Friday 20 December 2019

PUSAT PENGHAYATAN ALAM WETLAND, PUTRAJAYA

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.


Baru punya kesempatan nak masukkan entry pasal ni.

Bulan lepas adik lelaki kahwin. Balik dari kenduri sebelah pengantin perempuan di Putrajaya, Adik Ipar lelaki ajak ke Pusat Penghayatan Alam Wetland.

Ooooo ada ke?

Maka berbondong-bondonglah kami ke sana. Teruja jugak nak tahu best ke tidak. Masa nak masuk ke sini kami ada sedikit gusar, betul ke jalan yang waze  bawa ni. Laluan yang sunyi dan tak ada satu pun kereta yang selisih. Jalan ikut belakang kot.



PINTU MASUK

Lega, akhirnya jumpa tapi pening juga sebab takde penunjuk arah untuk parkir kereta. Berpusing-pusing 2, 3 kali.



WAKTU LAWATAN



SI TUAH, dah boleh cari calon menantu ni.


Laju budak-budak ni berenang. 



Ruang lobi ada satu kolam kecil, banyak juga ikan dalam ni.. sihat nampak gayanya.



Boleh la,  boleh laaaaa...



Bila masuk ke dalam, tercengang juga. Gelap betul laluan ke dalam. Di kiri kanan ada pameran dan video. Ada juga video motion. Banyak juga susut yang tak available. Budak-budak seronok la main. Ada sedikit ikan-ikan yang dipamerkan dalam akuarium.



Jenis-Jenis Ikan



Jenis -Jenis Burung



ARAS 1, Ruang Edutainment dan sudut Info.

Ini di tingkat atas. Pusat sumber ini berbentuk bulatan dan luas. Ada pelbagai informasi tentang haiwan dan tumbuhan. 



Mak memang tak pandai la nak ambil gambar bagi jadi real.. asal buleh jelah ye anak-anak



Anak-anak dah mula bosan, tapi mak yang lebih-lebih mengutip ilmu



SUDUT INFO

4 unit destop diletakkan di sudut ini. Hanya 1 sahaja yang boleh guna, itu pun hanya untuk note panting. Apa tujuan sebenarnya, Mak have no idea..Belah kanan tu rak buku-buku untuk bacaan tapi.. hurmmm sedih...



Ada satu sudut game untuk bereksperimen. Tapi sampai ke sudah tak paham. Apa yang ada, apa yang jadi? Apa pun tak keluar.. hahahaha 

KECEWA tau!




Apabila misi sebenar games ini gagal.. maka Armel Nayla jadi mangsa ekperimen dengan kamera... Aduhai!

Sepatutnya ada lagi satu aras bawah dimana kita akan lalui Corridor Walk dan Cineplex tapi masa kami pergi tu, aras bawah ni ditutup bagi tujuan penyelenggaraan. Tak dapat la kami tinjau apa yang ada di bawah.


PENILAIAN OKED

Masa kami pergi ni bertarikh 9 November 2019. Pusat ni sangat tidak terpeliharan dan tidak diselenggara dengan baik. Banyak sudut yang dah rosak dan tidak berfungsi. Rasa-rasa Oked lah kan,  masa mula-mula pusat ni dibuka mesti best dan cantik kan?

Mungkin juga kekangan budget buatkan pusat ini terbiar begini.. sayangnya...

Apa pun Oked masih dapat kutip ilmu di sini. 


LovE, 

OKED!

Thursday 19 December 2019

BAWANG GORENG CAMPUR HALIA MUDA

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.


Sebab dah terjumpa gambar ni, meh la kita buat satu entry.

Kisah bawang goreng campur sebagai penyedap nasi panas.

Bahan-bahan:

  • Bawang merah @ bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia Muda @ halia tua
  • Cili padi @ Lada hitam




Nampak tak beza bawang china dengan bawang india. Bawang yang merah gelap tu bawang china, memang nampak cantik. Tergoda je dengan kulit dia yang licin mutiara tu. Tapi bawang cina ni banyak air. Tak sesuai untuk buat bawang goreng sebab kena goreng lama sikit dan tentunya hasil dia hampir rentung walaupun guna api perlahan. Tapi kalau buat sambal ke ok, cuma apa OKed perhati kalau guna bawang cina sambal kita akan lebih gelap. 


KIRI adalah bawang China, KANAN adalah bawang India

Disebabkan masa kejadian tu ade bawang ni je ada kat Giant ( musim kot ) Oked belasah jelah. 2 ketoi bawang India tu yang last ada kat rumah. Masa dok mengupas dan hiris bawang cina ni, satu rumah menangis.. ahahahah kena bebel dengan Si Kacak. Ya Allah, naik pedih mata dengan hidung dibuatnya.


Lepas dah siap ricih bawang, kita ricih pulak bawang putih 2 labu (ikut selera masing-masing lah). Siapa yang tak tahan pedar jangan bubuh banyak ye bawang putih ni. Kemudian boleh ricih halus pulak halia muda. Oked suka halia, jadi memang akan buat banyak.  Untuk pedas boleh tambah cili padi yang di hiris juga. Oked ikut selera masa tu, kadang tambah cili padi. Kalau tak ada Oked campur je dengan lada hitam sebijik-sebijik tu. Setiap bahan kena goreng asing-asingkan ya supaya garing sekata.


Bawang merah tadi memang terlajak hitam la cerita dia.. ahahah. Bawang putih  pula jangan terlalu garing ya, sitit-sitit je perang dia, nanti pahit! halia pun warna lebih kurang bawang putih tadi. Tos dan sejukkan dulu. Biar minyak betul-betul dah serap habis ke tisu.


Bila dah sejuk, satukan mereka dalam balang ni. Sengaja Oked lapik tisu dalam balang supaya baki minyak masih boleh diserap. Tapi kalau nak simpan lama, lepas sehari keluarkan tisu semula kalau tak nanti bawangan kita ada bau dan rasa kertas. Menyesal tak sudah.


Watak sampingan ni kegemaran Si kacak. Umur baru 4 tahun, selera macam mak-mak.. hahaa tapi kalau untuk dia takdelah Oked cubit isi beria-ria. Cuit sikit dan gaul dengan nasi bagi ada rasa je.. Kalau biar dia yang buat, mau sekor ni dia ratah gitu je.. 


Fuh fuh fuh... Sapa geng Oked sini?


PEKASAM KAK NORMAH

Sebelum menetap di KL ni memang Oked tak pandai makan ikan darat. Abah kami tak makan ikan darat maka berjangkitlah satu rumah. Ikan darat memang tak boleh masuk rumah kami dulu.. hahaha. Sejak dok KL ni segala mak nenek jenis makanan pun ada. Awal-awal dulu semua Oked tolak. Mamak pun tak boleh masuk. Kalau ikut lepak mamak pun Oked hanya order air kotak atau tin sahaja. 

Lama-kelamaan makin tua ni Oked teruja nak cuba semua jenis makanan yang baru kenal. Dia punya cuba tu sampai ada yang jadi fav. Termasuklah pekasam Kak Normah ni. Ekceli bukanlah Kak Normah yang buat. Pekasam ni orang kampung Kak Normah yang buat origin Lenggong, Perak. Fresh dan sungguh sedap. Ada juga Oked cuba pekasam yang lain.. Herm.. nampak gaya OKed hanya boleh makan pekasam Kak Normah saja.

Kalau dapat ni bukan sekali dua je dok ulang makan.. Mau 5, 6 kali sampai ke malam..


Apeni..!


Love,

OKED!

Wednesday 18 December 2019

DO'S AND DON'TS

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.



Etika semasa menggunakan tandas. Tak kiralah tandas awam, tandas pejabat, tandas rumah sewa, tandas homestay, tandas hotel, tandas rumah orang hatta tandas rumah sendiri sekali pun. 

Tolonglah, jaga adab dan kebersihan. 


Rakyat malaysia ni memang terkenal dengan sikap kena ditegur dan diingatkan selalu. Sampaikan setiap tempat pun kena buat tanda peringatan macam ni. Tak cukup di ruang legar tandas, dalam bilik tandas pun kena letak juga satu-satu tanda.


PENGAKUAN

Tandas yang ini jenis tiada paip air. Percikan air di pintu tu bukan Oked yang buat. Mungkin pengguna sebelum Oked masuk.. keh keh keh!


LoVE, 

OKED!

Tuesday 17 December 2019

POKOK PURPLE HEART @ TRADESCANTIA PALLIDA @ SETKRESIA UNGU

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.


Siri mengenal pokok

Oked ada satu pokok ni. Asalnya bawa balik dari Jabatan lama. Kesian tidak dipedulikan kering dekat anjung luar. Maka Oked bawa lah balik sebagai anak angkat. Bila dah sihat dan keluar bunga.. eh cantik pulak bunga dia.. comel saja..

Sumber diambil sepenuhnya daripada FB dan Google


Page FB QudRiFarm ini dikelolakan oleh Encik Syed. 

Banyak ilmu tentang flora fauna yang beliau kongsi. 
Termasuk pokok-pokok herba dan hutan.



SUMBER GAMBAR : Page FB QudRiFarm

Scientific name : Tradescantia pallida
Family  : Commelinaceae
Rank    : Species
Higher classification: Spiderwort
Subfamily : Commelinoideae
Kingdom   : Plantae

Tradescantia pallida is a species of spiderwort more commonly known as wandering jew or walking jew, a name it shares with the closely related species T. fluminensis and T. zebrina. Other common names include purple secretia, purple-heart, and purple queen. It is native to the Gulf Coast region of eastern Mexico - Sumber Wikipedia

[ Maaf, copy & paste sahaja... malas nak terjemah ]




SUMBER GAMBAR : Page FB QudRiFarm


‘Purple Heart’ is a trailing, tender perennial with purple stems and violet-purple leaves that produces pink flowers in summer. This plant is mainly grown for its foliage (leaves can reach 7 inches in length); best color is achieved in bright sunlight and a dry, cramped root zone. It is excellent as a groundcover or in containers or hanging baskets. It grows 8-12 inches tall and 16 inches wide.

Noteworthy Characteristics
Foliage may irritate skin.

Care
Provide moist soil in part to full sun. Pinch to encourage bushiness and cut back flowering stems after blooming. Water moderately and fertilize monthly during active growth.



SUMBER GAMBAR : Page FB QudRiFarm



Ini gambar kepunyaan sendiri. Simpan sini sebagai kenangan.

Di pendekkan cerita, tumbuhan ini merupakan tumbuhan herba yang beracun. Namun tidaklah sampai memudaratkan. Sesuai untuk hiasan laman..


LOve, 

OKed!

Sunday 15 December 2019

BARANG MAINAN DARI KEDAI HINODE SHOP

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.



Ekceli, mainan ni dah lama beli.. kalau tak silap Oked tahun 2017. Beli di kedai HINODE SHOP dalam giant kinrara. Tuah Oked bukan main merayu nak benda alah ni, sebab kawan-kawan di sekolah agama dia dok tayang. Siap tahu kedai ni dalam giant kinrara ada jual.

Boleh tahan jugalah harga.. rasa-rasa dalam RM30 seunit.


SUMBER GAMBAR : FACEBOOK

Kalau kawan-kawan perasan kedai ni dah semakin berkurangan di dalam Mall kan? Kemungkinan saingan hebat dari kedai DAISO, NINSO dan ECO menjadikan kedai cenderahati ni semakin mengecil bilangannya


Inilah benda yang dia dok nak sangat tu.. entah hapa-hapa je..


Test.. tapak tangan mak dia.. hahaaha



Meh teka ini tapak muka siapa.. keh! keh! keh!


Alhamdulillah sampai hari ni, benda ni masih ada dalam simpanan. Kalau barang mainan Si Tuah memang dia pandai jaga. Mai kat adik dia Si Kacak ni.. hermmmmm sabar jelah Along dia. Yang mana permainan kesayangan memang Along dia akan sorok.. 



Love, 

OKED!

Saturday 14 December 2019

POKOK BELINJAU @ MELINJAU - GNETUM GNEMON

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.


Siri mengenal pokok

Sumber diambil sepenuhnya daripada FB dan Google wikipedia


POKOK BELINJAU



Pokok Belinjau, juga dikenali sebagai Pokok Belingar, ialah salah satu spesies Gnetum yang berasal dari Asia Tenggara dan pulau-pulau Lautan Pasifik barat, iaitu dari Assam selatan dan timur merentasi Malaysia dan Indonesia sehingga ke Filipina dan Fiji. Nama saintifiknya Gnetum gnemon


POKOK BELINJAU



HURAIAN BOTANI

Berlainan dengan kebanyakan spesies Gnetum yang lain yang merupakan pokok akar, Pokok Belinjau ialah pokok yang kecil hingga sederhana sehingga 15-20 meter tingginya.



PUTIK BUAH BELINJAU



KHASIAT

Pucuk dan buah muda belinjau mengandungi khasiat makanan yang agak tinggi, terutama vitamin A dan vitamin C. Dalam setiap 100 gram (g), bahagian yang boleh dimakan mengandungi: Air 75.1 (miligram) mg, protein 6.6 g, lemak 1.2 g, karbohidrat 9.1 g, serat 6.8 g, kalsium 151 mg, fosforus 224 mg, ferum 2.5 mg, vitamin A 10889 I.U. Niasin 1.2 mg dan vitamin C 121 mg.



PUCUK BELINJAU

Daunnya malar hijau, bertentangan, dengan 8-20 sentimeter panjangnya dan 3-10 sentimeter lebarnya. Warnanya kuning gangsa ketika muda, tetapi menjadi hijau tua yang kilat ketika matang. Pokok Belinjau tidak menghasilkan sebarang bunga dan buah sejati kerana pokok ini bukannya tumbuhan angiosperma. Strobilusnya yang seakan-akan buah tidak melebihi kulit serta biji yang besar bak kekeras, dengan panjangnya 2-4 sentimeter.


BUAH BELINJAU

Pokok belinjau tergolong dalam kumpulan gimnosperma, iaitu pokok yang hidup di zaman purba.


 KEGUNAAN

Pokok Belinjau jarang ditanam secara intensif. Kayunya dapat digunakan sebagai bahan papan. Daun yang muda, "bunga" (baik jantan mahupun betina) dan bijinya (baik yang muda mahupun yang sudah masak) boleh digunakan sebagai sayur (misalnya sebagai sayur ulam). Biji belinjau boleh dikisar menjadi tepung dan digoreng menjadi emping atau ditumbuk dan dijadikan kerepek binjai.

Sebagai sumber makanan, biji belinjau mengandungi kadar urea yang agak tinggi dan oleh itu, tidak sesuai dimakan pada jumlah yang banyak terutama bagi mereka yang menghadapi masalah gout.

Bacaan lanjut di sini : animhosnan.blogspot.com


MASAKAN DAN MAKANAN BERASASKAN DAUN DAN BUAH BELINJAU


KEREPEK BELINJAU 

rasa dia kelat-kelat lemak



GULAI LEMAK CILI API



SAYUR BENING @ TUMIS AIR


GULAI LEMAK UDANG


MASAK LEMAK


ASEM REBUS SUNDA 

Masakan dari negara Indonesia


Pokok belinjau ni salah satu wish list Oked yang masih belum dapat. Tak sabar nak tunggu dia sampai ke Puncak Jalil.


Love, 

OKED!

Friday 13 December 2019

POKOK LIMAU PURUT KESAYANGAN

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.



Ketandusan idea nak menulis.

Sekadar berkongsi gambar sahaja lah hari ini ya.


Dah tinggi menjulang, Oked fikir nak pangkas bagi rendang tapi setiap hujung pucuk banyak pulak keluar putik bunga. 
Terpaksalah tunggu buah luruh dulu.. Sayang nak buang kan?



Santik sangat bunga dia.. wangi!


Bunga yang dah besar sikit


Kali ni lebat pulak nak keluar buah. 
Musim hujan lepas buat pokok jadi produktif gamaknye..


Love, 

OKED!

Thursday 12 December 2019

FRI-YEAY - CERITA HARI JADI SAHABAT DAN CAR BOOT SALE DI DATARAN BELIA KAMPUNG BUKIT SUNGAI PUTIH, AMPANG

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.


Jumaat lepas nak jumpa Huda, nak pass 2 beg plastik besar patung dan teady bear. Daripada dok dalam tong kat rumah tu lebih baik Oked clearkan. Cadangnya Huda nak join car-boot sale berhampiran dengan rumahnya di Ampang.

Huda pun dah ditukar ke Jabatan lain dalam UM selepas dapat tawaran ke jawatan tetap. Sebelum ni beliau berstatus kontrak, bertahun jugalah nak dapat tetap tu. Bukan senang nak dapat waran tetap dalam kerajaan. Ada yang belas tahun kerja pun masih status kontrak. Syukur Alhamdulillah.. Walaupun sedih berpisah dengan kawan-kawan yang satu kepala.. hidup mesti terus kan?

Tak rancang sebenarnya kami nak dating bertiga ni. Tak tahu nak lepak mana pada mulanya. Kemudian datang ilham lepak KFC dekat INTAN saja. Senang nak masuk semula pejabat sebelum pukul 2.30 petang.


Bulan Disember ni adalah bulan kelahiran mereka berdua.. jadi Oked belanja la kepsi sempena bertambahnya usia meraka.. Kak shikin dan Huda kesayangan hamba... Hanya kami bertiga sahaja.. yang lain ada urusan lain.



Sempat juga Kak shikin tapau Kek yang sedap ni dari Gloria Jean's. Beli di Komplek Kesihatan Wanita dan Kanak-Kanak, PPUM sebelum kami keluar menuju ke KFC


Kek ni tak manis dan ada pahit-pahit coklat yang rich.



Lihat, inilah segala patung matung yang ada kat rumah Oked sebelum ni. Hasil perkongsian gambar dari Huda pada pagi kejadian.


Pelanggan yang membeli.. Comel nya awak.. Jaga baik-baik ya patung-patung saya tu. Hasil jualan untuk patung pada hari tersebut RM9.00. hehehe jadilah.. 3 beradik yang kecik-kecik tu Huda jual RM1 each. Ada satu patung itik dia jual RM3. 

Ini adalah hari pertama jualan Car Boot Sale di situ, jadinya pelanggan pun tak berapa nak ramai.. Ok lah kan untuk permulaan. Pihak penganjur kena luaskan lagi hebahan untuk menarik minat orang mengunjung ke sini. 

So..

Sesiapa yang berminat nak jalan-jalan cuti mata dan poket bolehlah berkunjung ke jualan Car Boot Sale yang diadakan setiap sabtu bermula 7 Disember 2019 di DATARAN BELIA KAMPUNG BUKIT SUNGAI PUTIH, AMPANG




Banyak lagi sebenarnya barang-barang yang Oked nak clearkan... tapi dah janji dengan Onkel lori dari rumah kebajikan nak beri kat dia.. cuma belum berkesempatan nak uruskan semua tu..


Love, 

OKED!