Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum w.b.t
Punyalah teringin nak ada pokok mulberi sendiri. Asik pendam rasa je bila lihat teman-teman dalam group kebun dok tayang pokok dan buah yang lebat. Siap buat jam mulberi lagi. Jelous sungguh Oked!
Pokok asal ambil keratan dengan uncle depan rumah sewa sebelum ini. Disebabkan dia buka ladang depan laman rumah kami tu maka daun pokok tu kami share sama-sama. Uncle ambil daun untuk buat teh saja. Bagus untuk darah tinggi dia cakap. Hairan dia bila Oked kata pucuk boleh buat masak. Tumis air ke, masak lemak ke, dan paling best buat goreng tepung. Dia senyum-senyum macam pelik. Ish uncle ni, saya cakap betul lah...
Bila dah rancang nak pindah, Oked ambil keratan dan semai. Al hasil semai kat kebun belakang, pokok bercambah ranting makan space. Selalulah kena botak setiap kali nak buat masak. Buah jarang dapat merasa. Berebut dengan burung-burung yang ada.
|
Ada la jadi buah 5, 6 bijik.. itu pun kalau tak berebut dengan burung-burung, nasib ada sambil-sambil siram pokok tu ngap dalam mulut. Nak manis kena tungu betul-betul dah hitam.. kalau gaya kaler merah cenggini.. berkerut juga bila gigit! hehe |
|
Bila cantas, akan naik tunas baru bersama putik buah. Kalau naik putik buah ni banyak-banyak, macam ulat bulu pun ada. Pandang lama-lama boleh meremang bulu roma... eeeeee! |
|
Kedudukan dia kat tengah-tengah laman ni buat hati memberontak untuk cabut buang dia ni. Dahan dia makan ruang. Tapi setiap kali nak cabut rasa kasihan pulak.. hadoi dilemanya lahai! |
|
Tengoklah, lepas cantas botak, kejap saja naik pucuk baru dengan putik buah belambak-lambak. Mana la hati tu tak cair! |
|
Bila cantas tu kadang pacak jugak keratan, dah naik pokok sayang pulak nak buang..
Penyakit kan penyakit! |
|
Ada satu tu saja benam dalam kotak pokok Asam Gelugur. Ok janji.. kalau naik yang ini molek. Baru kita buang induk yang kat tengah laman tu ya.. janji tau! |
LoVE,
OkED!
No comments:
Post a Comment