Friday 20 December 2019

PUSAT PENGHAYATAN ALAM WETLAND, PUTRAJAYA

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.


Baru punya kesempatan nak masukkan entry pasal ni.

Bulan lepas adik lelaki kahwin. Balik dari kenduri sebelah pengantin perempuan di Putrajaya, Adik Ipar lelaki ajak ke Pusat Penghayatan Alam Wetland.

Ooooo ada ke?

Maka berbondong-bondonglah kami ke sana. Teruja jugak nak tahu best ke tidak. Masa nak masuk ke sini kami ada sedikit gusar, betul ke jalan yang waze  bawa ni. Laluan yang sunyi dan tak ada satu pun kereta yang selisih. Jalan ikut belakang kot.



PINTU MASUK

Lega, akhirnya jumpa tapi pening juga sebab takde penunjuk arah untuk parkir kereta. Berpusing-pusing 2, 3 kali.



WAKTU LAWATAN



SI TUAH, dah boleh cari calon menantu ni.


Laju budak-budak ni berenang. 



Ruang lobi ada satu kolam kecil, banyak juga ikan dalam ni.. sihat nampak gayanya.



Boleh la,  boleh laaaaa...



Bila masuk ke dalam, tercengang juga. Gelap betul laluan ke dalam. Di kiri kanan ada pameran dan video. Ada juga video motion. Banyak juga susut yang tak available. Budak-budak seronok la main. Ada sedikit ikan-ikan yang dipamerkan dalam akuarium.



Jenis-Jenis Ikan



Jenis -Jenis Burung



ARAS 1, Ruang Edutainment dan sudut Info.

Ini di tingkat atas. Pusat sumber ini berbentuk bulatan dan luas. Ada pelbagai informasi tentang haiwan dan tumbuhan. 



Mak memang tak pandai la nak ambil gambar bagi jadi real.. asal buleh jelah ye anak-anak



Anak-anak dah mula bosan, tapi mak yang lebih-lebih mengutip ilmu



SUDUT INFO

4 unit destop diletakkan di sudut ini. Hanya 1 sahaja yang boleh guna, itu pun hanya untuk note panting. Apa tujuan sebenarnya, Mak have no idea..Belah kanan tu rak buku-buku untuk bacaan tapi.. hurmmm sedih...



Ada satu sudut game untuk bereksperimen. Tapi sampai ke sudah tak paham. Apa yang ada, apa yang jadi? Apa pun tak keluar.. hahahaha 

KECEWA tau!




Apabila misi sebenar games ini gagal.. maka Armel Nayla jadi mangsa ekperimen dengan kamera... Aduhai!

Sepatutnya ada lagi satu aras bawah dimana kita akan lalui Corridor Walk dan Cineplex tapi masa kami pergi tu, aras bawah ni ditutup bagi tujuan penyelenggaraan. Tak dapat la kami tinjau apa yang ada di bawah.


PENILAIAN OKED

Masa kami pergi ni bertarikh 9 November 2019. Pusat ni sangat tidak terpeliharan dan tidak diselenggara dengan baik. Banyak sudut yang dah rosak dan tidak berfungsi. Rasa-rasa Oked lah kan,  masa mula-mula pusat ni dibuka mesti best dan cantik kan?

Mungkin juga kekangan budget buatkan pusat ini terbiar begini.. sayangnya...

Apa pun Oked masih dapat kutip ilmu di sini. 


LovE, 

OKED!

16 comments:

  1. masa gi Putrajaya CNY hari tu x sempat singgah di Wetland ni.

    ReplyDelete
  2. SA x pernah sampai lagi kat sini..sayang la kalau tempat yang boleh timba ilmu untuk anak- anak ni tak di selenggara seeloknya..

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam. wah bestnya ni. belum pernah sampai kat sini. penah pi ke putrajaya sekali tapi kat PICC ja :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat masa ni, tak terjaga pusat ni.. tak ada yang menarik sangat

      Delete
  4. hari tu pernah pii sekali tutup laa pulak hehe :)

    ReplyDelete
  5. sayangnya pusat penghayatan ini tak terjaga, yelah bila tak terjaga dan tak banyak info yang baru kita pun jadi malas nk datang or rekemen orang untuk datang sini... sayang betul kan

    ReplyDelete
  6. Hmm..tempat2 pameran camni selalu tak diselenggara dgn baik. Tak cukup bajet mungkin..

    ReplyDelete
  7. masalah Malaysia adalah suka membina tapi tak suka menjaga.. hotel2 pun cam tu.. sedih sangat kan.. rugi je.

    ReplyDelete
  8. Menarik.. boleh la pegi nnti

    ReplyDelete
  9. pusat macam ni mungkin patut dikenakan bayaran. Tak banyak sikit, bolehla guna untuk maintenance

    ReplyDelete
  10. As salam. Abam Kie ingin menjemput Che Puteh join GA yg lumayan di bawah jika berkelapangan. TQ.

    http://www.zukidin.com/2020/02/giveaway-wang-tunai-rm1000-by-mamapipie.html

    ReplyDelete
  11. Salam Lebaran,

    Akhirnya dapat kemas semula blog Kebun Bahagia Bersama dah setahun bersawang.

    Anak-anak pula poke suruh try buka YouTube channel Kebun Bahagia Bersama,

    https://youtu.be/bS1_RreDSyc

    Kalau berminat boleh subscribe... Hehehe...

    Hubby hujung2 minggu ni dah ada di Sungai Buloh kalau stok tanah bakar dah takde hehehe....

    Keep it up!
    HAPPY BLOGGING!

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
    MAAF ZAHIR BATIN.

    ReplyDelete
  12. hi..cantik blog.. bw here done follow, follow me back :)

    ReplyDelete