Monday, 18 November 2019

TABUNG SYILING COMEL

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.


Tengah dok godek gambar dalam pc ni.. eh terjumpa pulak gambar lama.. Gambar ni dirakamkan pada bulan March 2018, sebelum Oked ditukarkan ke Jabatan ni. Setahun lebih dah peram dia. Bila tukar jabatan sekarang, Oked bawa dia pulang ke rumah, malam tu juga dia cedera parah bila Kacak tak sengaja jatuhkan dia dari meja makan, sob sob sob!





Comelkan? Tabung ni pemberian Kak Shikin, Jiran sebelah meja. Dia kata usia tabung ni ada kot 12 tahun. Dapat bari bank tak silap. Untuk tabung anak dia. Jadi Oked letak kat meja pejabat. Sejenis tak suka simpan syiling dalam purse. Semua tauk buang boh dalam tabung.




Mula mengira.. cuba teka tabung ni boleh muatkan berapa jumlah RM? Nampak saja kecil..Lumayan juga hasilnya. Syiling ni Oked tukar di Farmasi kat bawah. Memang selalu tukar syiling dengan depa. 



Perbandingan saiz tabung



Hasil tukaran.. meh la teka berapa? 
Tabung ni masa Oked kira, ada suku lagi ruang yang belum penuh. 


Love, 

OkED!



Sunday, 17 November 2019

KEDAI ECO - TOOTHBRUSH HOLDER, STRAW DAN SHOWER NET

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.


Sapa tak gila barang kedai ECO RM2...?

Rugi sapa yang tak gila tu.. hahahahaa. Sebenarnya lebih rugi kalau gila. Boleh habis RM50 dengan pejam mata.


Berjaya kerugian sebanyak RM38. Plastik 2 kupang ya..


STRAW

Benda wajib setiap kali beli. Selalu beli warna hitam, kali ni pergi stok hitam habis, so belilah yang kaler-kaler ni. Tak suka. Benda ni wajib beli sebab memang nyawa kepada Brader Leb dan Dodot si Kacak mak tu. Entah kenapa depa tak boleh hidup tanya straw.. heran sungguh aih!


SHOWER NET & BATERI

Bateri tu wajib juga beli. Nama pun Kedai ECO memang kerap la tukar bateri jam kat dinding tu. Dengan nak sumbat dalam mainan-mainan Kacak lagi. Dulu OKed pakai shower net jenis bulat je. Bila dah kembang setaman ni terpaksa la akur guna yang jenis panjang.. baru syok nak tonyoh belakang. 2 Benda ni tak pernah putus bekalan.. memang stanby lebih.


TOOTHBRUSH HOLDER

Dah sampai masa untuk menukar bekas baru. Dulu pattern dia lain. Jadi beli 3 unit untuk setiap bilik air. Dia kabo boleh tahan 4kg punya berat.. menarik!


Cara nak pasang ada dibahagian belakang. Mudah saja.


Tara.... comot la bekas ni sebab Oked cuba tanggalkan sticker dia tu. Tak suka ada sticker tang tu. Gam sticker tu melekat kuat.. fed up! jadi bior lantak situ. Gam belakang yang warna silver tu memang kuat melekat. Sekali letak memang payah nak adjust semula. Sebelum letak pastikan tuan puan aim betul-betul supaya jangan senget benget ya.


Pasti akan kembali semula kedai ni nanti.. hahahaha


Love, 

OkeD!

Saturday, 16 November 2019

POKOK HEMPEDU BUMI ATAU DAUN CERITA

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.



Siri mengenal pokok herba.

Biasa dengar Arwah Tokwan Darus dan Tok Baayah sebut nama pokok ni, pokok cerita. Ada yang panggil hempedu bumi. Kebetulan masa singgah pasar malam di BK5 Bandar Kinrara, dalam kawasan masjid nampak ada depa tanam pokok cerita ni kat batas jalan. Balik dari pasar malam tu Oked ambil sedikit benih untuk semai. Kalau kat kampung dulu pokok ni hidup meliar je. 

Arwah Tok dan tokwan akan cabut sepokok dan keringkan. Kemudian ambil 5 helai daun yang kering rendam dalam secawan air panas. Bila dah sejuk atau suam, boleh minum. Sebagai altenatif untuk darah tinggi dan kencing manis. Tapikan setahu OKed lah, kedua-dua arwah takde pulak sakit kencing manis atau darah tinggi. Mungkin mereka amal untuk jaga kesihatan dan sebagai detox. Kalau tak salah, sebulan dalam 2 kali saja mereka minum air ni. Rasa dia..? huhuhuhuhu pahit namatey! Oked tahu sebab pernah tak sengaja minum. Dibawah ni benih yang Oked ambil di Masjid KInrara BK5.


BENIH POKOK CERITA

SUMBER FB : QudRiFarm


Sumber : Agro Bazaar

PENGENALAN

Nama Tempatan: Hempedu bumi
Nama Saintifik: Andrographis Paniculata
Nama Lain: Akar cerita, sambilata,nivalembu,king of bitter, maha tita
Famili: Acanthaceae
Lokasi dijumpai: Malaysia, Thailand,India,Indonesia


*Sumber gambar dari FB : QudRiFarm


KETERANGAN :

Pokok Hempedu bumi juga dikenali sebagai pokok akar cerita. Pokok Hempedu bumi banyak dijumpai di India, Thailand dan paling senang di jumpai di tanah gambut. Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daun Hempedu bumi berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Daun Hempedu bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.


*Sumber Gambar dari FB


KHASIAT : 

Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping merawat kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus akar tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut.

Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. Memang suatu yang tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agar sukar dipisahkan dengan alam perubatan herba tempatan.


*Sumber Gambar dari FB

Tetapi rasa sebegitu sememangnya tidak begitu menarik minat sebahagian besar masyarakat kita. Mereka lebih gemar kepada rasa manis dan masin. Pengambilan rasa manis dan masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit tertentu. Tetapi jika diseimbangkan pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk kesihatan.. Antara herba yang mempunyai rasa pahit adalah pokok hempedu bumi (ataupun sesetengah orang memanggilnya sebagai akar cerita. Pokok herba ini agak senang dicari kerana ia tumbuh di sekitar rumah, longkang ataupun kawasan semak samun yang terbiar. Mungkin ia tumbuh di kawasan sedemikian, maka sebahagian besar masyarakat hari ini kurang mengetahui khasiatnya yang agak popular bagi tumbuhan ini adalah untuk merawat penyakit darah tinggi dan juga demam.

Malah, tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu. Tetapi ia lebih popular dalam merawat penyakit darah tinggi dan demam. Cara yang sering diamalkan adalah kita perlu mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam. Selepas itu, minumlah perlahan-lahan. Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya. Tetapi harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari.


*Sumber Gambar dari FB

Berikut antara khasiat Daun Hempedu bumi:

  • Daunnya boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi dan merawat kencing manis. (Caranya: rebus akar tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum)
  • Daunnya boleh merawat luka. (Caranya: tumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut).
  • Merawat demam. (Caranya: ambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam).
  • Pokok ini dikatakan mempunyai ciri meningkatkan pertahanan badan melawan penyakit serta mempunyai ciri melawan virus. Dikatakan juga boleh melawan beberapa strain virus HIV
  • Bahan aktif pada herba ini, andrografolid melindungi hati, pankreas dan sistem pencernaan.
  • Kajian makmal dan klinikal membuktikan bahawa ia berkesan untuk kes kerosakan hati kerana bahan toksik, fungsi hati yang kurang baik dan hepatitis.
  •  Andrografis juga terbukti boleh mengelak pengumpulan kolesterol teroksida pada salur darah pada tahap yang lebih berkesan berbanding minyak ikan omega 3.
  • Hempedu bumi memang sesuai dimakan oleh mereka yang mempunyai kolesterol tinggi.
  • Andrografolid juga melindungi sel yang mengeluarkan insulin pada pankreas dan memperbaik metabolisma glukos serta retinopati diabetis.
  • Di China herba ini digunakan untuk mengubat sakit tekak dan selsema.
  • Hempedu Bumi mempunyai kuasa mencegah selsema.
  • Andrografis boleh melindungi daripada gastrik dan ulser duodenum.



DAUN YANG DAH DIKERINGKAN- *Sumber Gambar dari FB

 Mudah-mudahan Oked berjaya semai herba ni dilaman kebun.


LOve, 

OKeD!





Friday, 15 November 2019

MC AKIBAT JANGKITAN KULAT DALAM TELINGA

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.


Semalam Oked cuti sakit. Kepala ni dah 2 minggu asik memusing je. Dok makan pain killer tiap kali nak tidur malam. Pagi esok masih rasa berat nye lahai kepala. Ada cakap dengan Brader Leb, eh i punya dose ubat darah tinggi ni dah kena tukar kot. Rasa semacam je kepala ni. 

Sebenarnya, dah dekat 2 bulan Oked dok perasan yang dalam telinga ada bunyi pop up yang ringan. Tapi takderlah kerap. sehari dalam sekali atau dua. Bila cuci telinga dengan kapas takde pulak tanda-tanda basah atau bau tak enak. Jadi Oked tapedulikan saja soal ini. Cuma 2 minggu kebelakangan ni, sering rasa gatal dalam telinga. Bila gunakan putik kapas cuci then gatal tu hilang. Tidaklah sampai mengganggu rutin harian tapi  kurang selesa tu ada. Lama fikir, mungkin ada kaitan dengan ENT ni.. hurm.. takut!

Kebetulan Cik Bunga nak sambung cuti sakit juga semalam,  jadi Oked pun nak join lah dia pergi klinik. Sakit kepala tu masih ada... nyut-nyut tau.



Mujurlah Dodot mami semalam tak banyak kerenah, kesian kat MakAndak dan Mak dia yang tak berapa sihat ni. Baju ni baru je beli tau.. kena tukar size lagi.. sekarang size 7/8 y.. kena cari untuk 9/10y.. umur sebenar 4 tahun... hai la Dodot!



UBAT MAKAN & TITIS TELINGA

Doktor Nadarajah kata dalam telinga ada fungi.. eeeuuuuuu! kenapa.. kenapaaaaaaa....? Oked sangat jaga kebersihan telinga. Sentiasa sabun dan cuci telinga setiap kali shower. Kena boleh jadi begitu?? tak boleh terima kenyataan.. huwaaaaaa

Doktor bilang mungkin sebab Oked selalu cuci telinga dengan sabun dan sabun masuk ke dalam telinga lebih dalam. Makna kata, sabun yang masuk kedalam telinga tak keluar habis dan masuk ke dalam lubang telinga lebih dalam. Lalu menyebabkan jangkitan kulat. 

" But, U dont worry, sikit saja. Saya beri ubat makan dan air titis dalam telinga untuk 10 hari"

"Saya cadangkan jangan titis ubat telinga tu direct ke dalam sebab dalam telinga dah ready basah. Kulat memang suka kawasan lembab, so apa yang baik, u put ubat titis on cotton bud, pastikan seluruh cotton bud tu basah dan masukkan ke dalam telinga dan cuba reach paling dalam  and swab dinding-dinding telinga kat dalam tu supaya air tu kena pada seluruh dinding telinga, just nak pastikan ubat tu masuk tapi tak meyebabkan dalam telinga lembab sangat.. " sambungnya lagi dengan panjang lebar....

Halah-halah, seriau dah Oked nak cuci telinga dengan sabun lepas ni.. kena cuci hati-hati, selow-selow.. aduhai!


REWARD

BENIH PERIA BESAR : RM1.80

PRUNER : RM12.74

Dah kalau kata pergi klinik situ, wajiblah kan masuk DIY hujung sana. Nah, reward untuk kebun kita. Lama dah nak tanam peria jenis besar ni. Kebetulan laju depan mata benih ni... ha apa lagi, kita sambarlah. Pruner/ Cutting tu beli sebab yang lama punya dah tak tajam. Senang nak pangkas dahan dan ranting. 


Hari ni masuk kerja macam biasa, kepala masih ada sikit penin lalat. Cepatlah sembuh..
Dok teringat doktor cerita pasal kulat tu, sendiri jadi geli... hahahah apedaaaa..


Love, 

oKeD!




Thursday, 14 November 2019

JENIS CILI KERING

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.


Jenis cili kering yang ada di Dapur Oked mengikut tahap kepedasan.


CILI KERING BESAR 

TAHAP KEPEDASAN : 1/5

Kalau di Pantai Timur mudah nak dapat cili kering jenis ini di kedai-kedai biasa. Kalau area Lembah Klang ni biasanya dekat pasaraya besar ada jual. Namun bergantung pada stok. Nak mudah lagi boleh cari di Pasar Borong Selangor atau Chow kit. Mahal juga la harga sekilo dari cili kering yang lain. Kalau buat sambal pakai dia saja memang tak mari sebab tak pedas langsung. Kena rebus cili ni dan kisar lama sikit sebab kulit dia jenis tebal. Warna dia lepas masak pun sangat cantik dan merah yang menawan.

Oked pernah semai cili ini guna biji yang di ambil sebelum rebus. Bunga lebat dan rajin berbuah. Lalat buah sangat suka aroma buah cili ni. Asik kena serang je. Bagi Oked cili jenis ni tak sesuai untuk dibuat masak atau sayuran. Ada rasa dan bau yang kuat. Ia lebih sesuai jadi cili kering sahaja..


CILI KERING KERINTING

TAHAP KEPEDASAN : 2.5/5

Cili jenis ni mudah nak dapat. Kedai-kedai aceh pun banyak jual. Kebanyakan nya guna cili ini saja pun dah cukup pedas yang boleh diterima lidah. Nice-nice gitu orang jawa cakap.. eh?



CILI KERING BERKILAT

TAHAP KEPEDASAN : 4/5

Jangan terpedaya ya dengan kilat dan menawan hati. Boleh ceri beri kena dengan dia punya sengat. Cili jenis ni memang pedas tahengat. Oked akan campur dengan cili kering yang besar tak pedas tu. Gabungan depa 2 ni memang terbaik setakat ini. Nisbah yang Oked guna cili kering besar 2 bahagian dan cili berkilat ni 1 bahagian. Stok gabungan cili blend ni memang sentiasa ada dalam peti ais. 



CILI KERING KECIL

TAHAP KEPEDASAN : 5/5

Boleh dapat kat pasaraya Giant. Nak kata beraroma sangat tu tidak juga. Tapi dia punya pedas memang menyengat. Cili dia kecil-kecil saja tapi besar sedikit dari cili api jenis merah tu. Ini jarang-jarang beli. Tiba-tiba rasa nak beli baru Oked beli dan guna untuk tabur dalam tumisan sayur. Guna pun dalam 2 ke 3 tangkai je, potong serong.



Love,

OkEd!


Wednesday, 13 November 2019

MESIN PATUNG

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.


Lagi 5 hari Adik Oked nak akad nikah. Baju mengikut tema belum ada.. hahahaha. Oked ni memang tak cara sangat bab fashion atau make up. Kalau bab makan memang laju.  Ingat nak pakai je baju yang mana ada..

Kebetulan Brader Leb dah mula Off sebelum mula kerja di tempat baru. Badan ni tak berapa sihat sebenarnya. Oked ambil EL, tetiba eh eh eh Si Cik Bunga yang dah siap nak pergi kerja pun cakap.. adik pun EL la jugak... choi! Lepas dah kena bebel dan rebel oleh Brader Leb maka dengan hati bunga-bunga ajak lah beliau pergi cari kain kat Nagoya AeonBig Wangsa Maju. Fav place untuk beli kain. Tak banyak sangat pilihan jadi tak sakit kepala nak pilih.

Cik Bunga pun nak ikut cari baju. Tetiba masing-masing semangat nak beli baju mengikut tema. Kesian kat adik jantan sorang tu... hehehehe haaa sape suruh tak seponser kan? keh keh keh

Sambil dok memilih kain dalam Nagoya Si Kacak mak ni dia dah aim dah mesin patung tu.. Mula la drama macam-macam. Dia cakap RM2 je.. then oklah.. beri dia RM2 minta Cik Bunga teman sebab laki bini sibuk dok cari pilih kain lagi. Mesin tu letaknya betul-betul depan pintu masuk Nagoya. Lepas tu datang semula muka penuh air mata dan merajuk sebab tak dapat patung.. Aduhai, mak dia dah naik darah sikit masa tu...


Mujurlah Apak nak melayan. Sambil mulut pun dah cakap.. takkan ade luck punya.. hahaha. Si Kacak pernah dapat 1 toy ni masa main dengan PakAnjang dia si Samin yang nikah baru ni. Masa tu dapat toy badak comei. So bagi dia kena main jugak sampai dapat.. aduhai anak..


Ok dah dapat ubat dia. Mujur la Apak boleh dapat jugak sebijik masa percubaan kedua. Percubaan ke tiga, empat dan lima tak berjaya.. Dah jom pi makan.

Akibat dari salah beri info sampai ke hari ni dok bergaduh dengan dia..

"Mami, ini apa?"

"Ini Stitch..."

"Bukan, bukan...nama die LiLO..." 

Patung ni LiLO ke Stitch? bila kita betul kan dia.. merajuk! entah hapa-hapa.. Bapak eh lah kabo ke dia nama patung tu LiLO... dah tunjuk cerita pun dia masih nak menang jugak. Ok Mak rakam bukti esok besor mak tunjuk balik kat hang ye nak.. hahaha Kejam!


LILO & STITCH


Oh ya, Hasil tangkapan hari tu, Oked dapat sepasang kain dan siap dijahit dalam masa 2 hari.. keh keh keh terima kasih kak ida yang selalu tidak menolak kalau last minit tempah. Brader Leb dapat 1 baju kurta. Si Kacak dapat sepasang seluar dan baju kemeja. Si Tuah dah beli sebelum lagi. Cik Bunga pun dapat juga sepasang baju. Mission accomplished!


LoVE, 

OkeD!



Tuesday, 12 November 2019

WRAP CHICKEN RENDANG ala HOT & ROLL

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.


Di PPUM ada satu kiosk Hot & Roll. Punca ketandusan wang gaji juga ni. Total sebulan boleh pergi kat sini saja dalam RM70 ke RM80. Bukan la kata sedap sangat-sangat tapi menu dia simple yang macam gini memang layan habis. Asal balik kerja lalu depan dia.. 
Ya Tuhan.. mengundang betul..

Menu yang selalu Oked dan Cik Bunga order adalah

  • Paratha Chicken & Cheese RM4.80 - Paratha + chicken slice + Cheese
  • Paratha Double Cheese Onion RM4.80 - Paratha + cheese + bawang
  • Caphati Chicken Rendang RM4.50 - Caphati + Rendang ayam hancur
Kami layan makan dalam kereta sementara menghadap jammed namatey hari-hari. Sambil dok mengunyah sambil dok bebel kat Cik Bunga.. alaaaaah kacang je nak buat ni.. senang je..

Memang mudah pun sebenarnya nak buat dan bahan-bahan pun jenis senang nak cari..kita yang buat dia kan? Oked dah pernah buat double cheese tu memang senang tak hengat pun, tapi tak pulak simpan gambar. Maybe lain kali kita kasi up ya. 

So, untuk kali ini Oked kongsi cara Oked buat chicken rendang. Masa pergi HERO, capathi habis stok maka Oked ganti dengan paratha je. Beza dari segi tekstur wrap jelah.. 


RENDANG AYAM CINCANG

Cara masak rendang ni sama macam rendang biasa yang kita buat. Ikut resepi masing-masing. Cuma lauk dia kita guna ayam cincang. Kalau nak buat daging pun buleh ja..Takda masalah. Oked pakai brand Ramly. Oked guna 2 keping terus. Masa ini adalah percubaan, jadi Oked letak juga kerisik macam kita masak rendang biasa tu kan? Bila dah siap keringkan macam tak kena pulak tekstur dia jadi kasar dan agak crispy. Terpulang pada selera masing-masing ya. Untuk Oked next time kalau buat lagi memang Oked takkan masukkan kerisik. Kalau rendang perak depa letak daun limau purut. Jadi untuk ini, Oked masukkan hirisan kaun kunyit dan juga daun limau purut dalam 3 helai. Baunya... ampun sedap! hahaha


DAH KERING

Ini pun terpulang pada masing-masing. Tak mau tunggu kering pun buleh jah nak terus balut.. tapi nanti kuah dia meleleh-leleh la pulak. Payah nak makan. Garam dan gula Oked perasakan masa dah kering macam ni. Kalau letak awal-awal tadi, takut bila dah kering macam ni overdose pulak manis dan masin dia.


WRAP

Wrap ni terpulang nak guna paratha ke, chapati ke, wrap jenama mission tu ke. Mana-mana pun buleh. Kalau takde stok atau emergency boleh jugak kita buat lempeng tepung biasa tu. buat nipis-nipis macam kulit kuih ketayap tu ha.. Lagi kejap perut nanti kan.. hehehee



Ada cara nak masak dia ni. Pastikan kepingan ni beku masa kita nak letak atas hot plate. Kalau defross, kepingan doh ni akan melekat dekat plastik jadi nanti akan koyak atau terlipat. Doh ni sangat lembik bila dah nyah-beku. Kalau nak selamat, keluarkan 1-1 lapisan dari tempat beku terus ke hot plate.



Grill ikut selera masing-masing ya. Jangan garing sangat nanti patah masa nak gulung. Cara Oked, untuk sebelah dalam biar lembut-lembut ja, sebelah luar tu garingkan sikit. 


Letak rendang kita ke tepi sikit, kalau letak tengah nanti tak cukup ruang nak gulung dan isi akan terkeluar. Masa ni kalau nak topping sos ke.. cheese ke, cheesy sos terpulang. Kot-kot nak bubuh timun. tomato, salad etc pun boleh... Oked? bogel je macam gini. 


Gulung molek dan dah boleh ngap! 2 ni untuk Oked.. hahahaha



Loved,

OkED!