Assalammualaikum w.b.t.
Kongsi gambar kebun dan caption sahaja ya
PENYOKONG POKOK DALAM PASU - DAISO RM5.90/each
Seingat Oked lah kan, ada 3 saiz benda alah ni di DAISO, Oked hanya guna saiz yang 75cm ni. Lebih kurang tinggi peha kita
Hasil memukat di HERO. Jimat banyak tanah dan duit bila tanam dalam kotak ni. Kotak-kotak ni masih cantik dan elok. Oked ambil waktu malam selepas pukul 11. Nak ambil siang malu orang pandang-pandang.. hahaha. Yang tinggi Oked guna untuk tanam pokok ulam atau pokok buah yang besar. Biasanya 1 kotak Oked letak 2 pokok. Yang rendah sikit untuk semai ulam renek atau sayur-sayur harian.
BUNGA TELANG SELAPIS
Ada benih selapis, berlapis dan telang putih berlapis. Siapa berminat boleh roger ya.
RUMPUT SITI KHADIJAH / RUMPUT BEIJING
Kesian dia ni. Benih sesat dari induk yang dalam pasu. Subur je dok celah dinding tu. Belum kesempatan nak pindah dia ke pasu. Banyak khasiat katanya rumput ni. Boleh cari maklumat di google. Oked belum pernah guna apatah lagi amalkan. Tanam sebab ramai orang tanam.. hahahaa
BAYAM
Kegemaran ulat dan belalang. Yang ini sepokok sesat depan pintu rumah sampai. Saja biarkan untuk collect benih nanti. Eeeeee geram tengok daun dia ni.
BUNGA TELANG
Sabtu lepas kutiplah depa ni kunun nak buat nasi biru. Penyudahnye kering macam tu je dalam penapis ni.. terlupa!
CACTUS AND SUCCULENTS
Penyakit baru pulak.. herm.. Belum masa nak deco ni. Bela jelah dulu ya..
SELASIH THAI / THAI BASIL
Pokok ni memang simpan untuk benih. Kalau nak pokok tahan lama jangan sampai biar dia berbunga dan benih kering dipokok ya.
PELBAGAI
Ni kalau masuk dalam kebun OKed, memang boleh sesat dalam tu.. hahahaa
SEKENTUT
AKAR SOM DAN BAYAM BRAZIL
Akar som ni awatla tak mau gemok. Hasil semai keratan batang. Sedap buat ulam tau. Bayam brazil tu malas nak cara. Asik kena getu dengan ulat je. Biar lantak!
DAUN SUP
Semaian dari akar. Tak produktif sangat. Jadilah beda sesekali buat sup
KEMBANG CINA
Jarang keluar bunga, merajuk kot..
POKOK MISTERI
Ini tak tahulah mana datang dia. Pasu ni asal ambil dari kampung. Masa tu dalam dia pokok cabai burung. Pokok cabai dah lama wassalamu, dia pulak tetiba muncul. Mula-mula tu ingatkan pokok lemba, makin besor dah nampak macam pokok sawit pulak.. rasanya betul dah tu SAWIT.. hahaha
-TAMAT-
Love,
OkED!
Tengok pokok sekentut tu teringat kat arwah Uwan Mrs. A suka nau-nau ulam sekentut
ReplyDeleteErrrr saya tak boleh makan daun sekentut ni buat ulam. Aduhai, dia punya rasa lekat kat tekak. Saya tanam cuma untuk buat nasi ulam utara je..
DeleteMacam-macam pokok ada. Yang tak pernah tengok pun ada. Teringin nak tanam bayam brazil tu. Benih beli kat mana ye? tengok macam ramai dan mudah je tanam bayam brazil tu
ReplyDeleteSaya beli masa expo kat putrajaya. Memang senang je tumbuh. Semai je dari keratan batang. Daun dia kalau cucuk kat tanah pun boleh tumbuh. Sekarang senang dah nak dapat pokok ni, viral. Duduk di mana, kalau area sini boleh ambil dengan saya free je..
Deleteduduk negeri sembilan. itulah ramai tanam sebab viral. tengah dok tengok kat shopee gak ni. ada rezeki inshaAllah dapat nanti :)
Deletegeramnya tengok kebun dia... penuh segala macam pokok... lepas ni nak cari jugak lah bekas putih tu untuk tanam sayur mayur dan pokok kat rumah tu
ReplyDeleteYa kak dana penuh sampai naik hutan.. haha asal jumpa seller up pasal pokok ulam je nak beli.
Deletealhamdulillah syok ja tengok semua pokok tumbuhan tu gemuk segar ja rupanya. hehe
ReplyDeletehehehe sihat macam tukang kebun depa ni jugak..
Deletemcm2 pokok tanaman tu
ReplyDeleteAlhamdulilah.. saja suka-suka halwa mata
Deleteelok pula dia tumbuh dalam pasu tu.. Kalau sawitlah.. hehehe..
ReplyDeleteRajin oked menanam.. suka tengok.. senang nak masak..
Nak cabut buang punyalah payah. So biarkan jelah dia kat situ..
DeleteRasanya saya tak pernah lagi makan ulam sekentut tu....
ReplyDelete