Assalammualaikum w.b.t.
Sebab dah terjumpa gambar ni, meh la kita buat satu entry.
Kisah bawang goreng campur sebagai penyedap nasi panas.
Bahan-bahan:
- Bawang merah @ bawang besar
- Bawang putih
- Halia Muda @ halia tua
- Cili padi @ Lada hitam
Nampak tak beza bawang china dengan bawang india. Bawang yang merah gelap tu bawang china, memang nampak cantik. Tergoda je dengan kulit dia yang licin mutiara tu. Tapi bawang cina ni banyak air. Tak sesuai untuk buat bawang goreng sebab kena goreng lama sikit dan tentunya hasil dia hampir rentung walaupun guna api perlahan. Tapi kalau buat sambal ke ok, cuma apa OKed perhati kalau guna bawang cina sambal kita akan lebih gelap.
KIRI adalah bawang China, KANAN adalah bawang India
Disebabkan masa kejadian tu ade bawang ni je ada kat Giant ( musim kot ) Oked belasah jelah. 2 ketoi bawang India tu yang last ada kat rumah. Masa dok mengupas dan hiris bawang cina ni, satu rumah menangis.. ahahahah kena bebel dengan Si Kacak. Ya Allah, naik pedih mata dengan hidung dibuatnya.
Lepas dah siap ricih bawang, kita ricih pulak bawang putih 2 labu (ikut selera masing-masing lah). Siapa yang tak tahan pedar jangan bubuh banyak ye bawang putih ni. Kemudian boleh ricih halus pulak halia muda. Oked suka halia, jadi memang akan buat banyak. Untuk pedas boleh tambah cili padi yang di hiris juga. Oked ikut selera masa tu, kadang tambah cili padi. Kalau tak ada Oked campur je dengan lada hitam sebijik-sebijik tu. Setiap bahan kena goreng asing-asingkan ya supaya garing sekata.
Bawang merah tadi memang terlajak hitam la cerita dia.. ahahah. Bawang putih pula jangan terlalu garing ya, sitit-sitit je perang dia, nanti pahit! halia pun warna lebih kurang bawang putih tadi. Tos dan sejukkan dulu. Biar minyak betul-betul dah serap habis ke tisu.
Bila dah sejuk, satukan mereka dalam balang ni. Sengaja Oked lapik tisu dalam balang supaya baki minyak masih boleh diserap. Tapi kalau nak simpan lama, lepas sehari keluarkan tisu semula kalau tak nanti bawangan kita ada bau dan rasa kertas. Menyesal tak sudah.
Watak sampingan ni kegemaran Si kacak. Umur baru 4 tahun, selera macam mak-mak.. hahaa tapi kalau untuk dia takdelah Oked cubit isi beria-ria. Cuit sikit dan gaul dengan nasi bagi ada rasa je.. Kalau biar dia yang buat, mau sekor ni dia ratah gitu je..
Fuh fuh fuh... Sapa geng Oked sini?
PEKASAM KAK NORMAH
Sebelum menetap di KL ni memang Oked tak pandai makan ikan darat. Abah kami tak makan ikan darat maka berjangkitlah satu rumah. Ikan darat memang tak boleh masuk rumah kami dulu.. hahaha. Sejak dok KL ni segala mak nenek jenis makanan pun ada. Awal-awal dulu semua Oked tolak. Mamak pun tak boleh masuk. Kalau ikut lepak mamak pun Oked hanya order air kotak atau tin sahaja.
Lama-kelamaan makin tua ni Oked teruja nak cuba semua jenis makanan yang baru kenal. Dia punya cuba tu sampai ada yang jadi fav. Termasuklah pekasam Kak Normah ni. Ekceli bukanlah Kak Normah yang buat. Pekasam ni orang kampung Kak Normah yang buat origin Lenggong, Perak. Fresh dan sungguh sedap. Ada juga Oked cuba pekasam yang lain.. Herm.. nampak gaya OKed hanya boleh makan pekasam Kak Normah saja.
Kalau dapat ni bukan sekali dua je dok ulang makan.. Mau 5, 6 kali sampai ke malam..
Apeni..!
Love,
OKED!
betul lah bawang cina yang pepel tu akak tak minat sangat sebab kalau masak warna dia turun, akak prefer bawang india tuh... cumanya bawang cina tu rupa cantik la kan...
ReplyDeleteish-ish sedap nya bila dah digoreng gitu... boleh bertambah makan kalau guna... bahaya-bahaya, tapi rajin beno oked mengoreng banyak-banyak elok je lak tu
boleh tahan anak bujang oked tu reti makan ikan pekasam yek, memang boleh bertambah selera dengan ikan pekasam ni kan
Itulah, rasa sambal pun kena adjust lebih sikit kalau guna bawang cina tu
Deleteammi prefer bawang india sbb yg china tu tak suka color dia mengganggu warna masakan.
ReplyDeletepastu yg dihiris2 tadi tu mmg takyah campur garam halus ke bagai yek? rasa nak try buat gak ni.
Masa beli ni rata-rata pasaraya dan pasar jual bawang cina.. katanya masa tu india banjir..
DeleteOked tak campur garam. Terus goreng macam tu je
Adehhh... sedap tu, pekasam...tak boleh selalu ada dalam rumah nanti tuan rumah asyik terlajak nak makan...
ReplyDeletetu yang boleh ulang sampai 5 , 6 kali tu.. berhantu.
DeleteSedap weh pekasam dgn bawang goreng. Makan dia saja pun sedap dah.
ReplyDeletesaya dengan roti pun jadi kak mala.. hahahaa
Deletewaalaikumussalam. goreng ikan pekasam dan letak bawang banyak2, oh my favourite ^_^
ReplyDeleteAda yang suka bawang goreng basah-basah.. saya lebih suka garing dan tak berminyak
Deletewaduhhhh.. ikan pekasam? bestnyaaaa..
ReplyDeleteikan pekasam makan dgn nasi panas2, fuh terbaik!
ReplyDeleteIni lauk bahaya ni...maunya makan bertambah- tambah ni..lepas tu baru menyesal kat tepi bucu katil...
ReplyDeletepekasam ni buat makan nasi x ingat donia ni..hehe
ReplyDeleteTakpenah fikir naknketak.halia. boleh dicuba nnti
ReplyDeletelauk simple ni kalau makan bertambah-tambah nasi
ReplyDelete