Assalammualaikum w.b.t.
Pagi ni sampai di parking jam 6.50 pagi. Mata berat sangat. Sambung tidur dalam kereta. Tersedar jam 7.35 pagi... Argghhhhh malasnya nak turun.. saja pejam mata tapi tak lelap... Pukul 7.55 pagi budak sebelah kecoh-kecoh..
" Kak Yong.. Kak yong.. masuk pukul berapa ni.. dah dekat pukul 8. Bangun laaaaa cepat.. bla..bla.. bla..."
"Halah... apedehal, i kan flexi.. pukul 9 pun boleh masuk.. "
Bising.. bising.. bising...
"Yelah, yelah i nak pergi la ni.. "
Dia boleh pulak sambung main telefon.. waktu kerja dia 8.30 pagi.. huh!
ROTI SOSEJ SHIKIN - RM4.50
Usai sampai di meja, kawan datang kabo dia ada buat roti sosej. Kebetulan tak beli sarapan pagi ni. Maka beli dengan dia sajalah.. Mahal sikit dari biasa yang jual kat luar. Tak mengapa, roti dia pun tebal dan besar padanlah dengan harga dia. Support kawan baru mula nak belajar buat dan menjual roti. Cuma pada Oked harga yang reasonable boleh letak RM3.50. Lebih kurang harga pasaran luar kan?
PASAR SITI KHADIJAH PPUM
Di PPUM ni ada satu bazar dibuka setiap kali minggu gaji. Mulai hari Isnin sampai hari Jumaat. Kawasannya tak la besar mana. Selalunya ada jualan makanan, pakaian, Parfume, Kasut, Kurma, Biskut Tin, Vitagen dan seangkatan itu. Kalau kawan-kawan ada urusan di PPUM pada minggu akhir setiap bulan bolehlah datang melawat dan membeli di sini. Lokasi di tingkat 2, Menara Timur.
Di entry lain nanti Oked kongsi gambar sekitar Pasar Siti Khadijah ni ya. Untuk hari ini, Oked kongsi apa yang sempat dipancing.. alahai.. semua pun menda makan.. hahaha
ROTI SOSEJ DI PASAR SITI KAHJIDAH - RM2.00
Ya beli juga Roti sosej ini? Hahahaha Oked memang suka roti-roti macam ni. Resepi belambak dalam hard disk.. satu pun belum pernah cuba.. Ini memang peyakit! Roti ni belum rasa lagi, tapi bila diamati jenis roti yang lembut dan kecut tu.. mungkin guna roti ready made yang biasa jual kat luar. Tak sama dengan yang shikin buat pagi tadi. Cuma menariknya topping dia sos cili, mayonis dan cheesy sause.
NASI PUTIH + KARI AYAM + KOBIS + SAMBAL BELACAN - RM 6.00 @ RM6.50
Dah makan tadi. Nasib kurang baik dapat nasinya antah. Yang lain-lain pun sekadar ok, boleh lah. Tak apalah. Rezeki jugakan? Habiskan juga nasinya. Harap tak sakit perut nanti.. kenyang juga Alhamdulillah..
KEREPEK BELINJAU - RM5.00 / pack
Yang ni dah makan separuh, share dengan kawan-kawan pejabat. Ada yang baru pertama kali makan. Bukan main seronok depa try. Ada yang turun semula semata-mata nak beli mende ni. Tapi dapat sepaket je.. laku keras. Masa Oked beli tadi masih banyak stok dia. Ramai juga peminat kerepek belinjau ni rupanya ya. Pahit-pahit lemak.. Kalau makan banyak-banyak nanti lidah jadi pedar..
SAGU GULA MELAKA - RM2.00/bekas
Mesti ramai yang biasa makan dan buat desert ni kan? OKed? tau makan je.. belum pernah buat lagi.. heeeee. Orang cakap senang je buat ni.. Oked lebih memilih untuk senang makan jewwww.. gittewww...
VIETNAMESE ROLL - RM6.50/ bekas
Baru pertama kali nak try. Rajin nampak orang share cara buat dan jual. Tapi hati belum terbuka nak menikmati.. hari ni Allah lorongkan hati untuk beli dan rasa. Simpan dalam peti ais dulu. Bawa balik rumah la makannye.. Dah kenyang makan nasi tadi.
SAMBAL GARING CEK' NOR - RM10.00 / bekas
HAaaaaa ini yang best. mana nak dapat dah harga RM 10 kan? kat sini boleh dapat lagi... Ini memang Fav Oked. Oked suka ratah macam tu je atau makan dengan roti atau tabur atas telur mata goyang.. perghhhhhhh mercik sangat! Yang ini nak bawa balik.. untuk stok rumah.
Love,
OKED!
tiap kali bulan puasa sambal che nor tu mmg kena ada... standby kalau2 malas nak masak sahur beria-ia
ReplyDeleteDi rumah memang sentiasa ada stok tapi yang makan saya sorang je. Yang lain buat no hint..
Deletewahh semua nampak sedap2 ni , kak ana following sini naa #2 :)
ReplyDeleteBetul semua sedap, nasi je kena perbaiki lagi..
DeleteTak pernah lagi rasa vietnam roll tu. dah lama habis viral pun tak merasa lagi. kena buat sendiri agaknya kot
ReplyDeleteeh? lupa lah semalam masuk peti ais lupa nak makan.. alamak!
Delete