Thursday, 19 April 2018

PISANG TOMAN TUAIAN KEDUA

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t



28/03/2018 – Balik kerja jadi rutin orchid untuk tengok pokok pisang ni.

Dah jadi tabiat pulak, setiap hari mesti nak tengok perkembangan beliau. Bukan apa masih terkesan dengan kejadian tuaian pertama tahun lepas. Kali ni tak tunggu sikat dia banyak. Kita potong  awal sikit takut patah lagi.



28/03/2018 – Zoom sikit, cantik kan beliau ni. 
Orchid boleh berdiri termenung dekat dia saja 10 minit. Dah kenape??? hahahaha


14/04/2018 – Masa ni tengok dia hati dah tak sedap. Dah makin berat ni.



15/04/2018 – Hari ni dah patah! huuuuuu



15/04/2018 – Mudah-mudahan sempatlah tua yang tinggal.

Jenuh dok timbang-tara. Nak buat lagu mana ni? Nak tebang terus oh tak sanggup nak buat semua buah ni jadi kerepek. Tambah pula memang tak ada pengalaman buat kerepek sendiri. Masa kecik dulu selalu jadi assistant Mak Tok dengan Awrah Tok Ba’yah sagat pisang muda je. Haru sungguh aih!

Pi depan tak kena, mai belakang pon tak kena, asik teringat nak selamatkan pisang kesayangan ni. Hati sudah walang ni. Nak agih kat jiran-jiran pon macam tak sampai hati sebab muda sesangat. Tengah dok layan group kebun tiba-tiba… TING! Idea pon sampai bila terbaca komen sahabat di sana nak tuai sesikat demi sesikat. Cuma bagi orchid, kita tuai yang sebelah bawah je sebab nak elak berat. Aci tak? Hehehee

Ahad kan, bapak cuti jadi minta bapak tolong potong 4 sikat sebelah bawah. Muka pelik yang beliau pamirkan… Hahahaha. Lepas dah explain why, why and why bapak pon senang hati melakukannya. Thanks bapak!



15/04/2018 – Tara, assistant Mek bunga kebetulan balik minggu ni. 
Dialah yang tolong kopek pisang.  Kita bikin kerepek aja.


Satu sikat dapat sebalang tinggi ni. Kita stop di balang kedua. Tumit dah sakit woih. 


Okie bye!

OKed!





3 comments:

  1. Salam. Ada anak dia utk buat benih tak

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam, Maaf tuan, dah lama tak buka Blog ni. Saya ada anak. Tapi tak pandai nak buat pos. Tuan di mana? Saya tinggal di Puncak Jalil.

    ReplyDelete
  3. Salam cik Orchid..saya pun berminat nk tanam pisang ni.juai kat saya anak pokok

    ReplyDelete