Thursday, 7 November 2019

RED PAMELO BUAH KEGEMARAN

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.


Bersawang tak blog ni.. hahaha

Ok, semalam ialah ulang tahun kelahiran Oked yang ke-34 tahun. Yang istimewanya, Oked dengan mak berkongsi tarikh keramat ini. 

Selamat ulang tahun buat Mak Oked [ baca: Mak Tok ], Semoga kami dan sahabat-sahabat semua sentiasa dalam rahmatNya. Sama-sama kita masuk syurga Allah nanti..

Kami [ baca : keluarga ] jarang dan hampir tak pernah buat majlis hari jadi atau sambut ulang tahun perkahwinan. Biasanya reward makan-makan dirumah atau makan diluar sahaja. Hadiah? lagilah jarang dapat di harijadi, tapi kiraan untuk setahun banyak juga hadiah yang diperolehi. Sekecil-kecil pemberian juga adalah hadiah bukan?

Semalam juga Cik Bunga ada interview di sini. Walaupun berstatus sementara ok saja. Langkah permulaan untuk masa depan yang lebih cerah.. inshaAllah. 

Dalam perjalanan pulang kerja, Brader Leb kirim beli ais batu. Jadi niatlah singgah ke PASARAYA HERO. Masuk saja pintu hadapan terpandang buah kegemaran Oked ni. Harga bukan timbang kilo tau.. Murah amat ni, terus grab..



RED PAMELO - RM12.99/each


Lihatlah kulit beliau yang kuning menawan ini.. uuuuuuuuu
  

Siap ada cap MOHOR



MANIS - Juicy dan wangi. Molek elok tak kering sarinya..


Habis dah sebiji Oked dengan Mak Tok kerjakan, sambil bersembang sambil dok kopek limau ni. Mak Tok makan cicah dengan kicap manis. Oked makan begitu je. Buah ni juga kegemaran mentua Oked [ baca : Tok Mi ]. Petang nanti nak beli lagi untuk Tok Mi pula. 

Esok, inshaAllah akan berlangsung Majlis Akad Nikah adik Oked yang ke-4. Usia muda bukan halangan untuk membina masjid. Kita doa yang baik-baik saja untuk mereka. Di masa lain nanti kita buka entry pasal majlis beliau ya.

Kiranya ini hadiah harijadi untuk Oked dan Mak Tok lah kan.. aci tak?


Love, 

OKeD!






14 comments:

  1. Trmkasih kunjungan ke blog akk. Bls kunjung di sini, selamat berkenalan.
    Sanah helwah utk oked dan maknya. Sedap limau tu, warnanya pun mengamcam selera😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berkenalan, saya baru je mula berblog. Masih merangkak-rangkak. Sekadar suka menulis.. Memang sedap, manis dan wangi. Terima kasih kak.

      Delete
  2. kira murah la harga limau bali tuh, cantik lak tu isi nya...
    Sanah Helwah Oked, silap lah panggil Oked akak,rupanya adik.. sedangkan akak ni yang akak heheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. dapat yang isinya baik. Terima kasih Kak Dana, eh janggal pulak sebut kak Dana.. hehehe. Ok je panggil akak pun.. memang kat rumah bahasa ganti diri akak..

      Delete
  3. Kecur tgk buah tu la.,,mengamit2 minta pergi belikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena beli, hehehe. Jenis yang ini memang manis.

      Delete
  4. Kecur tgk buah tu la.,,mengamit2 minta pergi belikan..

    ReplyDelete
  5. Kecur tgk buah tu la.,,mengamit2 minta pergi belikan..

    ReplyDelete
  6. ohh baru tahu namanya red pamelo. biasa makan yang biasa tu je. kiranya red pamelo ni kulit dia kuning dan isinya merah ye. kalau hijau tu isinya putih lutsinar.
    btw, happy birthday oked dan mak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tempatan punya, ada pamelo yang kulit hijau isi putih dan kulit hijau isi merah, Kena tanya pada penjual. Yang isi merah katanya lebih manis dari yang putih. Tapi saya selalu dapat yang masam juga kalau isi merah pamelo tempatan. Yang dari china kulit kuning ni lebih manis.

      Delete
  7. Buah kegemaran saya juga.. selalunya saya kopek buang kulit dia semua lepas tu sejukkan dalam peti ais.. Dah sejuk baru makan sambil menonton atau membaca.. hehehe..

    ReplyDelete