Assalammualaikum w.b.t.
Siri mengenal pokok herba.
Biasa dengar Arwah Tokwan Darus dan Tok Baayah sebut nama pokok ni, pokok cerita. Ada yang panggil hempedu bumi. Kebetulan masa singgah pasar malam di BK5 Bandar Kinrara, dalam kawasan masjid nampak ada depa tanam pokok cerita ni kat batas jalan. Balik dari pasar malam tu Oked ambil sedikit benih untuk semai. Kalau kat kampung dulu pokok ni hidup meliar je.
Arwah Tok dan tokwan akan cabut sepokok dan keringkan. Kemudian ambil 5 helai daun yang kering rendam dalam secawan air panas. Bila dah sejuk atau suam, boleh minum. Sebagai altenatif untuk darah tinggi dan kencing manis. Tapikan setahu OKed lah, kedua-dua arwah takde pulak sakit kencing manis atau darah tinggi. Mungkin mereka amal untuk jaga kesihatan dan sebagai detox. Kalau tak salah, sebulan dalam 2 kali saja mereka minum air ni. Rasa dia..? huhuhuhuhu pahit namatey! Oked tahu sebab pernah tak sengaja minum. Dibawah ni benih yang Oked ambil di Masjid KInrara BK5.
BENIH POKOK CERITA
SUMBER FB : QudRiFarm
PENGENALAN
Nama Tempatan: Hempedu bumi
Nama
Saintifik: Andrographis Paniculata
Nama Lain:
Akar cerita, sambilata,nivalembu,king of bitter, maha tita
Famili:
Acanthaceae
Lokasi
dijumpai: Malaysia, Thailand,India,Indonesia
*Sumber gambar dari FB : QudRiFarm
KETERANGAN :
Pokok
Hempedu bumi juga dikenali sebagai pokok akar cerita. Pokok Hempedu bumi banyak
dijumpai di India, Thailand dan paling senang di jumpai di tanah gambut.
Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak.
Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daun Hempedu bumi berwarna hijau pekat,
licin dan tersusun secara bersilang. Daun Hempedu bumi juga mempunyai bentuk
bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.
*Sumber Gambar dari FB
KHASIAT :
Daun
hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping
merawat kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus akar tersebut
untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka
dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut.
Kandungan
bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada
disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi
meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan
molekul lemak. Memang suatu yang tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat
dan masam agar sukar dipisahkan dengan alam perubatan herba tempatan.
*Sumber Gambar dari FB
Tetapi
rasa sebegitu sememangnya tidak begitu menarik minat sebahagian besar
masyarakat kita. Mereka lebih gemar kepada rasa manis dan masin. Pengambilan
rasa manis dan masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit tertentu.
Tetapi jika diseimbangkan pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk
kesihatan.. Antara herba yang mempunyai rasa pahit adalah pokok hempedu bumi (ataupun
sesetengah orang memanggilnya sebagai akar cerita. Pokok herba ini agak senang
dicari kerana ia tumbuh di sekitar rumah, longkang ataupun kawasan semak samun
yang terbiar. Mungkin ia tumbuh di kawasan sedemikian, maka sebahagian besar
masyarakat hari ini kurang mengetahui khasiatnya yang agak popular bagi
tumbuhan ini adalah untuk merawat penyakit darah tinggi dan juga demam.
Malah,
tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling
mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang
terkena gigitan serangga itu. Tetapi ia lebih popular dalam merawat penyakit
darah tinggi dan demam. Cara yang sering diamalkan adalah kita perlu mengambil
beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun
itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam.
Selepas itu, minumlah perlahan-lahan. Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka
yang pertama kali meminumnya. Tetapi harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba
yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari.
*Sumber Gambar dari FB
Berikut
antara khasiat Daun Hempedu bumi:
- Daunnya boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi dan merawat kencing manis. (Caranya: rebus akar tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum)
- Daunnya boleh merawat luka. (Caranya: tumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut).
- Merawat demam. (Caranya: ambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam).
- Pokok ini dikatakan mempunyai ciri meningkatkan pertahanan badan melawan penyakit serta mempunyai ciri melawan virus. Dikatakan juga boleh melawan beberapa strain virus HIV
- Bahan aktif pada herba ini, andrografolid melindungi hati, pankreas dan sistem pencernaan.
- Kajian makmal dan klinikal membuktikan bahawa ia berkesan untuk kes kerosakan hati kerana bahan toksik, fungsi hati yang kurang baik dan hepatitis.
- Andrografis juga terbukti boleh mengelak pengumpulan kolesterol teroksida pada salur darah pada tahap yang lebih berkesan berbanding minyak ikan omega 3.
- Hempedu bumi memang sesuai dimakan oleh mereka yang mempunyai kolesterol tinggi.
- Andrografolid juga melindungi sel yang mengeluarkan insulin pada pankreas dan memperbaik metabolisma glukos serta retinopati diabetis.
- Di China herba ini digunakan untuk mengubat sakit tekak dan selsema.
- Hempedu Bumi mempunyai kuasa mencegah selsema.
- Andrografis boleh melindungi daripada gastrik dan ulser duodenum.
DAUN YANG DAH DIKERINGKAN- *Sumber Gambar dari FB
LOve,
OKeD!
Baru tahu ada nama pokok hempedu ni dan baru tengok juga pokok dia. Banyak khasiat ye pokok hempedu bumi ni.
ReplyDeleteOrang dulu-dulu pandai menilai pokok-pokok begini. Mai pada kita ingat semuanya rumput rumpai...
ReplyDeleteselalu juga tengok pokok ni tapi tu lah taktau nama, rupanya byk khasiat lah kan, so lenkali boleh ambik buat rebus minum. herba semulajadi camni, tak tkt nak try
ReplyDeleteBoleh sesekali, cuma jangan amalkan selalu. Walaupun herba bagus masih kena tahu sukatan dan keperluan yang betul.
Deletebanyak khasiat dia erk...
ReplyDeletebetul, tapi jangan ambil sebarang.. kena tahu cara dan sukatan yang betul
DeleteNak
ReplyDeleteMuhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
ReplyDelete..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐๐ป
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
๐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐คฒ๐ผ
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
๐kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring