Thursday, 5 December 2019

BUANG POKOK UBI KAYU ISI PUTIH

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.



Projek Ahad lepas.



Buka je pintu belakang nampak ini. Dah 3 minggu sebenornye dok simpan hasrat nak kemas kebun belakang ni. Ada saja aral melintang. Minggu lepas baru berkesempatan turun berpeluh-peluh. Dah nekad nak cabut buang pokok ubi kayu isi putih ni. Jarang tuai pucuk dia untuk makan sendiri. Selalu beri pada kawan-kawan pejabat atau jiran sahaja. Rasanya baru 2 kali tuai makan sendiri. Bukan tak suka, tapi tulah, sebab ada depan mata memang selalunya tak mandang, cuba orang punya atau jual, bukan main dia punya terliur kan?




Lepas dah tebas dahan. Oked cuba nak cabut, Ya Allah... tak kederat oih nak cabut.. so tinggal jelah tunggul begitu. Bermakna panjang lagilah rezeki beliau di kebun Oked kan. 




Hasil tebasan kita ikat elok-elok letak kat depan rumah. Selang 2 hari akan ada lori roro datang kutip sampah pukal. Bagus juga kontraktor sampah pukal di kawaan Puncak Jalil ni. Setakat ni letak apa saja kat luar tu mesti depa kutip licin. Perabot yang oked dis-mental pun depa hangkut semua.  



Hahahaha, bukan takat pokok ubi je kena tebas. Pokok Pelam Telur ni pun jadi mangsa parang Oked. Geram pulak tengok tinggi menjulang. Sampai kena ikat tali takut patah kena bedal dengan angin. Hari tu dah pangkas atas. Ni kita pangkas lagi bagi rendah. Jangan mati ye... jangan merajuk tau. Nak elak tumbang je.. 


Esok Kita kongsi gambar pokok lain ya.. 


Love, 


OKED!


13 comments:

  1. mentang-mentang depan mata tka pandang yek daun ubi nya, best lak isi nya tak pernah tuai ke dik? kot lemak lembut gebu ke...
    geram nengok tanaman dia tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang selalu macam gitu kak.. Ada sepokok ni je. Memang untuk tuai pucuk. Orang kata kalau tuai pucuk isi tak jadi.. 2 tahun dah usia dia... jangan kan ubi, nak cabut pun kena kederat 2, 3 orang ni.. sikit pun tak terangkat akar dia masa tarik.. penyudah tinggalkan aja tongkoi dia..

      Delete
  2. awa pun baru suami tebang sepohon pokok ubi kayu.. sedap gak makan ujan2 ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya penggemar ubi kayu.. kalau jumpa ubi yang fresh memang akan beli.. goreng pon sedap..

      Delete
  3. oh ubi kayu ni selalu buat rebus cicah nyoq, sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tanam untuk ubi tak ada ruang, kalau teringin beli di pasar borong je saya ni..

      Delete
  4. Sedapnya pucuk ubi kayu tu..akak suka celur buat ulam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun suka, tapi tulah bila hat sendiri punya memang tak laku.. heh

      Delete
  5. sedap pucuk ubi rebus buat cicah dengan sambal belacan.

    ReplyDelete
  6. Tak payah pergi gim atau join larian. Bersenam cara Oked je pun dah keluar peluh.Hehe

    ReplyDelete
  7. HEHE.. peluh memang lenjun tapi makan pun tak sikit juga..

    ReplyDelete
  8. Seronok bila ada banyak tanaman kat belakang rumah kan..sayangnya rumah SA ada sikit je tanah kat depan rumah...so limited kawasan..tanam cili pun dalam pasu...

    ReplyDelete