Thursday, 24 October 2019

RESTORAN AL-FATEH STEAMBOAT & GRILL

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.



Cik Bunga dah lama dok pujuk nak makan steamboat. Alahai.. hari-hari dok sebut nak belanja. Oklah, so Ahad malam lepas kami pun keluar la menuju ke Klang.

Ini kali kedua kami makan di sini. Pertama kali datang masa promosi pembukaan cawangan baru, bulan Desember 2018. Harga masa tu dewasa RM20/pax. Kami pergi sekeluarga 7 orang. Ada simpan gambar-gambar tu.. tapi tahun lepas mandom nak buat entry.. kita campur jelah dengan entry kali ni aci taK?





Masa kami sampai, ada tanda-tanda hujan nak turun. Jadi kami decide untuk makan kat dalam. Walaupun plan asal nak makan kat luar batalkan saja niat. Kang sedap-sedap makan jenuh pulak nak berlari masuk dalam kot tetiba hujan. 



GAMBAR TAHUN LEPAS

Belakang bangunan ni ada juga khemah yang disediakan untuk yang nak rasa pengalaman makan di tepi tasik. tasik ke kolam tak pastilah..  Angin kuat juga di bahagian belakang ni.. 




Seksyen pertama macam biasa ada nasi goreng, kuew tiaw goreng dan mee goreng dan salad campur. Nagget ayam, nagget ayam jenis stik dan fries. Hujung sebelah susunan pinggan tu dia letak buah-buahan potong. Masa ini yang depa letak tembikai susu, tembikai merah dengan llimau sunkist. Ada juga nampak buah mata kucing tapi kami tak sempat merasa.

Brader kata nasi, kuew tiaw goreng dia sedap.. mee je kurang berasa sikit. OKed tak ambil sebab memang tak target pun makanan berat. Datang hanya nak makan apa yang Oked suka saja.

Si kacak, macam biasalah.. fries saja dia dok ulang 4 kali...  nagget ayam sempat la 5 ketul tapi yang jenis stick tu dia kata tak sedap... hehe. Oked pun rasa tak sedap sebab dalam dia macam tak masak sangat. Ada rasa ayam yang kuat. Maybe kali ni tak bernasib baiklah untuk item tu.



Seksyen kedua dia susun macam-macam. Hujung sebelah sini dia letak sayur-sayuran, cendawan dan aneka mee kering dan basah. Yang jadi target Oked di seksyen ni hanya telur puyuh, putik jagung, cendawan enoki dan cendawan tiram. Oh baby tomato juga.

Oked dengan Cik Bunga memang dok pulun cendawan enoki tu. Lepas top up, ambik lagi.. dok ulang entah berapa kali.. 



Macam biasalah, item-item steamboat yang depa hidang. Kami dah biasa makan steamboat sebab memang fav keluarga. Jadi kira dah expert la dan picky sikit. Ambil item yang kami makan je. Jenis-jenis frozen ni memang tak usik langsung. Di sebelah luar cermin tu tempat air disediakan. Ada ais kacang ( buat sendiri ) . Air cordial sarsi dan tebu. Air panas juga ada.. coffee dan tea.




INI GAMBAR TAHUN LEPAS - SEKSYEN GRILL & SEAFOOD

Presentation sama je dengan tahun lepas ada kambing, daging dan ayam perap. Seafood macam yang dalam gambar tulah. Kami hanya ambil seafood je untuk bagi manis kuah tomyam. Dulu masa muda, Oked hanya attack udang saja, sebab memang die hard fan UDANG, sekarang dah tak boleh pergi. Kali ni banyak ambil pepahat je.. walaupun frozen.. isi dia masih segar bila dah masuk dalam tomyam.. SEDAP!

Brader macam biasalah, dia tak layan sangat steamboat.. dia layan grill.  Kambing wajib 3 kali piring. Kambing dia memang sedap. Ayam pun sedap. Cuma kali ni daging dia kurang sikit rasa. Tahun lepas kami pergi 3-3 ni memang semua sedap. Mungkin juga perapan untuk hari ni tak cukup rasa. Its ok, masih dalam kategori sedap... 




 PELBAGAI JENIS SOS DAN PENCIAH

Alamak.. Ice cream pun ada juga tau.. gambar tak ambil. Ada perisa strawberi, jagung, coklat dan vanila. Kacak sangat enjoy sampai 3 mangkuk dia dok ulang angkut.



Bagi expert macam kami.. cewah! hahahaa  meja memang tak bersepah dengan piring pinggan bagai. Makan ikut keperluan saja. Ambil apa yang kita makan saja. Sebab dah tahu mana yang sedap dan kena dengan selera. Oh ya diberi pilihan sup atau tomyam. Mestilah pilih tomyam.. Kuah dia pekat dan sedap! 

Clear sup dia pon sedap juga. Untuk Kacak, Oked sediakan sup dalam 2 mangkuk kecil. Kuah sup atau tomyam boleh ambil je dari meja yang depa sediakan dekat sebelah pintu besar di dalam. Mula-mula rebus dulu dalam kuah tomyam, dah masak, OKed kaut dan tos. Kemudian celup dalam sup yang pertama.. ulang celup dalam mangkuk ke dua. Dengan cara ni pedas tomyam tu dah tak rasa..Oh ya Tomyam dia pedas juga tau untuk orang yang tak tahan pedas. 

Tapi kalau anda datang ramai boleh la request untuk 2 dapur dan boleh ambil 1 kuah sup dan 1 kuah tomyam. Fare enough!



SCREEN SHOT DARI FB


HARGA UNTUK KAMI.. Kacak free, bawah 5 tahun


SENARAI HARGA MENGIKUT KATEGORI

Sekian, terima kasih sudi membaca.


LoVE, 

OKED!

8 comments:

  1. napelah jauh sangat ke klang sana, murah betul steamboat n grill kat al fateh nih, banyak pulak tu pilihan. Kat sini susah nk jumpa yang murah dan banyak pilihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan tingal di mana.. Ada cawangan baru ada sekitar Shah Alam.

      Delete
  2. murah stimbot ni.. boleh try. kesukaan suami dan anak2 ammi ni.

    ReplyDelete
  3. Ya murah dan sedap. Puas hati juga makan.

    ReplyDelete
  4. wah puas hati lah macam ni. boleh luangkan masa berkualiti dengan keluarga dan santai2 makan ^_^

    ReplyDelete
  5. wahh , lame dah tak makan steamboat . Teringin pulak rasanya .

    ReplyDelete
  6. sedap niii steamboat. skrng plak rajin hujan..
    sejuk2 makan panas2 gini peergh layan..

    ReplyDelete
  7. Banyak pilihan betul kat sini. Berbaloi lah kalau datang baramai-ramai.

    ReplyDelete