Sunday, 15 December 2019

BARANG MAINAN DARI KEDAI HINODE SHOP

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.



Ekceli, mainan ni dah lama beli.. kalau tak silap Oked tahun 2017. Beli di kedai HINODE SHOP dalam giant kinrara. Tuah Oked bukan main merayu nak benda alah ni, sebab kawan-kawan di sekolah agama dia dok tayang. Siap tahu kedai ni dalam giant kinrara ada jual.

Boleh tahan jugalah harga.. rasa-rasa dalam RM30 seunit.


SUMBER GAMBAR : FACEBOOK

Kalau kawan-kawan perasan kedai ni dah semakin berkurangan di dalam Mall kan? Kemungkinan saingan hebat dari kedai DAISO, NINSO dan ECO menjadikan kedai cenderahati ni semakin mengecil bilangannya


Inilah benda yang dia dok nak sangat tu.. entah hapa-hapa je..


Test.. tapak tangan mak dia.. hahaaha



Meh teka ini tapak muka siapa.. keh! keh! keh!


Alhamdulillah sampai hari ni, benda ni masih ada dalam simpanan. Kalau barang mainan Si Tuah memang dia pandai jaga. Mai kat adik dia Si Kacak ni.. hermmmmm sabar jelah Along dia. Yang mana permainan kesayangan memang Along dia akan sorok.. 



Love, 

OKED!

Saturday, 14 December 2019

POKOK BELINJAU @ MELINJAU - GNETUM GNEMON

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.


Siri mengenal pokok

Sumber diambil sepenuhnya daripada FB dan Google wikipedia


POKOK BELINJAU



Pokok Belinjau, juga dikenali sebagai Pokok Belingar, ialah salah satu spesies Gnetum yang berasal dari Asia Tenggara dan pulau-pulau Lautan Pasifik barat, iaitu dari Assam selatan dan timur merentasi Malaysia dan Indonesia sehingga ke Filipina dan Fiji. Nama saintifiknya Gnetum gnemon


POKOK BELINJAU



HURAIAN BOTANI

Berlainan dengan kebanyakan spesies Gnetum yang lain yang merupakan pokok akar, Pokok Belinjau ialah pokok yang kecil hingga sederhana sehingga 15-20 meter tingginya.



PUTIK BUAH BELINJAU



KHASIAT

Pucuk dan buah muda belinjau mengandungi khasiat makanan yang agak tinggi, terutama vitamin A dan vitamin C. Dalam setiap 100 gram (g), bahagian yang boleh dimakan mengandungi: Air 75.1 (miligram) mg, protein 6.6 g, lemak 1.2 g, karbohidrat 9.1 g, serat 6.8 g, kalsium 151 mg, fosforus 224 mg, ferum 2.5 mg, vitamin A 10889 I.U. Niasin 1.2 mg dan vitamin C 121 mg.



PUCUK BELINJAU

Daunnya malar hijau, bertentangan, dengan 8-20 sentimeter panjangnya dan 3-10 sentimeter lebarnya. Warnanya kuning gangsa ketika muda, tetapi menjadi hijau tua yang kilat ketika matang. Pokok Belinjau tidak menghasilkan sebarang bunga dan buah sejati kerana pokok ini bukannya tumbuhan angiosperma. Strobilusnya yang seakan-akan buah tidak melebihi kulit serta biji yang besar bak kekeras, dengan panjangnya 2-4 sentimeter.


BUAH BELINJAU

Pokok belinjau tergolong dalam kumpulan gimnosperma, iaitu pokok yang hidup di zaman purba.


 KEGUNAAN

Pokok Belinjau jarang ditanam secara intensif. Kayunya dapat digunakan sebagai bahan papan. Daun yang muda, "bunga" (baik jantan mahupun betina) dan bijinya (baik yang muda mahupun yang sudah masak) boleh digunakan sebagai sayur (misalnya sebagai sayur ulam). Biji belinjau boleh dikisar menjadi tepung dan digoreng menjadi emping atau ditumbuk dan dijadikan kerepek binjai.

Sebagai sumber makanan, biji belinjau mengandungi kadar urea yang agak tinggi dan oleh itu, tidak sesuai dimakan pada jumlah yang banyak terutama bagi mereka yang menghadapi masalah gout.

Bacaan lanjut di sini : animhosnan.blogspot.com


MASAKAN DAN MAKANAN BERASASKAN DAUN DAN BUAH BELINJAU


KEREPEK BELINJAU 

rasa dia kelat-kelat lemak



GULAI LEMAK CILI API



SAYUR BENING @ TUMIS AIR


GULAI LEMAK UDANG


MASAK LEMAK


ASEM REBUS SUNDA 

Masakan dari negara Indonesia


Pokok belinjau ni salah satu wish list Oked yang masih belum dapat. Tak sabar nak tunggu dia sampai ke Puncak Jalil.


Love, 

OKED!

Friday, 13 December 2019

POKOK LIMAU PURUT KESAYANGAN

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.



Ketandusan idea nak menulis.

Sekadar berkongsi gambar sahaja lah hari ini ya.


Dah tinggi menjulang, Oked fikir nak pangkas bagi rendang tapi setiap hujung pucuk banyak pulak keluar putik bunga. 
Terpaksalah tunggu buah luruh dulu.. Sayang nak buang kan?



Santik sangat bunga dia.. wangi!


Bunga yang dah besar sikit


Kali ni lebat pulak nak keluar buah. 
Musim hujan lepas buat pokok jadi produktif gamaknye..


Love, 

OKED!

Thursday, 12 December 2019

FRI-YEAY - CERITA HARI JADI SAHABAT DAN CAR BOOT SALE DI DATARAN BELIA KAMPUNG BUKIT SUNGAI PUTIH, AMPANG

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.


Jumaat lepas nak jumpa Huda, nak pass 2 beg plastik besar patung dan teady bear. Daripada dok dalam tong kat rumah tu lebih baik Oked clearkan. Cadangnya Huda nak join car-boot sale berhampiran dengan rumahnya di Ampang.

Huda pun dah ditukar ke Jabatan lain dalam UM selepas dapat tawaran ke jawatan tetap. Sebelum ni beliau berstatus kontrak, bertahun jugalah nak dapat tetap tu. Bukan senang nak dapat waran tetap dalam kerajaan. Ada yang belas tahun kerja pun masih status kontrak. Syukur Alhamdulillah.. Walaupun sedih berpisah dengan kawan-kawan yang satu kepala.. hidup mesti terus kan?

Tak rancang sebenarnya kami nak dating bertiga ni. Tak tahu nak lepak mana pada mulanya. Kemudian datang ilham lepak KFC dekat INTAN saja. Senang nak masuk semula pejabat sebelum pukul 2.30 petang.


Bulan Disember ni adalah bulan kelahiran mereka berdua.. jadi Oked belanja la kepsi sempena bertambahnya usia meraka.. Kak shikin dan Huda kesayangan hamba... Hanya kami bertiga sahaja.. yang lain ada urusan lain.



Sempat juga Kak shikin tapau Kek yang sedap ni dari Gloria Jean's. Beli di Komplek Kesihatan Wanita dan Kanak-Kanak, PPUM sebelum kami keluar menuju ke KFC


Kek ni tak manis dan ada pahit-pahit coklat yang rich.



Lihat, inilah segala patung matung yang ada kat rumah Oked sebelum ni. Hasil perkongsian gambar dari Huda pada pagi kejadian.


Pelanggan yang membeli.. Comel nya awak.. Jaga baik-baik ya patung-patung saya tu. Hasil jualan untuk patung pada hari tersebut RM9.00. hehehe jadilah.. 3 beradik yang kecik-kecik tu Huda jual RM1 each. Ada satu patung itik dia jual RM3. 

Ini adalah hari pertama jualan Car Boot Sale di situ, jadinya pelanggan pun tak berapa nak ramai.. Ok lah kan untuk permulaan. Pihak penganjur kena luaskan lagi hebahan untuk menarik minat orang mengunjung ke sini. 

So..

Sesiapa yang berminat nak jalan-jalan cuti mata dan poket bolehlah berkunjung ke jualan Car Boot Sale yang diadakan setiap sabtu bermula 7 Disember 2019 di DATARAN BELIA KAMPUNG BUKIT SUNGAI PUTIH, AMPANG




Banyak lagi sebenarnya barang-barang yang Oked nak clearkan... tapi dah janji dengan Onkel lori dari rumah kebajikan nak beri kat dia.. cuma belum berkesempatan nak uruskan semua tu..


Love, 

OKED!

Wednesday, 11 December 2019

MAJLIS DOA SELAMAT ENCIK LAN NAK PERGI UMRAH

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.


Hari ni ada Majlis Doa Selamat. 

Encik Lan, mantan staf yang telah bersara buat makan-makan di sini. Dekat betul hatinya dengan jabatan. Walaupun dah bersara masih aktif berhubung di dalam group WA. Oked sangat menghormati beliau macam Abah sendiri.

Mewah rezeki kami hari ni..




SEKSYEN SET KAMBING BAKAR [ biri - biri ]

Kambing bakar + gravy, kentang putar + gravy, salad mayo dan rimbunan salad segar


Eh sukalah rak pameran yang katerer guna ni..



Oked bukan penggemar, ambil saja dan rasa.. Kalau makan ni lepas 2 hari dunia akan berputar-putar 3 hari 2 malam.. jadi baki beri pada kawan lain.. Sedap tau!



SET LAUK PAUK

Nasi putih, ayam goreng berempah, sotong kunyit sayur campur, asam pedas ikan kembung, salad dan sambel bulacan..


My plate, tapi tak habis ikan tu. Pass to Kak Aishah.. hahaha tamak kenmain awal-awal tadi.. Semua pun sedap namatey! Cotong is my fav..!



Sambel bulacan yang best!



Air sirap tawar pun sedap guys.. sejuk yang segar. Fruit & Jelly Cocktail terbaik sungguh.. Ada juga set pemanis mulut kuih seri muka, popia sira pedas, kek batik, bubur kacang hijau dan buah tembikai




Encik Lan... somei kan dia.. 

Semoga perjalanan pergi dan balik En Lan dimudahkan. Dikurniakan kesihatan yang baik sepangjang mengerjakan ibadah umrah. Aaminnn...

Doakan juga moga kita semua pun berpeluang mengerjakan Umrah Dan Haji di usia muda...

Aaminnn..

Alhamdulillah... Happy tummy? Yes i am...

Love, 

OkeD!


Tuesday, 10 December 2019

APLIKASI SMARTSHOPPER

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.



Ehem.. Ehem..

Buat teman-teman yang gemar berbelanja barang keperluan di Hypermarket boleh la muat-turun aplikasi SmartShopper ni di hapek masing-masing. Sangat membantu dalam penentuan harga promosi. 

Best tau apps ni.. Oked sangat addict  dengan mende ni.. Ada masa bila apps ni error boleh jadi marah sendiri.. ape ni!


Mula-mula muat turun apps ni di Play Store.. aplikasi ni percuma.  Boleh daftar log in guna emel atau Facebook. Oked daftar guna emel. 




Lepas tu sentuh dekat icon brochures, taraaaaaaa nanti akan keluar leaflet macam ni banyak-banyak. Hampir semua hypermarket ada dalam ni dan semuanya up-to-date. Sentuh saja icon hypermaket yang kita nak untuk melihat..



Apps ni juga kita boleh buat favorite list. Contoh yang Oked buat list shopping bulanan. Dia akan alert kan kita kalau ada promosi untuk barang-barang yang dah kita simpan dalam list tadi. Tapi dah lama Oked tak guna list wish ni.. 



Leaflet pharmacy pun ada.. 


Sekadar perkongsian..

Pengakuan : Maaflah gambar panjang lagi.. haih, malas nak edit-edit..


LoVE, 

OkED!

Monday, 9 December 2019

CEKODOK PISANG TOMAN DAN BUAH PELAM TELOR JIRAN

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.


Patah balik cerita khamis lepas.

Ambil Kacak lewat juga waktu ni. Singgah pasar malam di Lestari Perdana 7. Hari dah nak gelap...

Terdetik pula nak buka pintu belakang intai pisang toman kita.



Hah hamik.. dah masak ranum. habis dah sesikat habuan tupai dan burung. 

Tengok keliling ada pokok yang layu. Baru teringat dah 4 hari tak hujan di Puncak Jalil. Dok harap hujan je basahkan anak-anak kat belakang ni. Sambil dok siram, sambil dok cakap dengan pokok. bebel apa tah sorang-sorang. Dok marah kat siput yang mula munculkan diri..

TIBA -TIBA


Dengar orang jerit... OIIII kak! hahahaha terperanjat OKed. Mujur tak melompat.. Tercatuk sorang mamat cina kat pagar luar.. dia punya gelak kat Oked macam tak cukup kiamat tau! hantu betul...

Lepas tu dia hulur 1 plastik pelam telur ni..... wahhh love love love.. dia kata kat depan banyak sangat tak termakan. wanginyaaaaa bau pelam.. tak dapat merasa lagi pokok sendiri.. tumpang yang orang beri.. dah masak semuanya, elok kuning oren nya.. getah pun masih basah lagi.. 

Sempat lah sembang-sembang. Dia tunjuk buah peria sulung yang pak dia tanam. tanya pasal pisang yang dah masak ni kenapa warna hijau.. bla bla bla.... eh dia ajak sembang macam dah kenal sangat... walhal ini baru pertama kali kami bersua. Selalu dengar pak dengan mak dia bebel mengumpat oked.. hahahahaah ( mungkin ). Depa bising kot sebab kebun oked kan banyak pokok, takut la yang panjang-panjang tu ker.. cara depa pandang pun kita naik seram.. huhhu.. tapi masa Oked sedekah pisang kenmain depa dua senyum lebar.. keh keh keh.. suke pisanggg eh onkel... 

" Onti, Onkel.. walaupun Oked tak faham apa onti dan onkel cakap tapi Oked tahu tau u ols tengah umpat Oked!" hahahaha 



Walaupun dah beli makanan kat pasar malam.. rasa sayang pulak pisang yang nak lekang tu.. Oked ambil la 6 bijik lenyek-lenyek, tambah gula dan garam sikit then tambah tepung.. 



Ingat nak buat tempek pisang.. tetiba tertuang minyak banyak.. herm.. kodok jelah jawabnya ha.. Oked tak suka ireng sangat luar kodok.. so ala-ala manis macam ni kan.. dan Kodok pisang style Oked mestilah kurang tepung supaya pisang tu rasa rich sangat. Tak retilah kodok yang cekang-cekang keras dengan tepung.. tapi Mak TOk kalau buat kodok suke cara begitu... jadi cucoq tepung.. 

Lepas tu dia bising anak-anak kurang makan cekodok pisang dia.. aterrrr udah buat macam gitu.. kena komplen la jawabnya.. hahaaha 


Love, 

OKED!