Thursday, 17 October 2019

MUSIM HUJAN SAMPAI RUMAH LAMBAT!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t

Hari ni macam tak sempat nak bercerita. Dah 2 minggu sampai rumah waktu malam. Hati gelisah tak dapat intai pokok-pokok kat kebun belakang tu. Ada pasang niat nak letak lampu solar, tengah dok survey-survey kat shoope. Cuma hati belum terbuka nak betul-betul beli.

Semalam dapat balik awal sikit sebab Cik Bunga kena buat locum. Hujan baru turun waktu ni. Harap-harap masa sampai rumah nanti masih cerah. Alhamdulillah, sampai rumah siap ambil Kacak dalam pukul 6 petang. Laju-laju buka pintu belakang nak lawat pokok. 

Bukan apa risau, sebab ada semai pokok-pokok baru, takut lemas sebab hari-hari hujan. Nak kena pantau mana yang tahan mana yang tidak.



POKOK SEKENTUT

Ha, perkenalkan ulam baru dalam kebun Oked. Sebelum ni dok ambil kat kampung bawak mai tak pernah jadi. Beli dengan Kak Normala, elok pulak naik dia. Alhamdulillah musim hujan ni. Lepas ni lengkap lah ramuan nasi ulam Oked. Yeay!!!


POKOK SEKENTUT

KaK Normala cakap cara nak semai dia macam kita semai pokok sirih. Batang dia buat lingkaran, kambus dengan tanah. Oked kambus lebih kurang 1 cm. Oh ya, sambil dok belek dia ni, tanpa sentuh pun memang kuat bau kentut! hahahaa


BINAHONG BATANG MERAH

Induk binahong beli dengan kak Normala juga. Beli sebab nak buat ubat untuk Brader Leb, tapi dia tak mau sebab tak sedap.. Herm, belum pernah jumpa ubat yang sedap kan? haissssh.... Maka tapeduli la kat dia, tapi banyak benih. Ada semai sikit-sikit bagi kat Mak Tok, panjangkan ganerasi dia di Pasir Gudang.

Ada satu hari hantar gambar pokok dekat Kak La untuk dikenalpasti ID, dia ternampak pokok ni tak dipedulikan. Terus kena ceramah.. hahahaha, dia kata susah nak dapat benih binahong batang merah. Dia minta jaga elok-elok dan pos kat dia bila ada benih nanti.. Baik Kak La, saya menurut perintah.. Ampunkan patik... hehehehee. Atas kesedaran, oked semai la depa ni dalam box putih.


CINCAU HIJAU JENIS PERDU

Dia ni asalnya Tok Mi Aisha yang kirim, tapi minta Oked jaga dulu sementara nak ada tanah katanya. Ada 5, 6 bulan dah kut ni.. hehehee. Pokok pon tak terjaga sangat sebab dia ni tough je tengok. Naik meninggi dah tu, tanam dalam pasu biasa je. Ingat nak pruning. Dia ni boleh jadi rendang ke? Dok baca info kata boleh semai guna keratan je tapi tak tahu tang mana nak kena kerat sebab batang dia ada keluar rambut-rambut macam akar tu.



TENGGEK BURUNG 

Dia ni bukan main kedekut pucuk. Geram je, lagi pulak daun dia jadi kaler pucuk pisang. Takut pulak Oked nak petik makan. Kenapa ye daun jadi kuning macam ni. Baru lepas tambah tanah yang beli dengan Kak Diana dan letak baja Atia. Harapnya lepas ni dia jadi pokok tenggek burung semula, jangan nak belakon jadi pokok pisang lagi.. 


MATA ITIK

Sedap tau pucuk dia ni. Lebih kurang macam sambung nyawa dan akar som @ ginseng jawa. Ni pun spesis kedekut pucuk juga. Bantut je lambat naik. Musim hujan ni baru nampak segar sikit. Yang ni pun baru top up tanah dan letak baja Atia. Cepat besar ya sayang.! Ada sapa-sapa ada anak pokok mata ayam? Oked nak beli..


POKOK GAJUS @ KETEREH

Pernah ada sepokok. Mula-mula tanam dalam pasu. Kemudian pindah tanah, lalu mati... sob!sob!sob! Ingat nak semai banyak sikit sebab ada projek akan datang. Tapi kak Normala takde biji benih, jadi kita beli la sepokok dulu. Sapa ada biji benih gajus ni.. Oked nak beli boleh? 

Kisahnya masa beli dengan Kak Normala, parcel ni lambat sampai. Gundah gulana lah hati beta takut pokok-pokok tu mati. Mujurlah musim hujan kan, nampak macam baik-baik je kondisi beliau ini. Seminggu dalam kotak pi mai pi mai, kesian dia.. hahahaha


SELASIH THAI ( UNGU)

Benih ni dapat dari kedai makan mek thailand kat PUJ ni. Geram tengok subur-subur dalam pasu. Oked minta benih sikit saja-saja nak semai. Elok naik anak, si Lambert pi bantai buat katil kotak tu. Alahai, memang kena babap la montot dia. Ada la dapat selamatkan sepokok dua. Naik tak cantik pulak kena serang haiwan hitam kecik-kecik- Maka Oked pun gibab lah.

Bila ada bunga yang kering, oked tabur-tabur je dalam pasu yang ada, bila anak dah matang sikit Oked pindah kongsi dengan box putih kat kebun belakang. yang ni kongsi dengan box pokok cemumar. Harap boleh buat companion buddy gittew.. 


PEROSAK

Haaaa ni yang tak gemar ni. Dah lama tak belek bawah daun. Semalam perasan ada semut besar-besar ni kat pokok mulberi. Dah agak dah, mesti ada benda putih ni. Kalau kerengga memang bagus untuk kawal serangan sebab jadi makanan dia tapi semut jenis ini dia jadi pelindung. OK, Weekend ni kita  kasi buang semua daun ya.. tunggu. Eh rasa nak bela kerengga pulak kan.. mana nak dapat?




Pagi ni Abang Ajak belanja satu Office sempena bestday dia katanya.. Aik? dah terbalik pulak kan? Semoga Abang Ajak diberi rezeki yang melimpah ruah dan terus jadi orang yang berbuat baik... Aaminn...

Eh dalam tak sempat bercerita, panjang jugak menaip ha..



LoVE, 

OkED!

2 comments:

  1. wahh macam-macam tanaman ada. seronok kalau semuanya berhasil dan hidup sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan pokok-pokok ulam je. Kalau jenis sayur belum pandai. Asik kena serang belalang, siput dengan bena. Terus gibab nak tanam jenis sayur.. heeee, semangat tak kuat sama..

      Delete