Friday, 22 November 2019

KISAH NAK TUKAR HENPON KACAK

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.


Dah seminggu Apak eh merunsingkan telinga Oked ni. 

Kisahnya Dodot punya HP dah rosak. Screen di bahagian bawah tak boleh back. So dia punya mengaruk bila ahad tak dapat main game. Maka dia akan kacau rutin Brader Leb melayan NetFlix. Anak bising nak YouTube, Apak pulak tak aci mengalah.. halah.. halah... ikat dua-dua kat pokok kerengga baru tahu!

Ok GUrau!

Sabtu malam lepas, kami pergilah survey kat Giant Kinrara, dah terhasut dengan pakej DIGI RM58 dapat la HP OPPO A5 mende tah. Bincang laki bini pun macam nak bertumbuk.. seriau budak yang jaga kiosk tu.. haha rilek dik, kami memang bincang murni-murni cenggini.. 


Puas bertekak, kami decide nak ambil pakej yang ini. Oppo Find7 Oked yang sekarang turun tahta kepada dodot dan mak dia pakai yang ini. Oked ni kan kalau beri HP biashe-biashe pun tak ngape sebab yang yang penting pada Oked WA, Call, Waze dan Fast Charging.. tapi Oppo A5 2020 ni takde fast charging, but bateri quite besar juga 5000mAh


SPESIFIKASI  OPPO A5 (2020)

Kalau tanya Oked, sumpah satu hapah pun tak paham. Berusahalah Brader Leb menerangkan apa benda ni kat Oked. Oked pun ya, ya angguk.. hahahaha. Yang dengar ok, ok sesuai untuk u.. Adik dalam kaunter pun kenmain kan menyokong.. haih!

Oked pakai Umobile telco jadi kena tukar kepada DIGI dulu.. Bila check ic ada ctos MAXIS.. Aik? dah kenapa boleh ctos.. grrrrrrr.. tukar hari tu elok je, takde sangkut pun. Adik DIGI ni pun terangkan la. Masa Tukar dari MAXIS ke Umobile tu unbill belum pro-rate. Dia nasihatkan begini:

KEPADA PENGGUNA TELCO POSPAID. BILA DAH TUKAR KE TELCO BARU, LEPAS SEBULAN SEMAK SEMULA KE TELCO LAMA UNTUK CLEARKAN BAKI UNBILL YANG DI PRO-RATE. SOON KALAU NAK TUKAR KE TELCO LAIN BILA BILL LAMA TU TAK CLEAR LAGI, SEMUA TELCO AKAN BLACKLIST TAU. MASUK CTOS. 

Ada customer dia kena ctos sebab bill tak clear hanyalah 20 sen.. ya tuan puan.. 20 sen!

Nak marah? no tak boleh marah.. itu kecuaian kita sendiri. Jangan dok salahkan sistem. Kita yang tak cakna.. betul? Bukan kerja depa nak educate people yang macam Oked.. hahahaa. 

Brader Leb pakai Telco DIGI, tapi masalahnya nombor dia tu guna IC OKed.. erghhhh! tetap tak boleh tukar plan.. kena pi clear dengan MAXIS dulu.. Telco blacklist by IC tau bukan by No telefon kita. Oh ya plan ni terpakai begini, 1 plan untuk 1 Kad Pengenalan sahaja ya. 

OK, esoknya kami pergi MAXIS di IOI Mall, Puchong untuk settelkan tunggakan tu.. then come again to him semula bersama notis pelepasan from MAXIS.


Mujurlah sikit je.. lega.. Settel satu bab. 
Tapi kena tunggu 24 ke 72 jam baru nama clear dari CTOS.. 

ADUHAI!


Dah jom pi makan..

Makan di mana? Next entry ya..


Love, 

OKed!

20 comments:

  1. Macam- macam la sekarang kan...tp Oppo sekarang dah best kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur tukar Oppo jugak..lebih kurang je bende-bende dalam tu. Oked dah la jenis lambat nak belajar guna henpon ni. Malas nak kelebet dia.. Asal boleh wasap call sudah..

      Delete
  2. selamat menggunakan HP baharu. Semoga bergembira dan puas hati.
    done follow here. TQ.

    ReplyDelete
  3. Wahh bestnye HP baru. Pasal bill tertunggak tu betullah. Kak feni pun pernah kena.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ty. Itulah, lain kali kena beringat sendiri..

      Delete
  4. Oppo sekarang menjadi pilihan kan...dulu-dulu nokia yang disebut-sebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, Nokia memang pilihan dulu.. sekarang hilang dah..

      Delete
  5. Gitulah yr, beli phone baru yg lama kita pya bagi anak guna hihi..

    ReplyDelete
  6. hehehe suami Atul pun penah kena dengan maxis juga. nak daftar line telco lain xboleh, sebab nama kena list 😅 tapi atul x ingat berapa RM @ sen. tapi memang sikit je nilainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 20 sen pun dia tetap ctos kan kita.. kejam kan? hehehe

      Delete
  7. Wah ber oppo lah pulak lepas ni. Kadang tak faham juga features smartphone ni..huhu

    ReplyDelete
  8. sya tak pernah tukar telco lagi, sejak mula guna....thank utk info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sangat setia dengan MAXIS sebelum ni.. belas tahun bertahan walaupun telco lain plan nya lebih murah. Akhirnya lompat juga.

      Delete
  9. Alahai kena ctos plak.. mama selalu Beli hp pakej t lco mmg berbaloi. Setiap Kali habis contract tukar hp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, betul berbaloi.. nak follow jugalah, habis je kontrak cari yang baru.. haha

      Delete
  10. Mmm...saya ni pon bab henpon tak berapa nak cerdik juga.

    ReplyDelete