Wednesday 18 November 2020

KERATAN TUT POKOK TIN @ FIG

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.

Dah lama mengidam pokok manja ni. Dok tertangguh sebab harganya MashaAllah, boleh nipis beg duit. Biasalah dah dok dalam group kebun kan.. ada jelah godaan yang datang.. herm....

Maka....



VARIETY : LSU P  ( PURPLE )
( perhaps LSU P Hawaii stands for fig trees that Louisiana State University plants in Hawaii )



VARIETY : BC USA ( BLUE CELESTE )


VARIETY : IRAQI

Kalau tanya pasal variti, yang OKed selalu dengar IRAQI ni jelah dan yang paling kurang manja pun variti ini jugak. Yang lain tu memang kena jaga helok-helok. Kering sangat tak boleh, basah sangat pun tak mahu. Jadi yang lasak sikit si IRAQI ni.



BIO BAT : PENGALAK AKAR 

Masa deal dengan Tuan Long Jaafar, banyak kali beliau ingatkan OKed.. Bio Bat ni sangat penting bagi nak galakkan pokok ni hidup. HAaaaa begitu punya manja nya pokok tin ni tau. Tambahan Oked  ni memang tak pernah ada pengalaman, hanya membaca je.. jadi setiap instruction yang tuan ni share memang OKed follow betul-betul. Siap bagi video tutorial lagi.

Jumlah yang dibelanjakan : RM88

Pokok Tin 1 Set ( 3 tut ) RM50
Bio Bat 1 botol RM30
Kos Penghantaran RM8

Doakan mereka panjang umor dengan Oked sampai merasa buah ya. Nanti ada masa kita update perkembangan 3 beradik ni.


LOve, 

OKED!



5 comments:

  1. semoga akan terus tumbuh dengan jayanya pokok OP

    ReplyDelete
  2. dulu2 rajin bertanam2 ni. sejak sakit backbone langsung dah tak pandang.

    ReplyDelete
  3. Saya perasan ramai orang mula tanam bunga tin. Susah juga nak tanam pokok tin, mostly tanam dalam kawasan lembap green house ditutupi dengan plastik lutsinar tu. Semoga pokok tin akak hidup subur dan berhasil. Aaminn

    ReplyDelete
  4. PEN - The 7-inch stainless steel pendant is a
    Made in Germany, the PEN is titanium wok used snow peak titanium flask to protect its benjamin moore titanium stainless steel core from corrosion. This stainless steel bracelet is made of titanium cup steel, but not of titanium belly button rings titanium.

    ReplyDelete