Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum w.b.t.
Cuti Maulidur Rasul lepas, kami dapat pelepasan merentas negeri. Masa submit tu tak yakin pun lulus. Garang bukan main cip yang kat pondok depan tu ha.. keh keh keh
Sepupu Brader Leb akan menikah pada hari Jumaat Jam 10 pagi. Kami bertolak hari khamis jam 1 petang. betul-betul ikut macam dalam permohonan. MAsuk ikut tol Kajang, tapi polis tak tahan pun, maybe sebab nampak kami berdua je dalam kereta dari jauh. Dia lambai suruh teruskan perjalanan.
3 jam perjalanan kami pun sampai dekat segamat. Sebahagian keluarga dah pun sampai awal dan tunggu kami di Kedai makan Nasi Ayam Mustafa Segamat. Boleh tahan terkenal juga kedai ni. Masih ramai yang tengah makan walaupun jam dah pukul 3 lebih.
Akibat kelaparan, macam biasalah kami mesti order ayam extra. Sekali sampai..hah kau. Bukan main besar portion ayam nye pun. Brader kate tak apa ambil je. Adik tu dah ready nak cancel order. Pergh, bau dia jangan cerita la.. memang best!
Lepas dah kenyang kami pun dibawa pulang ke sarang untuk bermalam. Wow! yaaaa besar yakmat rumah ni. Rumah end lot type. Risik-risik, rupanya tuan rumah adalah founder seraimas. Bakal isteri pengantin kami staf kepada founder. Dapatlah rate harga murah sikit. RM500/night. Harga sebenar Oked tak tahu..
Meh kita melawat sikit dekorasi rumah ni..
Ini bilik kami. Dalam rumah ni ada 5 bilik. Satu di tingkat bawah kat atas ada 4 bilik dan 1 bilik khas untuk surau dan bilik baju [ dalam 1 bilik ] . Semua bilik sangat luas dan selesa.
Malam kami makan kat luar ramai-ramai. Main terjah je. Asalnya nak bungkus makan kat rumah. Atas permintaan pengantin akhirnya kami makan kat luar. Tak ingat nak snap gambar kedai. Semua masakan dia sangat sedap [ kedai siam ] dan sampai ke hari ni... Oked masih teringat-ingat kerang bakar dengan sos ni.. Paling sedap ever i pernah makan!
rumah tu duduk ber2 je atau ada family lain lagi'? besar betul dan memang dia buat gaya hotel semua bilik ada bilik air memang selesa lah sangatnya...
ReplyDeleteberpadanan lah harga sewa tu dengna rumah itu dan segala fasilitinya..
tahniah buat pengantin
Besar betul rumah. Selesa untuk penginapan.
ReplyDelete