrine ni. 

Sekarang Oked lapik kotak-kotak dengan tikar getah. Beli siap potong semeter-semeter. Oked dapati bila letak lapik dengan kotak biasa, semut merah tu makin banyak buat sarang. bukan main depa ya! Lepas tu pulak , lama-lama bila kotak biasa tu dah reput, akar dari pasu atau kotak  akan mula masuk ke dalam tanah dan susah nanti bila nak alih.  Jadi oked tukar kepada tikar getah bagi elakkan akar masuk ke dalam tanah. Air bertakung? ini memang tak boleh nak elak bila musim hujan..

Ada lebih 10 jenis pokok yang Oked tanam terus ke tanah di kebun belakang. Setakat ni yang masih bertahan pokok bunga kemboja, limau kasturi, tenggek burung, beluntas, ubi kayu putih, peria pantai, kari, kemunting, pelam telur, delima dan mulberi. Sebelum ni main tanam je kat tanah ikut tanah yang senang nak korek. Jadinya naik serabut mata ni kebun tak tersusun. Bapak pon menyampah tengok.. hahahaa

So hari yang rajin ini Oked decided untuk kemas kebun dan re-potting pokok-pokok yang atas tanah ni untuk jadikan ruang lebih kemas dan tersusun. Selected pokok only yeah!

KOTAK POKOK GEDI
Keratan batang ni pemberian seorang sahabat group kebun kampung, Kak Marina Nyaun. Beliau memang rajin berkebun dan kongsi-kongsi hasil serta benih dengan kawan-kawan. Cumanya kita bayar pos dalam RM10 kepada beliau untuk pos laju. Dikatakan pucuknya sedap di rebus dan cicah sambal belacan. Daunya berlendir sedikit, mungkin macam bayam malabar @ remayung. Ada sari manis. Oh ya Kak Marina panggil pokok ni Ubi Kangkung. Bila baca komen-komen di gambar ada yang bagi tahu nama sebenarnya pokok gedi.  


Balik kepada cerita kotak ini. Hampa sebenarnya sebab ketakan tu tak menjadi. Bukan rezeki kita kan. Mungkin sebab musin hujan dan sentiasa lembab, maka keratan jadi rosak. Mungkin lain kali ada rezeki kita minta lagi dengan kak Marina.

POKOK KARI 
Disebabkan keratan gedi tak menjadi, maka Oked pilih untuk cabut beliau dan masuk ke dalam kotak tersebut. Inilah pokok kari yang selalu kena serang dengan ulat hitam yang bertanduk tahi tu. Geramnya! Ini baru naik semula pucuk baru lepas kena trim 2 minggu sudah. 

Lepas cabut dan sedang tunggu nak masuk rumah baru

Ok dah masuk rumah baru.
Kali ni kotak besar sikit so 1 bag tanah hitam beli dengan Kak D untuk 1 kotak.

ANAK KARI
Tumbuh sendiri dari salur akar. Pokok kari ni bila dah matang memang cepat naik anak. Bila dah mula beranak memang susah nak hapus. Induk tadi kita dah masuk rumah besar. Disebabkan dia tumbuh dekat tepi sini dan tak halang ruang,  maka kita biarkan jelah dia. Esok-esok kalau dah besar kita hapus induk dalam kotak ganti dengan pokok lain recycle tanah. Macam tulah perangai Oked, masa mahu.. usaha mencari macam nak gila. bila jemu, cabut buang hahahaha.. sejenis penyakit jugak ni!

POKOK KEMUNTING
Sayang sangat-sangat dekat dia ni. Dah setahun lebih dah sejak dapat dari Jiran Kebun Depan sana. Macam gitulah saja kejadian dia. Nak kata sihat tidak, sakit pun bukan. Mungkin sebab semut dok buat sarang dekat perdu akar dia tu. Oked cabut juga sambil berzikir, mudah-mudahan bertahan dan jangan mati bila ubah ke dalam kotak.


Mudah-mudahan berbuah dan subur.. Aaminn...

POKOK BELUNTAS

Pokok ni di tut oleh mentua dari pahang. Datangnya 2 pokok yang berjaya hat ni. Banyak kali dah tuai pucuk dan bawak ke pejabat. Ramai rupanya peminat ulam ni. OKed tak gemar sebab ada rasa macam tanah sikit. Tanam untuk buat nasi ulam Utara

Sehingga kelmarin pokok masih tak segar.. huhuhu takut nya kalau dia mati..
Pokok please.. be strong ok?! Kita place tempat redup supaya dia kuat...

KETUMBAR JAWA
Tumbuh sendiri, mungkin muncul dari benih yang tidur. 

Ubah ke dalam kotak dan satukan mereka. 

Yang bertanduk-tanduk tu yang beli kat nurseri Sg Buluh tempoh hari. Selain tu adalah pokok kailan yg terbantut. nak buang sayang. so biar jelah sekali dengan depa ni.. hahaha

KUCAI 
semai dari biji benih

Ubah juga ke dalam kotak.
Memang semai dari biji benih lambat betul nak biak. haish...rasa nak pi beli hat siap polybeg je ni.. hahaha Sabar OKed Sabar! Nak potong sayang pulak. Kalau potong dia biak cepat ke? atau kena tunggu sampai berbunga?


Nampak tak bertapa sihat dan bahagia nya cacing ni dalam pasu. 

Kita satukan Kaduk tadi dengan cekur.

Cekur tu tak pernah nye daun dia jadi elok. Asik jadi spot coklat tu je. Setakat nak makan sendiri boleh la.. nak bawak ke pejabat rasa segan pulak dengan daun buruk macam tu.. Sebab apa ya daun cekur jadi mcm tu kawan-kawan?

SELASIH DAN CILI BESAR
Beli di Nurseri Sg Buluh juga. Moga sihat dan bahagia.

LOve, 

OKeD!



Monday 29 October 2018

SARAPAN SEPANJANG MINGGU INI


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t


Dah takde idea nak tulis apa. Belek-belek gambar dapat idea. Selalunya oked memang akan snap gambar sebelum makan apa-apa dan hantar kepada bapak.. Dari mula kenal beliau, memang kami akan saling jemput menjemput makan dalam wasap. 

Pelik? ya inilah kami.. Nampak suwitt kan? Gittew.... 


HARI ISNIN : NASI LEMAK TAK LEMAK
HARGA : RM1.30


Nasi Lemak ni memang tak lemak langsung.. ada bau nasi lemak mungkin tanpa santan. Nasi lemak ni memang hari-hari Abang A jual dalam office kita. Selain nasik lemak, ada bihun + sambal dan maggi goreng kosong. Oklah kan, harga sebungkus dia jual RM1.30.
Asal kenyang sebelum memulakan kerja.

HARI SELASA : NASI GORENG + SAMBAL + TELUR MATA
HARGA : PERCUMA 


Dah cerita dekat entri lepas. Tajaan Kakak yang baik.. Kak N

HARI RABU : NASI LEMAK DAUN PISANG
HARGA : PERCUMA

Hari ni sarapan masih di taja oleh sahabat di kantor ini. Si cantik manis, Cik Z.
Terima kasih sahabat

HARI KHAMIS : NASIK LEMAK DAUN PISANG SAMA SEMALAM
HARGA : PERCUMA


Ya Allah, murah betul rezeki sepanjang minggu ni.
Hari ni sarapan ditaja oleh adik kita Puan ZT pula.



HARI JUMAAT : CEKODOK PISANG 
OKED BAWA BEKAL UNTUK TEMAN PEJABAT


LovE, 

OKed!

Tuesday 23 October 2018

REZEKI DARI SAHABAT

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah.. 

Sarapan hari ni di taja oleh Kak N.









Nasi lemak sambal Sotong pilihan sahabat OKed







Oked pulak ambil nasi goreng + kuah sambal sotong + timun.. 
















Sambil borak, ada saja yang dibualkan kami..

















Ini pula pemberian Kak N, masa berselisih waktu balik kerja semalam. Sempat lagi berbuat pahala sambil-sambil jalan. 
















Rasa bahagia dikelilingi orang-orang yang baik dan sayang kita kan?
Moga rezeki kak N dan anaknya melimpah ruah.. Juga kesihatan yang berpanjangan..

Aaamin...

LOve,
OKed!

Monday 22 October 2018

TANAH DARI KEBUN BAHAGIA BERSAMA

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t

Dari jumaat lagi dalam kepala dah rancang nak membeli tanah dengan Kak Diana Kebun Bahagia. Minggu lepas tak boleh dapat sebab tanah takung air, kan musim hujan sekarang ni. Oked memang suka beli tanah dengan kak D. Kak D bekalkan tanah hitam. mungkin tanah bakar kot. Alhamdulillah, sihat-sihat cacing dalam pasu Oked tau.. sekali korek tu dia.. bukan main gemok-gemok depa ni. Rasanya ini kali ke-4 Oked beli tanah dengan beliau.


Murah je tanah yang kak D jual ni. Satu bag RM5. Berat OKed tak tahu. Tapi boleh terkehel jugak la belikat kalau nak angkat 1 bag ni. Biasa 1 beg macam ni boleh dapat 3 atau 4 pasu untuk saiz biasa tu. Kalau kotak polyestrine sederhana boleh dapat 2 setengah kotak. Biasa oked campur dengan cocopeat hancur dan tanah sawit sikit. kalau tanah sawit dengan cocopeat tak ada stok oked guna je tanah ni 100%. Cuma dalam tanah ni ada jugak sikit benda asing macam kaca, besi, batu, bekas-bekas plastik. kena buanglah masa kita proses tu.
PISANG RAJA UDANG

Beli tanah dapat free gift ini. Seumur hidup ni baru dapat rasa dia. Sebelum ni nampak kat google dan group je. Sedapnya pisang ni. Manis + lemak dan wangi. Kenyang kalau kena sebijik. 
Gemok dia tu sama macam jari kita ni.. hahahaha

YUmmeh!
Oh ya sempat juga Bapak bawak pusing ke nurseri di Sungai Buloh.. Walaupun masa kami pick up tanah di Merbau Sempak tu hujan lebat ya amat. Saja cuba nasib kot-kot la di nerseri sana hujan dah berhenti. Alhamdulillah, usai di Sungai Buloh tu, hujan rintik-rintik saja. Oked memang dah pasang niat, beli herba yang nak saja. Jangan shopping pokok-pokok lain. Singgah pun 1 kedai je sebab hujan kan. Maka, niat terlaksana.. hihi. 3 Jenis yang dipinang. Cari cili padi kampung tak ada stok, jadi ambil mereka ni.. total RM10 untuk ketiga-tiga nya. 

CILI BESAR 

KETUMBAR JAWA

SELASIH


INI UNTUK HALAU PEROSAK KITA CUBA JELAH.
RM17.00


LOve, 

OKed!

Sunday 21 October 2018

RENDANG DAGING PUDING BELACAN

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t


Masa beli dulu keding dan kedekut pucuk. Tak tahu berapa kali dah ubah dia ni. Kejap kat laman depan kejap kang laman belakang. Lepas tu depan. End up letak balik kat belakang. Tuan merajuk dah malas nak peduli kat dia. Dalam 2 bulan ni, eh naik elok pulak pucuk dan daun. Belalang pun tak kacau. Berkilat-kilat daun. 

Close up Daun yang santik ni

Pertama kali cuba buat rendang campur puding belacan ni. Daun puding tu tak pengaruh apa-apa rasa dalam rendang pun. Tapi nikmat tu waktu kita kunyah daun puding tu, macam kenyal-kenyal sikit. So far ok saja dengan tekak Oked. Bapak pun cakap sedap rendang ni tapi dia tak jamah pun daun puding tu.. PELIK katanya.. hahahaha


Semaian baru ni kena kacau dengan bena putih. Geram betul Oked! Lepas tu oked letak sisa kulit bawang merah dan bawang putih dekat perdu.. lepas 3 hari clear terus.. bena gone dan baru yakin nak buat masak.. heeeee

Kalau buat sup, memang oked akan masukkan sebatang sebatang daun sup ni. Kalau di potong-potong macam selalu orang buat tu, alamat kena bebel la dengan bapak. Anti betul dia kalau tergigit daun sup.. hahahahah.. dia lagi pelik kan?

LOve,
Oked

Saturday 20 October 2018

PUCUK ULAM-ULAMAN

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t



Si Kacak masih lagi dedar badannya, batuk dan selesema. Kak A dah plan cuti petang. Puan F pula oked sangka akan sambung bercuti. Takut-takut di pulau kami takda staf yang akan ganti, jadi buat keputusan untuk kerja juga hari ni dan bawak Si Kacak ke pejabat. Harapnya tiada cabaran dari bulat oked ni. Ada la sejam bertahan, lepas tu dia dah mula macam-macam perangai. Tak boleh jadi ni, mujur la Puan F benarkan oked ambil cuti. Tak tunggu lama.. terus balik. Dia punya drama dari dalam lift sampai ke rumah.. Ya Tuhan... mak dia dah naik hantu dibuatnye. Sampai je rumah bagi dia tidur.... LEGA!



























Sementara dia tidur tu, mak dia pon melawat la kejap kebun depan dan belakang. Musim hujan ni segar je pokok-pokok yang ada. Lada hitam ni nampak macam nak keluar kudup buah. Besar harapan nak rasa lada hitam fresh. Kudup sulung ni..



Ini pokok kemangi @ lemon basil. Semai ramai-ramai, yang naik besar satu ni je. Tapi itulah ha, kena serang dengan ulat hitam ni. Oked memang tak pandai nak meracun ke baja ke sebab fobia pokok mati.. hahaha.. dah kutip buang pun masih ada lagi..

Habis pucuk-pucuk dia jadi lagu ni

Pokok Kacang Botor @ Kacang Kelisa ni asalnya ada 3 pokok yang naik segar dan merimbun cantik. Lepas tu OKed gatai tangan pi alih ke tempat baru. Mengemas kebunlah kononnya. Masa nak alih tu rupa-rupanya akar dah masuk tanah. Lepas 2 bulan akhirnya 2 pokok kering dan mati. Tinggalah yang sepokok ini. Mujur tak merajuk. Hadiahkan oked Bunga dan bakal buah. Yeay!


Bunga Kacang Buncis.

Lagi...

Dan lagi... 
Pucuk Putat jenis Merah

Pucuk Cemumar @ Cemumaq

Pucuk Lemak Ketam @ Sepit Ketam

Pucuk Salam

Pucuk Kari. Cantik naiknye lepas cantas bagi botak.. hahaha

Budak Beluntas ni pun dah naik pucuk baru,  lepas cantas habis

Baru belajar berbuah. Jadilah buat basuh ikan ayam untuk tuan dia..

Musim hujan ni.. memang seronok tengok pokok-pokok kita jadi segar. Tapi ada juga jenis pokok yang tak tahan air. Kita kena alih sebelum mudarat.. cinta pokok punya pasal sanggup sakit-sakit belakang. Bapak geleng kepala.. hahahaa


LOve,
OKed!