Tuesday 26 November 2019

ROTI GOLOK DAN SZECHUAN PEPPERCORN

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.




Semalam ada beli roti golok kirim dengan teman pejabat lama. Roti import khas dengan bas dari kelantan. Selalu dengar orang cerita je keenakan roti golok ni..


Beli dengan Kak Ida Bilik Jahit.

1 pcs RM3.50
3 pcs RM10.00



SEDAP GEBU DAN PUAS HATI MAKAN
Rasa macam bun manis biasa kita beli tu..


Pagi ni terjaga awal. Bangun la godek apa ada dalam peti ais. Kelmarin ada beli sayur di Giant. 3 Bundle RM5. Letak lama-lama dalam peti ais tu, habis rosak nanti. So sempat la tung tang kejap kat dapur sementara nak tunggu masuk waktu Subuh. Tumis bodo je... bawang merah, bawang putih, udang kering, fishcake dan letak secubit szechuan peppercorn. Secubit je tau.



SZECHUAN PEPPERCORN 

TAHAP KEPEDASAN : 3.5/5

AROMA : Tak sama langsung dengan lada hitam. Dia ni antara bau cengkih dan bunga lawang gitu. Oked suka aroma dia bila masuk dalam kuah. Lepas tu kan nak cerita ni, pedas lada hitam kan ada pedih-pedih di lidah bila kita kunyah, dia ni pedas lebih sikit lagi. Yih, susah juga nak discribe rasa dia tu macam mana but Oked suka!

Tak sabar nak tunggu anak pokok dia sampai! hehehehe jangan tak tahu Oked dah order anak pokok dia tau! 



Sambil menumis, dok perisi biji Peria katak. Dapat free masa beli daging dekat Kedai BOSSku. Ada masa nanti kita semai ya. 

TEnkiu BOSS!



CILI SAMBAL KELANTAN

Masa beli sarapan tadi, tapau sambal yang sedap ni. Buat pelengkap untuk lunch. Tengahari turun bawah, beli nasi putih. Kebetulan Kak Aishah bawa pulak ikan selayang goreng, huh memang kena sangatlah ni. Gabungan tumis air, ikan goreng dan sambal ni memang walahhhhh hei sedap!

Siapa ada resepi cili sambal kelantan ni boleh kongsi? Versi kelantan memang tak letak belacan kan?



________________________________________________________________________________

Haih! ni awat pulak gambaq jadi panjang lagu nih.. halah halah serabut betul bila tukaq henpon. Semua benda nak kena belajar.. malang betul jadi orang hampir buta teknologi macam Oked ni.. hahahahaha 

YA AMPUN!



LovE, 


OKED!

Saturday 23 November 2019

CHEESECAKE KELUARAN RAMLY

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.



Teruja sungguh Oked nak share pasal produk baru keluaran Ramly - Cheesecake 
[ baca : tak baru sangat la pun ]

Bulan lepas ada sorang mamat opis ni up dalam group Jabatan pre-order untuk cheesecake brand Ramly.. 


Gambar yang Wan kongsi dan memancing order di dalam WA group.. hahaa

Ada 4 perisa kesemuanya.


MENARIK bukan?

RM2 each / Berat 60g


Disebabkan takut nak makan jenis coffee dan chocolate sangat biasa for me, maka Oked order 2 perisa Lemon dan 2 untuk perisa Blueberry. Jangan tamak.. beli sikit dulu untuk rasa.


Perbandingan saiz mereka..


Perisa BLUEBERRY- Lapisan atas lepas siat plastiknya.



Wuuuuuuu.. Marbeles!


Perisa LEMON - Sungguh! Tak kecewa langsung...


Bukan sebarang colorless, sedap baq hang! 

Ingat tak kisah DODOT dapat patung Stich dari Mesin patung masa kami cari kain untuk nikah adik oked tu. Lepas selesai semua urusan kami pun turunlah ke bawah mencari Kiosk Ramly Halal Mart. Dengan harapan menggunung nak beli Cheesecake selain nak rasa menu yang lain ada di situ.

Maaflah, tak dapat nak kongsi gambar apa yang kami order. Pi mana tak tau gambar-gambar tu. Untuk 4 Hidangan tak habis pun RM50. Memang murah dan sedap semuanya. Patty dia pun tebal, tak macam yang biasa kita beli di warung-warung burger Ramly tu.

Malangnya masa kami tanya nak beli cheesecake di kaunter, harga yang dipaparkan beza betul dengan harga yang Wan beli tempoh hari. Oked siap tanya harga tu harga set ke atau side order. Side order dia kata.. Oked pun cakaplah baru-baru ni kawan saya beli harga RM2 je.. Petugas tu dengan muka blurrrr jawab entahlah... memang itu harganya pun.. Oked kalih muka ke Brader Leb.. mungkin masa Wan beli harga promosi..

Bila kami dah dapat semua makanan, sambil makan Oked minta Cik Bunga pergi tengok sekali lagi harga cheesecake.. Kelat muka dia.. hahahahaa pasti.. harga yang dipaparkan adalah RM4.70.

Disebabkan tak puas hati, Oked WA Wan tanya pasal ni.. dia sunguh-sunguh kata memang dia beli harga RM2.. takder tulis pon promosi ka apa ka.. Aik? ini sungguh mengelirukan...

TEKA-TEKI INI TERUS BERMAIN DALAM FIKIRAN SAMPAI HARI ISNIN BERIKUTNYA.. 

Topik ni menjadi hangat pada pagi isnin.. hahaha Jenuh Wan mempertahankan harga beliau beli.. bincang punya bincang. Kami pun buat kesimpulan sendiri. 

Wan beli cake tu di kilang asal dia.. kat situ memang semua ada. Produk beku hingga ke Kiosk Halal Mart. 

Address: Lot 35, Persiaran Mewah, 
               Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, 
               Cheras, 56000, Kuala Lumpur, 
               WP Kuala Lumpur,

Phone: 03-9172 6617

Maknanya kalau tempat yang kita pergi tu ada jual produk-produk lain maka harga cake adalah macam yang Wan dapat iaitu RM2, Kalau anda adalah ahli, harga lagi murah tau.. ada diskaun untuk ahli. kalau kiosk Halal Mart semata.. harga cake adalah RM4.70 each. 

Open order dari Wan kali ke-2, Oked borong 5 LEMON dan 5 BLUEBERRY.. lain-lain perisa sold out.. memang laku keras cheesecake kat situ. Selalu out of stock!



Kali ke-3 open order, Oked ambil perisa CHOCOLATE untuk rasa.. TIRAMISU out of stock.



LAPISAN ATAS


MASA CEDOK SEBELUM MASUK MULUT


Bila la nak dapat rasa TIRAMISU pula...

Wan......... cepat open order!


Love, 

OKED!



Friday 22 November 2019

MAKAN DI SEOUL GARDEN, IOI MALL, PUCHONG

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.



Ok sambung sini..

Dah masuk IOI Mall kan, haruslah Brader Leb mencari kemeja lengan pendek dekat kedai kegemaran dia. Tempat keje baru kena pakai kemeja. Stok lama kat rumah yang ada semua lengan panjang. Nak ubah style katanya nak lengan pendek pulak.. membeli lah lagi..


Sebelum naik ke tingkat atas tempat letaknya Kedai Brand Oulet, kami uruskan Dodot nak ke washroom. Lalu hadapan Seoul Garden.. Oked pun pandang.. eh... ape tu

 

Rasanya dah bertahun-tahun tak masuk ke Seoul Garden ni. Dah ada pembaharuan. Selain buffet ada juga set begini. Menarik.. tapi sebab kita tak tahu apa yang sedap.. maka ini bukan jadi pilihan. Maybe someday dengan kawan-kawan pejabat. 

Lepas tu, kami selesaikan hajat Dodot dulu dan naik ke Brand Oulet. Dalam Brand Outlet Brader Leb dok tanya 5, 6 kali nak makan Seoul Garden ke.. ok je dia nak belanja ni.. huuu dia tahu sangat selera mak incek ni kan.. kita pun riang gembira sengih-sengih kerang busuk.. aaaa jomlah... Menolak juga kali pertama dan kedua sebab tahu.. hujung bulan kan.. dia promise tak apa boleh je.. 



Harga untuk buffet di kaunter bayaran. Bayar dulu sebelum makan iya..


" THE TABLE BARBEQUE PEOPLE "

Mana nak dapat plate macam ni?  dapat buat koleksi 1 pun baik kan?


Gambar dari meja kami. Tepi sini sempit sikit laluan, jangan risau di bahagian belakang ada lagi kawasan yang menempatkan meja panjang. Ada dalam 7 atau 8 meja gitu.


Yang bestnya kat Seoul Garden ni, pilihan sos dia yang banyak. Boleh pilih mengikut citarasa masing-masing. Nak ambil semua rasa pun buleh.. dah bayarkan?


Senarai nama sos yang dipersembahkan atas kaunter makanan


Di Chiller belakang menempatkan deretan sayur dan buah-buahan sebelah chiller tu ice-cream.. yummeh!


Macam biasa deretan lauk untuk steamboat atau panggang.. Pilihan dari seafood, ikan, ayam dan daging. Jangan cari lamb.. memang tak hado..


SeeFOOD


- MARINATE - 

Yang marinate dengan coffee tu memang fav ever dari dulu.. sedap! 


Sebahagian side dish yang ada

Mee goreng tak pedas - SEDAP

Sprouts Salad  - SEDAP

Salad Timun - SEDAP

Pak Choi  Sesame - SEDAP

Acar Carrot - kurang for me - sebab masin

Samosa kentang - so so

Ayam Goreng - sedap but keras a bit

Nugget tempura -  SEDAP, i guess dari brand RAMLY.. ehehe

Kimchi -  SEDAP tapi not so me.. hahaha 


Kacak macam biasa Ice-Cream pulun kat dia..



Harga untuk kami. Buy 2 Adult Free 1 Child bawah 4 tahun @ 5 Tahun (lupa)

HAPPY TUMMEH? yes i am..




Terima kasih sudi baca.


Love, 

OKeD!

KISAH NAK TUKAR HENPON KACAK

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.


Dah seminggu Apak eh merunsingkan telinga Oked ni. 

Kisahnya Dodot punya HP dah rosak. Screen di bahagian bawah tak boleh back. So dia punya mengaruk bila ahad tak dapat main game. Maka dia akan kacau rutin Brader Leb melayan NetFlix. Anak bising nak YouTube, Apak pulak tak aci mengalah.. halah.. halah... ikat dua-dua kat pokok kerengga baru tahu!

Ok GUrau!

Sabtu malam lepas, kami pergilah survey kat Giant Kinrara, dah terhasut dengan pakej DIGI RM58 dapat la HP OPPO A5 mende tah. Bincang laki bini pun macam nak bertumbuk.. seriau budak yang jaga kiosk tu.. haha rilek dik, kami memang bincang murni-murni cenggini.. 


Puas bertekak, kami decide nak ambil pakej yang ini. Oppo Find7 Oked yang sekarang turun tahta kepada dodot dan mak dia pakai yang ini. Oked ni kan kalau beri HP biashe-biashe pun tak ngape sebab yang yang penting pada Oked WA, Call, Waze dan Fast Charging.. tapi Oppo A5 2020 ni takde fast charging, but bateri quite besar juga 5000mAh


SPESIFIKASI  OPPO A5 (2020)

Kalau tanya Oked, sumpah satu hapah pun tak paham. Berusahalah Brader Leb menerangkan apa benda ni kat Oked. Oked pun ya, ya angguk.. hahahaha. Yang dengar ok, ok sesuai untuk u.. Adik dalam kaunter pun kenmain kan menyokong.. haih!

Oked pakai Umobile telco jadi kena tukar kepada DIGI dulu.. Bila check ic ada ctos MAXIS.. Aik? dah kenapa boleh ctos.. grrrrrrr.. tukar hari tu elok je, takde sangkut pun. Adik DIGI ni pun terangkan la. Masa Tukar dari MAXIS ke Umobile tu unbill belum pro-rate. Dia nasihatkan begini:

KEPADA PENGGUNA TELCO POSPAID. BILA DAH TUKAR KE TELCO BARU, LEPAS SEBULAN SEMAK SEMULA KE TELCO LAMA UNTUK CLEARKAN BAKI UNBILL YANG DI PRO-RATE. SOON KALAU NAK TUKAR KE TELCO LAIN BILA BILL LAMA TU TAK CLEAR LAGI, SEMUA TELCO AKAN BLACKLIST TAU. MASUK CTOS. 

Ada customer dia kena ctos sebab bill tak clear hanyalah 20 sen.. ya tuan puan.. 20 sen!

Nak marah? no tak boleh marah.. itu kecuaian kita sendiri. Jangan dok salahkan sistem. Kita yang tak cakna.. betul? Bukan kerja depa nak educate people yang macam Oked.. hahahaa. 

Brader Leb pakai Telco DIGI, tapi masalahnya nombor dia tu guna IC OKed.. erghhhh! tetap tak boleh tukar plan.. kena pi clear dengan MAXIS dulu.. Telco blacklist by IC tau bukan by No telefon kita. Oh ya plan ni terpakai begini, 1 plan untuk 1 Kad Pengenalan sahaja ya. 

OK, esoknya kami pergi MAXIS di IOI Mall, Puchong untuk settelkan tunggakan tu.. then come again to him semula bersama notis pelepasan from MAXIS.


Mujurlah sikit je.. lega.. Settel satu bab. 
Tapi kena tunggu 24 ke 72 jam baru nama clear dari CTOS.. 

ADUHAI!


Dah jom pi makan..

Makan di mana? Next entry ya..


Love, 

OKed!

Thursday 21 November 2019

GULAI LEMAK CILI API PISANG TOMAN

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.


Pisang toman batch ke-5 dah semakin tua. Tunggu masa nak tebang dan jadi habuan kerepek. Minggu ni la kot kisahkan ke dia ni.



Wajib Tongkat, berat tandan boleh cecah 30kg. Oked ambik 6 biji je beda buat masak



Siatkan kulit, potong serong agak-agak tebal ibu jari Oked.. ginilah tebal dia.. hahaha
Jangan lupa lepas siat terus rendam dalam air bagi mengelakkan pisang jadi hitam



Masuk periuk dan rebus dengan asam keping.. Kenapa letak asam keping? Entah, Mak Tok dan Arwah Tok Baayah letak jadi Oked ikut saja.. Lepas pisang dah empuk, air buang dan bilas pisang ni sekali lagi dengan air paip kemudian toskan.





Masak bumbu tanpa minyak supaya cili padi tu tak rasa maungnya. Bumbu Oked hanya tumbuk cili padi, ikan bilis atau udang kering dan kunyit hidup sahaja. Nogori style tak guna bawang, tapi kalau Oked masak ayam, [ baca : cuma untuk lauk ayam] memang akan tumis dengan minyak dan letak bawang sikit supaya mesra rasa dia dengan ayam. 




Bila bumbu dah cukup masak, masukkan pisang rebus tadi dan santan. Masak sampai santan sedikit pekat dan mesra dengan pisang. Perasakan dengan garam dan gula ya.

Rasa dia? Mestilah sedap... tapi Brader Leb tak makan pisang tu, dia kaut kuah sahaja. Sebenarnya nak lebih ummph lagi kita masak guna pisang mas atau mas bantan. Pisang jenis Mas gebu dan manis, jadi isi pisang tu memang akan mesra dalam kuah. Oked pakai pisang toman ni pun sedap juga cuma tekstur dia keras sikt tak gebu macam pisang Mas.


Sekian.


Love, 

OKed!

PUDING RAJA DARI ZU TEHAH

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.



Internet sangat perlahan pagi ni. Nak buat kerja pun tabuleh.


Pagi ni awal pula sampai, singgah Restoran Aninas di Jalan Bukit. Bungkus roti sanai [ baca : canai ]. Packing untuk 2 pejabat, Pejabat Oked dan Pejabat Cik Bunga. 

Mari, Oked kongsi gambar pemberian teman pejabat depan meja.




PUDING RAJA


Pernah rasa sekali, beli dengan seller delivery di Puncak Jalil. Sedap juga, cuma bukan jadi fav food buat Oked. Sesekali teringin molek juga kan? Oked kurang sikit kuih jenis manis dan lembik-lembik. Hanya kuih tertentu saja yang jadi fav. Kita simpan fridge dulu, nanti lunch kita makan.

Terima kasih Zu Tehah.




Love, 

OKed!





Wednesday 20 November 2019

REZEKI DALAM MESIN BASUH

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.



~ RABU ~


Kerap juga jumpa begini dalam mesin basuh. Untung ke tak? Selalu yang biru, hijau dan merah. Yang 2 angka dan 3 angka besar belum pernah jumpa lagi.. 

Besi? yang ni paling kerap.. geram ja tau!



Love, 

OkED!

Tuesday 19 November 2019

LAMAN RUMAH DI PERTH, AUSIE - RUMAH FIZA

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.


Sahabat Oked sedang bercuti tanpa gaji mengikut pasangannya bertugas ni negara kangaroo selama 3 tahun. Dia tinggal di Perth, Australia. Oked kirim bawak balik salji nanti. Malangnya kawasan dia salji tak turun, tapi suhu tetap hampir beku. 2 Bulan pertama sampai di sana, mereka sekeluarga tinggal sementara di Apartment macam hotel. Anak-anak pun belum boleh mulakan persekolahan. Bosannya dia kata, banyak memerap dalam apartmen saja. Badan baru nak belajar dengan suhu di sana. Lepas 2 bulan lebih baru dapat penempatan sebenar.

Baru-baru ni, Fiza kongsikan gambar laman rumah sewa dia kat sana. Dia tahu Oked gemar berkebun, ada la dia tanya jugak pokok-pokok yang dia tak kenal kat sana. Yang mana tak perlu tu dia nak cabut buang. Jom kita layan gambar pokok di sekitar laman Fiza




Kebanyakannya pokok bunga je ni.. Yang hujung meninggi tu pokok rosemarry. Sedap dan wangi kalau buat perap daging bakar.


Tinggalan penyewa sebelum ni. Wakil Malaysia juga.


Rajin juga penyewa sebelum ni bertanam bunga


Biasa tengok pokok hiasan ni kat Malaysia, tapi tak tahu nama.


Kurang kasih sayang


Ni kalau dapat kat Oked penuh dah pokok-pokok sayur.. hahahaha syok menanam suhu sejuk macam kat sana. 


Bunga Raya.. Malaysia kan? hehehe


Sejenis Lily.. cantik!


Bunga Kebangsaan Malaysia


Laman tepi dari porch kereta. Oked ingat kawasan perumahan sana jenis tak berkepung. Ada juga konsep macam kita kat sini atau mungkin juga sebab kawasan kejiranan ini adalah kedutaan. Masa privasi tu kena jagalah. Kalau kita lalu kawasan kedutaan di sini pun memang pagar batu tinggi-tinggi macam ni kan?

Seronok dapat peluang tinggal di negara orang. Nak-nak yang ada musim macam ni. Kepala Oked memang fikir seronok bercucuk tanam je.. hahaha. Selain Fiza, ada sorang lagi staf yang bercuti tanpa gaji ikut pasangan dia. Staf lelaki tapi tempat yang isteri dia dapat adalah... very unfamiliar di telinga Oked. Kami siap google tu di mana....

Kawan-kawan pernah dengar? Malawakil, Conakry.... 

Boleh google sekarang.. hehehehee...


Love, 

oKed!