Wednesday, 25 April 2018

ASPARAGUS 2017

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t


Secara tiba-tiba mood kebun datang semula. Bapak dah mula pening kepala. Segala mak nenek perkakas mula dibeli. Hahahhaa... bapak memang serabut bila oked mula bukak cerita pasal pokok tambah-tambah bila dekat mulut ni asyik saja nama kedai ECO RM2 di sebut-sebut.  

Mood yang mula-mula sampai oked cuba semai benih yang masih dalam simpanan. Saja cuba try and test gitu.. Sebab benih dah lebih 3 tahun. Samada masih bernas atau tidak je.



Permulaan..


20/10/2017  
Dari 10 benih yang disemai, hanya 5 saja yang bernas. Ambil masa 2 minggu untuk bercambah. . Alhamdulillah ini pun oked dah happy sangat! Cari gambar masa mula cambah takde pulak dalam memori telefon ni. Mana pergi tah.




03/03/2018
Selepas 5 bulan inilah rupa dan kejadiannya. Oked mula alih ke tempat yang terima cahaya sepenuhnya. Atas tembok peti surat / tempat sampah saja. Hari-hari kena siram. Nampak macam asparagus ni suka cahaya dan air yang banyak. tapi janganlah sampai terendam air pulak iye. Agak lambat juga nak naik spear baru. Mungkin sebab tak berbaja. 


Dikatakan hasilnya akan kita peroleh selepas 2 tahun. Akar kena betul-betul matang untuk produce spear yang lumayan. Hai, lamanya nak kena tunggu ni... huhuhu.

Oh ya, seingat-ingat oked benih ni dari Kak D juga, Kebun Bahagia Bersama.

Love,
Oked!

Sunday, 22 April 2018

HASIL TUAIAN KEDUA PISANG TOMAN

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t


Kita potret kat sinilah hasil yang diperolehi dari tuaian kedua Pisang Toman.







Pisang Muda Goreng

Sedap tau pisang ni buat goreng muda. Gebu je pisang dia. Lagi sedap dari pisang abu! Lemak-lemak gitu
Ha ini gu dengan yang atas tu digelar SAMBAL KOREK. Sambal ni resepi dari Arwah Embah Koning [adik arwah Tok Bayah]. Alah, sambal biasa je ni. Bawang merah, bawang putih, cili padi, belacan dan ikan bilis. Tumbuk je semua bawang, belacan dan cili , lepas tu kecah-kecah ikan bilis dalam lesung yang sama. Dah siap, korek la bahan tersebut dan tumis dalam kuali sampai garing sikit. Oh masa tumis tu masuklah asam keping dan gula bagi ada rasa masam-masam manis. Huuuuu sedap TOK!











Gulai Lemak Cili Api Pisang Muda

Sama macam resepi-resepi yang ada. Oked suka titik serai dengan hiris daun kunyit. Lebih aroma dan selera.











Cekodok

Gebu lemak manis.

Wallahi the best!








Kerepek Pisang Garlic











Selebihnya kita bagi sorang sikit kepada jiran dan teman-teman pejabat. Kalau makan sorang memang tak habis la... jenuh!


Love, 

Oked!

Saturday, 21 April 2018

SIREH

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t

Cerita sireh memang buat Oked gerun. Dah banyak kali cuba, asik saja jioun salamu. Mula-mula dulu jiran kebun depan tu dah hadiah 1 anak.. Mula-mula naik elok pucuk baru. Lama-lama kuning dan mati. Disyaki kene racun dengan budak-budak bulu kat rumah ni.

Lama sepi, segan nak update jiran yang sireh kita dah mati. Lepas setahun jiran tanya amacam sireh kita... Hahahaa, baru terkulat-kulat bagi tahu pokok tak jadi. 


Satu hari sampai rumah tengok-tengok ada kejutan ditembok peti surat..



Lompat bintang 100 kali woih! Hahahaa.




06/03/2018 - Rasa macam dapat hadiah besday pulak.


Tapikan... 

herm....



Love, 

OKed!



Thursday, 19 April 2018

PISANG TOMAN TUAIAN KEDUA

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t



28/03/2018 – Balik kerja jadi rutin orchid untuk tengok pokok pisang ni.

Dah jadi tabiat pulak, setiap hari mesti nak tengok perkembangan beliau. Bukan apa masih terkesan dengan kejadian tuaian pertama tahun lepas. Kali ni tak tunggu sikat dia banyak. Kita potong  awal sikit takut patah lagi.



28/03/2018 – Zoom sikit, cantik kan beliau ni. 
Orchid boleh berdiri termenung dekat dia saja 10 minit. Dah kenape??? hahahaha


14/04/2018 – Masa ni tengok dia hati dah tak sedap. Dah makin berat ni.



15/04/2018 – Hari ni dah patah! huuuuuu



15/04/2018 – Mudah-mudahan sempatlah tua yang tinggal.

Jenuh dok timbang-tara. Nak buat lagu mana ni? Nak tebang terus oh tak sanggup nak buat semua buah ni jadi kerepek. Tambah pula memang tak ada pengalaman buat kerepek sendiri. Masa kecik dulu selalu jadi assistant Mak Tok dengan Awrah Tok Ba’yah sagat pisang muda je. Haru sungguh aih!

Pi depan tak kena, mai belakang pon tak kena, asik teringat nak selamatkan pisang kesayangan ni. Hati sudah walang ni. Nak agih kat jiran-jiran pon macam tak sampai hati sebab muda sesangat. Tengah dok layan group kebun tiba-tiba… TING! Idea pon sampai bila terbaca komen sahabat di sana nak tuai sesikat demi sesikat. Cuma bagi orchid, kita tuai yang sebelah bawah je sebab nak elak berat. Aci tak? Hehehee

Ahad kan, bapak cuti jadi minta bapak tolong potong 4 sikat sebelah bawah. Muka pelik yang beliau pamirkan… Hahahaha. Lepas dah explain why, why and why bapak pon senang hati melakukannya. Thanks bapak!



15/04/2018 – Tara, assistant Mek bunga kebetulan balik minggu ni. 
Dialah yang tolong kopek pisang.  Kita bikin kerepek aja.


Satu sikat dapat sebalang tinggi ni. Kita stop di balang kedua. Tumit dah sakit woih. 


Okie bye!

OKed!





Wednesday, 18 April 2018

PISANG LANG? PISANG EMBUN/AMBON? PISANG TOMAN?


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t

Masih ingat kisah pisang yang orchid cerita sebelum ni? Pisang mas bantan dengan pisang nangka memang takde lah kan sebab kene tinggal kat rumah sewa yang lama. Ini kisah Pisang Lang. Pokok ni memang lambat pertumbuhan dia masa kat rumah lama. Bila ubah ke tempat baru nampak subur je. 


28/06/2017 
Mula produce anak.. kita gembira!

29/07/2017
Mula keluar jantung. Cantikkan jantung dia. Tinggi pokok lebih kurang 2 meter saja.

 30/07/2017
Cepat betul jantung dia membesar  dalam masa sehari je. Panjang jantung lebih kurang 1 lengan tangan dewasa. 

30/09/2017 
Budak baru belajar, kita biar jer sampai jantung tu dah cecah tanah dah. Hahaha kene bebel dengan Mak Tok.. kenapa tak dikerat jantung tu… Kena potong jantung rupanya bila pisang yang paling bawah tu tak besar. Ok Noted!

18/10/2017 
Punyalah berat tandan sampai patah batang. Masa ni baru kelam kabut nak cari tongkat. Kalau kat kampong senang la nak cari pokok kayu buat topang. Aduh!


04/11/2017
Dah lama tak jenguk kebun belakang. Buka je pintu ini kejadian pisang kita.. HUwaaaaa! Hari tu batang pisang tumbang sebab berat sangat tandan.. Dah tongkat, tandan pulak pecah.. Next batch kene potong jantung awal sikit la, jangan bagi sisir dia banyak.



Kongsi rezeki dengan haiwan-haiwan lain. Tak dapat nak buat apa. Bila pisang masak kat pokok. Buah senang relai. Kongsi dengan jiran-jiran. Tak boleh nak simpan lama.Pisang ni masaknya hijau kekuningan.

Pisang ni rasa dia manis sangat dan sedap! Si kacak kita boleh makan 2 bijik sekali hadap. Walhal cukup payah nak makan buah pakcik ni tau. Besar-besar buah pisang ni.


Bila tunjuk gambar-gambar ni dekat Abah Ateh, ini pokok Pisang Toman… Ah sudah! Kalau betul Pisang Toman, Abah Ateh kata pisang ni sedap buat kerepek, cekodok atau kek. Lepas tu kita pon jenuh la cari ID pisang ni kat google dan group di FB. Bila tengok pisang lang memang tak sama langsung rupa dia. Tambah-tambah tandan yang panjang macam ni.


Cari punya cari, selongkar punya selongkar ada 2 jenis pisang yang hampir sama dengan ciri-ciri dan gambar pisang orchid ni. Pisang Embun dan Pisang Toman. Jampi-jampi lagi maka orchid dan bapak sepakat mengesahkan bahawa  ID pokok ni adalah Pisang Toman. Dekat Google tak banyak info pasal pisang toman.  Dekat Group FB boleh la lebih sikit info. Pisang ni bukan jenis komersil.

Sedikit perkongsian infi dari google :

"PISANG TOMAN"

Pisang ni kurang popular kat Malaysia. Dikatakan banyak di tanam di Perak.  Bentuk buah bersegi sedikit. Buah muda bewarna hijau dan kuning pucat bila dah masak. Kulit mudah tanggal bila dikupas.

Pisang toman ni manis sangat dan sesuai untuk dimakan segar atau buah kuih dan kek. Kebiasaannya ditanam di kawasan keliling rumah dan tidak komersil. Dikatakan pisang ini mendapat nama dengan 2 versi.

Versi pertama
Pada masa dulu pisang ini dijadikan umpan untuk megail ikan toman di kawasan tasek bekas lombong oleh penduduk tempatan di Perak. Sebab tu dipanggil pisang toman. Pakcik saya pon cerita yang sama

Versi Kedua
Versi Johorian pula katanya ada seorang petani namanya Tok Osman @ Tok Man suka tanam pisang jenis ini. Peraih cina yang jual pisang tersebut sebut pisang ini Pisang Tokman dan akhirnya menjadi Pisang Toman

Wallahualam.

Okeh lah… cerita pisang saja dah berjela-jela… hihihi..
Kita sambung pulak cerita tuaian kedua di entri lain.

Daaaaa…

Monday, 16 April 2018

KISAH PISANG

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t..



Orchid bukanlah penggemar buah pisang. Cumanya orchid suka buat koleksi pokok pisang. Ada ke penyakit sama macam orchid ni.. keh keh keh. Masa mula-mula pindah ke kawasan rumah teres, dapat pulak jenis corner lot, dia punya semangat berkobar-kobar nak berkebun. Tambah-tambah owner bagi green light nak tanam apa pon kat kawasan lapang tu. Sedikit kecewa bila tanah dalam kawasan keras dan tak subur. 



PISANG MAS BANTAN


Bermulalah pencarian benih pokok pisang. Pokok pertama benih dari kampung oleh Abah Teh. Pisang Mas Bantan orang panggil. Tanam luar pagar dekat dengan jalan. Hasil pertama tak sempat rasa kene rembat.. panas juga hati masa tu.. mak kata, takperlah panjangkan rezeki.. Merajuk kita!

25/03/2016 - Setahun nak tunggu hasil dia kene potong dengan penyamun.. cis punya penyamun! Tak sempat merasa pon pisang ni. Kami pindah ke rumah lain. Tak bawa benih sebab rumah baru tu lot tengah.

PISANG NANGKA

Anak benih beli dengan Kak Diana Kebun Bahagia Bersama. Jenuh cari gambar dalam simpanan tak jumpa. Ada yang ini saja. Gambar kongsi dengan pisang mas bantan. Yang ini pon kena tinggal kat rumah lama.. huuuu sedih! Sebelum pindah dah pesan dengan uncel depan rumah. Tolong tengok-tengok pokok saya ye uncle. Share hasil dengan jiran-jiran lain nanti. Uncle depan rumah ni pon suka berkebun. Cantik hasil kebun yang dia tumpang atas batas depan rumah sewa kami ni. Uncle tanam pokok bendi, terung purple, keledek, betik dan mulberi. 



26/06/2016 - Gambar atas pisang mas bantan, yang bawah tu ha pisang nangkanye. Sebab takut dikebas lagi, kita pi tuai sebelum pisang tua. Pon tak merasa jugak masa tu.. hahaha jadikan pengajaran. Tepuk dahi uncle depan rumah.. Haiya!

PISANG LANG 


01/02/2016 Anak pisang ni harga dia RM20, mahal ke? hehehe oklah kan dapat free gift masa tu. Pisang lemak manis, Pokok bunga melur dengan keratan tebu hitam. Tapi pokok pisang lemak manis tak dapat hidup.. mati.

Beli benih dengan seorang sahabat kebun. Sahabat kebun tu kata ini pisang lang. Adik-beradik pisang tanduk. Masa di rumah lama, pertumbuhanya agak lambat. Bila pindah ke rumah lain, kita bawak jugak dia pindah.. Sebab rasa pisang jenis ni susah nak dapat benih. Itu pun selepas pujuk bapak sungguh-sunguh untuk pastikan pokok tak membiak macam belanda dapat tanah.. yes! Kita menang... hahahaha

Ada ceritanya tentang ID pokok pisang ni. nanti kita sambung lain kali yer.


Jumpa lagi.


InshaAllah.


Friday, 13 April 2018

PERKENALAN ATAU PERMULAAN


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t

Nama : Orchid

Umur : Setakat tarikh ini 32 tahun 5 bulan

Hobi :
Berkebun kecil-kecilan dalam kawasan rumah. Kawasan terhad. Selain tu, hobi Orchid semai pokok, cantas, jemu, buang! Kemudian semai semula.. Makcik Orchid cakap ni turun tabiat Tokwan Aei. Keh! Keh! Keh!

Bapak [baca: suami] pun pening kepala layan bini punya hobi. Dia tak bantah, jauh sekali la nak menyokong hobi Orchid ni.. tapi tak pernah pula bersungut! Jadi kita ni buat tak faham jelah kan?

#jalanterus




15.07.2017 - Bunga Telang Selapis

Gambar permulaan juga. Semaian pertama Orchid masa mula-mula pindah ke rumah ni. Pokok telang biru selapis. Ingat-ingat lupa beli dengan siapa benih ni. Jika tak silap beli dengan Kak D dari Kebun Bahagia Bersama. Pokok ni dibiarkan memanjat pagar depan rumah. Tutup sedikit ruang semak dengan rumput-rumput dilaman depan. Cover permandangan yang  tak enak sebelah dalam pagar.

Koleksi peribadi benih Telang yang ada dalam simpanan. Belum ada kekuatan nak semai lagi. URghhhg! Bukan tak mahu semai. Bila fikir-fikir balik, mana nak disangkut pokok-pokoknya nanti weih!

·         Telang Biru Selapis
·         Telang Biru Berlapis
·         Telang Putih Selapis
·         Telang Putih Berlapis



LOve, 

OKed!