Monday 23 November 2020

MIE SEDAP KARI SPECIAL CUP

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.

Kat rumah memang tak pernah putus bekalan mie sedap perisa asli. Tak selalu makan tapi sentiasa ada untuk stok kecemasan bila buntu nak makan apa. Ada satu hari tu, HERO promo beli 2 paket dapat percuma mie cup perisa kari SPESIAL ini 1 bekas. Asbab nak rasa perisa ni maka oked ambil la 2 paket. 


PANDANGAN ATAS 


PANDANGAN SISI


PERENCAH YANG DISEDIAKAN


RATING OKED
RASA : 4/5
KEPEDASAN : 2/5

Eeeemm.. macam mana nak habaq ya.. kuah dia tak pekat walaupun sukatan air ngam. Langsung tak sama dengan mana-mana rasa kari yang ada kat malaysia. Biasakan, kalau produk mi segera dari negara seberang ni memang perasanya ada rasa rempah tersendiri. Boleh lah cuba kalau nak rasa kari speSIAL mereka ini. Unik kari dia...


Luve, 

OKED!


Friday 20 November 2020

KENDURI PKP DI LABIS, JOHOR

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.

Cuti Maulidur Rasul lepas, kami dapat pelepasan merentas negeri. Masa submit tu tak yakin pun lulus. Garang bukan main cip yang kat pondok depan tu ha.. keh keh keh

Sepupu Brader Leb akan menikah pada hari Jumaat Jam 10 pagi. Kami bertolak hari khamis jam 1 petang. betul-betul ikut macam dalam permohonan. MAsuk ikut tol Kajang, tapi polis tak tahan pun, maybe sebab nampak kami berdua je dalam kereta dari jauh. Dia lambai suruh teruskan perjalanan.

3 jam perjalanan kami pun sampai dekat segamat. Sebahagian keluarga dah pun sampai awal dan tunggu kami di Kedai makan Nasi Ayam Mustafa Segamat. Boleh tahan terkenal juga kedai ni. Masih ramai yang tengah makan walaupun jam dah pukul 3 lebih.


RATING OKED : 4/5

Akibat kelaparan, macam biasalah kami mesti order ayam extra. Sekali sampai..hah kau. Bukan main besar portion ayam nye pun. Brader kate tak apa ambil je. Adik tu dah ready nak cancel order. Pergh, bau dia jangan cerita la.. memang best!


RATING PEDAS : 3/5

Sambal dia sedap! Sup dia padu! Portion besar jadi mestilah harga dia agak mahal berbanding yang di Kuala Lumpur..OKed tak ingat harga dia berapa.. mungkin dalam RM6.50 @ RM7 sepinggan.

Lepas dah kenyang kami pun dibawa pulang ke sarang untuk bermalam. Wow! yaaaa besar yakmat rumah ni. Rumah end lot type. Risik-risik, rupanya tuan rumah adalah founder seraimas. Bakal isteri pengantin kami staf kepada founder. Dapatlah rate harga murah sikit. RM500/night. Harga sebenar Oked tak tahu..

Meh kita melawat sikit dekorasi rumah ni..


VERANDA ATAS

Sebelah tu memang hutan sawit. Damainya tengok hijau!


LAMAN BAWAH DARI ATAS


HALL TINGKAT 2

Seluruh rumah pakai centralised air conditioning


DARI DALAM RUMAH MENUJU JENDELA... ceyywah!


BILIK NO 4. 

Ini bilik kami. Dalam rumah ni ada 5 bilik. Satu di tingkat bawah kat atas ada 4 bilik dan 1 bilik khas untuk surau dan bilik baju [ dalam 1 bilik ] . Semua bilik sangat luas dan selesa. 



RUANG TANGGA SHANTIK SANGAT!


TINGKAP DALAM BILIK

Mengadap hutan belukar.. okey OKed tutup penuh biadai dia... hahaha! Seram weh malam-malam


BILIK AIR.

Setiap bilik ada bilik air. Siap pancuran air panas yang boleh laras dekat kepala paip je.. haissshhh berapalah kos renovation rumah ni kan? Ruang tandas dan ruang mandi asing.


RUANG TANDAS


RUANG MANDI


ALMARI BAJU DAN MEJA SOLEK

Design yang ringkas tapi besar yakmat. Oked suka ni jenis macam ni. Simple! Dah tentu boleh sumbat segala mak nenek dalam tu. 

Ruang tamu dan dapur di bawah terlupa nak ambil gambar. Ada sofa jenis separuh bulatan dan TV yang boleh muat 4 orang dalam dia... punyalah besar! Decokasi dia cantik dengan wall paper. Less perabot..


Ya Allah. sedap betul pencicah dia ni!

Malam kami makan kat luar ramai-ramai. Main terjah je. Asalnya nak bungkus makan kat rumah. Atas permintaan pengantin akhirnya kami makan kat luar. Tak ingat nak snap gambar kedai. Semua masakan dia sangat sedap [ kedai siam ] dan sampai ke hari ni... Oked masih teringat-ingat kerang bakar dengan sos ni.. Paling sedap ever i pernah makan!



Batal wudhuk selepas acara angkat nikah. Tahniah kepada mempelai. Mr Ameer dan Sis Tehah..



Mempelai dua-dua sepadan. Maaflah kualiti gambar kurang memuaskkan. Ambil dari wasap group famili. 

Kami bertolak dari Labis jam 4 petang dan sampai di Puncak Jalil jam 7.30 malam. Belum pun buka pintu kereta dah kena jawab macam-macam dengan si Kacak.. Aduhaiiiii letih tak hilang dibuatnya. Oh ya Kacak kena tinggal sebab risau pasal covid ni.. 


LUve, 

OKeD!



Thursday 19 November 2020

SHOPEE ECO UNTUK KACAK

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.

Asalnya membeli sebab kacak ni kecoh sangat takde barang sampai atas nama dia. So kami plan la beli barang eco [ baca : murah ] sebab tak tahu nak beli apa kat dia. bila tanya nak barang apa? dok sengih-sengih macam kerang.. ingat Comel ke?

Jadi apa yang OKed buat.. scroll-scroll la list dalam eco shop list. Sampai je barang ni.. Dia punya gembira berhari-hari sebab parcel atas nama dia.. aaaauuuuu.. mami is happy!



JOYIT TRAIN TOY 

Bila masuk dalam kedai tak pernah terfikir pun nak beli mainan untuk kacak macam gini sebab tahu, dia ni pesen main nye adelah sejam dua.. lepas tu hapah tak peduli. Tu pasei Oked maleh nak beli mainan kat dia. Bila sampai ada la dia main dengan bapak dia dalam 2 jam.. laju jugak la keretapi ni pergi bila kena tolak. Abis merata kaki orang dia rodok.



ECO MAMEE MINI LORRY

Dalam group famous jugak natang ni. Masa order tu tak baca pulak ada tulis 'MINI'. ya betu1-betul mini. Jadi koleksi lori ni.. koleksi sapa..? mestilah mami...



ECO MAMEE MINI LORRY

Ha, samalah ini pun beli untuk dia tapi jadi koleksi mamilah.. hahahaha. Tahu tak? dua-dua lori ni dia tak main pun.. herm..



ECO PHONE STAND

Ha yang ni kan. jenuh dok tuin dia. Try pusing macam gambar dalam eco tu tapi tak boleh.. nak buat kuat-kuat sat gi takut patah-kan naya.. so kita letak dia dalam kaedah begini.. jadilah kan? hahahaa asalkan boleh letak.. ni untuk kacak layan youtube dia..



CASA CLOTH CLIP 24 IN 1

Ofkos la untuk mami. Penyepit yang ada dah banyak yang reput dan hilang dimain dek kucing-kucing. Ada yang kena lenyek dengan moto bapak dan ramainya yang kena pijak dengan mami.. 

kah kah kah



PINEAPPLE EYE PEELER - 2 IN 1

Masa unboxing, kita heran kenapa ada dua? salah bagikah atau free gift? Masa nak taip kat sini baru tahu... ooooo rupanya 2 iN 1. Apooo sengal OKed ni. Tulah  nampak sangat main tekan je masa beli. Alaaa murah kan? Pedehal?



VERONA PINEAPPLE AIR SPRAY FRESHENER REFILL

FUhhhh yang ini memang mercik. Tak tipu sungguh ni. Bau dia memang hebat! Oked masuk je dalam mesin sembur automatik jenama glade yang adik dah tak guna. NGam helok dik dia punya tong.. Hang tunggu Eco nanti Oked beli lagi banyak-banyak.. OKed letak kat dapoq, bila tengah masak tetiba mesin ni picit keluar perghhhh memang syiok tau. tapi tulah asik terkejut je bunyi dia macam ulaq nak terkam!



BOSSIL POWER GLUE 20g

Beli ni semata-mata nak letak hook kat bilik air. Kalau pakai pelekat dia saja tak cukup kuat nak tampung berat berus bilik air dengan mop.

Ok dah habis kepoci.


Love, 

OKeD!


Wednesday 18 November 2020

KERATAN TUT POKOK TIN @ FIG

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.

Dah lama mengidam pokok manja ni. Dok tertangguh sebab harganya MashaAllah, boleh nipis beg duit. Biasalah dah dok dalam group kebun kan.. ada jelah godaan yang datang.. herm....

Maka....



VARIETY : LSU P  ( PURPLE )
( perhaps LSU P Hawaii stands for fig trees that Louisiana State University plants in Hawaii )



VARIETY : BC USA ( BLUE CELESTE )


VARIETY : IRAQI

Kalau tanya pasal variti, yang OKed selalu dengar IRAQI ni jelah dan yang paling kurang manja pun variti ini jugak. Yang lain tu memang kena jaga helok-helok. Kering sangat tak boleh, basah sangat pun tak mahu. Jadi yang lasak sikit si IRAQI ni.



BIO BAT : PENGALAK AKAR 

Masa deal dengan Tuan Long Jaafar, banyak kali beliau ingatkan OKed.. Bio Bat ni sangat penting bagi nak galakkan pokok ni hidup. HAaaaa begitu punya manja nya pokok tin ni tau. Tambahan Oked  ni memang tak pernah ada pengalaman, hanya membaca je.. jadi setiap instruction yang tuan ni share memang OKed follow betul-betul. Siap bagi video tutorial lagi.

Jumlah yang dibelanjakan : RM88

Pokok Tin 1 Set ( 3 tut ) RM50
Bio Bat 1 botol RM30
Kos Penghantaran RM8

Doakan mereka panjang umor dengan Oked sampai merasa buah ya. Nanti ada masa kita update perkembangan 3 beradik ni.


LOve, 

OKED!



Tuesday 17 November 2020

PES ASAM PEDAS IKAN BRAND

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.

Dulu....

OKed jenis tak suka pakai pes segera kalau masak. Mesti cari jugak resepi pes dan buat sampai betul-betul kena dengan selera. Mai dah tua-tua ni kan semua mende nak try dan tema dia mestilah nak CEPAT siap! 


Rasanya beli dekat giant pes ni. Oked kalau di area sos, rempah dan bahagian makanan segera memang akan lama membelek. Perhatian satu-satu rak, mana mee segera yang tak try lagi, mana pes yang nampak menarik. Entah lah dah jadi tabiat macam tu. Tapi Jah, jangan kau buat begini bila pergi dengan brader Leb.. memang kena hamun sampai ke rumah nanti.. hahahahaha



Menariknya, kita boleh masak pes ni dengan dua cara. Nak kukus boleh nak buat kuah pun boleh. Kali ni Oked cuba buat berkuah dulu kalau rasa dia mercik kita try buat kukus pulak.  Tapi kalau nak kukus kenalah dengan ikan-ikan yang best sikit-kan.. contohnya siakap.. kan? kan? kan?



Masa hari kejadian hanya ada ikan kembung dalam peti beku.. Tak cukup bahan, Daun kesum takde, Bunga kantan pun takde. Yang ada tomato dan serai tak cukup zat [ baca : halus ]. Mujurlah ada pokok limau purut. Kita letak la daun dia 2 helai, buang urat tengah dia ye.

Walaupun.. walau tak cukup bahan. KUuh dia tetap sedap hawau. Cukup rencah dan bau yang asyik! Penting! jangan terlebih air ya. Sukatan tu memang kena ikut ngam-ngam barulah cukup haul! Dia asam pedas ala baba nyoya tuh tau bukan asam pedas johor.


RATING OKED : 5/5


Love, 

OkEd!

Monday 16 November 2020

MI GORENG INDOMIE PERISA SOTO

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.

Tengah hari makan apa kawan-kawan.. 

Oked makan ini.



Mestilah kena 2 paket


Terlajak kembang.. Hadoi hilang steam betoi la bila megi kembang macam ni. Kembang juga tekak kita sekali. 


RATING OKED :  3/5

Habis juga la walaupun tak layan sangat.  Kongsi sikit dengan Kak Aishah, kak Aishah kata sedap. Bagi OKed, just boleh la. Ada bau macam daun limau dan serai sikit. Tak sama pun rasa dengan soto berkuah  sebenar [ resepi indonesia ] macam kita selalu makan tu dan ada rasa pedas sedikit di lidah. 

Namun, tetap mengeyangkan Oked! Alhamdulillah..


Love, 

OKeD!



Friday 13 November 2020

BELI POKOK LAGI - POKOK KAYU MANIS, ROLINIA, LIMAU KERAT LINTANG DAN PUTAT NASI

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.

Parcel sampai 28 Oktober 2020. Haaaa beli apa lagi tu. Geleng kepala Brader Leb kita.


YEAY!! PARCEL YANG DITERIMA 

Packaging memang paling terbaik dari Tuan Nazmi Mihan ni. Kemas dan pokok memang selamat. takde patah riuk ke, melengkung-lengkung. Dah banyak kali repeat order dengan cikgu ni. 



BERBARIS MENUNGGU GILIRAN MASUK PASU


POKOK LIMAU KERAT LINTANG [ KAWIN ] - RM18

Keras sikit harga pokok limau jenis ni sebab pokok ni rare. Limau orang lama, dikatakan lagi mercik dari limau kasturi dan limau nipis. Sebagai koleksi tak apalah keluar lebih sikit.. kheeeennn??? hahaha


POKOK CINNAMON - RM25

Tujuan beli sebenarnya bukan lah untuk kulit pokok ni.. Beli sebab pucuk dia boleh buat ulams... hehehe pantang kan mende boleh buat ulam ni.. Sanggup sangat membeli. Ok jadi pokok kesayangan lah cerita dia ni.


POKOK PUTAT NASI - RM12 

Lama jugak nak tunggu tuan Nazmi dapatkan pokok ni.. Pernah order dengan Kak Normala Khamis tapi akhirnya pokok mati. Tanah tak sesuai barang kali. Dah alang-alang nak order banyak dengan tuan Nazmi ni Oked request la sekali. Alhamdulillah dapat juga dia mencarikan stok. Terima kasih kerana usaha dapatkan pokok ni untuk saya ya tuan.



POKOK ROLINIA - RM 15 ( PROMO)

Masa booking tuan Nazmi tawar promosi.. so cepat-cepat booking. Buah dia rasa kacukan durian belanda dengan nona katanya. Oked tak pernah rasa, tapi Oked memang suka dua-dua buah tu. Sebab tulah kena beli pokok dia kan? nak rasa buah punya pasal.. hahahaa motif sangat...



BUAH GAC - PERCUMA

Tuan nazmi ada tanya nak rasa tak buah ni? Wow, pucuk dicita ulam yang datang. Mestilah mahu. Dia kata nak bagi free je nih. Memang rezeki sangat. BIasa baca je orang jual pokok dan buah ni. Mahal tau, ada nilai perubatan tinggi. Tuan Nazmi pesan tengok youtube cara nak buat jus. Erm... Alahai Oked lupa la pasal buah ni.. Dok dalam peti ais lagi, masa sampai tu esoknya kami ada kenduri di Labis. Terus lupa ada buah ni simpan. BIla belek gambar baru teringat. OK... minggu ni kita buat lah.. 

Jumlah yang dibelanjakan : RM88

Pokok Limau Kerat Lintang RM18
Pokok Kayu Manis RM25
Pokok Putat Nasi RM12
Pokok Rolinia RM15
Kos Penghantaran RM18


Love, 

OkeD!



Friday 6 November 2020

SANDWICH VENDING MESIN TAK JATUH DI HARI JADI

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.

Dari subuh dalam kepala dok fikir, nak beli apa sarapan pagi ni. Lama juga tak jamah nasi lemak pakcik dekat bangunan UM tu. Cuma nak berjalan ke sana tu penuh ranjau berduri [ baca : jauh ] sebab laluan biasa tu tutup [ baik pulih lantai ]. Ahhh tekad la ke sana juga.

Bila sampai depan lift tingkat 1, terpandang vending mesin.. Ermm menarik! jenguk-jenguk ada sandwich tuna RM3.50. Sedap juga dia tu sebab pernah beli. Ok, kita seluk la tas tangan, godek-godek tak de duit kecik. Yang ada RM5 renyuk. Cubaan 3 kali gagal. Seluk lagi poket kot ada duit lain. Ok jumpa not RM1 dua keping dan baki syiling cukup RM3.50. 

Dengan lafaz bismillah... pilih dan tekan ok..  sekali kotak tu jatuh melintang! Dalam 10 saat jatuh lagi 1 kotak atas dia! Arghhhhhhhhhh! macam mana nak ambil.. depa 2 ketul tak jatuh ke lubang bawah untuk Oked ambil. Jatuh 2 dah macam rezeki terpijak tapi dua-dua pun sangkut kat situ. Sempat jugak la ketuk-ketuk kot mau jatuh kan.. hahahaha ok jangan tiru tindakan bodo ini ya.. 

Dalam 1 minit tetiba mesin tu bunyi rolling dan duit pun keluar seketul seketul... cukup jumlahnya RM3.50. Wah, kagumnya OKed dengan mesin ni.. Bijak! eh sape yang reka mesin ni ha... betul-betul AWESOME!




Tapikan..... kita sedih tak dapat sandwich sedap tadi.. terus tekan lift dan naik ke opis tanpa  beli sarapan. Mujur Kak Aishah sampai dan offer kita seketul kuih burger malaysia dan 2 ketul dimsum sedap. Alhamdulillah...gambar atas ni brader hantar semalam, kita upload sambil jilat screen pc..[ ok tipu ].



Alhamdulillah.. dapat hadiah awal sehari dari sang brader Leb, 3 ketul terus dia bagi haaaa. Masa buka parcel ni sempat la Oked tanya dia... eh sepanjang kita kenal dan kawin kan.. kita sebenarnya tak pernah bagi hadiah hari jadi kan? Ya la.. ini kali pertama Oked dapat hadiah besday dari sang suami.. kah kah kah.. Brader lagi kesian, tak pernah jugak dapat dari oked. Selalunya, kami akan keluar makan-makan atau beli makan sedap-sikit dan makan kat rumah je dengan adik dan anak-anak. Ya bab makan memang kami hebat! Tak kisah la hari jadi ke ulang tahun perkahwinan ke.. kami hanya lebihkan kepada makan sedap. oH ya lebih syiok lagi selalunya kami sedar ulang tahun tarikh kahwin lepas 2 atau 3 hari dah berlalu.. 

herm.... ya betul.. mungkin ada yang kata.. ish laaaaaaa.. teruk! Begitulah.. cuma kami bahagia dengan cara kami.. inshAllah! macam selalu juga parcel ni yang paling sibuk nak buka adalah Si Kacak.. Happy kacak, Happy mami!



Turun ke bawah pagi tadi, ada parcel ni atas meja. Nampak pulak tape tu CTHARDWARE.. huuuuuuuuu bergenang-genang air mata Oked. Mende ni idaman sangat. Dok dalam troli SHOPEE dah lama. Tiap kali nak tekan bayar sekarang tu  hati tak kuat.. dok fikir lama perlu ke tak.. dan akhirnya dok la kejung dalam troli shopee tu ha. Parcel ni kita buka lepas balik kerja nanti ya.. merajuk pulak si kacak kalau buka dulu



Inilah mende idaman Oked tu. Terima kasih dan cinta 100% buat adik-adik OKed. Walaupun dulu masa kecik-kecik depa asik kena marah dengan cubit tapi cinta kanda buat kalian sikit pun tak pudar.. ceyyywwah~! hahahahhaa. Buat apit, kakcik, samin, besah dan adik iwan... moga kalian bahagia dan sentiasa dalam lindungan kasih sayang Allah.. Terus jadi anak, abang, akak , suami isteri yang baik buat semua orang... 


Ini kami adik-beradik kongsi bagi kejutan buat mak di Pasir Gudang. Mak yang banyak berkorban masa dan uang ringgit demi kelangsungan hidup anak-anak beliau seramai 6 orang. Guru yang banyak mengajar adap dan kasih sayang. Mak yang kuat dan tabah dengan perangai sekor-sekor anak dia. Segalanya dia korbankan demi anak-anak. Moga Allah jaga mak kami macam dia jaga kami dulu. Kami tetap pilih mak sebagai mak kalau diberi pilihan mak yang lain... Terima kasih atas segalanya ya MAK!


SELAMAT HARI LAHIR buat diri sendiri dan juga MAK.. tarikh lahir kami sama!


Luv, 

OkED!