Wednesday, 2 May 2018

TANAMAN DI LAMAN - UBI KAYU

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t




Benih ni bawa dari Kampung Abah Teh masa mula-mula pindah ke taman perumahan sebelum ni. Bila pindah ke sini angkut jugalah buat benih sikit. Asal ada 3 induk. rasa-rasa semak dan Oked kekal 1 saja induk. Ada perancangan nak tanam dalam kotak polyesterine dan susun di luar pagar kebun belakang ni. Asiklah tertangguh sebab tanah nak kena beli.. hai membeli lagi!



Ini Pun ambil benih di Kampung Abah Teh, baru je semai ni. Baru nak belajar berpucuk. Dalam perncangan nak semai dalam polyesterine juga nanti..




Ini memang idaman sangat. Pantang nampak tepi-tepi jalan asik berdoa je, adalah yang mahu kongsi benih dia. Satu hari nampak pokok ni berdekatan dengan surau di kawasan yang dirahsiakan.. hahahahaha. Maka dengan lafaz Bismillah Oked patahkan 3 batang untuk dibawa pulang. Moga sesiapa yang tanam tu beroleh pahala memanjangkan rezeki.. Eh ni bukan kategori mencuri kan? harapnyalah.... Ada 2 induk sedang belajar berpucuk. nanti nak biakkan juga dalam kotak.


Love,

OKed!



No comments:

Post a Comment