Thursday 31 October 2019

TRIP KE PULAU PINANG

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.


Awal bulan hari tu Brader Leb dapat panggilan interview di Kota Dem melalui Job Street. Oked pun oh oklah, wish tahniah and good luck bagai. Dok tak duduk sejam dua Brader bagitahu Dato' call dia dan minta dia ke Penang untuk interview pada 7 Oktober. Oked beku kejap. Penang? ah sudah.. kena PJJ Ke nanti? Kena ambil cuti tanpa gaji ke? Sapa nak tanggung kerja kat pejabat ni, sementelahan Kak Aishah pun tak berapa sihat sekarang ni. Eh tapi best juga dapat balik kampung asal kita. Macam-macam dah fikir. Panjang juga lah Oked serbu Brader pasal interview tu.. Kalut sungguh u ni.. hahahahah

Dia pun terangkan kalau berjaya, posting di Kota Dem je.. fuh lega! Dato' tak dapat turun KL so dia minta Brader turun ke HQ untuk jumpa dia. Dato' minta dia naik kapal terbang ke sana dan nanti claim dengan company. 

"Im super excited, yang!" amboiiiiii kenmain lagi. Jelas dengar keterujaan Brader sebab Dato' sendiri yang call dia. So, kami pun hairan juga.. takkan syarikat besar macam tu takde HR? Kenapa Dato' yang call bukan staf. Ada juga terselit syak yang tidak-tidak. Cuma semua tu bersarang dalam kepala jelah.. kang kalau cakap kat Brader kang hilang pulak mood dia.. hahaha doa dalam hati bukanlah scam. Keyakinan kami berasaskan panggilan interview ni dari trusted platform.. cuma masih tertanya-tanya kenapa Dato' sendiri yang call.. betul ke? haishhh!

" Mami nak ikut ke? Kalau naik flight tak boleh nak jalan food hunter, rugi" besar akai dia kan?

" I tak kisah, ikut u lah, tapi cuti i dah tak banyak ni " Dalam hati dok doa, biarlah dia paksa Oked ikut.. hahahaha 

Setelah congak pi tolak mai, besar juga modal tu nak ke sana. Memandangkan kami tengah dalam fasa hibernate ni. Minyak Tol, makan, accommodation. Kalau tak berjaya ralat jugaklah kan? Brader cakap tak apalah, kalau dah rezeki InshaAllah ada.. Ok kita On yang!

6 OKTOBER 2019

Kami bertolak dari Puncak Jalil jam 9.30 pagi lepas siap sarapan di Kedai Mamak. Sepanjang jalan bising la dodot yang sorang ni. Bila nak sampai, jauh ke, lama lagi ke, Huffan dah penat la.. mau nye tidak, 2 kali dia tido jaga tak sampai-sampai lagi.. Mak dia pun dah naik lenguh kaki. 

Sampai di George Town dalam pukul 12.30 tengah hari. Jenuh jugak memusing town cari kedai makan. Semua panjang  beratur, yelah cheq, sampai memang waktu makan, Ahad pulak tu. Ramai orang luar cari makan ikot ni. Parking pun satu hal juga.


KAPITAN RESTAURANT

Pusing punya pusing, 3 kali jugak lah kami lalu depan kedai ni. Sini je yang takde orang. Tapi parking takde.. park la jauh sikit dekat selekoh tu. Harapnya tak kena saman la dengan MPPP.



Nampak bersih dalam kedai ni..



Staf suggest kami rasa Beef Briyani dan Chicken Briyani Claypot


Kami bagi 4/5 untuk kambing dengan ayam. Untuk nasi pula kami boleh bagi  5/5. Nasi dia memang super duper sedap. Rasa dia tak sama langsung macam briyani mamak. Siapa pernah makan kedai pakistan dekat jalan Chow Kit tu [ baca : lupa nama kedai ] ..sedap macam itulah. Kacak pulak nasi putih dan telur je.. no ratting.

HOTEL CONTINENTAL


Brader pilih hotel ni sebab dekat je dengan tempat temuduga. Seberang jalan. Memang Oked minta cari yang boleh jalan kaki je. Sementara kami boleh tunggu di bilik. Tak gaduh fikir nak keluar pukul berapa nak tunggu mana kan?

Kacak, inilah 1st time dia masuk hotel, dia punya exited tu dah macam peghak@ jakun pun ada.. kesian anak mak. Cempera sungguh la.. dok usik sana sini.. tak duduk diam. Main lampu sana sini.. Aduhaiiiii tak boleh bawa dok hotel dia ni. Serabut mak pak dia lah.. Biasa kami sewa homestay kalau pergi bercuti.

Oh ya hotel ni ada kolam tapi kami tak bawa pun Kacak main kolam, takde dalam plan. Baju terhad. Mujur dia tak perasan. Kalau tak makin serabut kami dibuatnya.

RESTAURANT SUP HAMEED


Restaurant ni letaknya betul depan hotel kami. So lepas Asar kami turun sekejap untuk rasa sup yang glamer ni ha. Terlupa snap gambar sign board, snap yang ini pun jadilah sebagai bukti 


Kami order Sup Kambing dan roti 2 set. Kenyang lagi weh nasi kapitan tadi. Oked memang tak boleh nak masuk dah. Bengkak perut. Kacak pula order maggi goreng ayam. Sedap!


Brader kasi 4/5 for this sup kambing. Oked tak boleh masuk. Kenyang satu hal.. kambing pun satu hal. keh keh keh.. kuah dia pekat dan bau dia, Fuh! mercik baq hang...

Lepas kena sup, berpeluh-peluh. Memula ingat nak lepak kejap sejam 2 dalam hotel, baru keluar balik. Tapi brader ajak teman jalan nak usha kedai vape. Woih, sempat lagi tu cari info.. huh.

JALAN NAGOR

" Nagore Road, Penang (29 September, 2012)

Nagore Road, or Jalan Nagor, is one of the minor roads in George Town. It runs in a single direction from Hutton Lane to Burmah Road, and is intersected somewhere near the middle by Bawasah Road.

Nagore Road is lined with Straits-style double-storey terrace houses. Many of these, originally residential, have been converted into restaurants and food and beverage outlets called Nagore Place and Nagore Square. Those near the junction with Burmah Road still retain their original Shanghai- plaster finishing. The houses have beautiful façades with their walls and five-foot-ways embellished with floral tiles in the Nyonya style.

There are also mews on Nagore Road which, as I write (May 2014) are also undergoing rehabilitation, probably to be turned into a boutique hotel.

Nagore Road was named after Nagore, a town in Nagapattinam District in Tamil Nadu, India. This is because there used to be an Indian Muslim settlement towards Hutton Lane."


Sebenarnya, Oked dalam kereta ni tengah tunggu Brader melawat kedai vape yang ada kat sini. Kagum tengok bangunan yang depa pelihara. Cantik! boleh jadi spot untuk bergambar. But, this is not so me.. Kebetulan, tangkap lah gambar kedai daboba yang tengah viral sekarang ni. Kami belum pernah try lagi.. dan rasanya memang takkan try kot.. hahaha

NASI KANDAR POKOK KETAPANG


Perut masih kenyang, tapi demi nasi kandar ku rela...ku relaaa..



Lauk dah tak banyak tinggal, yelahkan.. sampai pun dah maghrib.. ini pinggan Oked. Memang kalau masuk kandar Oked akan spot yang ini dulu.. Kat Lembah Klang, bukan semua kandar ada mende ni.. tahu tak apa lauk tu... TELUR SOTONG! Ya Allah, nikmat sungguh la kalau dapat. Brader kadak hingin dia tu. Lauk dia, biasalah, ayam goreng kuah campur. Kacak tak makan sebab tadi dah maggi goreng ayam satu pinggan. Order air Sirap bandung dan limau ais. TOTAL RM17.50

PADANG KOTA LAMA

Sebenarnya tujuan nak cari MEE SOTONG HAMEED PATA yang glamer kat sini. Pusing punya pusing kat area food court tu tak ada pun.. baru la terhegeh-hegeh nak cari info.. sekali salah da... kedai dia sebelah sana.. dekat dengan feri tu. Jalan pulak dok buat construction. Memang la jenuh memusing town tu 3, 4 kali. Dan waktu operasi dia siang je. Eh ape daaaaaa! Mujur jugalah tutup, mana nak disumbatnye dalam perut ni ha. Brader kata esok kita try..nak try esok mende bang oih mana sempat.. Ok kita KIV next. Kami tak hunter rojak penang.. dah biasa mai.

Alamat :      Hameed ‘Pata’ Mee Sotong
                    6, Kota Selera Padang Kota Lama
                    (Fort Cornwallis Food Court),
                    Jalan Tun Syed Sheh Barakbah,10200,
                    Georgetown, Penang

Waktu operasi: 11:30am – 8:00pm (Isnin-Sabtu) Tutup Hari Ahad


Dah alang-alang ada sini kami lepak la kat padang ni kejap. Ambil angin sebelum balik ke sarang.. Tengah dok jalan tetiba MPPP datang buat round, maka berseleraklah peniaga-peniaga ni menyelamatkan barang jualan. Tak lama pun, MPPP hilang je, depa pakat buh niaga balik.. MPPP pun sekadar syarat jelah kot.. kesian juga nak kacau periuk nasi kecilan peniaga di sini.. ada dalam 6 spot yang dok berjual.


 PENANG TOWN HALL

Sambil lepak tang tembok padang ni, ambillah gambar Town Hall yang indah ini. Tetiba mana mai tah 2 beradik tanya dekat kat kak sebelah kami yang lari dari MPPP tadi [ baca : peniaga ].

"Makcik, terebir ada dak?" 

Brader bisik tanya kat Orked, terebir tu apa.. 

"Lastik " 

Lepas pada tu, brader dengan Kacak pon bukan main shopping beli dengan kak sebelah tadi. Pistol buih dengan terebir. Syok main 2 beranak tu, sampai 2 kali beli terebir.. satu tu sampai lingkup lah dok pulun main... [ loghat penang keluar ni ]

Sambil dok tunggu depa puas main, Ada sorang nenek ni ajak bersembang. Orang asal George Town. Diberi pampasan untuk pindah atas sebab pembangunan. Banyak sejarah Pulau Pinang ni nenek kongsi dengan Oked. Seronok tau menyantuni orang-orang lama macam ni. Kitapun bukan main eksen lagi keluar loghat penang bila sembang dengan dia.. hahahaha.. Rindu kat Arwah Tokwan dan Tok... erm...

7 OKTOBER 2019


SARAPAN DI CAFE HOTEL

Nasi kurang, scramble egg sedap, kuew tiaw sedap, sosej sedap. Buffet sini biasa-biasa je.. 3 star kan.. okehlah untuk budget kecil macam kami ni. 


Ubat bagi diam.. herm.. 

Jam 11 pagi,  Brader gerak untuk interview. Tinggal kami 2 beranak dalam hotel menunggu. Nak upload gambar ber 'tie' kemeja bagai. kasut tajam.. dia tak izin kan pula.. hahahahaha

Brader naik bilik jam 12 tengahari. Muka ada sinyum.. Alhamdulillah berjaya. Sebenarnya memang Dato' panggil 2 orang saja untuk interview. Brader calon tunggal untuk branch Kota Damansara, dan sorang calon tunggal untuk cawangan Johor. Yang Johor tu tak dapat hadir hari ni. Tunda ke tarikh lain. Bermakna memang datang interview untuk Dato' kenal person yang dia nak hire.

Very humble person just now. Cakap pun sepatah-sepatah. Brader kata ramai juga staf dalam pejabat dia. But Dato' lebih senang 1 to 1 bercakap dengan calon. Dato' beritahu brader yang staf dia tua-tua dan semua dah kerja lama dengan dia. So dah boleh rasa yang Dato' adalah ketua yang keep staf dan jaga kebajikan dengan baik. InsyaAllah.. 

Sempat juga Dato' cadangkan tempat makan melayu di sekitar George Town ini.. kita simpan next trip pulak lah.. kejar masa..

Check Out tepat jam 12.30 tengah hari.

RESTAURANT DEEN NASI KANDAR

Pada mulanya Brader malas dah nak pusing town cari nasi kandar. Nak terus gerak balik je.. dok bebel-bebel kenapalah tak buat kedai besar-besar macam kat KL. Dah tahu ramai pelanggan. Dah la dok kedai kecik-kecik, lama dok kat lorong-lorong sempit. Nak makan susah, parking pun satu halnya.

Maka Oked pun keluarkan lah pendapat sendiri.

"Kalau nak buat kedai besar-besar memang depa mampu sangat. Tapi depa decide nak kekalkan tradisi Nasi kandar yang memang genre dia macam ni. Lagi pun asal nasi kandar memang orang tapau je. Sebenarnya orang pulau sendiri kebanyakan beli tapau sebab kekangan-kekangan yang u senaraikan tadi. Kalau hari bekerja macam hari ni, tak la penuh sangat dalam kedai. Yang jadi sesak tu biasanya hujung minggu dan hari cuti sebab ramainya orang luar yang food hunter di sini."




Fuh.. boleh bau tak? 

Dalam dok malas tu stereng kereta masih dok pusing-pusing town tengok peluang nasi kandar.. hahahaa.. teruk! Nak jadi rezeki kami juga, Alhmdulillah kebetulan ada 1 parkir kosong. Ramai juga dah mula beratur masa ni namun banyak meja kosong dalam kedai.


TOTAL RM29. 
murah kan?

Pinggan Oked telur sotong + telur ikan + peria goreng, kuah campur tak mau kuah kambing. Pinggan Brader Ayam Bawang, Kuah campur. Pinggan Kacak ayam goreng. Keropok 3. Air sirap bandung, Limau Ais dan Teh O Ais. 

Lepas dah gendang gendut tali kecapi.. Kami pun gerak balik. Singgah di RNR Tapah semata-mata nak beli limau bali. Limau bali kegemaran Oked. Mahal betul harga dia, sebijik boleh cecah RM21.00. Oked beli yang siap kupas jelah. 4 Jorong tu pun harga dah RM6. Kang beli sebijik takde sapa yang makan pun. Depa semua tak pandai makan. Busuk macam tu je nanti. Lagipun kalau kena hat muda ke masam kan lebih menyakitkan hati nanti.. hahahaha.

Masuk KL masa tu dah pukul 5, hujan selebat-lebatnya. Faham-faham sajalah KL ni.. Pukul 7.45 malam baru kami sampai di Puncak Jalil.. Penatnya usah cakap... 

OH ya.. Dato' ada beri sedikit duit poket sebab sanggup naik ke Penang... hehehe yang itu jadi rezeki Oked.. Terima kasihlah sang suami...  Muah ciked!

InshaAllah, ada rezeki lain kali kita mai lagi. Banyak mission yang tak tercapai.

Hint dia - KURMA.. 

Ngeeeee~


LoVE, 

OkED!


Wednesday 30 October 2019

SUKA BELIKAN NOVEL TAPI TAK SUKA BACA

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.


Sebenarnya mata Oked dah lama sakit dok tengok rak depan tangga ni...



BERHABUK - BERSEPAH 

Mai angin tak balik malam tadi. Lepas siap dinner, nak naik atas solat maghrib sempat jugak Oked laung

"Eh malam ni rasa nak clear la novel mana yang tak bukak plastik ni lagi.. kalau jual ni boleh jugak duit seribu dua.."

Sepantas kilat Brader Leb dengan Cik Bunga jerit.. "tak payah!"

eresnxnjihqch jsdqjd o2qid2 kmxpoqkd [2k d 2po l !!!!!

Geram kita tau, tengok berhabuk sepah-sepah macam tu.. dah ambil tak reti nak letak elok-elok semula. Ada lagi 2 rak dekat tangga tengah. Kat situ letaknya koleksi majalah mastika dan majalah kereta.


KOLEKSI MAJALAH MASTIKA
See ~ Tak sapa peduli debu dan sawang tu... 

Dah lama stop buat koleksi. Last rasanya tahun 2016 kot. Ada lagi ke keluaran mastika. Brader Leb pun gigih tolong order online dengan utusan kalau tak jumpa siri bulanan kat Kedai MyNews.


SAKIT MATA KAN? 

- ehsan gambar dari Tuah yang ada kat rumah sekarang. Kualiti gambar OUT. Ini koleksi Majalah kereta Brader Leb. Pun sama juga, dah stop koleksi tahun 2016

JOM SUSUN SEMULA RAK NI


Barisan 1 - bahagian belakang


KESAYANGAN 
Barisan 2 - bahagian belakang

Koleksi Diari Bonda ni novel lama, kisah seorang ibu yang alim membesarkan anak yang kelainan upaya. Marah, benci, emosi bercampur baur. Oked ada 2, 3 dan 4 jer, yang no 1 tak dapat cari.


Barisan 1 - Bahagian depan



Barisan 3 & 4 - Bahagian belakang - KOLEKSI NOVEL RAM


Close Up - Koleksi Brader Leb - RAM


Close Up - RAM


Close Up -RAM


Barisan 2 - Bahagian depan


Close Up - Koleksi Brader Leb - HAMKA Kereta Mayat


Koleksi Cik Bunga - FIXI

Apa yang best benor novel FIXI ni entah.. dak dak wechet? ngeeeeee


KEMAS - BUANG HABUK

Bahagian bawah tu koleksi buku motivasi dan agama. Yang ini memang Oked baca dan suka ulang baca. Campur sikit-sikit koleksi buku Si Tuah masa kecik. Kacak, kami belum mula beli buku untuk dia. Dia belum tunjuk minat buku macam abang. Tahun depan 5 tahun, wajib kena paksa minat buku.... jangan macam mak dia nanti. Bahagian bawah tu memang saja susun tak ikut tinggi rendah... Biarkan.. hahaha

Sebenarnya Oked ni bukan jenis suka membaca, Oked hanya membaca apa yang Oked nak baca je. Selalunya, Oked suka belikan novel untuk mereka. Lepas tu Oked akan balut buku-buku ni kemas-kemas. Baca? big no.. entah kenapa memang tak minat membaca.. OKed lebih suka menulis... heeeeee


LoVE, 

OKeD!

Tuesday 29 October 2019

TUAH KENA BENGKAK CANTIK

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.


Jumaat petang yang lepas, dapat call dari warden kata Tuah mak ni kena beguk. OPssss! orang dulu-dulu pantang sebut beguk.. nanti jangkit! hehehe.. Boleh tahan dia punya kepercayaan tu dibawakan? Jadi kalau tak boleh sebut beguk nak sebut apa... ha ni nama dia.. BENGKAK CANTIK.. gittew.. sebab apa panggil bengkak cantik.. no info, maaf..

Dalam 2, 3 bulan lepas ada baca posting di FB kak NOrAinon Othman pasal serbuk biru yang digunakan untuk sapu dibahagian yang bengkak tu. Oked macam.. laaaaa betoi ka ni... Selama ni yang dok faham campur serbuk nila dengan cuka, kalau takde boleh guna ujala ( nila cair ) . 

Oked pernah kena masa umur 4, 5 tahun macam tu. Arwah tokwan ambil sarang angkut-angkut yang ada dekat dinding rumah. Rumah kampung separuh batu separuh papan. Tokwan campur dengan cuka.. Ya Allah, busuknya... tapi lega bila disapu, sejuk je.. 




SARANG ANGKUT-ANGKUT 
- Sumber gambar dari FB

Sarang depa ni angkut dari tanah liat. Sepanjang 13 tahun dok di Lembah Klang ni, belum pernah nampak angkut-angkut ni buat sarang di rumah. Tinggal bukan kawasan yang ada tanah liat barangkali. Seingat Oked, remidi ini bukan lah untuk menyembuhkan, lebih kepada untuk mengurangkan sakit. Bengkak yang kita alami tu panas, jadi bila disapu tanah liat ni yang sifatnya sejuk maka sakit tu akan berkurang. Kenapa cuka.. pakai air biasa tak boleh ke? hehehe Oked takde jawapan yang itu.. Petua orang lama, selagi tak mudaratkan.. boleh je kita guna.. kan?



INILAH SERBUK QING DAI - Serbuk yang disangka serbuk nila tu. 

- Sumber gambar dari Kak NorAinon Othman



SERBUK QING DAI

- Sumber gambar dari Kak NorAinon Othman

Tulisan ini saya copy dari FB Kak Ainon:

Tauke kedai lelaki tanya sama ada pesakit dah jumpa doktor ke belum. Saya kata dah jumpa dan nila ni sekadar ubat sapu bagi surutkan bengkak di leher.

"Oh... kalau sakit ini, ada ubat sapu. Ramai orang ingat kalau kena sakit ini elok sapu dengan nila. Sebenarnya bukan guna nila," katanya sambil tunjukkan ubat serbuk yang namanya Qing Dai.

Katanya, ubat sapu ini diperbuat daripada ramuan herba atau tumbuhan, jadi tak perlu was-was menggunakannya sebab tak ada sumber haiwan.

"Tapi sejak dulu, memang orang gunakan nila serbuk sapu pada beguk," kata saya. Dalam hati terfikir takkan selama ni petua nenek moyang yang diamalkan turun temurun tu salah.

"Ubat sapu ini nanti you campur dengan cuka makan supaya mudah lekat bila disapu pada leher," katanya.

Murah je harganya. Sepeket rm3 (10 gram). Lepas tu saya balik dan cari info di google.

Hasil pencarian, saya dapati :

Qing Dai (Indigo Naturalis) kumpulan tumbuhan yang menghasilkan warna biru digunakan secara tradisional untuk mengatasi masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema.

Antara tumbuhan itu ialah Chinese Indigo / Japanese Indigo (Persicaria tinctoria), Baphicacanthus cusia, Isatis indigotica dan Indigo tinctorium. Sifat tumbuhan biru ini sejuk, jadi ia membantu menyingkirkan panas dalam tubuh, radang mulut dan sakit tekak, batuk, beguk, demam panas, sawan, tonsil, gigitan serangga dan patukan ular. Ia juga digunakan sebagai pewarna biru semula jadi untuk makanan, rambut, ubat gigi, krim/salap, fabrik jeans dan bahan untuk produk penjagaan kulit.

Nila serbuk pula dihasilkan daripada tumbuhan Indigofera tinctoria @ true indigo.

Tinggi tumbuhan ini mencecah dua meter, daunnya seperti daun turi/geti dan berbunga merah jambu. Warna biru dihasilkan daripada ekstrak daunnya. Ia juga digunakan untuk merawat pelbagai penyakit seperti sawan, asma, bronkitis, sakit perut, bengkak, luka, darah gemuruh. (Banyaklah lagi. Malas nak taip 😂).

Kesimpulannya, petua penggunaan nila untuk sapu pada beguk sejak zaman nenek moyang tu ok je sebab nila pun diperbuat daripada tumbuhan herba.

- Sumber tulisan dari Kak NorAinon Othman.


ooooo. ok dah faham.. boleh je guna nila kan?

Marilah kita simpan gambar kenangan teruna sulung Oked ni..



Hari kedua, bengkak masih kecil di sebelah tepi bawah dagu


Oked kena dulu sebelah je.. anak bujang ni naik kiri kanan.


Kacak ni memang bengkak tak surut-surut macam mak dia.. hahaha. Mami ambil gambar Along, dia pun hingin juga.. Selagi tak ambil, bising!


SEBELAH KIRI 

Hari ke-4 bengkak semakin besar, mujur tak demam teruk. Dedar saja badan. Masa Oked dulu, seminggu lebih demam, selagi bengkak belum surut.


SEBELAH KANAN


SZECHUAN PEPPERCORN - RM4 / 30g

Ini tiada kaitan dengan bengkak cantik. Kebetulan dah masuk kedai sensei kan.. sajalah cuba nasib tanya ada jual tak szechuan pepper ni. Pernah usha-usha di LAZADA dan SHOPEE, mahalnya plus takde packaging yang kecil. Tabib pesan, masuk sikit saja tau, jangan banyak. Pedas dia tak boleh tahan. Pedas jenis menyengat. Tak boleh bayang tu macam mana.. mungkin macam wasabi kot. 

Sebenarnya dah lama Oked mencari, sebab suka tengok Liziqi masak guna bende ni. Tapi dia pakai yang fresh la kan.. Ada nampak kawan-kawan cina masak guna ni. Takpe kita beli je dulu, masak bila-bila pun buleh kan? mende dah ada.. hahahahaa 


Masa jumpa doktor Sabtu lepas, Tuah habaq dia orang ke-10 yang kena.. Hari ni di what's up group sekolah Tuah meriah dengan gambar MC anak-anak. Ingatkan Chicken Pox saja cepat viral. Mungkin cepat merebak sebab anak-anak ni berkongsi bekas minum dan makan bersama dalam talam. Doakan anak-anak ini cepat sembuh ya.. Boleh cepat-cepat masuk kelas semula.. Lama-lama tinggal nanti lupa...

Mujur hari ni Brade Leb off, So kena la mengasuh 2 beradik tu kat rumah. Nak hantar rumah Ibu risau juga.. jangkit dengan anak asuhan lain.

Pangjangnya tulis,



LOVE, 

OKed!

Friday 25 October 2019

FOOD PANDA - 1st ORDER

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.



Entry ke 2 untuk hari ni.. 

Dari hari Isnin lagi jiran sebelah ni sebut nak makan kepsi.. minta Oked orderkan. Oked ni pesen orang-orang lama kan, kalau tak beli kat kaunter.. telepon delivery. Orang dah maju food panda, food grab.. hahaha.. Oked masih dengan gaya lama.



Benda ni dah install adalah 2 bulan kot. Terpengaruh dengan dakyah Cik Bunga la ni. Kawan opis dia gemar betul order grad atau panda ni.. murah katanya. Kalau ada promo apa-apa wajib guna.. k fine!

1st time kan.. Ya Tuhan.. menggagau-gagau nak boh alamat.. hahaha jenuh.. Puaslah dok ulang-alik.. kalih mai kalih pi.. haish laaaaaaa...


Legaaaaa ya amat. Akhirnya berjaya.. keh keh keh


Sampai!


~ UN-BOXING ~


Biasanya Oked ada budget sehari untuk belanja makan. Disebabkan hari ni pagi sarapan ditaja, lunch pun Kak Aishah belanja [ baca : jiran sebelah meja ]. Maka budget makan untuk hari ni Oked beri pada adik pakai baju pink-kelabu tadi.. 

"Eh, Ape ni kak..."

"Tak apa, buat belanja makan ya.."

"Terima kasih banyak-banyak kak.."

"Ya sama-sama, jangan lupa Sembahyang Jumaat tau.. Jaga diri bebaik..."

OKed tunggu sampai adik tu hilang hari pandangan. Hati kita pun bahagia bila nampak muka ceria adik-adik ni. Oked dok banyang, macam tulah bahagianya adik-adik Oked bila kerja mereka orang hargai dan reward.. Moga kita semua menjadi orang yang membahagiakan orang lain..

Sambil makan kepsi ni, sambil dok terbayang senyuman adik tadi.. Hey, jangan salah faham. Bukan angau tau.. Senyuman tanda syukur kepada Allah... bersih...


LOve, 

OkED!

MAJLIS RINGKAS BACAAN YASIN

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.


Hari jumaat hari yang best untuk staf gomen macam Oked ni. Sebab, rehat lama.. lepas tu esok dan Ahad cuti... Eh minggu ni sambung pulak sampai Isnin, Raya Deepavali... makin best rasa dia tu..

Oh nak kongsi sikit.. semalam Cik Bunga cuti, pergi datim, so Kak Yong dia balik awal la kan. Jadi keje nak kena pick up dia kat giant. Sambil buang masa tu masuk la giant cuti mata.. Wah dah mula promosi kelengkapan sekolah anak-anak. Awal betul depa launch...





SEKITAR MAJLIS... pagi ini



Staf wanita mengambil tempat masing-masing. Siap bertikar bagai ha...



Menunggu staf bersedia untuk mulakan majlis



Selesai bacaan, Bos-bos sedang khusyuk mendengar tazkirah dan pesanan dari Big Boss..


  
Jamuan ringan disedikan pagi ni..



Dapat nasi lemak ayam berempah, karipap dan nona manis.



Unboxing ~ 
Meriah rempah dia bagi. Alhamdulillah, semuanya sedap. Karipap je masin sikit..



Sebenarnya ada kisah disebalik kenapa diadakan bacaan yasin dalam pejabat ni. Ada masa Oked cerita ya. Syukur Alhamdulillah untuk rezeki hari ini.



LoVE, 

OkED!