Saturday, 5 May 2018

TANAMAN DI LAMAN - HERBA @ UBATAN

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t






Jumpa beliau di di Lot 43, Herbal Garden, Jalan Subang- Sungai Buloh. 
Harga RM8 1 poly bag.



Yang ini pun sama, asalnya belikan untuk TOkMi, OKed patah sikit 1 dari 3 batang yang ada dan semai dalam poly bag. Nampak macam dah stabil tu.
Beli RM12.00




Semai dari anak benih, beli dengan Kak Ainon FB Benih Tangan Hijau. Semai 10 benih. Yang cambah 6, kemudian mati 2, dah besar sikit mati lagi sepokok.. now tinggalah 3 pokok. Dibelai serupa anak, sayang sangat! siap join group FB Goji Berry.




Tak tahu lah kata apa, dah 2 kali coba, asik gagal. cuma yg ni ada nampak sinar sebab ade naik tunas.. harap-harap menjadilah... tinggi ni harapan Oked!



Love, 

OKed!



Friday, 4 May 2018

HR oh HR

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t



Hari pertama di sini. Macam-macam rasa pun ada. Exited? big no!

Mula-mula jadi warga kerja di Institusi ini, penempatan pertama adalah di HR ini. Setelah 14 tahun Oked kembali semula ke sini. My ex-bos kata... waaaaa sireh pulang ke ganggang.. 


Ciskek!



14 tahun lalu, tiada penghadang seperti ini. Tak ada privasi antara orang sebelah dan depan. Kini semua dah berubah. Syukurlah, dapat port paling cun. Belakang sekali dan di sebelah dinding bangunan. Agak tersorok oleh penglihatan mata-mata... hahahahaha





Blur! Puan F kata, slow and steady je. Belajar pelan-pelan. Alahaiiii, tak suka betul jadi New person... Stresss yall! Perkara pertama ialah baca G.O dan Pekeliling. oh My! Muntah hijau la kita....




Meja Oked!



LOve, 

OKed!

INGATAN DARI SAHABAT

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t


SELIPAR 


Selipar dari Myanmar. Al kisah Prof Si Lay kalau balik kampung memang suka beli oleh-oleh dari sana untuk budak-budak Office ni. Hujung tahun lepas Prof beri selipar sorang satu. Bila time Oked yang try.. hahahaha tak muat semuanya. Kena order special sebab kaki jenis gedembai.. hihih. Sekali dia bawak minggu last masa kat O&G tu.. haaaaa hamik kau! 





                                           Tempah khas tau! Tgk size selipar ni.. erghh!




Tengok aje tapak dia ni. Ni kalau lempang Gajah pun boleh pengsan. Prof cakap selipar ni tahan 15 tahun.. i is.. REALY? hahahaha



TUDUNG MAHAL!


OKed tak pernah merasa tudung mahal macam gini. Entahlah bab tudung ni Oked macam septikal sikit lah nak berabis beli mahal-mahal. Jenis tak pandai jaga pun satu hal jugak. Masuk mesin basuh je walaupun pakai netting khas. 




Debar kita tau! Exclusive SWAROVSKI lagi ha...



Ya Allah, cantiknyaaaaaaaaaa! Warna Coklat memang Fav Oked.



Zoom sikit batu dia tu.. Nampak tak memancor gittew!



Terima kasih sahabat dunia sampai akhirat. 
Kalian sangat terkesan dalam hati Oked! 



Lot Of LOVe, 

OKed!




Thursday, 3 May 2018

TANAMAN DI LAMAN - BUNGA

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t




Hoola..

OKed bukan peminat bunga, Serius! Rasa rumitnya nak jaga. Lepas tu pulak Oked ni jenis yang mudah kecewa bila bunga yang diharap-harapkan tidak keluar, jenis tak sabor pon iyer juga.. hahaha

Ok lah tipu sikit, bukanlah tak suka langsung, sebenarnya Oked hanya suka bunga-bunga bewarna putih je.. entah kenapa, mana datang tah peragai macam tu!



Jangan salah sangka dulu. Bunga ini hadiah dari Maktok untuk Oked. Bunga ni beli masa rumah sewa sebelum ini. Disebabkan hadiah dari sang cinta, Oked memang akan bawa ke mana saja. Cewah! Masa beli dia 3 batang jer dalam poly bag. Senang beranak pinak. bila-bila rasa semak oked akan cantas semua batang dalam pasu ni. Tak lama nanti naik la tunas baru yang segar bugar. Sesekali pandang cantik juga beliau ni.




Ini pulak memang dah cari lama. Bunga orang dulu-dulu. Arwah Tok Cik ada tanam pokok bunga ni. Suka selit kat sanggul. Wanginya menusuk hidung. Cari punya cari, punya cari akhirnya berjodoh jugak dengan sang idaman. Beli dengan Kak La, FB Kaseh Herbs Nursery ingat-ingat lupa harga dia.. RM5 atau Rm10 macam gitulah..




Ini anak pokok dari Prof Si Lay a.k.a Prof Bunga.. hihih. Setiap hari dia akan bawa potongan tangkai bunga ni dan bagi pada budak-budak office. Letak dalam cawan berisi air. Sampai naik berakar. Oked tak tahan bau dia yang kuat tu. Kalau jauh-jauh boleh la hidu. Boleh penin jadinya. Pokok ni dok dengan oked memang jarang-jarang berbunga. Jenis tak reti nak guna baja.. ahahahhaa... 




Bunga ni pulak bunga kesayangan MakTok. Angkut dari rumah yang disewakan. Sebelum ni dalam pasu. Bila pindah sini Oked ubah ke tanah. Hairan juga, selalu dok tengok pokok ni batang dia keras dan elok je tegak meninggi, yang dia ni dah kenapa batang bukan main gemalai, kena sokong dengan kayu bagai. berdaun kat hujung-hujung pulak tu.. terheiliang-heiliang kata maktok.. keh keh keh!



Siap ada tag lagi. Bunga ni dapat free dari MR Lee, Bukit Jalil Nursery. Masa nak beli tanah kat nursery dia, depa tengah kemas sebab kena ubah kawasan. Beri laluan kepada project kat situ. Kesian tengok dia tergolek dalam lubang yang derang nak kambus. Maka Oked pun mintak lah nak bela.




Dah pernah tebas kasi clear kat pagar depan, dalam 2 bulan merimbun balik. Pengubat mata Oked setiap balik pulang dari kerja. 


Love,

OKed!


Wednesday, 2 May 2018

TANAMAN DI LAMAN - UBI KAYU

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t




Benih ni bawa dari Kampung Abah Teh masa mula-mula pindah ke taman perumahan sebelum ni. Bila pindah ke sini angkut jugalah buat benih sikit. Asal ada 3 induk. rasa-rasa semak dan Oked kekal 1 saja induk. Ada perancangan nak tanam dalam kotak polyesterine dan susun di luar pagar kebun belakang ni. Asiklah tertangguh sebab tanah nak kena beli.. hai membeli lagi!



Ini Pun ambil benih di Kampung Abah Teh, baru je semai ni. Baru nak belajar berpucuk. Dalam perncangan nak semai dalam polyesterine juga nanti..




Ini memang idaman sangat. Pantang nampak tepi-tepi jalan asik berdoa je, adalah yang mahu kongsi benih dia. Satu hari nampak pokok ni berdekatan dengan surau di kawasan yang dirahsiakan.. hahahahaha. Maka dengan lafaz Bismillah Oked patahkan 3 batang untuk dibawa pulang. Moga sesiapa yang tanam tu beroleh pahala memanjangkan rezeki.. Eh ni bukan kategori mencuri kan? harapnyalah.... Ada 2 induk sedang belajar berpucuk. nanti nak biakkan juga dalam kotak.


Love,

OKed!



TANAMAN DI LAMAN - PEGAGA

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t








Tak tahu jenis sebenar. Oked panggil pegaga bandar sebab pegaga ni dijual secara kormesil dalam pasaran kita. Beli di Bukit Jalil Nursery dengan harga RM8 1 bekas. Jarang dipetik.. lebih kepada hiasan je kot.

Oked tak berapa gemar kalau buat ulam jenis ni. Kalau buat kerabu ok!












Ini memang kesukaan. Beli benih dengan Kak La dari Kaseh Herbs Nursery. Asalnya memang meriah benih yang Kak La bagi ni..tapi yang survive hanya ini..hahahha tangan panas la katakan. mujur juga ada yang berjaya hidup


Tak sabar nak tengok mereka membiak dengan jayanya! Doakan ya!









Oked suka sangat tengok pegaga ni. Cantik sungguh daun dia. Macam pokok tiruan. Benih ni ambil di Kampung Abah Teh. Baru cambah 2 pokok. Sama macam pegaga bandar, oked tak gemar sangat kalau diulamkan sebab daunnya yang besar-besar tu agak kasar dan keras. Belum try buat kerabu lagi. Nak tunggu membiak dulu baru kita try kerabu ya...



Love and Love,

OKed!


Tuesday, 1 May 2018

TANAMAN DI LAMAN - SAYURAN

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t



Asalnya semai 10 biji. Semua tumbuh. Semai pula musim panaskan, yang bantut 5 pokok Oked cabut buang. 3 Pokok keep dan 2 pokok beri pada Tok Mi kat Gombak. Sampai masa sepokok mati. Tinggalah 2 pokok ini. Asik alih-alih saja. Tak tahan panas sangat kot walaupun siram hari-hari, sebelah petang tetap layu. Oked cakap kat depa, Oked dah malas nak layan kalau manja sangat. Tinggal je kat kebun belakang. Tengok tu sepokok masih manja. Sebelah dia macam dah matang dan paham bahasa. Benih ni Oked beli dengan Kak Diana, Kebun Bahagia Bersama.



Pokok ni asalnya malu-malu nak keluar daun. Sekarang macam dah serasi sikit. Beli dengan Bumi Hijau Nursery kat Taman Jati, Rawang. Masa pergi nursery tu dia takde dalam senarai pokok idaman. Tiba-tiba terpandang masa dok pusing-pusing usha pokok lain. Alang-alangkan? Rembat jelah. Bila la dapat merasa rendang puding ni kalau tengok gaya ke daun dia tu.. hahaha. Harga masa beli RM8.00.




Sedihkan kucai kita ni. Punya la lama nak tunggu dia tumbuh. Tumbuh pulak 3 unit aje. Mungkin kena angkut dek semut masa semai tu. Bela jelah dia kot mahu beranak pinak nanti... hahahaha. By the way Oked dah semai lagi 1 bekas balance benih yang dalam paket tu. Benih ni beli dengan Kak Ainon dari FB Benih Tangan Hijau. 



Ini memang pokok idaman. Selalu juga jenguk-jenguk group kot ada yang nak beri benih percuma.. hihihi.. Bukanlah mahal pun kalau ada seller yang jual cumanya, banyak sangat dah Oked membeli walaupun harga bawah RM10, bila total semua sekali banyak rupanya dah spend kepada kebun di rumah ni. Dalam dok menahan rasa tidak membeli, satu hari Tok Umi bagi dan minta semaikan. 

"Mak ade beli online tebu sayur ni tapi takde tempat nak semai, Ambiklah semai kat rumah korang" Wah!  Pucuk dicita ulam mendatang. Bapak geleng kepala ja... hahahahaha. Mentua yang sangat memahami.. Tok Umi kata benih ni dari Cyberjaya. 




Pokok kesayangan beta! Semai dari 10 biji, 5 berjaya cambah. Sangat bernas sebab benih ni dah 3 tahun dalam simpanan. Ini pokok yang paling besar antara 5 induk. Baru berusia 6 bulan. Nak dapat spear yang lumayan kena tunggu sampai crown dah matang... 2 tahun katanya.. herm.... Benih beli dengan Kak Diana, Kebun Bahagia Bersama.



Semai 5 benih hanya 1 sahaja yang cambah... hahahaha amaturkan? Dah la sepokok ja kena serang dengan pelombong daun pulak... marahnya kita! Dah semai lagi yang baru 4 pokok.. kita tunggu hasilnya nanti. Lambat juga nak cambah jenis terung ni. Benih dari Kak Ainon dari FB Benih Tangan Hijau. 


Ada 2 pasu cili padi kampung ni. Ambil anak pokok dari kampung, Abah Teh bagi. Asal dari kampung tu sihat je. Mai dok bandar ni macam-macam penyakit datang. Walhal cabut dari tempat bakar sampah je. Lama dah simpan ni. Rasa-rasa kalau kemetot jugak. Kita cabut buang lah juge ye..


Ha sapa kenal pokok ni. Ini juga pokok idaman tapi hati dok tahan nak beli. Tup-tup dapat free gift keratan  masa beli anak pokok dengan Kak La. Banyak pokok-pokok ulam dan pokok rare yang kak La ada. Boleh la cuci mata kat FB beliau , Kaseh Herbs Nursery. Trust me, boleh mabuk kepayang... hahahhaha



Sayur ni memang VIRAL teruk kat FB kan? Ramai juga dok kongsi benih kat group-group. Tapi Oked belum ada peluang tu. Kebetulan masa Bapak bawak pusing Taman Warisan Pertanian Putrajaya terjumpa both yang jual benih ni.. Sengih-sengih la Oked mintak izin dengan Bapak nak sambar... yes! Benih senang biak dan hasil lumayan. Sedap tau sayur ni, tak belendir macam bayam malabar. rangup! Boleh juga dibuat ulam. Yang penting tiada rasa daun.. hehehehe RM8 harga dia, ada 5 anak pokok dalam poly beg tu.


Love,

OKed!