Friday, 6 December 2019

AKTIVITI AHAD LEPAS


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.



Simpan sini sebagai kenangan Kebun OKed di Puncak Jalil.


Jangan salah lagi ya.. ini cecumar.. antara ulam yang famous di belah utara. Rasa dia pahit lemak. Ada juga yang panggil kari hutan. Dikatakan cemumaq ni ada dua jenis, pucuk hijau dan pucuk merah. Oked ada jenis pucuk hijau saja. 


Alhamdulillah bernas semua 7 biji benih anak pokok peria besar. Beli benih MR DIY je. Tunggu putik benih tu gugur dulu baru kita ubah masuk kotak putih. Para dia kita dah siapkan..


Sejenis pokok limau cuma tak tahu jenis limau nipis ke limau kasturi. Rasanya benih ni dari tanah pegaga yang Mak Tok bawak dari Pasir Gudang tempoh hari. Sesat mai tumbuh tang ni. Kita alih dalam pasu kecil supaya senang jaga.

Ok, dah siap bagi rumah sorang satu.



Kali ni musim hujan bunga tak berapa nak menjadi.. Ada la hat 3 biji ni je. Pokok Kebun belakang.

Dari banyak-banyak tabur benih ini saja yang selamat dari dikerjakan oleh sang siput. Kita bagi rumah sorang satu. 



Lambat betul tumbesaran dia ni. Ada dah dekat setahun lebih. Besar gitu je, daun pun kuning.. macam gaya nak ganti baru je ni ha. Seller sila munculkan diri.. hahahaha


Alhamdulillah.. Bertahan juga dia ni. Maklumlah kenmahin lama terperuk dalam J&T express.


Anak baru.. hehehehe



Tinggi batang dia.



Tunggu Mak Tok sampai KL, kita buat ulam..


Dah selamat buat pagar untuk Asparagus ni. takdelah semak patah dahan mereka semua. Yang gambar atas tu pokok binahong batang merah.. banyak khasiat katenye.. tapi Oked tak consume pun. Sekadar cuma suka tanam. Sehat kenmain kongsi dengan kotak asparagus..


Waktu pucuk merah dia keluar cantik sangat tau.. tapi dia cepat jadi daun matang warna hijau.


Puding yang cantik sentiasa.

Re-potting bagi rumah sorang satu. Batang-batang dalam pasu pertama tu akar binahong batang merah. Akar pun sebenarnya warna merah, cantik!


Masih bertahan daun sup ni walaupun semai guna akar lebihan sisa dapur. Tak kena cara tanam tak menjadi tau. Kalau guna biji benih berjanggut nak tunggu besor gini.


Cak! Merah mak ngah betul...


Ada dua jenis dalam koleksi.. nak cuba buat Air Aloe Vera proses sendiri nanti bila dah matang.


CEKUR MANIS @ ASING-ASING

Eh, shantik pulak gambar ni.. hahaha


Harapnya kali ni menjadi lah pokok betik kita.. batch pertama 3 pokok mati akar reput.


PISANG TOMAN

Semalam jenguk dah ada sisir yang masak. Oked biarkan saja jadi rezeki burung dan tupai... seronok tengok depa ghalit makan pisang ni.. Sebenarnya malas nak tumbangkan pokok dia. Banyak kerja nanti hahahaha. so kita tunggu Mak Tok sampai Sabtu ni ya...keh keh keh berat oihhh nak kerjakan sensorang.


HALIA BERTUNAS

Kalau jumpa entiti macam ni kat dapur tu tandanya apa? 
Tanda laaaaaaaamaaaaaa tak masakkkkk!

Kita benam saja dalam tanah iye.. hahaha



Love,

OKED!

11 comments:

  1. Alhamdulillah.Subur-subur semua.

    ReplyDelete
  2. bestnya tengok semua tanaman dia, penuh subur betul... akak ni tanam pandan dengan mulberi je itu pun tak berapa subur... tensen kadang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mulberi kena rajin buang daun dan siram paling min. sehari sekali. Pandan macam biasalah.. tanah kena lembab selalu. 2 pokok ni takyah baja pun boleh sihat..

      Delete
  3. Seronok la Mak Tok sampai nanti tengok tanaman semua menjadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang suka dia kalau mai sini.. Habis semua dia perosah...

      Delete
  4. kalau Mak turun sini saya yang paling bahagia, sebab habis segala rumput lalang mak clearkan.. heh

    ReplyDelete
  5. Seronoknya tengok banyak tanaman menjadi macam ni. terbaik kak!

    ReplyDelete
  6. Daun puding belacan tu SA selalu campurkan dalam rendang daging atau rendang ayam....sedap tau....seronok tengok tanaman ni semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, bila tahu puding ni boleh buat masak rendang, sanggup tu beli semata-mata nak rasa rendang + daun puding.. Daun dia kenyal-kenyal bila kita kunyah kan..

      Delete