Monday, 7 May 2018

TANAMAN DI LAMAN - ULAM PART 2

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t



Mata Itik Atau Pena itik ni Oked beli dengan Kak Diana, Kebun Bahagia Bersama. RM5 jika tak salah. Nak kata subur pun tidak, sakit pun tidak. Tera tu jelah dia dari mula beli. Oked tak cuba pulak cubit pucuk dia. Takut pulak kang tak naik-naik pucuk baru. Ini belum pernah try ulamkan lagi.



Benih ambil dari Kampung Abah Teh. Kalau naik pucuk dia warna merah. Oked suka ulam pucuk putat ni. Buah dia kalau yang kecik muda tu sedap buat ulam tau!




Ini masa dalam pasu elok je, bila pindah ke tanah pucuk naik entah hapa-hapa.. hahaha. Beli di Bumi Hijau Nursery. RM18 kalau tak silap Oked.



Kesayangan sangat-sangat. Beli di Bumi Hijau Nursery jugak. RM20 masa beli tu. Lambat juga nak naik daun. Belum pernah kutey lagi pucuk dia. Sayang! hahahaa cantik kan pucuk dia tu. Geram ja!



Love, 

OKed!






TANAMAN DI LAMAN - ULAM PART 1

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t



Asal benih tak tahu mana datang. Sesat dalam pasu. Oked alih ke tanah. Pernah try buat ulam. Macam tak kena sikit kat lidah kita. Nanti nak cuba lagi. Cepat naik tunas dia ni bila kita potong batang dia.



Dulu bercita-cita sangat nak ada pokok ni. Penting untuk buat nasi ulam. Oked tak gemar ulamkan dia saja. Semacam ada rasa tanah sikit. Tapi Oked suka bau daun ni. Pokok ni pemberi mentua dari pahang. Terima kasih ayah. Asalnya Ayah bagi 2 pokok ( tut ) yang hidup ini saja. Dok dalam pasu punyalah kedekut pucuk. Bila pindah ke tanah.. Bukan main meriah!



Suka pucuk dia bila buat ulam. Bau dia pun sedap. Arwah Tok Ba'yah dulu suka buat masak lemak cipi api, masuk pula ikan bakar... Allahu.. sedapnya! Cumanya kalau makan kecur ni terasa macam panas sikit badan. Sama rasa panas tu bila Oked makan durian atau sambal petai. Rasa kering sikit tekak. Oked semai dari ubi yang dibeli kat pasar Borong Selangor.



Dikenali juga sebagai okinawa spinach. Mula-mula makan seriau juga. Oked ni fobia ulam yang ada rasa daun. akan tatapi, ini memang disyorkan. Sedap dan rangup! Tiada rasa daun.. hahaha. Beli pokok dengan kak Ainon FB benih tangan hijau, tapi kalau anak pokok beliau tak pos. Kena beli dekat pasar tani yang dia dan suami dah jadualkan. RM5 je.. murahkan?




Ini pun sama beli dengan Kak Ainon, RM5 jugak. masa beli subur je pokok dia. Ini macam nak pergi je ha. Bercadang nak reporting baru. Boleh semai guna keratan.




Beli keratan dengan Kak La, Kaseh Herbs Nursery, RM5 untuk 5 keratan jika tak salah. 2 keratan ada nampak bertunas.. harap-harap menjadilah. Boleh la cuba rasa ulam dia nanti.




Ini pun beli dengan kak La, bukan main subur dia ni. Besar sikit nak alih ke pasu besar. RM5 @ RM10 macam tulah harga dia. Rupa dia macam daun kari. Ada bau sikit tapi tak kuat macam daun kari. Ada sesetengah tempat panggil kari hutan..



Love, 

OKed!



Sunday, 6 May 2018

TANAMAN DI LAMAN - BUAH PART 3

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t



Beli dengan Kak Diana, Kebun Bahagia Bersama. Harga RM5 ke RM10 macam tu. Lupa dah.




Kesayangan ni, pemberian jiran kebun depan tu. Lama juga kita bela beliau ni. Baru sekali berbunga tu pun tak lekat buah. Sayang Kak S sangat-sangat! hihhihi....




Bawak keratan dari pokok uncle depan umah lama. Rajin berbuah walaupun tak lebat. Boleh la sambil-sambil kemas kebun tu ngap sebiji dua. Selalu kena pangkas. Cepat sangat dahan dia membesar dan makan ruang kebun. Sejenis tak sedar diri jugak.. hahhaa



LOve, 

OKed!



TANAMAN DI LAMAN - BUAH PART 2

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t





Benih beli dengan Kak Ainon Fb Benih Tangan Hijau. Semai 3 pokok, sepokok saja yang bertahan. Tu pun macam segan tak segan je nampak..



Beli dengan Kak Diana, Kebun Bahagia Bersama RM10. Sihat aje beliau ini. Jangan buat merajuk tak mahu berbuah ye.. babab nanti!



Beli di BUmi Hijau Nurseri, Taman Jati Rawang. Harga masa beli RM30, pokok besar dah masa beli ni. Tapi macam penyakit je.. Berbuah tangkai lumayan juga. Cuma pucuk yang naik suka sangat jadi kerinting. Oked pun tak usaha nak pulihkan ke hape. Biar jelah. Bila buah dah matang nanti Oked ingat nak cantas je pokok ni. Tengok dia naik pucuk baru ok ke tidak. Malas nak cara!



Malas dah nak taip panjang-panjang. Kisah dia ni dah banyak dalam entri... hahahaah.




Love, 

OKed!





TANAMAN DI LAMAN - BUAH PART 1

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t




Kalau tak silap limau ni jenis seedlees, begitulah rupa beliau dari mula beli setahun yang lalu. Bantut dan tak mahu naik pucuk baru. Baja tahi ayam dan baja kopi dah letak. Bila kecewa mula la tak peduli.. hahahaha ini memang penyakit OKed! Beli di Bumi Hijau Nursery, Taman jati Rawang. Harga tak ingat..



Mungkin biji datang dari tangan Si Kacak tu. Pantang jumpa benih abis dia kutip letak kat pasu. Dah alang-alang tumbuh tu Oked bela jelah. Selalu bila menyiram di kebun belakang dan Si Kacak pun ada, dia akan cakap ni pokok HUffan!



Pokok ni hadiah dari jiran rumah lama. Makcik Habsah seronok tengok Oked suka menanam jadi dia hadiahkan pokok ni. Masa mula-mula rajin juga berbuahnya. Pindah ke sini terus merajuk. So, pindahkan lah ke tanah, setahun juga la nak tunggu putik buah ni. setakat ni ada 2 biji je yang jadi..



Hahahaha.... ini memang halimunan. Akhir-akhir ni daun mulai kering dan gugur. Dah tukar tanah pon tak subur juga. Masa check akar ok jer. Lantas Oked pangkas terus biar togel. Kalau panjang jodoh dia sihat la balik. Kalau tidak kita tanam pokok lain. Nama nak ganti baru rasa-rasanya tidaklah. Tapi kalau ada yang sudi beri hadiah hari jadi.. kita sukaaaaa! Beli di Bumi Hijau Nursery, Taman jati Rawang. Harga tak ingat..



Love, 

OKed!



Saturday, 5 May 2018

TANAMAN DI LAMAN - HERBA @ UBATAN

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t






Jumpa beliau di di Lot 43, Herbal Garden, Jalan Subang- Sungai Buloh. 
Harga RM8 1 poly bag.



Yang ini pun sama, asalnya belikan untuk TOkMi, OKed patah sikit 1 dari 3 batang yang ada dan semai dalam poly bag. Nampak macam dah stabil tu.
Beli RM12.00




Semai dari anak benih, beli dengan Kak Ainon FB Benih Tangan Hijau. Semai 10 benih. Yang cambah 6, kemudian mati 2, dah besar sikit mati lagi sepokok.. now tinggalah 3 pokok. Dibelai serupa anak, sayang sangat! siap join group FB Goji Berry.




Tak tahu lah kata apa, dah 2 kali coba, asik gagal. cuma yg ni ada nampak sinar sebab ade naik tunas.. harap-harap menjadilah... tinggi ni harapan Oked!



Love, 

OKed!



Friday, 4 May 2018

HR oh HR

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t



Hari pertama di sini. Macam-macam rasa pun ada. Exited? big no!

Mula-mula jadi warga kerja di Institusi ini, penempatan pertama adalah di HR ini. Setelah 14 tahun Oked kembali semula ke sini. My ex-bos kata... waaaaa sireh pulang ke ganggang.. 


Ciskek!



14 tahun lalu, tiada penghadang seperti ini. Tak ada privasi antara orang sebelah dan depan. Kini semua dah berubah. Syukurlah, dapat port paling cun. Belakang sekali dan di sebelah dinding bangunan. Agak tersorok oleh penglihatan mata-mata... hahahahaha





Blur! Puan F kata, slow and steady je. Belajar pelan-pelan. Alahaiiii, tak suka betul jadi New person... Stresss yall! Perkara pertama ialah baca G.O dan Pekeliling. oh My! Muntah hijau la kita....




Meja Oked!



LOve, 

OKed!