Saturday 31 October 2020

LAUK FISH CAKE KICAP MANIS

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.


Bello semua, 

Apa rancangan hari ni.. Sabtu yang indah ini meh nak share 1 lauk simple orang malas. 




Mayang nipis Bawang Merah atau Bawang Besar, Bawang putih dan Cabai Melaka. Tumis dengan sedikit minyak masak




Ala lupa nak ambik gambar masa tengah goreng fish kek. Potong dadu besar jari fish kek dan goreng api besar, biar bahagian luar tu sedikit garing. Kemudian masuk ke dalam tumisan kita tadi.




Agak dah sebati, masukkan kicap manis dan sedikit sos tiram. Serba sedikit je tau.. kang masin nauzubillah pulak. Mesrakan kicap tadi dengan fish kek, nampak tak berpalut dah tu. Then kalau nak tambah madu sikit pun cun jugak.. Ha dah siap! menu simple super duper sedap... 



LuV, 

OKED!




Thursday 29 October 2020

MUSHROOM 🍄 SOUP WITH CHICKEN HAM

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.

Ni resepi campak-campak sebab nak kosongkan stok yang dah lama dalam peti beku.


Meh tengok gambar



CHicken ham ni sebenarnya lama dah dok dalam peti. Selalu kalau buat tak boh pun. Maka, kita potong dadu kecik. Letak minyak sikit, masak bagi garing. Asing kan ke bekas lain. 



Cincang bawang putih, dadu kecik bawang holand dan cendawan putih. Tumis dengan minyak atau butter. Ikut selera masing-masing.


Disebabkan garlic butter ni ada kat rumah so, Oked tumis terus pakai butter ni. Jadi skip la bawang putih cincang kat atas tu.. Wangiiii satu rumah. 

Si Kacak dah jerit " errrrrmmmmm, sedapnye bau, mami masak ape?



Boleh masukkan chicken ham kita tadi lepas tumisan dah layu. Siapa yang suka chicken ham ni crunchy, masukkan last sekali masa dah tutup api. Oked leboh kan je dalam ni sebab tak sengaja termasuk awal... kah kah kah...



Oked suka guna kaedah ini ( lupa la apa nama kaedah ni tah ) . Goreng tepung kentang/gandum dengan butter dulu untuk aroma yang lebih ummmp ( sebagai pemekat kuah) . Maksudnya, terus masukkan tepung ke dalam tumisan ( tanpa bancuh air) dan biarkan tepung sedikit brown dan berderai. Baru masukkan air dan susu kotak. Kebiasaannya Oked guna tepung kentang atau gandum untuk pekatkan kuah. Tak suka guna tepung jagung sebab tepung jagung akan menyebabkan sup ada aroma jagung. Tapi kalau terdesak, 2 tepung ni habis, Oked belasah je tepung jagung pun.




Lepas masukkan air dan susu, kena la kacau sebati dan pastikan tepung tidak berketul jadi kecodok (cekodok) ye.. kena rajin la tenyeh-tenyeh tepung yang bergumpal tu.. hehehehe leceh la sikit. Kalau tak bubuh cendawan tadi, Oked masuk je semua ni dalam blander, kemudian masak semula dalam periuk. Senang kerja kita. Patutnya tumis asing la tadi kan cendawan tu macam chicken ham kan? heshhhh.. jadi kerja pulak ha.. 




Ha, watak penting ni kena ada. Oked memang akan bubuh lebih kiub ni sebab Oked memang tak letak garam dah dalam soup. Kemasinan bergantung 100%  daripada kiub pati ayam ni.



Tadaaaaaa.. dah siap. Dah boleh hirup dan cicah roti!



Luv, 

OkeD!


Wednesday 28 October 2020

LENGKUAS GENTING @ LENGKUAS KECIL

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.



Kongsi gambar lengkuas genting kita ni ha..




UBI UNTUK MASAK, BUNGA UNTUK ULAM



BUNGA LENGKUAS GENTING



CANTIKKAN? MASA NI NAK MASUK DALAM NASI ULAM




BAU LEBIH TAJAM DARI LENGKUAS BIASA




TANAM DALAM KOTAK NI JE. LAMBAT SIKIT LA NAK MEMBIAK



TERLEBIH AMBIL MASA NAK BUAT RENDANG




HIRIS BEGINI DAN KERING KAN
NEXT TIME BOLEH TAUK DALAM MASAKAN



Luv, 

OKED!


Tuesday 27 October 2020

PENAPIS KALIS PERCIKAN MINYAK

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.


Leceh kan kalau masak sambal atau goreng ikan yang jenis meletup-letup ni. Habis tepercik merata sambal dengan minyak. Sakan juga la nak mengelap lepas tu. Sebelum ni Oked guna periuk yang dalam untuk menumis sambal dan bertutup.. tapi jenuhlah dok buka tutup periuk tu dan nanti akan menitik wap air ke dalam minyak.

Bagi Oked, kaedah yang di kongsi sahabat kita ni sangat praktikal.




PERKONGSIAN DARI FB


Oked dah beli dan dah guna. Memang syiok pakai mende ni. Cuma tang nak membasuh penapis ni jelah kena pakai sabun buih lebih-lebih. Ade tak geng acik penapis macam Oked?


Luve, 

OKed!


Monday 26 October 2020

HALIA PADI

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.



Alhamdulillah...

Akhirnya tercapai hajat untuk koleksi halia di kebun Oked. Parcel sampai 22/11/2019 beli dengan Kak Hasma dari FB. 

Sebenarnya dah lama mencari. Google tak jumpa, kat FB ada yang up status tapi tak jual. Entah macam mana minggu lepas saja taip search kat FB jumpa status Kak Hasma jual halia padi. Asalnya Kak Hasma tak buat pengeposan sebab takut rosak. Berbekalkan pujukkan Mak tok, Kak hasma setuju untuk cuba pos kan benih kepada Oked.. Macam mana Mak Tok pun terlibat dalam cerita ni?


HALIA PADI berat 1/2kg RM15.00

Nak jadi cerita, masa Mak Tok turun KL sempena nikahnya si Bujang kami. Oked dok minta Mak Tok carikan benih halia padi. Dengar-dengarnya halia padi banyak dibelah Johor je. Rupanya bila Mak Tok tanya sekitar Pasir Gudang depa pon tak biasa dengar pasal halia padi ni. Dok 2,3 hari lepas tu Mak Tok cakap dah jumpa halia padi dan nak pos ke KL terus, minta alamat dan detail lainnya. OKed pun iyakan lah. Dalam masa yang sama Oked baru nak deal dengan Kak Hasma yang jual tu dan terbantutlah deal tersebut. 

Tah macam mana Oked tanyalah Mak Tok, dapat kat orang area situ ke. Idak kateya... dari Muar.. OKed dah gelak besor.. rupanya Mak pun pandai search FB deal dengan orang yang sama.. MakTok minta Oked sambung deal dengan Kak Hasma. Maka Oked pun perkenalkan lah diri sebagai anak MakTok yang mencari benih ni sebenarnya.

Kak Hasma memang tak pernah pos pokok jadi dia risau pokok akan rosak. Oked minta Kak Hasma pos rinzom sahaja. InshaAllah menjadi kalau semai. Sama macam kita semai halia dan kunyit. Cuma Oked minta tips media yang macam mana sesuai untuk halia padi ni. Maklumlah, jenis umbisi macam ni kan memang musuh betul dengan Oked.

Masa menyemai, aduhai suka sungguh bau halia ni. Bau dia kuat dan ada wangi yang manis berbanding halia kita guna untuk masak. Tapi baunya juga tidaklah setajam halia bentong. 

________________________________________________________________________________

Sebenarnya posting atas ni dok membeku dalam draf tak ingat nak post. Maka kita post la hari ni.



Ini gambar terkini halia padi tu. Sebenarnya oked semai 4 pasu.. tapi yang ini je yang menjadi, lain 3 pasu sudah jiun, kena baja dengan urin kucing dan ada yang ubi membusuk sebab ditimpa hujan. Masa tu tak sedar yang jenis ubi ni alah dengan musim hujan. ermmmmh... nampak gaya kena membeli benih lagi la dengan Kak Hasma... kita cuba lagi ok?



LovE, 

OKED!