Tuesday 1 May 2018

TANAMAN DI LAMAN - SAYURAN

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t



Asalnya semai 10 biji. Semua tumbuh. Semai pula musim panaskan, yang bantut 5 pokok Oked cabut buang. 3 Pokok keep dan 2 pokok beri pada Tok Mi kat Gombak. Sampai masa sepokok mati. Tinggalah 2 pokok ini. Asik alih-alih saja. Tak tahan panas sangat kot walaupun siram hari-hari, sebelah petang tetap layu. Oked cakap kat depa, Oked dah malas nak layan kalau manja sangat. Tinggal je kat kebun belakang. Tengok tu sepokok masih manja. Sebelah dia macam dah matang dan paham bahasa. Benih ni Oked beli dengan Kak Diana, Kebun Bahagia Bersama.



Pokok ni asalnya malu-malu nak keluar daun. Sekarang macam dah serasi sikit. Beli dengan Bumi Hijau Nursery kat Taman Jati, Rawang. Masa pergi nursery tu dia takde dalam senarai pokok idaman. Tiba-tiba terpandang masa dok pusing-pusing usha pokok lain. Alang-alangkan? Rembat jelah. Bila la dapat merasa rendang puding ni kalau tengok gaya ke daun dia tu.. hahaha. Harga masa beli RM8.00.




Sedihkan kucai kita ni. Punya la lama nak tunggu dia tumbuh. Tumbuh pulak 3 unit aje. Mungkin kena angkut dek semut masa semai tu. Bela jelah dia kot mahu beranak pinak nanti... hahahaha. By the way Oked dah semai lagi 1 bekas balance benih yang dalam paket tu. Benih ni beli dengan Kak Ainon dari FB Benih Tangan Hijau. 



Ini memang pokok idaman. Selalu juga jenguk-jenguk group kot ada yang nak beri benih percuma.. hihihi.. Bukanlah mahal pun kalau ada seller yang jual cumanya, banyak sangat dah Oked membeli walaupun harga bawah RM10, bila total semua sekali banyak rupanya dah spend kepada kebun di rumah ni. Dalam dok menahan rasa tidak membeli, satu hari Tok Umi bagi dan minta semaikan. 

"Mak ade beli online tebu sayur ni tapi takde tempat nak semai, Ambiklah semai kat rumah korang" Wah!  Pucuk dicita ulam mendatang. Bapak geleng kepala ja... hahahahaha. Mentua yang sangat memahami.. Tok Umi kata benih ni dari Cyberjaya. 




Pokok kesayangan beta! Semai dari 10 biji, 5 berjaya cambah. Sangat bernas sebab benih ni dah 3 tahun dalam simpanan. Ini pokok yang paling besar antara 5 induk. Baru berusia 6 bulan. Nak dapat spear yang lumayan kena tunggu sampai crown dah matang... 2 tahun katanya.. herm.... Benih beli dengan Kak Diana, Kebun Bahagia Bersama.



Semai 5 benih hanya 1 sahaja yang cambah... hahahaha amaturkan? Dah la sepokok ja kena serang dengan pelombong daun pulak... marahnya kita! Dah semai lagi yang baru 4 pokok.. kita tunggu hasilnya nanti. Lambat juga nak cambah jenis terung ni. Benih dari Kak Ainon dari FB Benih Tangan Hijau. 


Ada 2 pasu cili padi kampung ni. Ambil anak pokok dari kampung, Abah Teh bagi. Asal dari kampung tu sihat je. Mai dok bandar ni macam-macam penyakit datang. Walhal cabut dari tempat bakar sampah je. Lama dah simpan ni. Rasa-rasa kalau kemetot jugak. Kita cabut buang lah juge ye..


Ha sapa kenal pokok ni. Ini juga pokok idaman tapi hati dok tahan nak beli. Tup-tup dapat free gift keratan  masa beli anak pokok dengan Kak La. Banyak pokok-pokok ulam dan pokok rare yang kak La ada. Boleh la cuci mata kat FB beliau , Kaseh Herbs Nursery. Trust me, boleh mabuk kepayang... hahahhaha



Sayur ni memang VIRAL teruk kat FB kan? Ramai juga dok kongsi benih kat group-group. Tapi Oked belum ada peluang tu. Kebetulan masa Bapak bawak pusing Taman Warisan Pertanian Putrajaya terjumpa both yang jual benih ni.. Sengih-sengih la Oked mintak izin dengan Bapak nak sambar... yes! Benih senang biak dan hasil lumayan. Sedap tau sayur ni, tak belendir macam bayam malabar. rangup! Boleh juga dibuat ulam. Yang penting tiada rasa daun.. hehehehe RM8 harga dia, ada 5 anak pokok dalam poly beg tu.


Love,

OKed!


No comments:

Post a Comment