Sunday, 6 May 2018

TANAMAN DI LAMAN - BUAH PART 1

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t




Kalau tak silap limau ni jenis seedlees, begitulah rupa beliau dari mula beli setahun yang lalu. Bantut dan tak mahu naik pucuk baru. Baja tahi ayam dan baja kopi dah letak. Bila kecewa mula la tak peduli.. hahahaha ini memang penyakit OKed! Beli di Bumi Hijau Nursery, Taman jati Rawang. Harga tak ingat..



Mungkin biji datang dari tangan Si Kacak tu. Pantang jumpa benih abis dia kutip letak kat pasu. Dah alang-alang tumbuh tu Oked bela jelah. Selalu bila menyiram di kebun belakang dan Si Kacak pun ada, dia akan cakap ni pokok HUffan!



Pokok ni hadiah dari jiran rumah lama. Makcik Habsah seronok tengok Oked suka menanam jadi dia hadiahkan pokok ni. Masa mula-mula rajin juga berbuahnya. Pindah ke sini terus merajuk. So, pindahkan lah ke tanah, setahun juga la nak tunggu putik buah ni. setakat ni ada 2 biji je yang jadi..



Hahahaha.... ini memang halimunan. Akhir-akhir ni daun mulai kering dan gugur. Dah tukar tanah pon tak subur juga. Masa check akar ok jer. Lantas Oked pangkas terus biar togel. Kalau panjang jodoh dia sihat la balik. Kalau tidak kita tanam pokok lain. Nama nak ganti baru rasa-rasanya tidaklah. Tapi kalau ada yang sudi beri hadiah hari jadi.. kita sukaaaaa! Beli di Bumi Hijau Nursery, Taman jati Rawang. Harga tak ingat..



Love, 

OKed!



No comments:

Post a Comment