Friday 11 September 2020

BAYAM MULTI-COLOR - BAYAM HIJAU MERAH

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.


Dah malam ni tapi sebab geram tengok daun bayam yang cantik ni kan.. Ishhh. Bayam ni kan cukup la kita sekali je tanam. Dia punya merebak sampai tak tentu hala dia dok tumbuh. 

Oked jenis recycle tanah kalau ada pokok yang mati atau repotting pokok. Jadi depa ni sentiasa sesat dok dalam pasu-pasu yang baru kita alih. Sehat pulak tu.. Kalau kita semai memang tujuan nak makan.. Herm... Macam-macam haiwan datang serang. Akhirnya, mengalah la kita ni. 
 


Ada sepokok sesat dalam pasu limau manis. Punyalah helok, warna pulak cun! Esok kita tuai la beliau ini masuk dalam telur dadar. Nak buat tomeh ayaq tak padan langsung. 


Ni pulak ada 2 pokok sesat dalam pasu pokok mata ayam. Tak tau la apa penyakit daun jadi putih lagu tu. Mungkin sebab pokok dah tua dan dah keluar benih. Esok kita cabut pokok campak dalam bekas polyestrine kat kebun belakang. Nanti naiklah anak-anak baru. 

Begitulah kitaran bayam yang cantik dan sedap ni dalam kebun Oked. Tak pernah dapat tuai walaupun untuk sepiring hidangan. Kalau teringin nak makan maka ke giant lah kita. 

Tanam tapi tak merasa - kaedahnya. 

LoVe, 
OKed! 



Thursday 10 September 2020

NASI BIRU TROPIKA

 Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.



Apa jelah yang merasuk oked buat nasi ni. Musim hujan panas ni banyak pulak hasil bunga telang, yang paling meriah telang putih. Sampai tenggelam daun-daun penuh bunga je. Ada masa lebih kita kutip la satu-satu bunga telang ni.




Hasil kutipan masa rajin. Bunga putih tak datangkan effect warna pun, tapi sebab dikatakan khasiatnya maka Oked Ghuup la sekali .



Kena perisi buang tampuk hijau dia ye. Tak tahu la kot ada yang kisar sekali. OKed buang sebab kot-kot la nanti jadi rasa lain ke pahit kan.. kita ambik kelopak bunga saja.



Kisar halus dengan air. Air tu agak-agak boleh hancurkan bunga saja dah cukup. Banyak sangat nanti kaler nipis pulak kan? Lepas dah kisar kita tapis. Ambil air saja. Ada yang masukkan terus bila nak masak dengan nasi.. Oked tak suka sebab nanti ada serdak-serdak bunga dalam nasi. Tak cantik.



Hasil kali ni shantik sangat warna dia. Lagi satu kan, nak kabo rahsia ni.. Oked letak sikit pati sunquick tropical. Bau dia MashaAllah... menawan!




Tak tahu nak gu dengan lauk apa. Kita masak sambal ayam dan kawankan dengan telur masin je.


Nota : Kalau ada yang nak benih telang biru selapis dan putih berlapis boleh beritahu OKed ya. 


Love, 
OKed!

Wednesday 9 September 2020

SUDU YANG BANYAK BERJASA DAN AWESOME!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.


SUDU KFC (kecil) & SUDU McDonald ( besar )

Sapa macam Oked. Pakai dua sudu ni untuk garam dan kunyit. Sudu kepsi tu oked guna untuk garam dan yang besar tu untuk kunyit. Bila dah nampak tak lawa lempaq buang ambik yang baru. Dapat stok dari beli bungkus KFC atau bila beli bubur ayam McDonald.

Kita bila biasa masak guna periuk yang sama mesti dah tahu sukatan garam gula dia kan. Jadinya kedua-dua sudu ni sebagai penyukat untuk periuk-periuk oked. 

SUKATAN IKAN GORENG
Kalau untuk 5 ekor ikan (sederhana),  sukatan kunyit adalah setengah sudu McDonald dan setengah sudu KFC untuk garam. 

SUKATAN AYAM GORENG
Untuk 5 Ketul ayam, sukatan kunyit 1 sudu McDonald dan 1 sudu KFC untuk garam. 

Nota : Garam kat rumah oked pakai garam kecil. Tak suka guna garam halus, kebanyakan masakan akan ada rasa pahit payau.

LovE
OKed!




Tuesday 8 September 2020

OLD TOWN WHITE COFFEE PROMOSI DI SEVEN ELEVEN ( 7-ELEVEN)

 Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.




Dah beli ke belum? 

Oked dah paksa Brader Leb beli 3 beradik ni. 

Klasik -  Jika dibancuh ikut sukatan air dia, rasa dia pahit tapi tidak kaw. Kalau minat manis kena tambah gula atau susu pekat baru umpphh. Oked minum seadanya saja, tak suka sangat manis.
Oked beri : 4/5

Hazelnut -  Ini memang favorite kami. Selalu beli kat giant atau 99 speedmart  kalau ada promosi. Cuma kami bukanlah jenis addicted - bancuh sekiranya teringin saja. Yang jenis ini memang sedap!
Oked Beri : 5/5

Teh Tarik - Tak manis dan tak kaw. Sekadarnya sahaja bagi pendapat Oked. Jika peminat teh tarikh mamak memang tak kena la dengan selera. 
OKed Beri : 3/5

Boleh la cari kat 7e kalau sekadar nak cuba rasa. Promosi hingga 13 September 2020.


LOvE, 
OKED!

ya. ya.. dah dekat setahun baru nak buat 1 posting.. geram dengan diri sendiri!