Saturday, 23 November 2019

CHEESECAKE KELUARAN RAMLY

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.



Teruja sungguh Oked nak share pasal produk baru keluaran Ramly - Cheesecake 
[ baca : tak baru sangat la pun ]

Bulan lepas ada sorang mamat opis ni up dalam group Jabatan pre-order untuk cheesecake brand Ramly.. 


Gambar yang Wan kongsi dan memancing order di dalam WA group.. hahaa

Ada 4 perisa kesemuanya.


MENARIK bukan?

RM2 each / Berat 60g


Disebabkan takut nak makan jenis coffee dan chocolate sangat biasa for me, maka Oked order 2 perisa Lemon dan 2 untuk perisa Blueberry. Jangan tamak.. beli sikit dulu untuk rasa.


Perbandingan saiz mereka..


Perisa BLUEBERRY- Lapisan atas lepas siat plastiknya.



Wuuuuuuu.. Marbeles!


Perisa LEMON - Sungguh! Tak kecewa langsung...


Bukan sebarang colorless, sedap baq hang! 

Ingat tak kisah DODOT dapat patung Stich dari Mesin patung masa kami cari kain untuk nikah adik oked tu. Lepas selesai semua urusan kami pun turunlah ke bawah mencari Kiosk Ramly Halal Mart. Dengan harapan menggunung nak beli Cheesecake selain nak rasa menu yang lain ada di situ.

Maaflah, tak dapat nak kongsi gambar apa yang kami order. Pi mana tak tau gambar-gambar tu. Untuk 4 Hidangan tak habis pun RM50. Memang murah dan sedap semuanya. Patty dia pun tebal, tak macam yang biasa kita beli di warung-warung burger Ramly tu.

Malangnya masa kami tanya nak beli cheesecake di kaunter, harga yang dipaparkan beza betul dengan harga yang Wan beli tempoh hari. Oked siap tanya harga tu harga set ke atau side order. Side order dia kata.. Oked pun cakaplah baru-baru ni kawan saya beli harga RM2 je.. Petugas tu dengan muka blurrrr jawab entahlah... memang itu harganya pun.. Oked kalih muka ke Brader Leb.. mungkin masa Wan beli harga promosi..

Bila kami dah dapat semua makanan, sambil makan Oked minta Cik Bunga pergi tengok sekali lagi harga cheesecake.. Kelat muka dia.. hahahahaa pasti.. harga yang dipaparkan adalah RM4.70.

Disebabkan tak puas hati, Oked WA Wan tanya pasal ni.. dia sunguh-sunguh kata memang dia beli harga RM2.. takder tulis pon promosi ka apa ka.. Aik? ini sungguh mengelirukan...

TEKA-TEKI INI TERUS BERMAIN DALAM FIKIRAN SAMPAI HARI ISNIN BERIKUTNYA.. 

Topik ni menjadi hangat pada pagi isnin.. hahaha Jenuh Wan mempertahankan harga beliau beli.. bincang punya bincang. Kami pun buat kesimpulan sendiri. 

Wan beli cake tu di kilang asal dia.. kat situ memang semua ada. Produk beku hingga ke Kiosk Halal Mart. 

Address: Lot 35, Persiaran Mewah, 
               Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, 
               Cheras, 56000, Kuala Lumpur, 
               WP Kuala Lumpur,

Phone: 03-9172 6617

Maknanya kalau tempat yang kita pergi tu ada jual produk-produk lain maka harga cake adalah macam yang Wan dapat iaitu RM2, Kalau anda adalah ahli, harga lagi murah tau.. ada diskaun untuk ahli. kalau kiosk Halal Mart semata.. harga cake adalah RM4.70 each. 

Open order dari Wan kali ke-2, Oked borong 5 LEMON dan 5 BLUEBERRY.. lain-lain perisa sold out.. memang laku keras cheesecake kat situ. Selalu out of stock!



Kali ke-3 open order, Oked ambil perisa CHOCOLATE untuk rasa.. TIRAMISU out of stock.



LAPISAN ATAS


MASA CEDOK SEBELUM MASUK MULUT


Bila la nak dapat rasa TIRAMISU pula...

Wan......... cepat open order!


Love, 

OKED!



19 comments:

  1. Wahhhh...baru tau ramly ada krluarkn cheesecake...jakunnya akak..

    ReplyDelete
  2. Wah murahnya.. nak g usha la..baru tau rampy Ada jual cheesecake

    ReplyDelete
  3. wow! Rasa teruja juga nak mencubanya. Kalau jumpa ni confirm beli terusss

    ReplyDelete
  4. Sgt menggoda ni Oked 😋

    Akak pun tak tau menau yg Ramly ada produk ni. Harus g cari nanti. Thanks share.

    ReplyDelete
  5. waduh sedapnya, walaupun comel tapi nampak ketebalan cheese nya tuh...
    kene cari lah kedai ramly kot dapat harga murah yek, tingin jugak la nk mencuba...

    biasa makan jugak kt restoren ramly tpi tak pernah cuba cheesecake nya

    ReplyDelete
  6. br tau psl chhesecake ada keluaran dr ramly..kalo rm 2 mmg bole borong sgt la kan tp kalo rm 4.70 tu skali skala la hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, kalau bawa RM10 kat kedai Ramly boleh dapat 5 biji, kalau restoran dia boleh dapat 2 biji je

      Delete
  7. RAMLY ada cheesekut yek..baru tahu laa ni..kalo jumpa nk terus beli la,,nk rasa..hehe

    ReplyDelete
  8. Alamak....terus rasa teringin plak ni..mana plak SA nak cari ni...

    ReplyDelete
  9. Cari cawangan RAMLY.. InshaAllah pasti ada

    ReplyDelete
  10. Macam mane nak jadi àgent

    ReplyDelete
  11. Mmg sdp sgt😋😋tp bli dgn hrga rm4😊

    ReplyDelete
  12. Mcm mna sye nk oder yea...area batu gajah perak

    ReplyDelete