Assalammualaikum w.b.t.
Patah balik cerita khamis lepas.
Ambil Kacak lewat juga waktu ni. Singgah pasar malam di Lestari Perdana 7. Hari dah nak gelap...
Terdetik pula nak buka pintu belakang intai pisang toman kita.
Hah hamik.. dah masak ranum. habis dah sesikat habuan tupai dan burung.
Tengok keliling ada pokok yang layu. Baru teringat dah 4 hari tak hujan di Puncak Jalil. Dok harap hujan je basahkan anak-anak kat belakang ni. Sambil dok siram, sambil dok cakap dengan pokok. bebel apa tah sorang-sorang. Dok marah kat siput yang mula munculkan diri..
TIBA -TIBA
Dengar orang jerit... OIIII kak! hahahaha terperanjat OKed. Mujur tak melompat.. Tercatuk sorang mamat cina kat pagar luar.. dia punya gelak kat Oked macam tak cukup kiamat tau! hantu betul...
Lepas tu dia hulur 1 plastik pelam telur ni..... wahhh love love love.. dia kata kat depan banyak sangat tak termakan. wanginyaaaaa bau pelam.. tak dapat merasa lagi pokok sendiri.. tumpang yang orang beri.. dah masak semuanya, elok kuning oren nya.. getah pun masih basah lagi..
Sempat lah sembang-sembang. Dia tunjuk buah peria sulung yang pak dia tanam. tanya pasal pisang yang dah masak ni kenapa warna hijau.. bla bla bla.... eh dia ajak sembang macam dah kenal sangat... walhal ini baru pertama kali kami bersua. Selalu dengar pak dengan mak dia bebel mengumpat oked.. hahahahaah ( mungkin ). Depa bising kot sebab kebun oked kan banyak pokok, takut la yang panjang-panjang tu ker.. cara depa pandang pun kita naik seram.. huhhu.. tapi masa Oked sedekah pisang kenmain depa dua senyum lebar.. keh keh keh.. suke pisanggg eh onkel...
" Onti, Onkel.. walaupun Oked tak faham apa onti dan onkel cakap tapi Oked tahu tau u ols tengah umpat Oked!" hahahaha
Walaupun dah beli makanan kat pasar malam.. rasa sayang pulak pisang yang nak lekang tu.. Oked ambil la 6 bijik lenyek-lenyek, tambah gula dan garam sikit then tambah tepung..
Ingat nak buat tempek pisang.. tetiba tertuang minyak banyak.. herm.. kodok jelah jawabnya ha.. Oked tak suka ireng sangat luar kodok.. so ala-ala manis macam ni kan.. dan Kodok pisang style Oked mestilah kurang tepung supaya pisang tu rasa rich sangat. Tak retilah kodok yang cekang-cekang keras dengan tepung.. tapi Mak TOk kalau buat kodok suke cara begitu... jadi cucoq tepung..
Lepas tu dia bising anak-anak kurang makan cekodok pisang dia.. aterrrr udah buat macam gitu.. kena komplen la jawabnya.. hahaaha
Love,
OKED!
Sedapnya cekodok pisang tu ha...lama tak makan...
ReplyDeletekalau beli kat luar asik kena tak best je.. buat sendiri puas hati makan kan..
Deleteoked ni orang mana boleh cakap jawa tuh....
ReplyDeleteadat berjiran kan., geram lak nengok buah pelam kuning gitu... comel tapi buah dia tu cantik betul...
sedapnya nengok cekodok pisang tuh
Saya mix banyak kak.. Arwah tok sebelah mak (embah ) jawa Bagan Dato', Arwah Tokwan orang Penang, Kg Sungai Sembilang.. Lahir dan membesar di Chenderong Balai, Teluk Intan.. Belah Abah pulak asal Yan, Kedah.. Penang boleh cakap, Kedah pon terer. Perak pun buleh.. Jawa je tak mahir nak balas.. Tapi kalau dengar orang sembang boleh paham.. jawa totok gitu ha.. hehehe
Deletea'ah la , saya pun tertanya kak oked orang macam . Sebab ada ayat perkataan yang saya tak faham . N then ada yang dialog utara . Kalau dialog utara tu saya master la , sebab mak ayah saya asal dari sana .
ReplyDeleteSama , saya pun tak suka yang ireng sangat cekodok tu , ada setengah orang suka yang ireng-ireng .
Macam mana saya menulis macam tulah cara bercakap.. hahaha.. hantam keromo saja..
DeleteKalau gelap gelita luarnya tu ada rasa pahit-pahit manis.. boleh buat tekak saya tak selesa nanti.. tu yang tak suka..
Akak sukak seng ireng..hehe
ReplyDeleteDan isi pisang mesti lebih, baru sdp mkn 😋
lama tk mkn cekodok tu..sedapnya
ReplyDeletebukan mengumpat, tengah admire kebun oked tu. hehe
ReplyDeletehehe..kena belajar bahasa dorang lah camtu baru tahu ngumpat ke tidak. Bagusnya jiran bagi buah pelam. Sedap tu makan yang masam ranum tu. sedap juga cekodok ni ha.
ReplyDelete