Thursday, 21 November 2019

GULAI LEMAK CILI API PISANG TOMAN

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.


Pisang toman batch ke-5 dah semakin tua. Tunggu masa nak tebang dan jadi habuan kerepek. Minggu ni la kot kisahkan ke dia ni.



Wajib Tongkat, berat tandan boleh cecah 30kg. Oked ambik 6 biji je beda buat masak



Siatkan kulit, potong serong agak-agak tebal ibu jari Oked.. ginilah tebal dia.. hahaha
Jangan lupa lepas siat terus rendam dalam air bagi mengelakkan pisang jadi hitam



Masuk periuk dan rebus dengan asam keping.. Kenapa letak asam keping? Entah, Mak Tok dan Arwah Tok Baayah letak jadi Oked ikut saja.. Lepas pisang dah empuk, air buang dan bilas pisang ni sekali lagi dengan air paip kemudian toskan.





Masak bumbu tanpa minyak supaya cili padi tu tak rasa maungnya. Bumbu Oked hanya tumbuk cili padi, ikan bilis atau udang kering dan kunyit hidup sahaja. Nogori style tak guna bawang, tapi kalau Oked masak ayam, [ baca : cuma untuk lauk ayam] memang akan tumis dengan minyak dan letak bawang sikit supaya mesra rasa dia dengan ayam. 




Bila bumbu dah cukup masak, masukkan pisang rebus tadi dan santan. Masak sampai santan sedikit pekat dan mesra dengan pisang. Perasakan dengan garam dan gula ya.

Rasa dia? Mestilah sedap... tapi Brader Leb tak makan pisang tu, dia kaut kuah sahaja. Sebenarnya nak lebih ummph lagi kita masak guna pisang mas atau mas bantan. Pisang jenis Mas gebu dan manis, jadi isi pisang tu memang akan mesra dalam kuah. Oked pakai pisang toman ni pun sedap juga cuma tekstur dia keras sikt tak gebu macam pisang Mas.


Sekian.


Love, 

OKed!

16 comments:

  1. nmpk sedap je!! xprnh mkn pon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari kecik mak ajar makan ni. Sedap ya amat. Masakan orang utara. BOleh cuba nanti guna pisang lemak manis ( pisang mas ).

      Delete
  2. dapnya..suka pisang or jantung masak lemak, tapi x pandai nak masak....pandai makan je. he he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jantung pisang toman ni tak boleh buat makan. Pahit lagi teruk dari jantung pisang nangka.. hhuuuu

      Delete
  3. tak pernah jumpa pisang toman, bukan main besar tandan nya...

    mesti sedap kan di masak lemak pisangya tuh... akak ni tak berapa minat pisang muda masak lemak, masak sendiri memang tak pernah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pisang ni tak kormesil. Orang tanam buat makan sendiri je. Jenis dia macam pisang cavindish, makan mentah je.. tak boleh buat pisang goreng dia jadi lembik. Yang muda boleh buat kerepek. Sedap buat kek atau kekodok ja.. Masak pun warna kulit hujau pucat, bukan kuning macam pisang lain.

      Delete
  4. mak aiii.. bestnya OP.. puas makan.. tp cakap terang2.. i mmg tak pandai makan masak lemak PISANG dan NANGKA. langsung tak berminat. sebab i rasa itu buah2. hehehheee.. tapi kalau org idangkan tu je. then perut lapar rasanya makan kot. cuma makan kuah dia lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lumayan pisang ni sekali tuai. Ramai boleh merasa. Sama dengan suami saya. Dia pelik kalau buah buat masak.. dia ambil kuah saja..

      Delete
  5. Pergh. ..ni menu rare ni. Susah jumpa, Tak ramai yg pandai masak ni dan tak ramai yg makan.
    Dah kena sekali, mmg bertambah makan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang utara rajin makan macam ni.. kalau kenduri kendara ada lagi yang buat. Kalau gulai umbut pisang saya tak yakin nak buat sendiri. Kena tunggu pakar buatkan..

      Delete
  6. sekali baca, nampak ikan toman.
    rupanya pisang toman :D
    tak kenal nama pisang..haha

    menu klasik ni, pandai Oked masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. asalnya saya pun tak tahu nama pisang ni.. Bila tunjuk dekat Abah, dia kata pisang toman asal dari perak..

      Delete
  7. Sedap tu lauk rare. Rasa macam lama betul tak makan gulai lemak pisang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang selera kampung type, apa jenis pun nak cuba..

      Delete
  8. Suka juga makan lauk nie, tapi tak pernah try lagi...arwah nenek dan mak saya dulu nasi dia ada letak pisang muda cincang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, pisang muda yang belum masak ke? macam buat ulam tu? 1st time juga tahu ni..

      Delete