Wednesday, 18 April 2018

PISANG LANG? PISANG EMBUN/AMBON? PISANG TOMAN?


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t

Masih ingat kisah pisang yang orchid cerita sebelum ni? Pisang mas bantan dengan pisang nangka memang takde lah kan sebab kene tinggal kat rumah sewa yang lama. Ini kisah Pisang Lang. Pokok ni memang lambat pertumbuhan dia masa kat rumah lama. Bila ubah ke tempat baru nampak subur je. 


28/06/2017 
Mula produce anak.. kita gembira!

29/07/2017
Mula keluar jantung. Cantikkan jantung dia. Tinggi pokok lebih kurang 2 meter saja.

 30/07/2017
Cepat betul jantung dia membesar  dalam masa sehari je. Panjang jantung lebih kurang 1 lengan tangan dewasa. 

30/09/2017 
Budak baru belajar, kita biar jer sampai jantung tu dah cecah tanah dah. Hahaha kene bebel dengan Mak Tok.. kenapa tak dikerat jantung tu… Kena potong jantung rupanya bila pisang yang paling bawah tu tak besar. Ok Noted!

18/10/2017 
Punyalah berat tandan sampai patah batang. Masa ni baru kelam kabut nak cari tongkat. Kalau kat kampong senang la nak cari pokok kayu buat topang. Aduh!


04/11/2017
Dah lama tak jenguk kebun belakang. Buka je pintu ini kejadian pisang kita.. HUwaaaaa! Hari tu batang pisang tumbang sebab berat sangat tandan.. Dah tongkat, tandan pulak pecah.. Next batch kene potong jantung awal sikit la, jangan bagi sisir dia banyak.



Kongsi rezeki dengan haiwan-haiwan lain. Tak dapat nak buat apa. Bila pisang masak kat pokok. Buah senang relai. Kongsi dengan jiran-jiran. Tak boleh nak simpan lama.Pisang ni masaknya hijau kekuningan.

Pisang ni rasa dia manis sangat dan sedap! Si kacak kita boleh makan 2 bijik sekali hadap. Walhal cukup payah nak makan buah pakcik ni tau. Besar-besar buah pisang ni.


Bila tunjuk gambar-gambar ni dekat Abah Ateh, ini pokok Pisang Toman… Ah sudah! Kalau betul Pisang Toman, Abah Ateh kata pisang ni sedap buat kerepek, cekodok atau kek. Lepas tu kita pon jenuh la cari ID pisang ni kat google dan group di FB. Bila tengok pisang lang memang tak sama langsung rupa dia. Tambah-tambah tandan yang panjang macam ni.


Cari punya cari, selongkar punya selongkar ada 2 jenis pisang yang hampir sama dengan ciri-ciri dan gambar pisang orchid ni. Pisang Embun dan Pisang Toman. Jampi-jampi lagi maka orchid dan bapak sepakat mengesahkan bahawa  ID pokok ni adalah Pisang Toman. Dekat Google tak banyak info pasal pisang toman.  Dekat Group FB boleh la lebih sikit info. Pisang ni bukan jenis komersil.

Sedikit perkongsian infi dari google :

"PISANG TOMAN"

Pisang ni kurang popular kat Malaysia. Dikatakan banyak di tanam di Perak.  Bentuk buah bersegi sedikit. Buah muda bewarna hijau dan kuning pucat bila dah masak. Kulit mudah tanggal bila dikupas.

Pisang toman ni manis sangat dan sesuai untuk dimakan segar atau buah kuih dan kek. Kebiasaannya ditanam di kawasan keliling rumah dan tidak komersil. Dikatakan pisang ini mendapat nama dengan 2 versi.

Versi pertama
Pada masa dulu pisang ini dijadikan umpan untuk megail ikan toman di kawasan tasek bekas lombong oleh penduduk tempatan di Perak. Sebab tu dipanggil pisang toman. Pakcik saya pon cerita yang sama

Versi Kedua
Versi Johorian pula katanya ada seorang petani namanya Tok Osman @ Tok Man suka tanam pisang jenis ini. Peraih cina yang jual pisang tersebut sebut pisang ini Pisang Tokman dan akhirnya menjadi Pisang Toman

Wallahualam.

Okeh lah… cerita pisang saja dah berjela-jela… hihihi..
Kita sambung pulak cerita tuaian kedua di entri lain.

Daaaaa…

No comments:

Post a Comment