Assalammualaikum w.b.t.
Hari ni ada jemputan Majlis Bertunang di Felda Soeharto, Tanjung Malim. Brader Leb tak dapat ikut sebab tak boleh cuti. Jadinya, Oked, Kacak, Cik Bunga, Kak Cik dan baby Armel Naila sahaja yang pergi. Plan nak gerak dari PUJ pukul 11 pagi. Nak kena singgah Rawang dulu pick up Kak cik dan baby Armel Naila.
Dulu-dulu kalau dapat jemputan macam ni, Oked teruja nak buat hantaran untuk bawa sebagai buah tangan. Tapi sekarang dah pencen la kot. hahaha lagi pun, zaman la ni bertunang depa siap dah pakai set-set yang depa tempah. takut lari pulak tema dan bilangan hantaran nanti. Jadi Oked cadang bawa roti jala dengan kari ayam sebagai buah tangan.
KARI AYAM + KENTANG
Semalam singgah giant beli ayam 2 ekor. Minta staf giant siap cincang. Kentang 10 biji, rempah kari ayam 1 paket sederhana besar. Kelapa parut dah ada stok dalam peti ais 2 biji. Kerisik pun masih banyak stok kat papan tu. Malam siap-siap prepare bahan nak masak esok. Lepas subuh terus masak. Sekali terceroi pulak kuah dan rempah kari tak berasa. Kaut balik minyak yang berlinang dalam periuk ni dan tumis lagi 2 senduk rempah kari. Lepas dah ejas elok, baru terasa mari kuah eh... haha puji sendiri..
ROTI JALA
Gebu kan? memang sedap sangat-sangat. Makan macam tu je pun sedap. Ok mengaku, ini tempah. hahahaa.. tak berdaya nak menjala banyak-banyak. 100 pcs RM30, Oked tempah 300 pcs. Harapnya tetamu gembira menikmatinya nanti.
SELOM
Sempat juga petik selom untuk beri pada seller. Sambil petik nampak pulak ketupang air banyak dalam pasu sebelah. Main tarik jelah masuk plastik. Tak dan nak basuh. Seller kabo tak pernah makan lagi ketupang air tu. Seronok dia dapat ulam.. kita pun happy sama..
Gambar sekitar majlis tak ada. Rombongan lambat sampai. Janjinya pukul 2 petang, sekali sampai pukul 4.30 petang. Kami tak sempat nak tunggu sebab kejar masa. Kak cik kerja malam, so kena gerak balik awal. Sempat lagi Kak cik beri kata-kata semangat..
"JANJI MELAYU"... haahahaa kejung tuan rumah dengar...
LoVE,
OkED!
memang gebus gebas roti jala, sesuai sangata lah makan ngn kari tuh...
ReplyDeletedaun selom kenal tapi ketupang air tu tak pernah jumpa... terus kita google.. ooo pokok tu biasa jumpa tp tak pernah lka buat ulam..
Ketupang air tu sebelum ni memang cabut buang je sebab ingat rumput. Bila dapat tahu boleh buat ulam dan banyak khasiat, kita pun cuba. Saya suka rasa dia. Ada rasa mild pedas sireh.. tak kuat pun rasa sireh tu.. boleh la cuba nanti..
DeleteAla...ni buat teringin nak buat roti jalan ni...
ReplyDeletehehehe.. kalau teringin kena buat..
DeleteSedapnya roti jala. bestnya ada daun selom. senang petik buat ulam.
ReplyDelete