Assalammualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, selesai majlis akad nikah dan persandingan adik Oked yang ke-4. Posting pasal majlis nanti kena peram dulu. Idea belum ada nak menulis. Majlis sebelah perempuan.
Jadi semalam, adik dan ipar baru nak belanja kami makan-makan di luar. Sebenarnya kami plan nak bercuti ke pantai atau sungai lepas kenduri. Rancangan terbantut kerana kekangan cuti. Brader Leb hari ni mula kerja di tempat baru. Harap beliau ok saja di sana. Oked dengan Cik Bunga cuti dah tak banyak. Cuma Kakcik dan Pengantin je cuti sampai hari ni. Mak tok pulak tiba-tiba kena balik Sabtu malam kerana ada urusan penting di Pasir Gudang.
Berjuta kali Mak Tok warning jangan pergi bercuti tanpa dia.. hahahaa.. dengki la tu. Mak cakap nanti bulan 12 kenduri di Kuala Kangsar baru plan lain. Dia punya tak bagi tu, sampai saat salam nak balik pun dok sebut lagi 5, 6 kali.. Kami pakat dok usik la dia. Jadi kami semua pun redhalah mereput kat rumah.
Pengantin pulak tak senang duduk, nak juga belanja adik beradik sebab bukan senang nak dapat kumpul ramai-ramai begini. Mula-mula Oked cadangkan Sey Salai di Seri Kembangan. Semua tak setuju. Nak ringan sikit. Ligat kepala pusing, mungkin boleh cuba colek kelantan. Teringat sorang kawan opis lama pernah cakap ada satu kedai yang sedap di bangi. Mintalah info dari beliau.
Kami sampai di restoran dalam pukul 8.10 malam. Masa masuk simpang tu mata dah terpandang kedai Willy sate.. hahahahaa masing-masing dah suka. Dalam kedai kelihatan ada pelanggan tapi masih banyak meja kosong. Besar juga kedai dia.
Menu ROTI CANAI : Ratting 3/5
Si Tuah dan Si kacak memilih roti canai cheese mozzarella, dah 40 minit tunggu baru tahu yang mozarella nya habis. Ateerrrrr kenapa tak kabo hei.. mujur Brader Leb cool je malam ni. Maka orderlah semula roti canai cheese biasa tanpa mozarella. Roti canai adalah gerai sublet.
ROTI BAKAR CHEESE : Ratting 3/5
ROTI BAKAT TELUR GOYANG : Ratting 4/5
Samin order roti bakar cheese. Nak rasa dia kata, halah-halah, macam ayong selalu buat tulah.. Aikk gambor ni lain mane tahu lebih sedap.. HErm...! Sekali sampai hah kau, rupa lain dari gambar, rasa pun memang lain.. keh keh keh.. dah kena bahan.. Inti roti ni dia letak cheese, gula dan macam ada lapisan kaya sikit. Kemudian celup dalam telur dan grill. Mungkin ada yang suka tapi Oked tak gemar rasa manis gula tu. Better avoid letak pemanis. Cheese saja dah cukup! Ini makanan tokei dia kedai sama di atas. Kak Cik pulak order yang telur goyang.. sama macam kita buat kat rumah.
SUP URAT KETIN + DAGING : Ratting 4/5
Sedap cuma untuk portion begini untuk RM13, macam mahal je.. Ipar lelaki [baca : Walid] pulak order sup ekor, harga tak ingat dan sinta hati Oked Si Brader Leb order bihun sup.
KAILAN IKAN MASIN : Ratting 5/5
Betul sedap! Ngam dia punya masin dan manis.
SIAKAP STIM LIMAU - Ratting 4/5
OKed memang hampir tak pernah order ikan jenis stim. Pernah 2 kali order masa makan di kedai (lain), menyesal sampai hari ini. So kalau teringin ikan memang akan pilih yang goreng atau bakar saja. Oleh kerana pengantin perempuan yang request menu ni oked tumpang rasa je. Pengantin beri ratting 5/5.
Makan ringan-ringan kan? keh keh keh
COLEK - Pilihan yang ada. Harga tidak paparkan. Boleh tanya terus pada tuan gerai
COLEK RM18 - Ratting 5/5
Ambil serba sedikit je sebab nak rasa. Banyak dah order lain-lain makanan. Takut senak tak boleh jalan. Dalam ni ada sotong, keropok lekor, fish cake, jemput-jemput dan beberapa cucuk ape bende tah tak tahu.. haha. Sos dia tak berapa pedas dan manis. Makanan kelantan kan.. begitulah tersendirinya. Oked suka! nanti boleh repeat lagi.
WILLY SATE - Ratting 5/5
RM 1.20 / pcs
Ini memang fav keluarga. Kena order kedai depan. Boleh je dia hantar ke meja kami. Kami order 15 ayam dan 15 daging. Tak habis pun sebab masing-masing dah kenyang. So kita bungkus bawa balik yang lebih tu.
OTAK-OTAK
Otak-otak pun ada juga. Lupa nak ambil gambar 1 bakul ada 6 pcs = RM6. Sedap juga otak-otak dia.
ORDER AIR PER JUG
Masa sampai kami order 3 jug air. 1 jug sirap bandung, 1 jug teh O ois dan 1 jug ais kosong. Teh O ais dia nice. Cuma sirap bandung tu sangat manis, boleh top up ais kosong untuk dapat 1/2 jug lagi. Yang tak bestnya kami dapat cawan kertas.. herm. potong sikit stim tu. Oked memang tak suka minum dalam cawan kertas. Ada rasa kertas air yang kita minum tu. Dia bagi cawan kertas mungkin sebab kami ramai dan order jug begitu.... tapi apa salah kan.. beri gelas plastik biasa.. kalau jenis pakai buang tu tu tak apa.. janji bukan jenis kertas.
MASA MENUNGGU
Masa menunggu juga mempengaruhi. Sebelum pergi Brader Leb dah siap google, masa menuggu waktu puncak adalah 50 minit. Maka minda kami memang dah sedia maklum serve pasti lambat. Mujurlah bukan lapar sangat waktu kejadian. Dekat 40 minit juga lah menunggu makanan utama tiba. Sebab tu kami ambil colek dan sate buat sulam-sulam semasa menuggu nasi dan lauk. Tapi kalau ikutkan masa kami sampai tu tak ramai mana pun pelanggan. Its ok, kami dah bersedia pasal servis.. hahaha. Brader Leb ada WA tanya untuk booking, kedai said tak apa abang datang je...
Ok lah, sesiapa yang nak rasa bolehlah singgah dan makan di sini:
SUMBER GOOGLE
ADDRESS:
NO 80, JALAN 7/7A, SEKSYEN 7, 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR
HOURS:
MONDAY 7AM–12:30AM
TUESDAY 7AM–12:30AM
WEDNESDAY 7AM–12AM
THURSDAY 7AM–12AM
FRIDAY 7AM–12:30AM
SATURDAY 7AM–1AM
SUNDAY 7AM–12:30AM
PHONE: 012-379 0818
InshaAllah bila-bila teringin sup dan colek Oked akan datang lagi. Sorry lupa snap harga di menu. Restoran ni ada jual menu ala-carte macam kedai tomyam lain. Total tak dapat dikenal pasti sebab adik belanja.
LOve,
OKeD!
kalo mkn nasi xmkn ringan2 dh.. haha..
ReplyDeletesume nmpk sedap je!
Sungguh, makan pun bersungguh.. haha
DeletesATAY!!!!Sis nampak satay la..dah la mengidam nak makan satay ni...
ReplyDeleteOk, kena cepat-cepat cari..
Deletetuu dia aih, macam2 ada menu depa. jarang jumpa sup urat ni kan :)
ReplyDeleteItulah, nanti nak repeat lagi..
Deleteaduhai ringan2 ingat sate je ngn colek sekali ngn nasi dengan sup tuh... bukan ringan lagi tu hehehe...
ReplyDeletenk try jugaklah yang colek2 tuh, tapi jauh lak nun di bangi
Kalau datang dari jauh kena la lapik perut dulu, boleh hilang mood nak tunggu makanan tiba. tapi satey dengan colek tu cepat je. boleh makan sambil-sambil menunggu.
Deletekalau makanan yang disediakan sukar...menunggu 40 minit masih ok.
ReplyDeletekalau sejam..rasa tak ok juga jika keadaan restoran tidak sesak
Mungkin kalau untuk sup sahaja boleh jadi cepat sebab memang sedia periuk-periuk besar. Tapi yang jenis ala-carte tu mungkin lambat.
DeleteHai.. salam perkenalan.. Done follow sini..
ReplyDeletePelik.. kalau tak ramai pun kena lama menunggu.. Hurm.. kurang bagus servis dia.. tapi dah ready memang kena menunggu, takpelah.. Kalau lapar, memang tak boleh ke sini..
Salam kenal.
ReplyDeleteKalau masa datang tengah lapar boleh order dulu colek, roti atau otak-otak yang ada. Tapi kalau semata nak makan sup dan lain-lain tu kena isi siap-siap dulu perut.
Lapar pula tengok makanan di kala hujan ni. memang mahal harga sup urat keting kalau portion ciput macam tu
ReplyDeletepernah makan sekali di restoran ni..suka jg..BBBangi sekrg ni banyak tempat makan yg best2..
ReplyDelete