Wednesday, 14 November 2018

GAMBAR SAHAJA LAH HARI INI

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t


Musim hujan ni, pokok-pokok semua sihat dan cantik. Serangan serangga pun kurang.


BUNGA RUMPUT BEJING @ SITI KHADIJAH


INAI AIR
Tak pasti betul atau tak nama dia ni. Pernah viral untuk ubat rawat luka kencing manis. Kesahihannya tidak pasti. Pokok ni tumbuh sendiri dalam pasu spider lily. Nak cabut buang punyalah payah. Kuat betul akar dia


SIREH CINA @ KETUPANG AIR


SAMBUNG NYAWA UNGU @ OKINAWA

Bena putih gemar sangat dengan beliau ni. Oked cucuk bangun-bangun dalam pasu  yang sama. Serangan hilang


PELAM TELUR


KAILAN

Bantut! saja biar tak petik-petik. Hiasan je kot.. hihihi


TEBU TELUR


PERIA PANTAI


MATA ITIK


DELIMA PAKISTAN


LIMAU NIPIS


TENGGEK BURUNG @ CABANG TIGA  atas tanah


TENGGEK BURUNG @ CABANG TIGA  dalam pasu


SETAWAR


PEGAGA KAMPUNG


PEGAGA GAJAH


KESUM @ CENDEHOM


SELOM




KEMANGI @ LEMON BASIL

Pokok dah semakin pulih dari serangan ulat hitam. Setia hari belek daun buang ulat dan telur. Sembur dengan ubat yang beli kat Sungai Buloh hari tu


BANGUN-BANGUN @ CUBAN OREGANO


LIMAU PURUT


LoVE, 

OKeD!

Sunday, 11 November 2018

KAPAS BELUM BERBUNGA

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t


Lebih kurang 4 atau 5 tahun lepas oked baru mula berjinak-jinak dalam berkebun bandar ni. Masa tu kan baru dapat pindah ke rumah bertanah. Kebetulan pula dapat yang corner lot, dia punya excited tu macam mintak kena tampa.. hahah

Asyik pula terbuai dengan gambar-gambar yang dikongsi kat group kebun. Oked mula terjebak dengan blog Encik Iskandar Tanamsendiri.  Lepas tu berjangkit-jangkit dengan blog kawan-kawan beliau yang lain. Hari-hari macam orang angau dok blog walking. Tapi masa tu Oked tak de blog sendiri. blurrrr.... yang oked ingat en is, kak Diana kebun bahagia, kebun malay-kadazan girl ( oked syak kadazan girl dengan Kebun bahagia bersama adalah orang yang sama) hahahah.. gurau! lagi sapa ye.. oh kak Ija maria yang ada 2 page blog, satu untuk tanaman satu untuk cerita ceriti. 


Sekarang yang masih aktif dan konsisten menulis blog rasanya kak Diana saja. Tuan Iskandar pun sudah jarang menulis di blog. Beliau lebih aktif di FB. Ada juga yang oked selak-selak link blog-blog yang ada yang masih menulis.. namun jarang-jarang juga updated. Eh, kita ni sibuk pasal blog orang... kita tu yang baru tahun ni nak buat blog tu lagi la SEYDih! hahahaha ok gelak untuk diri sendiri.. Ceh!



Cerita sikitlah pasal kapas ni. Seumur hidup tak pernah tengok pokok kapas. Batak tak? hihi. Jadinya kita pesan dengan kak Diana. Dalam list beliau ada 2 stok anak kapas. Sepokok RM5 masa tu. So kita ambil 2 pokok terakhir tu dan tanam di penjuru rumah sewa. Mak tok hingaq jugaklah masa tu.. apa di kerja beli pokok kapas bukan boleh hasil apa-apa. Kecik hati kita tau! eh takdelah.. saja gurau. Lepas 2 tahun duduk rumah tu kita pindah rumah baru. Masa tu pokok nya dah tinggi melangit tak bunga-bunga juga. takkan nak cabut bawak kan? kita tinggallah mereka di sana.. Sob! Sob! Sob!

Yang dalam gambar ni adalah benih yang oked beli dengan Kak D Kebun Bahagia pada masa yang sama beli anak pokok tu. Lepas 3 tahun benihnya masih bernas. Dalam gambar ni masa usia dia 7 bulan. Tak tahu nak campak mana. Oked selit dekat hujung pagar situ. Masih dalam poly bag yang oked buang plastik di bahagian bawah. Biar akar dia sendiri cari ruang. Ada 3 pokok sebenarnya, 2 tumbuh bagai johan. yang sepokok lagi kurus melidi dan masih bantut tinggi 2 kaki.. mungkin sebab saingan akar.. kasian dia...
Gambar terkini, 11 Bulan.



Oked ada mengadu dengan Kak D, pokok dah tinggi tapi belum tanda nak berbunga. Tapi memang tak letak baja apa-apa pada dia pun. Cuma siram je macam biasa. Kak D bilang, mungkin sebab musim hujan jadi tak mahu berbunga. Hei kamu, merajuk ya?!


Bapak sudah bunyi, cantas lah kapas tu. Takut-takut ganggu ke ruang jiran sebelah. Mana kita tahu, entah-entah jiran tak suka. Sayang rasa nak cantas. Takut terus merajuk pula. Ok nanti kita curi masa sikit untuk pangkas beliau ni.. kasi rendang sikit dan tak ganggu kawasan orang...



Love, 


OKED!





Friday, 9 November 2018

MULBERI, TAK SAMPAI HATI NAK CABUT!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t


Punyalah teringin nak ada pokok mulberi sendiri. Asik pendam rasa je bila lihat teman-teman dalam group kebun dok tayang pokok dan buah yang lebat. Siap buat jam mulberi lagi. Jelous sungguh Oked!

Pokok asal ambil keratan dengan uncle depan rumah sewa sebelum ini. Disebabkan dia buka ladang depan laman rumah kami tu maka daun pokok tu kami share sama-sama. Uncle ambil daun untuk buat teh saja. Bagus untuk darah tinggi dia cakap. Hairan dia bila Oked kata pucuk boleh buat masak. Tumis air ke, masak lemak ke, dan paling best buat goreng tepung. Dia senyum-senyum macam pelik. Ish uncle ni, saya cakap betul lah... 


Bila dah rancang nak pindah, Oked ambil keratan dan semai. Al hasil semai kat kebun belakang, pokok bercambah ranting makan space. Selalulah kena botak setiap kali nak buat masak. Buah jarang dapat merasa. Berebut dengan burung-burung yang ada.



Ada la jadi buah 5, 6 bijik.. itu pun kalau tak berebut dengan burung-burung, nasib ada sambil-sambil siram pokok tu ngap dalam mulut. Nak manis kena tungu betul-betul dah hitam.. kalau gaya kaler merah cenggini.. berkerut juga bila gigit! hehe

Bila cantas, akan naik tunas baru bersama putik buah. Kalau naik putik buah ni banyak-banyak, macam ulat bulu pun ada. Pandang lama-lama boleh meremang bulu roma... eeeeee!

Kedudukan dia kat tengah-tengah laman ni buat hati memberontak untuk cabut buang dia ni. Dahan dia makan ruang. Tapi setiap kali nak cabut rasa kasihan pulak.. hadoi dilemanya lahai!

Tengoklah, lepas cantas botak, kejap saja naik pucuk baru dengan putik buah belambak-lambak. Mana la hati tu tak cair!

Bila cantas tu kadang pacak jugak keratan, dah naik pokok sayang pulak nak buang..

Penyakit kan penyakit!

Ada satu tu saja benam dalam kotak pokok Asam Gelugur. Ok janji.. kalau naik yang ini molek. Baru kita buang induk yang kat tengah laman tu ya.. janji tau!



LoVE, 

OkED!



LENGAT PISANG

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t


Ingat tak pisang raja udang yang dapat dari Kak D kebun bahagia hari tu. Puas makan mentah. Kita buat lengat pisang. Percubaan pertama jugak ni. Tiba-tiba saja posting lengat pisang ni lalu di wall FB dari Group Masak Apa Hari Ni.. Ting!

Meh kita tengok cara buat. Mudah saja..


PISANG EMAS / PISANG BERANGAN /RAJA UDANG / TOMAN /NANGKA

Potong 2 pisang secara memanjang dan susun ke dalam loyang macam ni

* 1 1/2 cawan santan
* 1 sb Tepung Beras
* 2 sb Tepung Gandum
*1/2 sb Gula
* Secubit garam 

OKed guna santan kotak Brand KARA. Bancuh santan dengan tepung, gula dan  garam untuk naikkan rasa lemak santan. Kemudian tuang ke dalam loyang bagi paras sama dengan pisang tadi.

JANGAN PANDANG PADA RUPA
Kukus dengan api sederhana selama 25 minit. Sedap makan panas atau sejuk. 
Hasil selepas kukus tu tak cantik sebab terlebih kukus dan guna api kuat. Namun, rasa tak kalah tau.. memang mercik!

LOve, 

OKed!



Thursday, 8 November 2018

TERUNG, TERUNG DAN TERUNG

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t

Masa muda remaja memang tak suka makan sayur. Selagi boleh kais memang akan kais ke tepi. Dalam nasi goreng apatah lagi. Mula belajar makan sayur dengan ulam-ulam ni tahun 2008. Kena bahan dengan sorang kawan ni. Dia offer bendi celur cicah sambal belacan. Oked menolak dengan mencebik. Masa tu kami makan di warung kaki lima area Sri Petaling. Nah, sekarang bendi tulah menjadi pojaan hati

Kisah terung pulak, teman pejabat masa tu yang ajar. Dia jugalah yang ajar Oked makan ikan keli. Seumur hidup kami adik-adik memang tak makan ikan darat, sebabnya Abah memang tak makan ikan darat. Maka emak memang tak masak lah ikan darat. Berapa banyak darat weh!

Masa mula-mula cuba makan terung tu, Ya Allah, nikmatnya rasa dia. Pengalaman pertama cuba dengan sambal terung. Terung  ungu panjang. Ada sari manis dalam terung. Terus jatuh cinta. Lepas tu, boleh kata selang sehari sanggup pi beli kat makcik tu. Makcik buka gerai nun hujung sana sempadan antara UM dengan PPUM. fuh pecah peluh! Terima kasih makcik bagi penagalaman indah dengan terung.. hahaha.. haaaa makcik ni jugak la punca Oked pandai makan sayur cekur.

Semua terung kat bawah ni asalnya campak-campak dalam pasu sebab nak habiskan stok benih dalam simpanan. Saja uji cambah,  Bernas rupanya benih-benih ni walau dah bertahun dok simpan. 



Terung mini thai. 

Bunga terung apa tak pasti sebab tak jadi buah

TERUNG DAUN

Jenis ini orang makan daun saja. Dengar cerita buat tumis dan sebagainya. Buahnya orang tak makan sebab tak sedap ya mat! Oked semai 5 yang jadi sepokok ja. Itu pun nak hidup tak hidup saja gaya dia.

Close up sikit bunga

Ada 3 kuntum


Ini pun tak tahu apa jenis. Rajin berbunga tapi tak lekat buah. Yang jadi sebijk tu je. Itupun macam rosak je ha

Tunggu punya tunggu jadi lagi sebijik. Nah, sekarang sudah clear ada jenis terung.
TERUNG ULAM PURPLE!


LOve, 

OKed!

MENGALIH ANAK POKOK ASPARAGUS

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t

Awal-awal masuk musim hujan anak-anak asparagus sungguh rancak merimbun. Dah masuk sebulan ni nampaknya pokok macam dah tak suka hari-hari kena timpa hujan. Ada yang melentuk-lentuk sembah ke lantai. Kita alih ke bawah teduhan bagi dia rest sikit. Plan nak ubah ke pasu besar asik tertangguh je. Mula-mula tu alasannya sebab takde tanah. Sudah ada tanah.. malas pulak rasa.. huuuuu



Ini batch yang pertama. Benih dari Kebun Bahagia Bersama. Semai awal tahun rasanya, jadi umur mungkin dah masuk 11 bulan. Variaty tak pasti jenis apa. Mary Washington kah? hhaaa main sebut je ni..

Masa ni belum alih ke kawasan teduhan. Lihat tombak dia.. Halussssss

Lepas 3 hari alih ke teduhan, nampak tombak baru yang besar sikit dari sebelumnya

Comel je kan?

Satu lagi..

Benih batch pertama

Asparagus Putih

3 Pasu ini jenis Asparagus Putih, benih beli dengan Kak Ainon di FB.


Proses mengalih anak terbantut sebab tanah tak cukup. Ini memang potong mood betul. Sempat salin 4 pasu sahaja. Ada lagi 3 pasu yang tinggal. Kena shopping lagilah dengan kak D nampak gayanya kan?

Apa yang oked perhatikan. Tumbesaran 2 jenis ni beza sikit. Jenis putih pokok lebih besar dan tinggi dari batch pertama. Tombak yang muncul pun lebih gemuk dari batch pertama tu. Usia asparagus putih 7 bulan. Tapi kenapa tombak dia tak putih ya.. heh!


LOVe, 

OKed!