Tuesday, 29 October 2019

TUAH KENA BENGKAK CANTIK

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.


Jumaat petang yang lepas, dapat call dari warden kata Tuah mak ni kena beguk. OPssss! orang dulu-dulu pantang sebut beguk.. nanti jangkit! hehehe.. Boleh tahan dia punya kepercayaan tu dibawakan? Jadi kalau tak boleh sebut beguk nak sebut apa... ha ni nama dia.. BENGKAK CANTIK.. gittew.. sebab apa panggil bengkak cantik.. no info, maaf..

Dalam 2, 3 bulan lepas ada baca posting di FB kak NOrAinon Othman pasal serbuk biru yang digunakan untuk sapu dibahagian yang bengkak tu. Oked macam.. laaaaa betoi ka ni... Selama ni yang dok faham campur serbuk nila dengan cuka, kalau takde boleh guna ujala ( nila cair ) . 

Oked pernah kena masa umur 4, 5 tahun macam tu. Arwah tokwan ambil sarang angkut-angkut yang ada dekat dinding rumah. Rumah kampung separuh batu separuh papan. Tokwan campur dengan cuka.. Ya Allah, busuknya... tapi lega bila disapu, sejuk je.. 




SARANG ANGKUT-ANGKUT 
- Sumber gambar dari FB

Sarang depa ni angkut dari tanah liat. Sepanjang 13 tahun dok di Lembah Klang ni, belum pernah nampak angkut-angkut ni buat sarang di rumah. Tinggal bukan kawasan yang ada tanah liat barangkali. Seingat Oked, remidi ini bukan lah untuk menyembuhkan, lebih kepada untuk mengurangkan sakit. Bengkak yang kita alami tu panas, jadi bila disapu tanah liat ni yang sifatnya sejuk maka sakit tu akan berkurang. Kenapa cuka.. pakai air biasa tak boleh ke? hehehe Oked takde jawapan yang itu.. Petua orang lama, selagi tak mudaratkan.. boleh je kita guna.. kan?



INILAH SERBUK QING DAI - Serbuk yang disangka serbuk nila tu. 

- Sumber gambar dari Kak NorAinon Othman



SERBUK QING DAI

- Sumber gambar dari Kak NorAinon Othman

Tulisan ini saya copy dari FB Kak Ainon:

Tauke kedai lelaki tanya sama ada pesakit dah jumpa doktor ke belum. Saya kata dah jumpa dan nila ni sekadar ubat sapu bagi surutkan bengkak di leher.

"Oh... kalau sakit ini, ada ubat sapu. Ramai orang ingat kalau kena sakit ini elok sapu dengan nila. Sebenarnya bukan guna nila," katanya sambil tunjukkan ubat serbuk yang namanya Qing Dai.

Katanya, ubat sapu ini diperbuat daripada ramuan herba atau tumbuhan, jadi tak perlu was-was menggunakannya sebab tak ada sumber haiwan.

"Tapi sejak dulu, memang orang gunakan nila serbuk sapu pada beguk," kata saya. Dalam hati terfikir takkan selama ni petua nenek moyang yang diamalkan turun temurun tu salah.

"Ubat sapu ini nanti you campur dengan cuka makan supaya mudah lekat bila disapu pada leher," katanya.

Murah je harganya. Sepeket rm3 (10 gram). Lepas tu saya balik dan cari info di google.

Hasil pencarian, saya dapati :

Qing Dai (Indigo Naturalis) kumpulan tumbuhan yang menghasilkan warna biru digunakan secara tradisional untuk mengatasi masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema.

Antara tumbuhan itu ialah Chinese Indigo / Japanese Indigo (Persicaria tinctoria), Baphicacanthus cusia, Isatis indigotica dan Indigo tinctorium. Sifat tumbuhan biru ini sejuk, jadi ia membantu menyingkirkan panas dalam tubuh, radang mulut dan sakit tekak, batuk, beguk, demam panas, sawan, tonsil, gigitan serangga dan patukan ular. Ia juga digunakan sebagai pewarna biru semula jadi untuk makanan, rambut, ubat gigi, krim/salap, fabrik jeans dan bahan untuk produk penjagaan kulit.

Nila serbuk pula dihasilkan daripada tumbuhan Indigofera tinctoria @ true indigo.

Tinggi tumbuhan ini mencecah dua meter, daunnya seperti daun turi/geti dan berbunga merah jambu. Warna biru dihasilkan daripada ekstrak daunnya. Ia juga digunakan untuk merawat pelbagai penyakit seperti sawan, asma, bronkitis, sakit perut, bengkak, luka, darah gemuruh. (Banyaklah lagi. Malas nak taip 😂).

Kesimpulannya, petua penggunaan nila untuk sapu pada beguk sejak zaman nenek moyang tu ok je sebab nila pun diperbuat daripada tumbuhan herba.

- Sumber tulisan dari Kak NorAinon Othman.


ooooo. ok dah faham.. boleh je guna nila kan?

Marilah kita simpan gambar kenangan teruna sulung Oked ni..



Hari kedua, bengkak masih kecil di sebelah tepi bawah dagu


Oked kena dulu sebelah je.. anak bujang ni naik kiri kanan.


Kacak ni memang bengkak tak surut-surut macam mak dia.. hahaha. Mami ambil gambar Along, dia pun hingin juga.. Selagi tak ambil, bising!


SEBELAH KIRI 

Hari ke-4 bengkak semakin besar, mujur tak demam teruk. Dedar saja badan. Masa Oked dulu, seminggu lebih demam, selagi bengkak belum surut.


SEBELAH KANAN


SZECHUAN PEPPERCORN - RM4 / 30g

Ini tiada kaitan dengan bengkak cantik. Kebetulan dah masuk kedai sensei kan.. sajalah cuba nasib tanya ada jual tak szechuan pepper ni. Pernah usha-usha di LAZADA dan SHOPEE, mahalnya plus takde packaging yang kecil. Tabib pesan, masuk sikit saja tau, jangan banyak. Pedas dia tak boleh tahan. Pedas jenis menyengat. Tak boleh bayang tu macam mana.. mungkin macam wasabi kot. 

Sebenarnya dah lama Oked mencari, sebab suka tengok Liziqi masak guna bende ni. Tapi dia pakai yang fresh la kan.. Ada nampak kawan-kawan cina masak guna ni. Takpe kita beli je dulu, masak bila-bila pun buleh kan? mende dah ada.. hahahahaa 


Masa jumpa doktor Sabtu lepas, Tuah habaq dia orang ke-10 yang kena.. Hari ni di what's up group sekolah Tuah meriah dengan gambar MC anak-anak. Ingatkan Chicken Pox saja cepat viral. Mungkin cepat merebak sebab anak-anak ni berkongsi bekas minum dan makan bersama dalam talam. Doakan anak-anak ini cepat sembuh ya.. Boleh cepat-cepat masuk kelas semula.. Lama-lama tinggal nanti lupa...

Mujur hari ni Brade Leb off, So kena la mengasuh 2 beradik tu kat rumah. Nak hantar rumah Ibu risau juga.. jangkit dengan anak asuhan lain.

Pangjangnya tulis,



LOVE, 

OKed!

27 comments:

  1. Semoga dikurniakan kesembuhan denga kadar segera.
    Mrs. A pun tahu cuka campur nila tak tahu pulak Qing Dai tu hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, selama ni ingat nila saja. Susah dah nak dapat nila serbuk kat kedai-kedai.

      Delete
  2. moga cepat sembuhla hero2 akak tu

    ReplyDelete
  3. semoga cepat sembuh..ammi masa dah kerja baru tau yg beguk ni boleh berjangkit.
    patutlah budak2 kecik kene amik injection MMR tu..

    ReplyDelete
  4. masa kecik2 dulu pernah kena beguk ni..mak guna nila jg..

    akk pun suka tgk youtuber Liziqi..suka tengok kwsn rumah & kebun2 dia..very soothing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh, tenang je.. kalau lah dapat kawasan bukit dan tanah macam tu.. memang saya tinggal semua yang ada kat bandar ni.. hahaha..

      Delete
  5. pengaruh sangat kan liziqi tu. khusyuk kita tengok youtube dia, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, lepas tu berangan.. kalaulah.. kalaulah.. hehehe

      Delete
  6. nila tu memang selalunya orang sapu untuk bengkak cantik ni kan OP, sarang angkut2 pun mak kak ana pernah bagitau ada kegunaannya cuma tak ingat, mungkin juga untuk bengkak cantik ni kut..semoga cepat2 sembuh hendaknya,Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sarang angkut-angkut sama juga. Tujuan untuk melegakan [baca : kurangkan] sakit yang bengkak tu, rasa sejuk je dan Kalau kita sentuh bengkak tu walaupun lembut terasa sakit dia. so mungkin dengan letak tanah ni ada barrier sikit la kalau tersentuh.

      Delete
  7. jadi selama ni bukan nila ke yang orang guna tu ? hahaha tahun nak masuk umur 30 da tapi tatau pun bukan nila sebenarnya wakaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga guna nila serbuk tu sebab kandungan pun asal dari tumbuhan. Tapi kalau ujala yang cecair tu saya tak pasti. Payah dah nak dapat nila serbuk sekarang ni. Samalah, dah 34 tahun pun baru tahu...hehe

      Delete
  8. baru tahu tak boleh sebut nanti berjangkit. kena sebut bengkak cantik baru macam best gitu ye..hihi. macam-macam petua orang dulu kan. apepun semua bengkak cantik surut bengkaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe orang dulu-dulu guna gelaran yang sedap di dengar...sama macam sakit mata.. tak boleh sebut sakit mata.. kalau belah utara sebut sakit pungkoq.. adoi.. yang ini bunyi macam tak senonoh pulak kan?

      Delete
  9. Owh..bawu taw pasal qing dai ni. Moga Ank teruna sis cepat baik🤗

    ReplyDelete
  10. Hahahahah , bengkak cantik pun boleh . Ohh , sarang angkut-angkut ada kegunaan dia . Dulu sarang angkut-angkut nie kalau jumpa saya kikis je buang . Saya baru tau . Thanks untuk info tu kak .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama.. kalau bengkak bisul atau gigit binatang kecil yang bisa pun boleh tempek juga..

      Delete
  11. kalo dlu2 kena beguk color mcm biru nila gtu..smoga cpt sembuh ank teruna

    ReplyDelete
  12. Owh.. bengkak cantik nie boleh berjangkit ye.. Sha baru first time tau.. Yang guna sarnag nagkut-angkut tu memang tahu.. Yang nila tu pun baru tahu.. hehehe.. Tq share pasal ini..
    Semoga dah kembali sihat..

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete