Thursday, 14 November 2019

JENIS CILI KERING

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.


Jenis cili kering yang ada di Dapur Oked mengikut tahap kepedasan.


CILI KERING BESAR 

TAHAP KEPEDASAN : 1/5

Kalau di Pantai Timur mudah nak dapat cili kering jenis ini di kedai-kedai biasa. Kalau area Lembah Klang ni biasanya dekat pasaraya besar ada jual. Namun bergantung pada stok. Nak mudah lagi boleh cari di Pasar Borong Selangor atau Chow kit. Mahal juga la harga sekilo dari cili kering yang lain. Kalau buat sambal pakai dia saja memang tak mari sebab tak pedas langsung. Kena rebus cili ni dan kisar lama sikit sebab kulit dia jenis tebal. Warna dia lepas masak pun sangat cantik dan merah yang menawan.

Oked pernah semai cili ini guna biji yang di ambil sebelum rebus. Bunga lebat dan rajin berbuah. Lalat buah sangat suka aroma buah cili ni. Asik kena serang je. Bagi Oked cili jenis ni tak sesuai untuk dibuat masak atau sayuran. Ada rasa dan bau yang kuat. Ia lebih sesuai jadi cili kering sahaja..


CILI KERING KERINTING

TAHAP KEPEDASAN : 2.5/5

Cili jenis ni mudah nak dapat. Kedai-kedai aceh pun banyak jual. Kebanyakan nya guna cili ini saja pun dah cukup pedas yang boleh diterima lidah. Nice-nice gitu orang jawa cakap.. eh?



CILI KERING BERKILAT

TAHAP KEPEDASAN : 4/5

Jangan terpedaya ya dengan kilat dan menawan hati. Boleh ceri beri kena dengan dia punya sengat. Cili jenis ni memang pedas tahengat. Oked akan campur dengan cili kering yang besar tak pedas tu. Gabungan depa 2 ni memang terbaik setakat ini. Nisbah yang Oked guna cili kering besar 2 bahagian dan cili berkilat ni 1 bahagian. Stok gabungan cili blend ni memang sentiasa ada dalam peti ais. 



CILI KERING KECIL

TAHAP KEPEDASAN : 5/5

Boleh dapat kat pasaraya Giant. Nak kata beraroma sangat tu tidak juga. Tapi dia punya pedas memang menyengat. Cili dia kecil-kecil saja tapi besar sedikit dari cili api jenis merah tu. Ini jarang-jarang beli. Tiba-tiba rasa nak beli baru Oked beli dan guna untuk tabur dalam tumisan sayur. Guna pun dalam 2 ke 3 tangkai je, potong serong.



Love,

OkEd!


18 comments:

  1. byk jenis rupanya cili kering.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kalau di pasar borong beli guni dia ada kod cili pedas dan tak pedas.. Boleh tanya pada orang kedai..

      Delete
  2. dah lama akak tak beli cili kering, disebab kan selalu berkulat sbb lama sangat tak guna hehehe orang rajin gini lah kan

    biasa akak beli cili boh je, kalau dulu akak suka pakai cili kering yang tak pedas tu, beli kt pasar malam minta kat dia yang tak pedas hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya blend, dan letak dalam bekas kecik-kecik utk sekali masak. Bekukan. Tahan lama juga. Suami tak suka cili boh tu, dia kata tak sedap dan masam..

      Delete
  3. Selalu tersalah beli.. .bedas sokmo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam 3,4 bulan ni memang kat pasaran banyak cili jenis pedas yang berkilat tu. Agaknya kontena bawak masuk batch semua jenis ini.. Bubuh bawang seguni pun tak boleh cover pedas dia.

      Delete
  4. Akak kalau blk kelantan beli cili kering yg gemuk2 tu...kemudian campur dgn cili kering yg pedas punya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak, gabungan ni memang sedap.. Wangi dan cantik sambal tu.

      Delete
  5. Kadang noob sungguh nak beli cili kering. Tapi biasa beli yang pedas tahap 4 tu je..Rasa macam pernah beli yg tahap 5 tu memang super pedas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu tak pandai juga. Pernah niaga kedai makan kejap tu yang boleh tahu bezakan cili-cili ni

      Delete
  6. saya selalu dalam pasaraya nie nak cepat je membeli , so asal jumpa cili kering terus grab . Tak sempat kaji cili kering jenis apa . Tapi sepanjang beli sendiri nie , tak pernah lagi dapat cili kering yang tahap pedas 5/5 .Nice sharing kak .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tahap 5 tu dah siap packing.. Selalu pun orang jarang beli..

      Delete
  7. ammi pernah terbeli "Cili Api Kering" patutlah rasa lain macam pedasnya. Bila tengok balik kat sticker tu sahlah...lepas ni kena hati2 bila beli cili. Puas nak adjust rasa pedas tu.

    ReplyDelete
  8. Kakcik selalu beli cili kering di Tesco. Rasanya yang tahap kepedasan 2.5/5 tu...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang 2.5/5 dan tahap 4/5 memang banyak dalam pasaran.. Kena pandai bezakan..bezanya pun ketara.. Yang pedas tu kulitnya berkilat.

      Delete
  9. selalu beli yg kerinting tu je..yg lain2 tak pernah beli...dulu pernah terbeli yg kilat tu, habis mak bising..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah terbeli yang jenis pedas tu memang tak boleh ejas dah pedas dia.. buat tambah dalam kuah boleh la guna sikit-sikit. kalau nak buat sambal memang menyesal makan.. huhu

      Delete