Assalammualaikum w.b.t.
Jumaat lepas nak jumpa Huda, nak pass 2 beg plastik besar patung dan teady bear. Daripada dok dalam tong kat rumah tu lebih baik Oked clearkan. Cadangnya Huda nak join car-boot sale berhampiran dengan rumahnya di Ampang.
Huda pun dah ditukar ke Jabatan lain dalam UM selepas dapat tawaran ke jawatan tetap. Sebelum ni beliau berstatus kontrak, bertahun jugalah nak dapat tetap tu. Bukan senang nak dapat waran tetap dalam kerajaan. Ada yang belas tahun kerja pun masih status kontrak. Syukur Alhamdulillah.. Walaupun sedih berpisah dengan kawan-kawan yang satu kepala.. hidup mesti terus kan?
Tak rancang sebenarnya kami nak dating bertiga ni. Tak tahu nak lepak mana pada mulanya. Kemudian datang ilham lepak KFC dekat INTAN saja. Senang nak masuk semula pejabat sebelum pukul 2.30 petang.
Bulan Disember ni adalah bulan kelahiran mereka berdua.. jadi Oked belanja la kepsi sempena bertambahnya usia meraka.. Kak shikin dan Huda kesayangan hamba... Hanya kami bertiga sahaja.. yang lain ada urusan lain.
Sempat juga Kak shikin tapau Kek yang sedap ni dari Gloria Jean's. Beli di Komplek Kesihatan Wanita dan Kanak-Kanak, PPUM sebelum kami keluar menuju ke KFC
Kek ni tak manis dan ada pahit-pahit coklat yang rich.
Lihat, inilah segala patung matung yang ada kat rumah Oked sebelum ni. Hasil perkongsian gambar dari Huda pada pagi kejadian.
Pelanggan yang membeli.. Comel nya awak.. Jaga baik-baik ya patung-patung saya tu. Hasil jualan untuk patung pada hari tersebut RM9.00. hehehe jadilah.. 3 beradik yang kecik-kecik tu Huda jual RM1 each. Ada satu patung itik dia jual RM3.
Ini adalah hari pertama jualan Car Boot Sale di situ, jadinya pelanggan pun tak berapa nak ramai.. Ok lah kan untuk permulaan. Pihak penganjur kena luaskan lagi hebahan untuk menarik minat orang mengunjung ke sini.
So..
Sesiapa yang berminat nak jalan-jalan cuti mata dan poket bolehlah berkunjung ke jualan Car Boot Sale yang diadakan setiap sabtu bermula 7 Disember 2019 di DATARAN BELIA KAMPUNG BUKIT SUNGAI PUTIH, AMPANG
Banyak lagi sebenarnya barang-barang yang Oked nak clearkan... tapi dah janji dengan Onkel lori dari rumah kebajikan nak beri kat dia.. cuma belum berkesempatan nak uruskan semua tu..
Love,
OKED!
menarik jugak sebab banyak jugak mainan aiyan yang boleh di jual, ultraman dia yang besar-besar tu masih elok lagi tapi dh duduk dalam rak je. Ada 3 ke 4 ketul, tak masuk lagi tedy bear masa zaman kecik-kecik...
ReplyDeleteKalau rajin kak dana join atau cari orang yang buat car boot sale ni.. dari tersimpan je boleh juga buat duit. Cuma biasanya jualan pre-love macam ni harga memang kaw-kaw rendah.. barang-barang saya ni, saya beri je kat kawan saya tu.
Deletekalo blh join syok jgk ni..
ReplyDeleteblh la sy jual novel2 sy.. haha
Boleh cari penganjur..
DeleteMesti meriah kalau ramai join
ReplyDeleteKalau di PUJ memang ramai.. Meriah setiap hari ahad.. Pengurusan pun bagus
Deletesaya pun byk juga mainan ni nak let go, tapi kat sini jrg ada bootsale
ReplyDeletetak cuba online?
DeleteMenarik juga let go barang yang ada dengan jualan carboot sale.
ReplyDeleteboleh cari mana-mana penganjur yang berdekatan rumah untuk join
DeleteSeronok pegi car boot sale mcm2 beg ado
ReplyDeleteteringat cerita toy story pulak bila baca pesanan dekat owner baru patung-patung tu
ReplyDelete