Wednesday, 30 October 2019

SUKA BELIKAN NOVEL TAPI TAK SUKA BACA

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.


Sebenarnya mata Oked dah lama sakit dok tengok rak depan tangga ni...



BERHABUK - BERSEPAH 

Mai angin tak balik malam tadi. Lepas siap dinner, nak naik atas solat maghrib sempat jugak Oked laung

"Eh malam ni rasa nak clear la novel mana yang tak bukak plastik ni lagi.. kalau jual ni boleh jugak duit seribu dua.."

Sepantas kilat Brader Leb dengan Cik Bunga jerit.. "tak payah!"

eresnxnjihqch jsdqjd o2qid2 kmxpoqkd [2k d 2po l !!!!!

Geram kita tau, tengok berhabuk sepah-sepah macam tu.. dah ambil tak reti nak letak elok-elok semula. Ada lagi 2 rak dekat tangga tengah. Kat situ letaknya koleksi majalah mastika dan majalah kereta.


KOLEKSI MAJALAH MASTIKA
See ~ Tak sapa peduli debu dan sawang tu... 

Dah lama stop buat koleksi. Last rasanya tahun 2016 kot. Ada lagi ke keluaran mastika. Brader Leb pun gigih tolong order online dengan utusan kalau tak jumpa siri bulanan kat Kedai MyNews.


SAKIT MATA KAN? 

- ehsan gambar dari Tuah yang ada kat rumah sekarang. Kualiti gambar OUT. Ini koleksi Majalah kereta Brader Leb. Pun sama juga, dah stop koleksi tahun 2016

JOM SUSUN SEMULA RAK NI


Barisan 1 - bahagian belakang


KESAYANGAN 
Barisan 2 - bahagian belakang

Koleksi Diari Bonda ni novel lama, kisah seorang ibu yang alim membesarkan anak yang kelainan upaya. Marah, benci, emosi bercampur baur. Oked ada 2, 3 dan 4 jer, yang no 1 tak dapat cari.


Barisan 1 - Bahagian depan



Barisan 3 & 4 - Bahagian belakang - KOLEKSI NOVEL RAM


Close Up - Koleksi Brader Leb - RAM


Close Up - RAM


Close Up -RAM


Barisan 2 - Bahagian depan


Close Up - Koleksi Brader Leb - HAMKA Kereta Mayat


Koleksi Cik Bunga - FIXI

Apa yang best benor novel FIXI ni entah.. dak dak wechet? ngeeeeee


KEMAS - BUANG HABUK

Bahagian bawah tu koleksi buku motivasi dan agama. Yang ini memang Oked baca dan suka ulang baca. Campur sikit-sikit koleksi buku Si Tuah masa kecik. Kacak, kami belum mula beli buku untuk dia. Dia belum tunjuk minat buku macam abang. Tahun depan 5 tahun, wajib kena paksa minat buku.... jangan macam mak dia nanti. Bahagian bawah tu memang saja susun tak ikut tinggi rendah... Biarkan.. hahaha

Sebenarnya Oked ni bukan jenis suka membaca, Oked hanya membaca apa yang Oked nak baca je. Selalunya, Oked suka belikan novel untuk mereka. Lepas tu Oked akan balut buku-buku ni kemas-kemas. Baca? big no.. entah kenapa memang tak minat membaca.. OKed lebih suka menulis... heeeeee


LoVE, 

OKeD!

12 comments:

  1. Hehe xsuka membaca tapi banyak betoi koleksinya Kan hehe

    ReplyDelete
  2. Suami akak pun dok membebel...beli novel byk2 nk buat apa..,yg dia dok kumpul srgala majalah keteta,moto tu ok pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak dok beli pokok-pokok tanah bagai.. kene bising juga tapi kalau ajak pergi beli dia ikutkan je... hahaa kita dah belanja novel kan.. so tak boleh marah kalau kita nak shopping pokok dan tanah...

      Delete
  3. dlu2 suka baca novel sbb bff suka beli...so kita tumpang baca tp skarang tkde masa nk baca hehe

    ReplyDelete
  4. Banyak buku favourite masing-masing. Kalau tak nak bersepah simpan dalam storage bertutup je. senang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang dalam bekas toyogo pun banyak juga.. heh

      Delete
  5. Sukalah dengan Oked ini.. Walaupun tak minat membaca tapi suka belikan buku untuk anak-anak baca.. Bagus juga sebenarnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi asik kena marah je dengan suami.. tabiat yang sukar nak kikis, suka membeli..

      Delete