Assalammualaikum w.b.t.
Sahabat Oked sedang bercuti tanpa gaji mengikut pasangannya bertugas ni negara kangaroo selama 3 tahun. Dia tinggal di Perth, Australia. Oked kirim bawak balik salji nanti. Malangnya kawasan dia salji tak turun, tapi suhu tetap hampir beku. 2 Bulan pertama sampai di sana, mereka sekeluarga tinggal sementara di Apartment macam hotel. Anak-anak pun belum boleh mulakan persekolahan. Bosannya dia kata, banyak memerap dalam apartmen saja. Badan baru nak belajar dengan suhu di sana. Lepas 2 bulan lebih baru dapat penempatan sebenar.
Baru-baru ni, Fiza kongsikan gambar laman rumah sewa dia kat sana. Dia tahu Oked gemar berkebun, ada la dia tanya jugak pokok-pokok yang dia tak kenal kat sana. Yang mana tak perlu tu dia nak cabut buang. Jom kita layan gambar pokok di sekitar laman Fiza
Kebanyakannya pokok bunga je ni.. Yang hujung meninggi tu pokok rosemarry. Sedap dan wangi kalau buat perap daging bakar.
Tinggalan penyewa sebelum ni. Wakil Malaysia juga.
Rajin juga penyewa sebelum ni bertanam bunga
Biasa tengok pokok hiasan ni kat Malaysia, tapi tak tahu nama.
Kurang kasih sayang
Ni kalau dapat kat Oked penuh dah pokok-pokok sayur.. hahahaha syok menanam suhu sejuk macam kat sana.
Bunga Raya.. Malaysia kan? hehehe
Sejenis Lily.. cantik!
Bunga Kebangsaan Malaysia
Laman tepi dari porch kereta. Oked ingat kawasan perumahan sana jenis tak berkepung. Ada juga konsep macam kita kat sini atau mungkin juga sebab kawasan kejiranan ini adalah kedutaan. Masa privasi tu kena jagalah. Kalau kita lalu kawasan kedutaan di sini pun memang pagar batu tinggi-tinggi macam ni kan?
Seronok dapat peluang tinggal di negara orang. Nak-nak yang ada musim macam ni. Kepala Oked memang fikir seronok bercucuk tanam je.. hahaha. Selain Fiza, ada sorang lagi staf yang bercuti tanpa gaji ikut pasangan dia. Staf lelaki tapi tempat yang isteri dia dapat adalah... very unfamiliar di telinga Oked. Kami siap google tu di mana....
Kawan-kawan pernah dengar? Malawakil,
Conakry....
Boleh google sekarang.. hehehehee...
Love,
oKed!
Best baca cerita oked. Kepala pun terbayang-bayang berada disana. Walaupun hakikatnya Kak Feni tak pernah ada buku merah pun.
ReplyDeleteSaya pernah ada sekali. dah bertahun expired. Sejenis penakut nak pergi neraga orang. Macam-macam fikir teruk-teruk.. hahaha
Deletebuku merah SA dah lama x bercop..ada 4 cop je kalau tak salah..hahaha...dah nak expired dah...bulan 1 kena la pi renew...
ReplyDeletesaya sekali je pernah cop.. dok tang mana pun tak tahu dah buku tu..
Deletebestnya... laman nya pun luas, itulah biasa kita baca kat sana jenis open, takde pagar2 antara rumah... mungkin jugak sebab kedutaan kan
ReplyDeleteseronok sesekali tu tinggal di negera org tapi pastinya negara kita juga yg paling syok kan..hehehe :)
ReplyDeletebetul.
DeleteBest nya kawan Oked dapat tinggal di negara orang. Ada jugak ek bunga raya. Hehe...
ReplyDeleteCantik bunga raya jenis daun corak merah tu. kat nursery mahal harganya
Deletetengok gambar, tanah diorang macam kering gersang, tak macam kita kat sini sentiasa lembab....tapi subur jer semua tanaman Allah bagi tumbuh segar.
ReplyDeleteowner sebelum ni tak jaga dah kot sebab dah nak balik malaysia
Deleteermm ni kalau dapat kat kita ni orkid mahu penuh pokok kita tanam kan seronoknya merasa menetap di negara cuaca sejuk ni terbayang bunga2 je hehe :)
ReplyDeleteKan.. tapi saya lebih minat pokok dan sayuran. kalau bunga cuma bunga jenis warna putih
DeleteMemang seronok tinggal di negara orang yer, tapi Australia ni macam tak jauh sangat bezanya dengan Malaysia, cuma dia ada musim sejuk sedangkan Malaysia ada musim tengkujuh, dan musim kemarau dan satu lagi musim buah, durian hehe..
ReplyDeleteKan.. mungkin balik awal jugak dia ke malaysia.. mana tahan tak dapat roti canai dengan durian. hehehe
DeleteLuas kawasan rumahnya memang seronok banyak tanaman. wahh ada bunga raya tu.
ReplyDelete