Tuesday, 23 October 2018

REZEKI DARI SAHABAT

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah.. 

Sarapan hari ni di taja oleh Kak N.









Nasi lemak sambal Sotong pilihan sahabat OKed







Oked pulak ambil nasi goreng + kuah sambal sotong + timun.. 
















Sambil borak, ada saja yang dibualkan kami..

















Ini pula pemberian Kak N, masa berselisih waktu balik kerja semalam. Sempat lagi berbuat pahala sambil-sambil jalan. 
















Rasa bahagia dikelilingi orang-orang yang baik dan sayang kita kan?
Moga rezeki kak N dan anaknya melimpah ruah.. Juga kesihatan yang berpanjangan..

Aaamin...

LOve,
OKed!

Monday, 22 October 2018

TANAH DARI KEBUN BAHAGIA BERSAMA

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t

Dari jumaat lagi dalam kepala dah rancang nak membeli tanah dengan Kak Diana Kebun Bahagia. Minggu lepas tak boleh dapat sebab tanah takung air, kan musim hujan sekarang ni. Oked memang suka beli tanah dengan kak D. Kak D bekalkan tanah hitam. mungkin tanah bakar kot. Alhamdulillah, sihat-sihat cacing dalam pasu Oked tau.. sekali korek tu dia.. bukan main gemok-gemok depa ni. Rasanya ini kali ke-4 Oked beli tanah dengan beliau.


Murah je tanah yang kak D jual ni. Satu bag RM5. Berat OKed tak tahu. Tapi boleh terkehel jugak la belikat kalau nak angkat 1 bag ni. Biasa 1 beg macam ni boleh dapat 3 atau 4 pasu untuk saiz biasa tu. Kalau kotak polyestrine sederhana boleh dapat 2 setengah kotak. Biasa oked campur dengan cocopeat hancur dan tanah sawit sikit. kalau tanah sawit dengan cocopeat tak ada stok oked guna je tanah ni 100%. Cuma dalam tanah ni ada jugak sikit benda asing macam kaca, besi, batu, bekas-bekas plastik. kena buanglah masa kita proses tu.
PISANG RAJA UDANG

Beli tanah dapat free gift ini. Seumur hidup ni baru dapat rasa dia. Sebelum ni nampak kat google dan group je. Sedapnya pisang ni. Manis + lemak dan wangi. Kenyang kalau kena sebijik. 
Gemok dia tu sama macam jari kita ni.. hahahaha

YUmmeh!
Oh ya sempat juga Bapak bawak pusing ke nurseri di Sungai Buloh.. Walaupun masa kami pick up tanah di Merbau Sempak tu hujan lebat ya amat. Saja cuba nasib kot-kot la di nerseri sana hujan dah berhenti. Alhamdulillah, usai di Sungai Buloh tu, hujan rintik-rintik saja. Oked memang dah pasang niat, beli herba yang nak saja. Jangan shopping pokok-pokok lain. Singgah pun 1 kedai je sebab hujan kan. Maka, niat terlaksana.. hihi. 3 Jenis yang dipinang. Cari cili padi kampung tak ada stok, jadi ambil mereka ni.. total RM10 untuk ketiga-tiga nya. 

CILI BESAR 

KETUMBAR JAWA

SELASIH


INI UNTUK HALAU PEROSAK KITA CUBA JELAH.
RM17.00


LOve, 

OKed!

Sunday, 21 October 2018

RENDANG DAGING PUDING BELACAN

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t


Masa beli dulu keding dan kedekut pucuk. Tak tahu berapa kali dah ubah dia ni. Kejap kat laman depan kejap kang laman belakang. Lepas tu depan. End up letak balik kat belakang. Tuan merajuk dah malas nak peduli kat dia. Dalam 2 bulan ni, eh naik elok pulak pucuk dan daun. Belalang pun tak kacau. Berkilat-kilat daun. 

Close up Daun yang santik ni

Pertama kali cuba buat rendang campur puding belacan ni. Daun puding tu tak pengaruh apa-apa rasa dalam rendang pun. Tapi nikmat tu waktu kita kunyah daun puding tu, macam kenyal-kenyal sikit. So far ok saja dengan tekak Oked. Bapak pun cakap sedap rendang ni tapi dia tak jamah pun daun puding tu.. PELIK katanya.. hahahaha


Semaian baru ni kena kacau dengan bena putih. Geram betul Oked! Lepas tu oked letak sisa kulit bawang merah dan bawang putih dekat perdu.. lepas 3 hari clear terus.. bena gone dan baru yakin nak buat masak.. heeeee

Kalau buat sup, memang oked akan masukkan sebatang sebatang daun sup ni. Kalau di potong-potong macam selalu orang buat tu, alamat kena bebel la dengan bapak. Anti betul dia kalau tergigit daun sup.. hahahahah.. dia lagi pelik kan?

LOve,
Oked

Saturday, 20 October 2018

PUCUK ULAM-ULAMAN

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t



Si Kacak masih lagi dedar badannya, batuk dan selesema. Kak A dah plan cuti petang. Puan F pula oked sangka akan sambung bercuti. Takut-takut di pulau kami takda staf yang akan ganti, jadi buat keputusan untuk kerja juga hari ni dan bawak Si Kacak ke pejabat. Harapnya tiada cabaran dari bulat oked ni. Ada la sejam bertahan, lepas tu dia dah mula macam-macam perangai. Tak boleh jadi ni, mujur la Puan F benarkan oked ambil cuti. Tak tunggu lama.. terus balik. Dia punya drama dari dalam lift sampai ke rumah.. Ya Tuhan... mak dia dah naik hantu dibuatnye. Sampai je rumah bagi dia tidur.... LEGA!



























Sementara dia tidur tu, mak dia pon melawat la kejap kebun depan dan belakang. Musim hujan ni segar je pokok-pokok yang ada. Lada hitam ni nampak macam nak keluar kudup buah. Besar harapan nak rasa lada hitam fresh. Kudup sulung ni..



Ini pokok kemangi @ lemon basil. Semai ramai-ramai, yang naik besar satu ni je. Tapi itulah ha, kena serang dengan ulat hitam ni. Oked memang tak pandai nak meracun ke baja ke sebab fobia pokok mati.. hahaha.. dah kutip buang pun masih ada lagi..

Habis pucuk-pucuk dia jadi lagu ni

Pokok Kacang Botor @ Kacang Kelisa ni asalnya ada 3 pokok yang naik segar dan merimbun cantik. Lepas tu OKed gatai tangan pi alih ke tempat baru. Mengemas kebunlah kononnya. Masa nak alih tu rupa-rupanya akar dah masuk tanah. Lepas 2 bulan akhirnya 2 pokok kering dan mati. Tinggalah yang sepokok ini. Mujur tak merajuk. Hadiahkan oked Bunga dan bakal buah. Yeay!


Bunga Kacang Buncis.

Lagi...

Dan lagi... 
Pucuk Putat jenis Merah

Pucuk Cemumar @ Cemumaq

Pucuk Lemak Ketam @ Sepit Ketam

Pucuk Salam

Pucuk Kari. Cantik naiknye lepas cantas bagi botak.. hahaha

Budak Beluntas ni pun dah naik pucuk baru,  lepas cantas habis

Baru belajar berbuah. Jadilah buat basuh ikan ayam untuk tuan dia..

Musim hujan ni.. memang seronok tengok pokok-pokok kita jadi segar. Tapi ada juga jenis pokok yang tak tahan air. Kita kena alih sebelum mudarat.. cinta pokok punya pasal sanggup sakit-sakit belakang. Bapak geleng kepala.. hahahaa


LOve,
OKed!

Saturday, 26 May 2018

BUNGA DI LAMAN HARI INI

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t

Kita up gambar jelah ye, puasa-puasa ni kurangkan bercakap.. ehhh menaip..!




Bunga Telang Selapis



Bunga Cekur 



Bunga Terung Mini Thai



Bunga Peria Besar



Bunga Spider lily dah nampak kudup - Belum Kembang lagi



Love, 

OKed!






TERUNG ASAM SABAH @ SARAWAK

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t

Punyalah teringin nak rasa terung ni. Maka ada rezeki beli dengan kak Diana Kebun Bahagia Bersama. Semai 10 pokok terus... Alhamdulillah semua bercambah.



03/03/2018 - Dari sepuluh 5 yang cepat membesar dengan cantik.



Antara yang bantut.. hehehe


11/03/2018 - Yang mana bantut kita korbankan. 


14/04/2018 - Kita keep 2 pokok, 3 pokok lagi beri pada Tok Mi.




Sehat!


Tak pasti pokok ni jenis tak tahan panas ke? Layu je bila kena panas pagi petang


Kita pun gigih la alih pasu setiap hari.. sayang punya pasal!



26/05/2018 - Herm, Sayang sangat pun, kalau bukan rezeki.. maka tak merasa jugak kan?


Love, 

OKed!

Friday, 25 May 2018

SAYUR VIRAL BAYAM BRAZIL

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t

Selalu tengok orang post cerita bayam brazil ni dekat group kebun, baik kampung mahupun bandar. Oked cemburu ya Tuhan!

Dalam dok cemburu tu.. takda niat pulak meneruskan pembelian online.. entah kenapa... Pelik juga..


Satu hari tu, sajalah ajak Bapak pergi ke ekspo di Taman Warisan Pertanian, Putrajaya. Sebenarnya saja nak window shopping tengok apa yang menarik dan berniat nak mencari pokok Temu Pauh.


LAstday, Penjual cakap hari ni tak bawa pulak stok temu pauh... Alahai bukan rezeki. Tak semena-mena mata terpandang bayam brazil nan sebekas... Mata dah berair-air sinar minta perkenan Bapak.. hihihi.. Bapak bagi green light lah! 




26/04/2018 - Ubah ke pasu dapat 5 pokok






21/04/2018
Geram tengok dia, kita petik masuk kuali. Bikin tumis belacan...Ranguplah sayur ni, tak berlendir... gila sedap!



Ambil daun je, batang-batang kecik tu kita semai balik... tengok jadi ke tidak!



04/05/2018 - Cepat naik pucuk semula. 
Ini gambar induk yang kita dah belacan minggu lepas




Love, 

OKed!